PANDUAN MENGHASILKAN RUMUSAN CEMERLANG YANG TELAH SAYA
CORETKAN SEBELUM INI. (ULANGAN)
CORETKAN SEBELUM INI. (ULANGAN)
Petikan Rumusan Peperiksaan SPM 2018
Peringatan: Soalan 1 iaitu Kemahiran Merumus, Kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2) memperuntukkan 30 markah. Oleh sebab, soalan ini memperuntukkan markah paling banyak berbanding soalan-soalan kertas Bahasa Melayu 2, pelajar diharapkan dapat menguasai kemahiran merumus dengan baik. Sebagai panduan untuk menghasilkan rumusan terbaik, pelajar akan didedahkan proses untuk membina rumusan berkenaan
A. Proses pertama sebelum merumus teks.
1. Baca arahan dan kesan kata kunci isi tersurat dan kata kunci isi
tersirat.
tersirat.
2. Baca petikan rumusan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali dan paling penting baca petikan berkenaan sehingga anda faham.
3. Semasa membaca petikan, anda boleh mula menggaris isi tersurat sekiranya isi berkenaan anda kesan berdasarkan kata kunci isi tersurat. ( Rujuk proses mengesan isi tersurat di bahagian C, proses menggaris isi tersurat di bawah)
B. Proses membina perenggan pengenalan rumusan.
1. Fikirkan satu kaedah untuk menulis perenggan rumusan sama ada memulakan perenggan pengenalan dengan istilah atau kata petikan atau rumusan.
2. Kemudian kesan semula kata kunci isi tersurat dan kata kunci isi tersurat untuk persiapan menulis perenggan pengenalan rumusan anda.
3. Mulalah menulis perenggan pengenalan berkenaan.
a) Contoh membina perenggan pengenalan rumusan dengan penggunaan kata petikan.
Petikan membincangkan ( ubah kata kunci isi tersurat ) + ( situasi petikan dibincangkan)
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Komsas di sekolah.
b) Contoh membina perenggan pengenalan dengan penggunaan kata rumusan.
Petikan membincangkan ( ubah kata kunci isi tersurat ) + ( kata hubung ) + (salin kata kunci isi tersurat serta frasa sepenuhnya tanpa mengubah istilah dan frasa )
Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Sastera dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS.
C) Proses mengesan isi tersurat dalam petikan dan membina perenggan isi tersurat. Kebiasaannya dalam petikan terdapat 9 isi tersurat dan paling banyak dalam petikan kedua dan ketiga. Namun, baca semua perenggan teks kerana ada kala isi tersirat juga terdapat pada perenggan pertama dan akhir.
a) Garis isi-isi tersurat dalam petikan, jangan salin kerana menyalin isi semula akan membuang masa anda untuk menjawab soalan-soalan lain yang terdapat pada kertas Bahasa Melayu 2. Kebiasaannya dalam petikan rumusan terdapat 9 isi tersurat. Berdasarkan petikan soalan 1, soalan rumusan SPM 2017, isi-isi berkenaan seperti di bawah:
a) Garis isi-isi tersurat dalam petikan, jangan salin kerana menyalin isi semula akan membuang masa anda untuk menjawab soalan-soalan lain yang terdapat pada kertas Bahasa Melayu 2. Kebiasaannya dalam petikan rumusan terdapat 9 isi tersurat. Berdasarkan petikan soalan 1, soalan rumusan SPM 2017, isi-isi berkenaan seperti di bawah:
1
|
menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas.
|
2
|
meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid.
|
3
|
pelbagai istilah asas kesusasteraan dapat difahami.
|
4
|
melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera
|
5
|
murid-murid dapat memperluas perbendaharaan kata.
|
6
|
membantu murid untuk meningkatkan kemahiran berbahasa.
|
7
|
nilai-nilai murni boleh dijadikan teladan.
|
8
|
murid menjadi lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.
|
9
|
mematangkan murid dalam berfikir dan berkomunikasi
|
D. Proses mencari isi tersirat ( Kemahiran Befikir Aras Tinggi )
a) Rujuk semula kata kunci isi tersirat dalam arahan soalan iaitu cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS. Perhatian, isi tersirat tidak ada dalam petikan dan anda perlu mencarinya menggunakan kemahiran berfikir. Namun, mencari isi berkenaan bukan sesukar yang difikirkan oleh pelajar sekiranya pelajar dapat memfokus kata kunci isi tersirat yang akan memandu pelajar mencari isi berkenaan iaitu cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS . Isi tersirat yang dicadangkan seperti di bawah:-
1. mengadakan pertandingan menghasilkan bahan KOMSAS.
2. mempelbagai kaedah pembelajaran KOMSAS yang menarik.
3. menggalakkan pelajar menyampaikan hasilan komsas di perhimpunan rasmi sekolah.
4. menerbitkan bulitin komsas dan bahannya hasilan pelajar.
5. mengadakan minggu / bulan Sastera.
6. memilih tokoh komsas dalam kalangan pelajar serta sijil penghargaan kepada pelajar terpilih.
7. mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. mempamerkan gambar-gambar tokoh-tokoh sastera negara di dalam kelas, sudut-sudut / laluan utama sekolah.
E. Proses menulis perenggan isi tersurat dan tersirat.
Peringatan: Pilih pakej isi tersurat dan tersirat, iaitu bilangan isi tersurat dan tersirat yang akan anda tulis semasa merumus. Untuk penulisan bahagian perenggan isi tersurat dan tersirat. Kebiasaannya pelajar akan memilih pakej yang diwarnakan.
Bilangan/ Jumlah
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Isi Tersurat
|
6
|
5
|
4
|
3
|
2
|
Isi Tersirat
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
F. Proses menulis perenggan isi tersurat:-
Sebelum menulis perenggan isi tersurat, pelajar yang bijak, akan memilih isi tersurat yang paling mudah dan tepat. Antara kriteria pemilihan isi tersurat :-
i) Isi tersurat tersebut mestilah mantap dan gugurkan jika isi tersurat sekiranya timbul keraguan sama ada isi tersebut tepat atau tidak. Pilih enam isi terbaik daripada 9 isi tersurat yang ada dalam petikan.
ii) Pilih isi tersurat yang paling sedikit binaan perkataannya.
iii) Susun isi tersurat mengikut urutan.
iv) Setelas anda pasti isi tersurat yang dipilih, mulailah proses membina perenggan isi tersurat.
Contoh perenggan isi tersurat yang terhasil setelah proses memilih isi tersurat:-
Pembelajaran Komponen Sastera akan menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas. Selain itu, pembelajaran KOMSAS juga akan meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid dan mereka akan memahami pelbagai istilah sastera. Bahkan juga, pembelajaran KOMSAS akan melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera dan mereka dapat memperluas perbendaharan kata. Akhirnya, pembelajaran KOMSAS menjadikan murid lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.
G. Penulisan lengkap perenggan isi tersirat:-
Sebagai usaha untuk menarik minat murid mempelajari KOMSAS, pihak sekolah boleh mengadakan bulan Sastera dan mengadakan pertandingan menghasilkan bahan KOMSAS.
H. Proses menulis perenggan penutup rumusan.
Format menulis perenggan penutup rumusan adalah seperti di bawah:-
Kata Penutup ( Konklusinya, Akhirnya, Kesimpulannya,) + tulis pihak yang terlibat + (kata hubung supaya/ agar) + ( impak atau kesan diharapkan)
Kesimpulannya, pihak sekolah perlu menarik minat murid mempelajari KOMSAS agar mereka menjadi insan berguna.
I. Hasilan Rumusan lengkap adalah seperti di bawah.
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Komsas di sekolah.
Pembelajaran Komponen Sastera akan menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas. Selain itu, pembelajaran KOMSAS juga akan meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid dan mereka akan memahami pelbagai istilah sastera. Bahkan juga, pembelajaran KOMSAS akan melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera dan mereka dapat memperluas perbendaharan kata. Akhirnya, pembelajaran KOMSAS menjadikan murid lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.
Sebagai usaha untuk menarik minat murid mempelajari KOMSAS, pihak sekolah boleh mengadakan Bulan Sastera dan mengadakan pertandingan menghasilkan bahan KOMSAS.
Kesimpulannya, pihak sekolah perlu menarik minat murid mempelajari KOMSAS agar mereka menjadi insan yang berguna.
98 patah perkataan
SEMOGA PANDUAN MENGHASILKAN RUMUSAN DI ATAS DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENGHASILKAN RUMUSAN CEMERLANG.
INGATAN TAMBAHAN:-
- Gunakan binaan ayat majmuk semasa menulis perenggan isi tersurat dan tersirat semasa merumus kerana akan membantu anda mengurangkan patah perkataan.
- Selain itu, pelajar digalakkan menggunakan penanda wacana untuk mengaitkan antara isi.
Contoh penanda wacana seperti, selain itu, bahkan juga, tambahan pula, tambahan lagi. digunakan semasa menambah isi baru, akhirnya, untuk isi terakhir.
SELAMAT MENGHADAPI UJIAN AWAL TAHUN 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan