Ahad, 25 Februari 2018

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PROSA MODEN (UJIAN AWAL TAHUN 2018)

CONTOH SOALAN PROSA MODEN TINGKATAN 4 DAN PANDUAN MENJAWAB SOALAN.
SOALAN INI SAYA ULANG BALIK BERDASARKAN CORETAN SAYA SEMASA PEMBENTANGAN KOMSAS ANTOLOGI KELAS 4K1 DAN 4K2.

Panduan menjawab soalan 2 (b) Prosa Moden -" Cerpen Kaduk, Ayam, dan Raja”:-

Baca petikan sehingga anda faham, kemudian jawap soalan-soalan di atas. berdasarkan panduan di bawah:-

Soalan satu- Jawapan ada dalam teks:- ( 2 markah )
Cari sekurang-kurangnya dua isi, dan isi terdapat dalam petikan teks. Sebaik-baiknya, anda menjawab tiga isi dan isi ketiga sebagai “backup” jika isi pertama dan kedua anda tidak tepat.

Soalan kedua- Soalan KBAT, tidak ada dalam teks:- ( 3 markah )
Anda perlu menyenaraikan sekurang-kurangya dua isi berdasarkan Kemahiran Befikir Aras Tinggi” kerana isi tidak ada dalam petikan. Berikan cadangan agar negara lain mengimport hasil pertanian negara kita. Cadangan, jawab tiga isi kerana isi ketiga sebagai “backup) atau pembantu sekiranya isi pertama dan kedua salah.

Soalan ketiga:- ( 4 markah )
Jawab dua isi sekurang-kurangnya berkaitan soalan iaitu pengajaran. Isi pertama berdasarkan teks dan isi kedua di luar teks atau yang tidak terdapat dalam teks. Setiap isi perlu ada huraian dan contoh ( Isi 1 markah + 1 markah huraian dan contoh)

Peringatan tambahan untuk soalan ketiga:-

Sekiranya soalan bermula dengan jelaskan, huraikan, terangkan…..isi anda perlu huraian dan contoh dan isi ada paling minimum perlu anda tulis dan huraikan dua isi ( huraian dan contoh) . Jika soalan bermula dengan kata arahan senaraikan, nyatakan… anda perlu menyenarai atau menulis tiga isi sahaja, tanpa perlu huraian dan contoh tetapi anda perlu menyenaraikan tiga isi paling minimum.

SEMOGA CORETAN ULANGAN DI ATAS AKAN DAPAT MENJADI PANDUAN  PELAJAR TING. 5 DAN TING 4 MENJAWAB SOALAN 
UJIAN AWAL TAHUN 2018





Tiada ulasan: