Khamis, 6 Julai 2017

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHAGIAN KOMSAS NOVEL 2017

Pada pertemuan kali ini, saya ingin membicarakan  isu berkaitan komsas Novel kerana pelbagai pandangan dilontarkan pelajar apabila membicarakan soal item atau soalan Komsas Novel soalan bahagian 4 (a) dan 4 (b) Kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2). Kebanyakan pelajar saya berpendapat soalan berkenaan susah. Persoalannya kenapa susah? Jawapannya, tidak bersedia, tidak membaca novel secara keseluruhan, pelajar bergantung kepada contoh-contoh jawapan daripada buku-buku panduan komsas novel yang beredar di pasaran. Kesimpulannya:-

    1.  Pelajar malas membaca novel komsas, iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan ( Tingkatan 4) dan Novel Songket Berbenang Emas ( Tingkatan 5).

     2.   Pelajar mengambil langkah mudah dengan merujuk contoh-contoh soalan dan contoh-contoh jawapan daripada buku rujukan dan panduan menjawab soalan yang banyak di pasaran.

   3. Pelajar tidak berminat membaca buku berbentuk sastera terutamanya bahagian novel.

   4.   Pelajar tidak sedar, akan kepentingan peperiksaan kerana tidak mempunyai visi dan misi untuk mencapai keputusan lulus, keputusan sederhana, atau cemerlang dalam peperiksaan.

     5.    Pelajar berpendapat markah komsas sedikit, kerana soalan 4 (a) memperuntukkan 7 markah  dan bahagian soalan 4 (b) 8 markah. Jumlah markah untuk kedua-dua bahagian soalan ini 15 markah dan akan membantu pelajar untuk yang gagal, lulus, pelajar markah sederhana untuk berubah kepada pencapaian cemerlang, dan pelajar cemerlang untuk mendapat markah cemerlang atas.

Bagaimana untuk mencapai keputusan cemerlang semasa menjawab soalan berfokus sastera atau novel ini. InsyaAllah saya akan cuba untuk menyingkap rahsia untuk menjawab komsas novel dengan mudah. Namun, sebelum saya meneruskan tulisan saya ini, saya ingin menyedarkan pelajar bahawa tidak ada jalan mudah untuk kita berjaya dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan di dunia ini kerana setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. Namun, mereka yang berjaya, akan berasa mudah kerana mereka telah bersedia dan berusaha untuk menggapai kecemerlangan berkenaan.

Tips pertama:-
1.  Baca keseluruhan novel dan faham seta hayati kronologi cerita daripada bab satu hingga bab akhir. Ingat, jangan hafal,  kerana menghafal selalunya menyebabkan kita lupa dan juga teknik menghafal menyebabkan seseorang pelajar akan stres dan tertekan, akibatnya pelajar akan berasa benci, terbeban dan tidak akan meneruskan usaha untuk membaca. Sebaik-baiknya anggap membaca novel aktiviti santai sebagaimana anda membaca buku cerita yang anda gemari.

2.   Paling penting anda faham bicara atau kajian komsas, itu fokus perbicaraannya tidak akan dan lari dan menyentuh soal tema, persoalan,  watak perwatakan, plot, latar, sudut pandangan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Sebagai panduan, jika ada pelajar yang bijak, setiap unsur kajian komsas berkait dan di sini pentingnya anda faham dan menghayati kesuluruhan cerita kerana pelajar yang faham jalan cerita akan dapat mengaitkan setiap unsur kajian komsas, justeru setiap kajian komsas berkenaan perlu difahami oleh pelajar. Tambahan pula, kini soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi sering diselitkan pada soalan SPM. Tanpa pemamahan berkaitan kajian KOMSAS NOVEL pelajar agak sukar menjawab soalan sedemikian untuk mendapat markah cemerlang.

3.      Setelah anda faham, cuba buat latihan, terutama berkait setiap unsur kajian komsas, seperti tema, persoalan,  watak perwatakan, plot, latar, sudut pandangan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran kerana dengan latihan berkenaan anda akan tahu cara menjawab dan anda akan bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

4.       Sebaik-bainya untuk membicara komsas ini, anda bentuk kumpulan studi grup, kerana dengan perbincangan dengan rakan-rakan fikiran anda tidak akan serabut. Buktinya, jika anda berbicara soal komsas bersama-sama lima orang rakan anda, ketika itu ada lima pemikiran atau otak yang membcaranya, sudah tentu fikiran anda tidak kusut, dan perbicaraan atau perbincangan akan mudah membantu anda untuk mengulangkaji pelajaran komsas, tertutama sekiranya setiap rakan akan bertugas membicara setiak unsur kajian komsas. Pada masa yang sama, setiap ahli kumpulan boleh menonok tambah isi dan huraian dan bab komsas yang dibincangkan, sudah pasti hasilnya, anda akan mendapat jawapan komsas yang cemerlang. Contohnya, perbicaraan tema, apabila perbincangan dijalankan sudah pasti pelajar A, membentang, dan pelajar B,C,D dan E menokok tambah pandangan mereka, sudah pasti jawapan setiap soalan akan bertambah baik dan berkualiti, bukan sahaja anda akan dapat hasilan yang terbaik, fikiranpun tidak akan buntu dan minat anda terhadap komsas novel akan bertambah. Bentuklah studi grup anda dengan segera, banyak manfaat yang akan anda dapat.....bertindak segera dari sekarang dan paling penting pilih rakan-rakan yang sealiran dengan anda kerana memilih rakan studi amat penting agar perbincangan tidak kosong tetapi dipenuhi dengan ilmu. Semoga anda berjaya.

Keperluan mengetahui keseluruhan bab komsas novel.

Sebaik-baiknya pelajar membaca keseluruhan cerita komsas novel, dan jika tak mampu, bacalah ringkasan komsas bab demi bab, dan jangan anda mengharap hanya dengan membaca ringkasan ringkas keseluruhan komsas kerana dengan hanya membaca ringkasan keseluruhan komsas anda tidak akan faham perkaitan atau perkembangan cerita. Di bawah saya akan paparkan ringkasan novel bab-demi bab. Sebagai pelajar yang bijak dan berfikiran aras tinggi, serta mempunyai kemudahan talian internet....pelajar boleh melayari pelbagai blog guru bahasa Melayu untuk memperkasakan kemahiran anda untuk menjawab soalan Komsas Novel kerana setiap blog ada kekuatan dan faedah untuk tujuan tersebut. Layari blog-blog berkenaan kerana maklumat di hujung jari.....jika hendak seribu daya, jika tak hendak seribu dalih. Kuasailah kemahiran komsas kerana banyak manfaatnya akan anda peroleh jika anda bijak, tambahan pula dalam setiap blog....guru-guru Bahasa Melayu bukan sahaja memperkatakan soal komsas, malah tatabahasa, karangan dan sebagainya.


SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, KARYA ROHANI MATDIRIN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Bab Satu.
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.

Bab Dua.
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.

Bab Tiga.
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.

Bab 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.

Bab 5.
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.

Bab 6.
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 7.
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.

Bab 8.
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.


Bab 9.
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding  membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.

Bab 10.
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung termasuk William, malah Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.

Bab 11.
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.


Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.

Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.

Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.

Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.

Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.

Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.



Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.



Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.

Bab 20.
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.
  
Bab 21.
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.


Bab 22.
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.

Bab 23.
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu,  minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.


Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.

Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan  Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.

Bab 26.
Lili berpendapat,  dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.

Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.

Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.

Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.

Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan  keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.

Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.

Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.

Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu tersentum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga system tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.

Bab 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.

Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang.


Untuk mengetahui rahsianya selanjutnya.....tunggu. Saya akan cuba untuk membicarakannya selepas ini. InsyaAllah. Jika diizinkan Tuhan saya akan memaparkan tips kejayaan pelajar, berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru bahasa Melayu selama 25 tahun.

RINGKASAN BAB DEMI BAB NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHARIUDDIN AYIP


Bab
Sinopsis

1

Dahlia dan rakan-rakannya, Siti Wangi dan Kavita menjalani latihan bola jaring di sekolah.  Mereka juga merupakan kumpulan pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan STPM tidak lama lagi.  Azhari, datang ke sekolah untuk berjumpa dengan Dahlia dan menyatakan hasratnya untuk merisik Dahlia.


2
Azhari menghantar Dahlia balik ke kampung.  Kepulangannya disambut dengan tangisan Anggerik.  Melati memberitahu bahawa ibu mereka telah lama keluar tetapi masih belum pulang ke rumah. Dahlia keluar mencari emaknya yang berpenyakit kerana sering berjalan dan bercakap sendirian sehingga tidak dapat mengawal diri sendiri.  Dahlia menjumpai ibunya di kebun getah.  Apabila diajak pulang ke rumah, ibunya tidak mahu sehinggalah bapanya datang memujuk.  Saleha lari dan mereka terpaksa meminta orang kampung membantu mencari Saleha.   


3
Nek Kiah memarahi Embong apabila melihat Saleha diikat.  Haji Sulaiman dan beberapa orang pembantu dari Hospital Batu Pahat datang ke rumah Embong untuk membawa Saleha.  Walaupun pada awalnya, Embong tidak rela, tetapi untuk mengubati Saleha, dia mengizinkan Saleha dibawa ke hospital.  Dahlia, Kiambang dan Melati turut bersedih dan keberatan ibu mereka dibawa pergi. 


4
Pemergian Saleha menyebabkan suasana bungkam.  Dahlia menyelesaikan kerja-kerja di rumah sambil membimbing adik-adiknya belajar.  Dahlia lebih merisaukan  keadaan di rumahnya sekiranya dia balik ke asrama.  Namun, Embong memujuknya untuk kembali bersekolah. Embong teringat peristiwa Saleha mengadu tentang perasaannya yang sering terganggu oleh suara yang pelik-pelik. 


5
Dahlia lewat tiba di asrama.  Cikgu Salwani menegur dan bertanyakan masalah yang dihadapi, namun Dahlia hanya mendiamkan diri.  Pada petang tersebut, Dahlia ke Hospital Batu Pahat untuk bertemu dengan ibunya tetapi diberitahu oleh Haji Sulaiman bahawa ibunya telah dihantar ke Taman Bahagia.   


6
Haji Sulaiman memberitahu Embong bahawa Saleha telah dihantar ke Taman Bahagia.  Nek Kiah berterusan menyalahkan keluarga Embong yang menyebabkan Saleha sakit.  Dahlia gagal menyelamatkan Said, anak Aton yang lemas di sungai. 



7
Dahlia terlalu sedih kerana tidak dapat menyelamatkan Said.  Aton menuduh Embong dan Dahlia memang ingin supaya anaknya mati.  Orang kampung juga menyebarkan berita yang sama.  Namun, Tauke Lim memuji mereka anak beranak.  Semasa memotong kelapa sawit di Parit Haji Kadir, Embong dibelit ular sawa tetapi dia dapat menyelamatkan diri.


8
Semasa berehat dan tertidur di biliknya, Dahlia bermimpi dibelit ular sawa.  Terdapat kesan cekikan di lehernya.  Hal ini menghairankannya.  Melati menyatakan hasratnya ingin berhenti sekolah untuk menjaga Anggerik tetapi dihalang oleh Dahlia.  Embong sampai di rumah dengan membawa ular yang telah dibunuhnya.  Dahlia menjerit ketakutan dan menangis apabila melihat ular tersebut.  Hal ini  menghairankan Embong.  Dahlia menceritakan mimpi yang dialaminya kepada Embong. 


9
Najib dan Kavita mengunjungi rumah Dahlia.  Mereka berasa sayu akan kedaifan keluarga Dahlia.  Anggerik yang masih sakit dibawa dengan kereta Najib ke hospital.  Seman, bapa saudara Dahlia balik ke kampung menziarahi Nek Kiah.  Seman memujuk Nek Kiah supaya menjual tanah dan rumah yang didiami oleh Embong dan keluarganya.


10
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang tidak tinggal di asrama lagi dan sering lewat sampai ke sekolah.  Dia tidak mahu memberitahu masalahnya kerana akan melibatkan nama baik ibunya kepada Cikgu Salwani.  Dia juga mahu menjaga adik-adiknya.  Dengan perasaan sedih, Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.  Cikgu Hisyam berjumpa dengan Dahlia setelah Kavita menceritakan hal Dahlia kepadanya.  Beliau menasihatkan Dahlia terus tinggal di asrama agar pelajarannya tidak terganggu dan cemerlang dalam STPM nanti.


11
Abu Bakar, adik Dahlia tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri dan sering keluar berpeleseran dengan kawan-kawannya.  Walaupun kerap diimarahi oleh Embong, dia tetap dengan perangainya dan tidak mahu membantu adik-adik yang lain.  Mawar yang tinggal di asrama penuh kembali ke rumah kerana rindu akan ibunya dan ingin berjumpa dengannya.  Dia tercari-cari ibunya tetapi tidak ditemuinya.  Embong tidak memberitahunya tentang keadaan Saleha dan menyuruh Mawar bertanyakan Dahlia.  


12
Dahlia melawat ibunya di Taman Bahagia.  Doktor memberitahu Dahlia bahawa penyakit ibunya pada tahap bahaya.   Semasa di hospital, Dahlia bertemu dengan Azhari yang bertugas sementara di situ.  Dahlia berasa sedih kerana Saleha tidak mengenalinya.  Kesihatan Saleha bertambah menurun.



13
Azhari menghantar Dahlia balik ke rumahnya.  Embong bertanyakan keadaan Saleha.  Oleh sebab memikirkan Mawar akan mengambil SRP pada bulan September nanti, Dahlia menyatakan bahawa ibunya sihat.  Namun dia tidak sanggup menipu ayahnya.  Pada malamnya, Dahlia memberitahu keadaan sebenar Saleha kepada Embong.  Semasa berbual-bual, sesuatu telah berlaku kepada kambing peliharaannya.  Embong keluar dan menuju ke kandang kambingnya.


14
Tauke Lim sentiasa membantu keluarga Embong.  Tauke Lim membenarkan mereka berhutang barang-barang keperluan di kedainya.   Tauke Lim datang ke rumah Embong untuk membeli kambing peliharaannya.  Namun, Embong memberitahu bahawa kambingnya telah hilang dicuri orang.  Azhari ingin membawa keluarganya untuk merisik Dahlia.   Dahlia keberatan dan meminta Azhari menangguhkan hasratnya.  Dia bimbang keluarga Azhari tidak akan memerimanya setelah melihat keadaan sebenar keluarganya.  Embong memanggil Dahlia dan memberitahu bahawa kawan Dahlia datang ke rumah.


15
Keluarga Azhari datang untuk merisik Dahlia. Embong menerima baik kedatangan keluarga Azhari kerana mereka begitu menyenangi Dahlia dan merestui perhubungan ini. Embong juga menyuarakan kehendak Dahlia yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat universiti dan bekerja untuk membantu keluarga. Keluarga Azhari tidak membantah malahan menyokong keinginan Dahlia untuk menyambung pelajaran. Perasaan Azhari menjadi tenang kerana keluarga Dahlia menerimanya sebagai calon menantu. Selepas Azhari dan keluarganya beredar, Embong bertanyakan Dahlia sama ada keluarga Azhari mengetahui tentang keadaan Saleha yang boleh menyebabkan ikatan ini terputus. Perasaan Embong masih berbaur antara gembira ataupun sedih selepas anaknya disunting orang. Embong terbawa-bawa dengan perasaannya dan mengingati Saleha yang masih ditahan di Taman Bahagia, Johor Bahru. Embong yang merasakan dirinya telah lewat ke masjid, tergesa-gesa untuk bersiap. Embong menuju ke bilik air tetapi seekor ular telah mematuk pahanya.


16
Dahlia menasihati Mawar agar meneruskan persekolahan dan tugas menjaga keluarga adalah tugasnya sebagai anak sulung dalam keluarga. Dahlia berjaya menyakinkan Mawar supaya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya kerana dia pernah berjanji dengan emak mereka untuk mendapatkan keputusan cemerlang. Tambahan pula Mawar adalah murid sekolah berasrama penuh. Keluarga mereka menghadapi pelbagai masalah, iaitu emak dan adik sakit, kambing hilang dan abah dipatuk ular. Dahlia mengambil iktibar daripada kisah Nabi Ibrahim yang tabah dalam menghadapi ujian daripada Allah. Sewaktu melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, Dahlia terserempak dengan Kavita dan Cikgu Hisyam yang menghantar Siti Wangi yang pengsan sewaktu berlatih bola jaring. Cikgu Hisyam meminta Kavita menolong memfotostat nota-nota pelajaran sepanjang ketiadaan Dahlia di sekolah. Dahlia terkenangkan pesanan abahnya yang meminta dia menjaga adik-adik di rumah dan menggunakan wang simpanannya sebanyak RM60.00 sebagai belanja sekolah. Kedatangan Nek Siah dan Seman ke hospital telah membawa berita yang mengejutkan, iaitu mereka mahu menjual tanah dan rumah yang didiami oleh Dahlia dan keluarganya.


17
Walaupun terbeban dengan pelbagai urusan, Dahlia tetap mencuri masa untuk mentelaah pelajarannya. Kemunculan Abu Bakar telah mengejutkan Dahia. Dahlia telah memberitahu Abu Bakar bahawa emak dan abah mereka telah dimasukkan ke hospital tetapi tidak diendahkan oleh Abu Bakar. Tanpa menunjukkan simpati akan keadaan keluarganya, Abu Bakar meninggalkan rumah sekali lagi. Dahlia memeriksa barang yang disembunyikan oleh Abu Bakar dan berjaya menemui wang sebanyak RM120.00 yang disimpan dalam dompet. Azhari telah singgah di rumah Dahlia dan mendapat khabar bahawa abah telah dimasukkan ke hospital. Azhari singgah untuk mengambil pakaian emak Dahlia dan dalam masa yang sama mendapatkan nombor wad abah Dahlia. Kedatangan Nek Kiah telah menyebabkan Dahlia sakit hati dan geram kerana dia disindir selepas Nek Kiah terserempak dengan Azhari. Sikap Nek Kiah yang beria-ia untuk menjual rumah mereka telah menimbulkan kekecewaan kepada Dahlia. Ketamakan Seman turut mempengaruhi Nek Kiah untuk menjual tanah itu walaupun emak dan abah Dahlia masih berada di hospital.


18
Dahlia berasa susah hati kerana kedua-dua ibu bapanya masih di hospital sedangkan mereka memerlukan RM15000 untuk membayar Nek Kiah bagi menyelamatkan tanah dan rumah mereka. Dahlia juga berasa serba salah sama ada meneruskan persekolahan atau bekerja di kilang demi membantu keluarga. Semasa menunggu bas, Dahlia didatangi oleh Tauke Lim. Tauke Lim menunjukkan keprihatinan dirinya dengan mengambil berat akan keadaan yang menimpa keluarga Dahlia. Tauke Lim juga menunjukkan kekecewaan dirinya terhadap sikap Nek Kiah dan Seman yang tidak putus-putus menyusahkan Dahlia sekeluarga. Dahlia dinasihati oleh Tauke Lim agar bertahan dan tidak berpindah dari rumahnya.  Selain itu, Tauke Lim turut menawarkan pertolongan kepada Dahlia. Pada mulanya Dahlia enggan untuk menerima pertolongan tersebut tetapi bertukar fikiran selepas Tauke Lim memintanya untuk mengajar karangan Bahasa Malaysia kepada anaknya Ann yang akan mengambil peperiksaan SRP. Perihal Bakar yang tidak habis belajar dan malas bekerja turut diperkatakan oleh Tauke Lim. Perbualan mereka terhenti kerana terdapat sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti dan penumpangnya telah melaungkan nama Dahlia.


19
Cikgu Hisyam dan Kavita telah memujuk Dahlia agar kembali bersekolah tetapi Dahlia tidak mahu mengabaikan adik-adiknya yang sangat memerlukan sokongan daripadanya. Selain itu, Najib kawan baiknya turut datang melawatnya di rumah. Najib menawarkan pertolongan kepada Dahlia untuk membayar harga tanah seperti yang diminta oleh Nek Kiah. Dahlia enggan memberitahu hal sebenar kepada Najib kerana tidak ingin mendedahkan bahawa orang yang ingin menjual tanah tersebut ialah neneknya sendiri. Pada yang sama juga Azhari singgah di rumah Dahlia. Perasaan Azhari tidak senang kerana tetamu Dahlia ialah seorang lelaki. Najib yang sudah lama berkawan dengan Dahlia bertanyakan Azhari tentang status hubungannya dengan Dahlia. Azhari menyatakan bahawa Dahlia ialah bakal isterinya dan selepas itu terus beredar dari situ. Nek Siah yang berada tidak jauh dari rumah Dahlia telah datang dan memarahi Dahlia kerana membenarkan Najib dan Azhari masuk ke rumah sedangkan ibu bapanya tiada di rumah.


20
Embong telah dibenarkan pulang ke rumah setelah dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Tauke Lim mengunjungi Embong di rumah dan menceritakan tentang tanah yang ingin dijual oleh Nek Kiah dan Seman. Nek Kiah yang tidak menyedari kepulangan Embong telah datang ke rumah dan memarahi Dahlia. Nek Kiah tergesa-gesa pulang setelah mendapati Embong naik berang. Embong menasihatkan Dahlia supaya menyambung pelajaran semula dan menyerahkan segala masalah keluarga mereka kepadanya untuk diselesaikan. Embong berasa terharu kerana hanya Tauke Lim sahaja yang datang menemuinya selepas dia keluar dari hospital. Malahan Tauke Lim juga sanggup membantunya untuk menyelesaikan masalah tanah tersebut.


21
Dahlia telah ke balai raya untuk bergotong royong bagi menjayakan Majlis Maulidurrasul. Dahlia berasa hairan kerana keadaan di balai raya lengang dan orang-orang kampung tidak kelihatan seperti biasa. Haji Sulaiman meluahkan perasaan tidak senangnya kepada Dahlia atas sikap orang kampung yang tidak hadir ke balai raya untuk menyiapkan kenduri menyambut maulud nabi. Semasa Dahlia bekerja seorang diri, Aton datang dan tanpa perasaan bersalah dia menyindir dan mengata Dahlia sesuka hatinya. Malahan dia turut mempertikaikan kebaikan Tauke Lim kepada keluarga Dahlia. Dahlia yang berasa malu telah beredar dari situ. Abu Bakar yang menyaksikan peristiwa itu telah naik marah dan cuba menerpa ke arah Aton tetapi sempat dihalang oleh Haji Sulaiman. Kepulangan Dahlia ke rumah dan diikuti oleh Abu Bakar telah menimbulkan kehairanan kepada Embong. Embong berasa lebih hairan kerana Abu Bakar yang tidak mempedulikan keluarga beria-ia memujuk Dahlia yang sedih kerana kata-kata Aton di balai raya. Abu Bakar berasa bersalah kerana selama ini dia telah mengabaikan keluarganya. Akhirnya Abu Bakar mengaku bahawa dialah yang menjualkan kambing abahnya.


22
Abu Bakar berasa kesal kerana telah menjualkan kambing abahnya tetapi Dahlia cuba memujuk Abu Bakar. Abu Bakar berasa insaf kerana selama ini dia telah mengabaikan keluarganya demi kawan-kawan. Abu Bakar juga berjanji dengan Dahlia untuk berubah dan akan mempertahankan tanah mereka daripada gangguan Nek Kiah. Dahlia meluahkan rasa hairannya kepada Abu Bakar kerana dia tidak nampak kelibat Nek Kiah pada pagi itu. Abu Bakar tidak mempedulikan perkara itu sebaliknya sibuk berkemas di sekeliling rumah mereka. Semasa membersihkan bawah rumah, Abu Bakar telah menjumpai sesuatu yang mengejutkan, iaitu dua biji telur yang berwarna hitam. Telur hitam yang dipecahkan itu mengandungi jarum peniti, cincin akek, butiran pasir dan dua bilah paku. Abu Bakar menerangkan bahawa ada orang yang dengki akan keluarga mereka tetapi Dahlia tidak mempercayai perkara syirik dan menyuruh Abu Bakar tidak menyimpan perasaan dendam. Dahlia menjenguk keadaan Nek Kiah di rumahnya tetapi niat baik Dahlia itu dibalas dengan kata-kata kesat.


23
Dahlia kembali bersekolah dan dia berasa gembira kerana kawan-kawan masih mengingati dirinya. Kavita telah memberitahu Dahlia bahawa Najib akan membawa keluarganya berkunjung ke rumah Dahlia. Dahlia berasa tertekan kerana Najib dan Azhari hanya mementingkan diri mereka sahaja. Dahlia meminta Kavita menyampaikan pesanan kepada Najib bahawa dia sudah bertunang dan hanya menganggap Najib sebagai sahabat baiknya sahaja. Dahlia berasa bersemangat untuk belajar kerana guru dan kawan-kawan sentiasa memberikan sokongan kepadanya. Dahlia yang baru pulang dari sekolah berasa terperanjat kerana terdapat van putih di hadapan rumahnya. Embong yang menyedari kepulangan Dahlia telah menggesa Dahlia naik ke rumah. Dahlia berasa gembira kerana ibunya telah pulang ke rumah. Belum sempat Dahlia bermesra dengan ibunya, Embong memanggil Dahlia kerana Azhari ingin berjumpa dengannya. Azhari bertanyakan tentang Najib dan Dahlia meminta Azhari sendiri yang memikirkan jawapannya. Dahlia yang bimbangkan keadaan Nek Kiah telah ke rumah neneknya dan memanggil nama orang tua iitu tetapi tiada jawapan. Azahari menolong menolak pintu dan Dahlia mendapati bahawa neneknya tidak sedarkan diri.


24
Nek Kiah dimasukkan ke hospital. Setelah dua hari di hospital, dia dibenarkan pulang, Nek Kiah dibawa ke rumah Dahlia dan mereka sekeluarga menjaga Nek Kiah yang masih sakit. Nek Kiah berasa terharu kerana Dahlia dan adik-adiknya yang menjaga Nek Kiah semenjak dia jatuh sakit. Hujan yang tidak henti-henti turun telah menyebabkan banjir. Tiang dapur rumah mereka runtuh dan menimpa Kiambang tetapi nasibnya baik kerana hanya lebam-lebam sahaja. Mereka sekeluarga telah dipindahkan ke balai raya dengan bot. Semasa di pusat pemindahan, Dahlia dan ibunya menolong menyediakan makanan untuk mangsa banjir.


25
Dahlia tidak dapat mengulang kaji pelajaran kerana keadaan di pusat pemindahan yang begitu sesak dan tidak selesa. Embong memberitahu Dahlia bahawa rumah mereka telah roboh tetapi Dahlia dapat menerimanya. Selepas empat hari barulah air surut. En Daim, iaitu wakil Ahli Parlimen Seri Gading sering menjenguk mangsa banjir untuk melihat keadaan mereka. Dia yang pernah menjadi guru kepada Dahlia telah memuji Dahlia kerana rajin mengulang kaji pelajaran walaupun tempat itu tidak selesa. Tebing sungai yang pecah telah dibaiki dan jambatan yang dihanyutkan air akan digantikan dengan yang baru. Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan dan meminta orang-orang kampung agar bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain. Hasil ucapan Haji Sulaiman itu orang-orang kampung telah datang untuk membina semula rumah Dahlia.


26
Peperiksaan STPM semakin hampir dan Dahlia sudah bersedia, Dia juga membuat keputusan untuk tinggal di asrama kerana bimbang dirinya terlewat ke tempat peperiksaan. Cikgu Salwani mengalu-alukan keputusan Dahlia untuk tinggal di asrama. Azhari dan keluarganya datang ke rumah Dahlia untuk bertanyakan keputusan keluarga Dahlia tentang perhubungan mereka. Akhirnya persetujuan diambil, iaitu mereka akan ditunangkan selepas Dahlia tamat peperiksaan STPM. Kavita bertanyakan Dahlia tentang pelawaan yang dibuat oleh Najib sebelum ini tetapi Dahlia menolak permintaan itu dengan memberitahu bahawa dirinya sudah dimiliki oleh orang lain,



27
Dahlia menunggu kedatangan Azhari untuk membeli cincin pertunangan dan pada masa yang sama dia masih mempertimbangkan keinginan dirinya yang mahu menyambung pelajaran ke universiti dan bekerja untuk membantu keluarga. Sewaktu menunggu kedatangan keluarga Azhari, rumah Dahlia didatangi oleh Cikgu Daim yang membawa khabar gembira, iaitu Dahlia terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun. Dahlia berasa amat gembira dan keluarganya menyokong. Namun begitu pendaftaran untuk kursus ini sehari selepas tarikh pertunangannya. Azhari yang baru sampai telah terdengar berita itu dan dia terpaksa merestui pemergian Dahlia kerana sudah berjanji semasa merisik dahulu.


28
Majlis pertunangan Dahlia akan diadakan mengikut tarikh yang dirancang. Hubungan antara Nek Kiah dan Dahlia bertambah erat. Nek Kiah menerangkan kepada Dahlia berkenaan falsafah tepak sirih kepada Dahlia. Selain itu, pengertian bagi setiap kandungan dalam tepak sirih turut diceritakan oleh Nek Kiah kepada Dahlia. Suasana di rumah Dahlia semakin riuh dengan kedatangan saudara mara dekat dan jauh. Dahlia hanya bersiap secara ringkas sahaja dan dalam yang sama dia berasa sedih kerana pada petangnya dia akan berangkat ke Kuala Lumpur. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusakanya kepada Dahlia. Cikgu Hisyam, Kavita dan Siti Wangi datang memeriahkan majlis pertunangan Dahlia. Berita Dahlia mendapat tawaran ke Jepun turut diketahui oleh mereka. Bas Dahlia akan bertolak pada pukul 5,00 petang tetapi rombongan Azhari yang berjanji datang pada pukul 2.00 masih belum kelihatan sedangkan waktu sudah menginjak pukul 3.45 petang. Embong menyuruh Dahlia bersiap kerana khuatir dia ketinggalan bas. Dahlia bersalaman dengan ahli keluarga dan tetamu yang datang. Dia berasa sedih kerana akan meninggalkan mereka. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung sebanyak RM500.00. Dahlia bernasib baik kerana sempat sampai ke stesen bas. Tiba-tiba Azhari muncul dan mereka sempat mengucapkan selamat tinggal. Dahlia membaca kad kiriman Najib yang disampaikan melalui Kavita. Azhari menghadiahkan songket merah berbenang emas kepada Dahlia atas kejayaannya. Azhari menghadiahkan Dahlia songket supaya Dahlia sentiasa mengingati asal usulnya sebagai orang Melayu.


Kenapa pelajar perlu memahami kedua-dua novel, tidak cukupkah penguasaan satu novel sahaja?  Persoalan begini tentu bermain di benak atau pemikiran sesetengah pelajar. Jawapannya boleh tetapi pada masa yang sama pelajar perlu faham, ada soalan yang mudah di jawab dengan jawapannya lebih mudah berdasarkan salah satu novel yang anda pelajari. Ketika ini barulah pelajar sedar keperluan menguasai kedua-dua novel. Pelajar yang menguasai kedua-dua novel sudah pasti lega dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Bahkan juga, ada soalan peperiksaan SPM yang memerlukan anda membuat perbandingan novel, dan ada juga soalan yang memerlukan anda menjawab isi  jawapan menggunakan kemahiran kedua-dua novel, justeru, anda perlu faham kenapa anda perlu menguasai kedua-dua novel. Oleh sebab itu, saya paparkan sinopsis untuk kedua-dua novel seperti di atas. Paling penting, anda perlu bersedia untuk menghadapi soalan SPM 2017. Tambahan pula peperiksaan Percubaan SPM semakin hampir dengan anda, apa lagi bertindaklah segera daripada sekarang. Kepada pelajar yang sudah menguasai kedua-dua novel, tahniah. Anda akan memperoleh kelebihan berbanding pelajar lain dan insyaAllah anda akan menggapai kecemerlangan atas usaha anda tersebut. Selamat Menghadapi Soalan Percubaan SPM yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos ini. Ingat, keputusan soalan percubaan merupakan gambaran keputusan sebenar SPM 2017.

InsyaAllah selepas ini saya akan cuba untuk memfokus perbincangan kajian komsas selanjutnya satu persatu untuk memantapkan kemahiran anda menjawab soalan KOMSAS SPM 2017. Tunggu sambungan " Persediaan Menghadapi Soalan Peperiksaan Item Novel SPM 2017". Kenapa saya berkata begitu, sudah pasti kefahaman anda terhadap pengertian istilah kajian komsas membolehkan anda memfukus jawapan peperiksaan selaras dengan kehendak skema jawapan seperti kefahaman atau pengertian maksud tema, persoalan, watak perwatakan......dan sehingga kemahiran memahami fokus pengajaran novel.

BAHAN KOMSAS BERFOKUS MELIBATKAN KEDUA-DUA NOVEL TINGKATAN 4 DAN NOVEL TINGKATAN 5.
Bahan yang saya paparkan diharapkan mampu membantu pelajar membuat persediaan untuk menghdapai Peperiksaan Percubaan SPM 2017.
Novel Jendela Menghadap Jalan & Novel Songket Berbenang Emas Soalan 1

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan latar masyarakat yang  dipaparkan dalam novel tersebut.                                                                                                            (7 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Masyarakat kampung

1.  Masyarakat kampung yang tinggal di Kampung Sentosa terdiri daripada Haji Abdul Rahman, datuk Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah dan lain-lain.

2. Masyarakat kampung yang masih berpegang kepada cara hidup tradisi. Contohnya, rumah penduduk di Kampung Sentosa jendelanya menghadap jalan.

3. Masyarakat kampung yang masih percaya kepada perubatan tradisional. Datuk Lili merupakan seorang yang pakar dalam perubatan tradisional dengan menggunakan herba.
Masyarakat kampung   

1. Masyarakat kampung yang  tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain.

2. Masyarakat kampung yang hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.
Masyarakat yang saling membantu

1. Geetha dan Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa .

2. Datuk Lili membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan Puan Hamimah  mendapatkan rawatan menggunakan perubatan tradisional.

3.Lili dan Kak Mimah membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh keluarga Che Jah.
Masyarakat yang saling membantu

1. Haji Sulaiman  selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia menyelesaikan masalah emak Dahlia yang menghidap tekanan perasaan.

2. Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

3. Penduduk kampung membina rumah Embong semula, setelah rumah  musnah dilanda banjir.
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain.

1. Datuk Lili ikhlas membantu Che Jah dan anak-anaknya walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan daripada segelintir penduduk kampung.

2. Lili ikhlas membantu  Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangganya.
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain

1. Tauke Lim ikhlas membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

2. Haji Sulaiman ikhlas membantu Embong menyelesaikan masalahnya.

3. Najib ikhlas membantu Dahlia membawa adiknya, Anggerik yang demam ke klinik.

Masyarakat yang insaf akan kesilapannya.

1. Haziq dan Rafik akhirnya insaf akan kesilapan mereka terlibat dalam gejala sosial seperti mencuri harta orang kampung dan menagih dadah.
Masyarakat yang insaf akan kesilapannya

1. Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya.

2. Abu Bakar  juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik bapanya sendiri.

3. Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya  yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya.
Masyarakat yang bertanggungjawab

1. Datuk bertanggungjawab menjaga Lili sepanjang dia menghabiskan cuti persekolahannya di kampung.

2. Datuk bertanggungjawab membantu merawat pesakit yang datang berubat dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional.
Masyarakat yang bertanggungjawab

1. Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang menghadapi masalah isterinya yang mengalami masalah mental dan masalah kewangan.

2. Haji Sulaiman bertanggungjawab menyuruh penduduk kampung membantu membina rumah Embong semula yang musnah akibat
banjir.
Masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial

1. Anak-anak Che Jah iaitu Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda penduduk kampung dan terlibat dalam penagihan dadah.

2. Suami Che Jah, Seman suka bermain judi.
Masyarakat remaja yang terlibat dalam gejala sosial

1. Abu Bakar, adik Dahlia suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya.

2. Abu Bakar sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.


 Soalan 2

Dalam sesebuah novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, pilih satu peristiwa yang menarik dan nyatakan sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda.                     (8 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Peristiwa mengubati pesakit

1. Datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan herba.

2. Datuk Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing dan sebagainya.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik  perhatian saya kerana penggunaan herba dalam perubatan tradisional ini dapat membantu menyembuhkan pesakit yang tidak mahu pergi ke hospital kerana kos rawatan yang tinggi.

2. Peristiwa ini berjaya menarik  perhatian saya kerana datuk Lili  bersedia membantu  sesiapa sahaja yang menghidap penyakit dengan perubatan tradisional. Kita juga perlu membantu orang yang memerlukan bantuan jika kita mempunyai kepakaran dalam apa-apa bidang.
Peristiwa menyelamatkan nyawa orang lain

1. Dahlia sanggup terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said yang lemas.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik  perhatian saya kerana sifat  berani yang ada pada Dahlia yang sanggup menghadapi sebarang risiko dalam menyelamatkan nyawa orang lain ini jarang dimiliki oleh orang lain. Walaupun Dahlia seorang gadis, namun dia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras itu demi menyelamatkan nyawa orang lain.
Peristiwa menyelesaikan masalah kubah surau

1. Lili , Geetha, Danel mewakili golongan remaja yang bekerjasama untuk menyelesaikan masalah  orang-orang kampung  yang kurang bersetuju dengan pembinaan masjid baharu, sebaliknya hanya mahu kubah dipasang di surau yang sudah lama usianya.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun Geetha dan Danel berlainan bangsa dan agama, mereka sanggup membantu Lili yang beragama Islam untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan surau di Kampung Sentosa.
Peristiwa keluar dari asrama demi kepentingan keluarga

1. Dahlia sanggup berkorban dengan keluar dari asrama kerana ingin menguruskan adik-adiknya yang masih kecil setelah ibunya dimasukkan ke hospital akibat kemurungan. Walaupun peperiksaan STPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi, Dahlia selaku anak sulung tidak mementingkan dirinya sendiri dan sanggup berkorban demi keluarganya yang dilanda musibah.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana Dahlia sanggup berkorban dan lebih mengutamakan kepentingan keluarga daripada kepentingan dirinya sendiri yang akan menduduki peperiksaan STPM tidak lama lagi.
Peristiwa mengenai semangat setiakawan yang tinggi
1. Lili telah diculik oleh Rafiq dan Haziq. Hal ini telah menggemparkan seluruh penduduk kampung. Dia telah dilarikan dan disembunyikan di sebuah tempat. Namun begitu, dek rasa tanggungjawab terhadap rakan masih utuh dalam diri Danel, dia telah berusaha untuk menjejaki Lili dan dia akhirnya telah berjaya menyelamatkan Lili daripada dua beradik itu.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana Danel telah menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dan berusaha menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan Haziq.
Peristiwa mengenai perkara mistik
1. Pada mulanya, ibu Dahlia tiba-tiba sahaja gila dan dimasukkan ke dalam hospital. Keadaan menjadi semakin pelik apabila binatang berbisa, iaitu ular mula mengganggu keluarga Dahlia. Semuanya terungkai apabila Abu Bakar, adik Dahlia telah menjumpai kain kuning yang usang ditanam di bawah rumah mereka.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana pelbagai perkara pelik dan malang yang berlaku dalam keluarga Dahlia secara bertimpa-timpa seolah-olah seperti dirancang.

Peristiwa anak yang patuh akan ibunya

1. Lili tidak mahu pulang ke kampung ibunya kerana masa cutinya telah diaturkan dengan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakannya. Akan tetapi, ibunya berkeras mahu menghantarnya ke kampung dengan alasan yang pelbagai. Akhirnya, Lili akur kerana dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia perlu patuh akan kehendak ibunya.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana sebagai seorang anak yang patuh akan kata ibunya, Lili sanggup mengetepikan kehendak diri sendiri kerana dia percaya perancangan ibunya pasti mempunyai hikmah.
Peristiwa sikap membantu dalam diri

1. Dahlia yang membantu anak Aton, Said yang kelemasan di dalam sungai. Pada mulanya, Dahlia ternampak Said bermandi-manda di dalam sungai di hadapan rumahnya. Namun, tiba-tiba sahaja Said lemas. Dahlia mengambil keputusan untuk terjun ke dalam sungai dan menyelamatkan Said. Malangnya, derasan air sungai bermaharajalela ketika itu. Said mati lemas dan niat baik Dahlia itu disalah ertikan.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun tidak pandai berenang, Dahlia tetap memberanikan diri terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said. Dia bagaimanapun gagal menyelamatkan Said yang telah lemas.



Peristiwa memaafkan kesalahan orang

1. Lili memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq yang telah menculiknya, walaupun tindakan mereka itu tidak baik.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana kesanggupan Lili memaafkan orang yang pernah menculiknya memberikan pengajaran kepada saya supaya kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang tersebut pernah melakukan perkara yang tidak baik kepada kita.
Peristiwa sanggup membantu orang lain tanpa mengira bangsa dan agama

1. Tauke Lim menyumbangkan barang-barang keperluan untuk Majlis Mauludir Rasul yang diadakan di Kampung Parit Haji Rais, walaupun dia berbangsa Cina.

2. Tauke Lim juga sanggup memberi keluarga Dahlia membeli barang secara hutang kerana amat memahami penderitaan yang dialami oleh sahabatnya, Embong.

3. Tauke Lim menyumbangkan sebanyak RM300 kepada Dahlia yang apabila dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun.

4. Tauke Lim juga sanggup membayar harga tanah sebanyak RM15000 kepada Nek Kiah kerana dia tidak mahu keluarga Embong berpindah dari situ apabila tanah itu dijualkan kepada orang lain kerana dia amat memahami penderitaan hidup keluarga Dahlia.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun berlainan bangsa dan agama kita mestilah bersedia membantu dan menyumbangkan apa-apa yang mampu kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira status, kaum dan agama.
Peristiwa menghargai pemberian orang lain

1. Nenek Lili berusaha mencari bekas kemenyan yang hilang. Bekas kemenyan ini diberikan oleh pesakit datuk iaitu Puan Lecthumi. Datuk dan nenek amat menghargai pemberian orang lain,oleh sebab itu nenek tetap erusaha mencarinya sehingga berjaya menemukannya.

Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik  perhatian saya kerana kita mestilah menghargai apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan yang baik sesama kita.
Peristiwa menghargai pemberian orang lain

1. Dahlia amat menghargai kain songket berbenang emas berwarna merah yang dihadiahkan oleh Azhari. Simbolik daripada hadiah Azhari,Dahlia  berjanji akan menjaga jati dirinya walaupun di mana-mana jua dia berada.

2. Dahlia juga menghargai gelang pusaka yang dihadiahkan oleh Nek Kiah. Pemberian itu merupakan satu anugerah kerana Nek Kiah telah menganggap Dahlia dan adik-adiknya sebagai cucu. Selama ini, Nek Kiah tidak pernah mengambil peduli tentang keluarga Dahlia.

Sebab

1. Peristiwa ini berjaya menarik  perhatian saya kerana kita mestilah menghargai apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan yang baik sesama kita.



             

       































































































Soalan 3

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan seorang  watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.                                                           (7 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Datuk( Haji Abdul Rahman)

1. Seorang yang kuat bekerja
Sebagai contoh, tangan datuk macam besi berkarat, uratnya biru dan tertonjol.

2. Seorang yang pakar tentang perubatan tradisional akar –akar kayu dan pengamal perubatan tradisionalSebagai contoh, datuk merawat Puan Letchumi dan Kak Mimah dengan menggunakan herba.

3. Seorang yang menghargai pemberian orang lain.
Sebagai contoh, datuk risau apabila bekas kemenyan pemberian Puan Letchumi dan tasbih hilang

4. Seorang yang kuat beribadat
Sebagai contoh, datuk tidak pernah meninggalkan solat dan pandai dalam hal-hal keagamaan.Datuk selalu menguji Lili dalam hal berkaitan agama.

5. Seorang yang sangat menghargai nilai sejarah
Sebagai contohnya, datuk  menceritakan kehebatan rumah-rumah di Kampung Sentosa yang jendelanya menghadap jalan.
Embong

1. Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab
Sebagai contoh, Embong tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.

2. Seorang yang penyayang
Sebagai contoh, Embong sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya.Beliau sanggup melakukan dua kerja untuk menampung perbelanjaan keluarganya.

3. Seorang yang percaya akan kehendak takdir
Sebagai contoh, Embong percaya akan kehendak takdir isterinya,Saleha menjadi kurang siuman kerana ketentuan Allah SWT.

4. Seorang yang penyabar
Sebagai contohnya, Embong sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.

5. Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya
Sebagai contohnya, Embong menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia

6. Seorang yang berani
Sebagai contohnya,  Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.
Geetha

1. Seorang yang peramah
Sebagai contohnya, Geetha bertanyakan pelbagai soalan kepada Lili sewaktu berada di dalam bas.
2. Seorang yang berani
Sebagai contohnya, Geetha berani mengajak Lili mendaki bukit untuk melihat matahari terbenam.

3. Seorang yang bijaksana
Sebagai contohnya, Geetha bijak dalam menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan di Universiti Malaya.
Azhari

1. Seorang yang berpendidikan tinggi
Sebagai contohnya, Azhari baru mendapat segulung ijazah

2. Seorang yang suka memberikan nasihat
Sebagai contohnya, Azhari sentiasa menasihati Dahlia agar belajar dengan bersungguh-sungguh.

3. Seorang yang pandai memujuk
Sebagai contohnya, Azhari pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya.


Soalan 4

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat
dikaitkan  dengan persoalan keberanian dalam menghadapi masalah.               (8 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Persoalan keberanian dalam menghadapi masalah

1. Peristiwa Lili, Danel, dan Geetha berani menyelesaikan masalah kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa.

2.Peristiwa Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafik dan Haziq.
Persoalan keberanian dalam menghadapi masalah

1. Peristiwa Dahlia berani menyelamatkan Said, anak Aton yang lemas di sungai berhampiran rumah Dahlia.

2. Peristiwa Embong berani membunuh ular sawa yang membelitnya di kebun sawit di Kampung Parit Haji Kadir.


Soalan 5

Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.                                                                                                 (7 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Dua nilai kemanusiaan

1. Nilai kasih sayang
- Nenek dan datuk melayan Lili dengan penuh kasih sayang semasa Lili bercuti di kampung

2. Nilai keyakinan
- Keyakinan Datuk terhadap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini merupakan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya iaitu Kak Mimah dan William Ng dan Mak cik Lechutmi

3. Nilai bertanggungjawab
- Datuk, Lili bersama-sama penduduk kampung bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah.

4. Nilai keprihatinan
- Lili prihatin akan nasib Rafik dan Haziq yang berpunca daripada kepincangan rumah tangga Che Jah Walaupun mereka menculik Lili namun Lili menziarahi Che Jah untuk mendapat maklumat latar belakang Haziq dan Rafik bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.

- Penduduk kampung prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Justeru mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara kekerasan dan kurang sesuai.

5. Nilai ketaatan
- Datuk menghabiskan masa selepas solat berjemaah dengan berzikir dan membaca kitab dua tiga halaman.

6. Nilai baik hati
- Danel sering datang ke rumah nenek untuk membantu nenek masak dan mengganggap masakan nenek sedap.

- Datuk menggunakan kepakarannya dalam bidang perubatan tradisional untuk membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan. Usaha datuk telah berjaya sebagai perubatan alternatif untuk menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.

7. Nilai keberanian
- Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq.

8. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung berkumpul di rumah datuk untuk bersolat hajat bagi mendoakan keselamatan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq.

9. Nilai kegigihan
- Datuk gigih mempertahankan perubatan tradisional contohnya beliau sanggup masuk hutan waktu malam ke hutan untuk mencari akar kayu sebagai ramuan perubatan tradisionalnya.

10. Nilai kesabaran
- Che Jah sabar menghadapi karenah suaminya Seman yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
Dua nilai kemanusiaan

1. Nilai kasih sayang
- Embong dan Saleha sangat menyayangi anak-anak mereka walaupun kehidupan mereka miskin .
- Dahlia sanggup curi-curi keluar dari asrama dan terus ke Hospital Permai untuk melawat ibu yang sedang dirawat kerana masalah mental.

2. Nilai bertanggungjawab
- Embong bertanggungjawab memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna walaupun hidup dalam kemiskinan. Beliau sanggup bekerja hingga malam untuk menambah pendapatan keluarga.
- Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya di rumah semasa ibu dan ayahnya dirawat di hospital.

3. Nilai kegigihan
- Dahlia gigih mengulang kaji pelajaran walaupun ketika berada di pusat pemindahan banjir yang tidak selesa.

4. Nilai kebijaksanaan.
- Dahlia bijak menguruskan masa untuk mengulang kaji pelajaran dan menjaga adik-adiknya, walaupun hidup dalam kemiskinan .

5. Nilai keberanian
- Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras dan berkeladak untuk menyelamatkan Said yang lemas .

6. Nilai semangat setia kawan
- Kavita dan Najib berkunjung ke rumah Dahlia untuk bertanya khabar Dahlia yang tidak hadir ke sekolah. Kavita juga membuat salinan (fotostat) nota pelajaran untuk Dahlia.

7. Nilai bersimpati
- Tauke Lim bersimpati terhadap keluarga Embong yang berhadapan dengan masalah kesihatan isterinya,masalah kewangan dan masalah anaknya lelaki tunggalnya yang terlibat dengan gejala sosial.

8. Nilai keprihatinan
- Dahlia yang bimbang akan keadaan Nek Kiah yang tidak kelihatan selama beberapa hari terus pergi ke rumah neneknya untuk memastikan keadaan neneknya selamat.

9. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong yang roboh akibat banjir.

10. Nilai ketabahan
- Dahlia tabah menghadapi pelbagai masalah keluarga seperti kemiskinan,kesihatan ibu bapanya,masalah penjagaan adik-adiknya yang masih kecil ketika ibu bapanya sakit dan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.

Soalan 6

Jelaskan satu bukti kepincangan masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.                                                                                                                                               (8 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Kepincangan masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial 
Sebagai contohnya, Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda orang kampung. Selain itu, mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

2. Kepincangan masyarakat yang terlibat dalam masalah perjudian
Sebagai contohnya, Seman,suami Che Jah seorang kaki judi sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

3. Kepincangan masyarakat yang bercanggah pendapat
Sebagai contohnya, penduduk kampung yang mengalami percanggahan pendapat mengenai perletakan kubah di surau ataupun membina masjid yang baru.

4. Kepincangan masyarakat yang tidak bertanggungjawab
Sebagai contohnya, suami Cik Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah. Dia juga sering berjudi sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. 

5. Kepincangan masyarakat yang suka memandang serong terhadap kekurangan orang lain
Sebagai contohnya, Rafiq dan Haziq sering menjadi hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana suka mencuri, menagih dadah dan pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang memerlukan bantuan untuk berubah.
1. Kepincangan masyarakat yang berprasangka buruk terhadap orang lain
Sebagai contohnya, Aton dan Nek Kiah berprasangka buruk terhadap keluarga Dahlia. Nek Kiah suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Aton suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.

2. Kepincangan masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial
Sebagai contohnya,Abu Bakar suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.

3. Kepincangan masyarakat yang suka menghina
Sebagai contohnya, Mak Aton yang suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Mak Aton juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.

4. Kepincangan masyarakat yang mempunyai hasad dengki
Sebagai contohnya, Dahlia, Abu Bakar, Kiambang dan Melati menjumpai bungkusan telur yang sudah busuk. Telur itu berisi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan dua batang paku yang dijumpai mereka dibawah rumah. Bungkusan itu ditanam oleh seseorang yang dengki akan mereka.
5.Kepincangan masyarakat yang memandang serong tentang kemiskinan orang lain
Sebagai contohnya, Nek Kiah tidak suka akan menantunya Embong dan cucu-cucunya kerana hidup dalam kemiskinan sedangkan anak-anaknya yang lain berjaya dalam kehidupan.

6. Kepincangan masyarakat yang tidak mahu menerima ketentuan takdir
Sebagai contohnya, Aton telah menuduh Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa dengan terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.

Soalan 7

Huraikan dua bukti ketabahan watak utama dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
                                                                                                                              (7 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Ketabahan menghadapi kerenah orang tua

1. Watak utama, Lili tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili menghabiskan cuti persekolahannya di kampung datuk dan neneknya.

2. Watak utama, Lili tabah menghadapi kerenah datuk yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela menghadap jalan.

Ketabahan menghadapi cabaran ketika diculik

1.  Watak utama, Lili  tabah berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang menculiknya.
Ketabahan menghadapi kerenah ibu dan orang sekeliling

1. Watak utama, Dahlia tabah menghadapi kerenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap tekanan perasaan.

2. Watak utama, Dahlia tabah menghadapi kerenah Aton yang menghina Dahlia semasa Azhari menghantarnya pulang ke rumah.

Ketabahan dalam menuntut ilmu

1. Watak utama, Dahlia tabah mengulang kaji pelajaran di balai raya  semasa kampung mereka dilanda banjir.


Soalan 8

Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan.                                                 (8 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan

1. Peristiwa membantu mengubati pesakit
- Datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan herba.

Datuk Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing dan sebagainya.

Alasan
Peristiwa ini dapat diteladani kerana datuk Lili  bersedia membantu  sesiapa sahaja yang menghidap penyakit dengan perubatan tradisional.
Satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan

1. Peristiwa sanggup membantu orang lain
Tauke Lim sanggup membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia walaupun berlainan bangsa.

Penduduk kampung mengutip sumbangan untuk diberikan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Alasan
Peristiwa ini dapat diteladani kerana kita mestilah membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

2. Peristiwa penduduk kampung bekerjasama untuk membantu orang lain
- Penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong yang musnah semasa dilanda banjir.

Alasan
Peristiwa ini dapat diteladani kerana kita mestilah bekerjasama untuk meringankan beban yang dihadapi oleh orang lain.

Soalan 9

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.                                                                 (7 markah) 

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1.Kuala Lumpur – Tempat tinggal Lili dan keluarganya

2. Stesen bas- Lili menaiki bas dari Kuala Lumpur ke kampung datuk dan neneknya di Dungun, Terengganu

3. Perhentian bas Pekan Sentosa,Dungun, Terengganu- Lili berhenti sebelum ke  Kampung  Sentosa,tempat tinggal datuk dan nenek Lili

4. Pekan Sejahtera, Dungun, Terengganu - Tempat tinggal Geetha

5. Surau- tempat orang kampung berkumpul

6. Bangsal di tepi sawah – Lili menunggu neneknya yang bekerja di sawah padi

7. Hutan- tempat datuk mencari tumbuhan-tumbuhan herba dan akar kayu

8. Jeti nelayan- tempat Lili, Geetha dan Danel  menyaksikan matahari terbit
1. Padang bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi. 

2. Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia

3. SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima

4. Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.

5. Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.

6. Kebun getah- 20 meter dari rumah  seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah

7. Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia . Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di hospital.

8. Hospital Batu Pahat (Wad 6)  -Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal.

9. Hospital Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.

10. Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.

11. Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia- Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai ini.

12. Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer  dari rumah Dahlia di sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.

13. Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini

14. Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia.- Dahlia disindir oleh Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.

15. Balai raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia.

Soalan 10

Huraikan satu peristiwa peleraian cerita dan kewajaran pengarang mengakhiri cerita tersebut dalam dua buah novel yang anda pelajari .                                                                                                                     (8 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, saya berpendapat bahawa wajar novel ini berakhir sedemikian melalui peristiwa menyelesaikan isu berkaitan kubah surau.Lili, Danel dan Geetha berjaya menyelesaikan isu berkaitan kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa. Isu kubah surau ini telah menyebabkan generasi muda dan generasi tua tidak sependapat. Apabila masalah ini dapat diselesaikan dengan baik, suasana di kampung itu harmoni semula.

Selain itu, peristiwa saling berhubungan antara satu sama lain. Sebagai contohnya hubungan Lili, Geetha dan Danel semakin erat , mereka saling berhubungan antara satu sama lain melalui e-mel dan telefon.

Seterusnya, peristiwa menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga. Sebagai contohnya, Kak Mimah telah berjaya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah yang selalu didera oleh suaminya, Seman. Haziq dan Rafik telah pergi ke sekolah semula dan akan menduduki peperiksaan PMR.

Peristiwa ingin tahu tentang sejarah kampung. Sebagai contohnya,Lili tidak sabar untuk kembali ke kampung datuk dan neneknya semula kerana dia ingin tahu dengan lebih lanjut tentang sejarah jendela menghadap jalan.


Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, saya berpendapat bahawa adalah wajar novel ini berakhir sedemikian melalui peristiwa berjaya melanjutkan pelajaran.Sebagai contohnya, Dahlia telah berjaya melanjutkan pelajarannya ke Jepun.Hal ini berlaku demikian kerana, Dahlia telah berusaha dengan gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM walaupun dia telah menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan dalam hidupnya.Sebagai contohnya, dia terpaksa keluar dari asrama atas sebab emaknya dimasukkan ke hospital kerana menghidapi kemurungan/ tekanan perasaan sehingga kurang siuman.

Selain itu, novel ini wajar berakhir sedemikian melalui peristiwa pertunangan. Sebagai contohnya,watak utamanya Dahlia bertunang dengan pemuda yang disukainya iaitu Azhari. Azhari merupakan seorang pemuda yang menyukai Dahlia dan selalu mengambil berat akan hal Dahlia dan keluarganya.Oleh hal yang demikian,memang wajar Dahlia mengikat tali pertunangan dengan Azhari kerana hubungan mereka direstui oleh kedua-dua belah pihak. Keluarga Azhari juga dapat menerima Dahlia yang hidup dalam kemiskinan.

Seterusnya, peristiwa pemberian hadiah kepada seseorang yang istimewa. Sebagai contohnya ,hadiah kain songket berbenang emas yang diberikan oleh Azhari memang sesuai kerana songket ini melambangkan jati diri orang Melayu. Dahlia mesti berpegang kepada janjinya dengan Azhari. Dahlia perlu menjaga tatasusila walau di mana-mana pun dia berada kerana dia telah menjadi tunangan orang dan akan berkahwin dengan Azhari selepas tamat pengajiannya nanti. 

Soalan 11

Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.        (7 markah) 

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Dua pengajaran

1. Kita mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain.
Sebagai contohnya, Lili prihatin akan nasib Che Jah dan anak-anaknya yang menjadi mangsa dera suaminya,Seman.

2. Kita mestilah bantu-membantu dalam kehidupan.                               
Sebagai contohnya, Lili, Danel dan Geetha saling membantu menyelesaikan masalah kubah surau yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sentosa.

3. Kita mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Sebagai contohnya, Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafik.

4. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain.
Sebagai contohnya, datuk dan nenek amat menyayangi Lili. Mereka sanggup menjaga Lili sepanjang cuti persekolahannya.




Dua pengajaran

1. Kita mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain.
Sebagai contohnya, Tauke Lim dan Haji Sulaiman prihatin akan nasib keluarga Dahlia.Haji Sulaiman prihatin akan masalah isteri Embong menghidap tekanan perasaan.

2. Kita mestilah bantu-membantu dalam kehidupan.
Sebagai contohnya,Penduduk Kampung Parit Haji Rais membantu membina rumah Embong setelah rumahnya musnah dilanda banjir.

3. Kita mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Sebagai contohnya, Dahlia berani menyelamatkan Said,anak Aton yang lemas di sungai berdekatan dengan rumahnya.

4. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain.
Sebagai contohnya, Dahlia amat menyayangi adik-adiknya iaitu Anggerik,Melati,dan Kiambang. Dia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital.

Soalan 12

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji,jelaskan satu peristiwa yang memaparkan konflik dan cara penyelesaiannya bagi setiap novel tersebut.                              
                                                                                                                         (8 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Peristiwa isu kubah surau
Konflik untuk meletakkan kubah surau sama ada di surau lama atau di masjid yang akan dibina.

Cara penyelesaian
LiliDanel dan Geetha akan mengadakan  perjumpaan terbuka dengan penduduk kampung untuk menjelaskan kepentingan membina masjid daripada memasang kubah di bumbung surau.
1. Peristiwa berprasangka buruk tentang orang lain
Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek Kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya.

Cara penyelesaian
Dahlia hanya mendiamkan diri semasa ditegur oleh Nek Kiah.
2. Peristiwa keganasan rumah tangga
Konflik rumah tangga antara Che Jah dengan suaminya,Seman.

Cara penyelesaian
Lili mendapatkan bantuan Kak Mimah,pesakit datuk yang bekerja sebagai pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
2. Peristiwa sewaktu di asrama SMK Temenggung Ibrahim
Konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital.

Cara penyelesaian
Dahlia bertekad keluar dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke sekolah.

Soalan 13

Huraikan dua keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca.                                                                                                                     (7markah)
                                                                                                                                      
Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
Keistimewaan watak utama (Lili)

1. Seorang yang penyayang
Lili memenuhi permintaan ibunya agar menghabiskan cuti persekolahan di kampung neneknya untuk membuktikan dia menyayangi ibunya.

2. Seorang yang gigih menuntut ilmu.
Lili gigih mempelajari bahasa Cina sehingga berjaya menguasai bahasa tersebut dengan baik.

3. Seorang yang bijaksana menyelesaikan masalah.
Lili bijak menangani kes keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anak dengan cara menceritakan masalah tersebut kepada Kak Mimah, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.
Keistimewaan watak utama (Dahlia)

1. Seorang yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya
Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-adiknya
setelah emaknya dirawat di hospital.

2. Seorang yang menghormati tetamu yang bertandang ke rumahnya
Dahlia melayan neneknya degan baik dan menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya. Dahlia juga menghidangkan air bujang ketika Kavita dan Najib bertandang ke rumahnya.

3. Seorang yang tabah mengharungi dugaan hidup
Dahlia tabah mengharungi kehidupannya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan manakala bapanya telah dipatuk ular.




Soalan 14

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.                                                                                                                                                                                                                    (markah)                                      
Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1.Nilai tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Contohnya, Datuk Lili, sebagai pengamal perubatan tradisional bertanggungjawab dalam membantu pesakit yang datang berubat dengannya berasaskan  akar-akar kayu dan daun-daun herba.
1. Nilai tanggungjawab terhadap keluarga.
Contohnya, Embong bertanggungjawab menyara kehidupan keluarganya dengan menoreh getah dan memetik buah kelapa sawit.
2. Nilai tanggungjawab mendapatkan rawatan untuk ibu bapa.
Contohnya, Danel dan adik-beradiknya ingin mendapatkan rawatan yang lebih baik untuk bapanya.
2. Nilai tanggungjawab seorang guru terhadap pelajar.
Contohnya, Cikgu Hisyam bertanggungjawab terhadap tugasnya sebagai guru kelas Dahlia dengan sentiasa mengambil tahu perkembangan pelajaran dan permasalahan anak-anak muridnya termasuk Dahlia.
3. Nilai tanggungjawab sebagai ketua kampung.
Contohnya, ketua kampung bertanggungjawab mengarahkan penduduk-penduduk kampung supaya merobohkan pondok tempat Rafiq dan Haziq bersembunyi.
3. Nilai tanggungjawab seorang kakak terhadap adik-adiknya.
Contohnya, Dahlia bertanggungjawab menjaga adik-adiknya sewaktu ayahnya keluar bekerja sementara ibunya pula dirawat di Hospital Bahagia.
4. Nilai tanggungjawab membantu orang yang dalam kesusahan.
Contohnya, Lili bertanggungjawab dalam membantu menyelesaikan masalah Che Jah yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan berusaha membantunya berjumpa dengan Kak Mimah, selaku penolong pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
5. Nilai tanggungjawab sesama rakan.
Contohnya, Kavita bertanggungjawab untuk membantu Dahlia agar tidak ketinggalan dalam pelajaran dengan menyalinkan nota untuk diberikan kepada Dahlia sepanjang ketiadaan Dahlia di sekolah.




Soalan 15
Dalam novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita diakhiri dengan kejayaan.
Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang membuktikan kejayaan tersebut.                                                                                                                                                                                                                                                                (markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Peristiwa kejayaan Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah.
Contoh : Lili telah berjaya menyelesaikan kemelut rumah tangga Che Jah dengan bantuan Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.
1. Peristiwa kejayaan Dahlia melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Contoh :  Dahlia berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun walaupun terpaksa mengharungi pelbagai kesusahan seperti kemiskinan hidup keluarga dan masalah keluarga. 
2.  Peristiwa kejayaan Danel menyiapkan artikel 'Segalanya Tentang Pisang’.
Contoh : Danel berjaya menyiapkan berbelas-belas artikel tentang pisang dalam sebuah buku.
2. Peristiwa kejayaan keluarga Dahlia menginsafkan Nek Kiah.
Contoh: Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia akhirnya insaf selepas dia dijaga oleh Dahlia dan adik-beradiknya semasa Nek Kiah sakit.
3. Peristiwa kejayaan Rafik dan Haziq menyambung pelajaran.
Contoh: Mereka berdua telah berubah dan insaf dengan bantuan datuk Lili. Akhirnya mereka akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon persendirian.
3. Peristiwa kejayaan masyarakat kampung bermuafakat dan bekerjasama semasa banjir besar melanda.
Contoh : Penduduk Kampung Haji Rais telah bemuafakat dan bekerjasama membina rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum wanita bergotong-royong menyediakan makanan.
4. Peristiwa kejayaan Lili dan Danel menyelesaikan isu kubah.
Contoh: Lili dan Danel berasa amat gembira kerana akhirnya mereka berjaya menyelesaikan isu kubah dengan mencadangkan kubah itu diletakkan di masjid baharu yang bakal dibina.
4. Peristiwa kejayaan hubungan Dahlia dengan Azhari.
Contoh: Dahlia dan Azhari akhirnya bertunang walaupun menempuh pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka.

Soalan 16

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan kegigihan watak utama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.                                                                   (8 markah)                                                                                                 

Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1.Kegigihan menyelesaikan konflik kekeluargaan
Contoh : Lili gigih membantu Che Jah dan anak-anaknya daripada terus menjadi mangsa keganasan Seman.
1. Kegigihan dalam menuntut ilmu
Contoh : Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan dan menghadapi masalah kekeluargaan seperti ibunya yang sakit dan ayahnya yang dipatuk ular.
2. Kegigihan menangani isu kubah
Contoh : Lili dan Danel gigih berusaha memberikan cadangan untuk menyelesaikan isu kubah yang menjadi konflik penduduk kampung.

2.Kegigihan menguruskan rumah tangga/keluarga
Contoh : Dahlia gigih memikul tanggungjawab menguruskan adik-adiknya terutama Anggerik yang masih kecil ketika ibu dan ayahnya dimasukkan di hospital.
3. Kegigihan mencari rahsia jendela menghadap jalan
Contoh : Lili gigih berusaha mencari rahsia tentang sebab-sebab kebanyakan rumah penduduk di Kampung Sentosa mempunyai jendela menghadap jalan.
3. Kegigihan menyelamatkan mangsa lemas
Contoh : Dahlia gigih berusaha menyelamatkan Said anak Aton yang lemas di sungai.

Soalan 17

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua persoalan  yang  dipaparkan dalam novel tersebut. 
                                                                                      (7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Persoalan masalah kepincangan rumah tangga
Contoh:  Che Jah dengan suaminya, Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya.

2. Persoalan keagamaan
Contoh: Dalam perjuangan membina kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan.

3. Persoalan persahabatan
Contoh: Persahabatan antara Lili dengan Geetha yang begitu akrab walaupun berlainan agama dan bangsa.

4. Persoalan perpaduan antara kaum
Contoh: Perpaduan kaum menjadi baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa perbalahan, malah hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan Lili. Geetha pernah bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra dan rapat.

5. Persoalan menuntut ilmu pengetahuan
Contoh:Geetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

6. Persoalan golongan muda yang terjebak masalah dadah
Contoh: Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah.

7. Persoalan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa
Contoh:Ibu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat sehingga menganggap kampung terlalu jumud.  Ibu Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang.
8. Persoalan hubungan manusia dengan alam sekitar
Contoh: Hubungan antara manusia dengan alam sekitar seperti datuk sangat mengambil berat tentang herba-herba yang banyak memberi jasa kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan.

9. Persoalan suka fitnah memfitnah dalam masyarakat
Contoh: Masyarakat Melayu yang suka membuat fitnah antara satu sama lain, yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya membawa perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh beberapa wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya.    

1. Persoalan kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran
Contoh: Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.

2. Persoalan kemiskinan dalam masyarakat kampung
Contoh: Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan.  Contohnya keluarga Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.

3. Persoalan berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya
Contoh: Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.

4. Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan diri
Contoh: Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit.  Begitu juga dengan Abu Bakar yang selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing ayahnya     berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan-rakannya sendiri.

5. Persoalan bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain
Contoh: Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan    nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah.  Najib cuba   menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.

6. Persoalan kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup
Contoh: Embong amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan    anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh.  Embong mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.

7. Persoalan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
Contoh: Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik. Haji Sulaiman banyak membantukeluarga Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka.  Haji Sulaiman mencadangkan       agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

8. Persoalan pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat
Contoh: Penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.

9. Persoalan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa
Contoh: Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang    di kedainya. Tauke Lim juga menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.

10. Persoalan pengekalan identiti bangsa dan jati diri
Contoh:Azhari menghadiahkan sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati asal-usulnya sebagai orang Melayu.

Soalan 18

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang mengandungi unsur saspens yang terdapat dalam setiap novel       tersebut.                (markah)                                                         
Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Songket Berbenang Emas
1. Peristiwa kehilangan kubah surau
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu orang yang mencuri kubah tersebut. Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq tetapi, sebenarnya Semanlah yang mencuri kubah tersebut.
1. Peristiwa Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu apa akan terjadi kepada Dahlia. Rupa-rupanya Dahlia selamat dan berjaya menjumpai Said di dasar sungai
.2. Peristiwa penculikan Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu perkara yang terjadi kepada Lili setelah diculik oleh Haziq dan Rafiq.Pembaca juga tertanya-tanya sama ada Danel berjaya menyelamatkan Lili.
2. Peristiwa Embong membawa bangkai ular sawa balik ke rumah
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang tujuan Embong membawa balik bangkai ular sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya. Embong membawa balik ular itu untuk membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular tersebut serta kekuatannya kepada Dahlia.
3. Peristiwa Lili diminta untuk pulang ke kampung oleh ibunya
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tujuan sebenarnya ibu Lili meminta Lili pulang ke kampung datuknya seorang diri. Sebenarnya, Ibu Lili mahu Lili rapat dengan datuk dan neneknya serta belajar hidup berdikari.
3. Peristiwa pertemuan Najib dan Azhari di rumah Dahlia
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya peristiwa yang terjadi antara Najib dan Azhari apabila bersua muka pada masa yang sama .Azhari cemburu kepada Najib dan pulang tanpa bertemu dengan Dahlia.
4. Peristiwa kehilangan datuk Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang kehilangan datuk pada malam tersebut. Sebenarnya datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ubat.
4. Peristiwa Bakar menemukan bungkusan yang mengandungi dua biji telur busuk,jarum peniti,cincin arked dan paku yang tertanam di bawah rumah
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya orang yang meletakkan bungkusan tersebut dan tujuan bungkusan itu diletakkan di bawah rumah Embong.
5. Peristiwa datuk bercerita tentang jendela menghadap jalan
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya sebab jendela dibina menghadap jalan. Rupa-rupanya jendela menghadap jalan merupakan satu strategi masyarakat Kampung Sentosa untuk mengintip pergerakan tentera Jepun.
5. Peristiwa hujan lebat telah menyebabkan paras air naik dan bot tidak sampai ke rumah Embong untuk membawa mereka keluar dari rumahnya
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya perkara yang akan terjadi kepada Embong sekeluarga jika bot penyelamat tidak sampai ke rumah Embong. Sebenarnya bot penyelamat sampai sebelum paras air meningkat ke paras bahaya.
6. Peristiwa Che Jah tidak mesra ketika kunjungan Lili ke rumahnya
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya sebab Che Jah tidak mesra dengan Lili. Sebenarnya Che Jah bimbang Lili akan membuat laporan polis atas salah laku anak-anaknya.
6. Peristiwa keluarga Azhari lewat sampai ke rumah Dahlia pada hari pertunangan mereka

Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya punca kelewatan tersebut. Punca sebenarnya ialah kereta mereka rosak.
7. Peristiwa Kiambang hilang terjatuh akibat tiang dapur patah dan runtuh
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya sama ada Kiambang selamat atau tidak. Sebenarnya Bakar telah berjaya menyelamatkan adiknya apabila dia memegang dan menarik kayu beluti serta menarik naik Kiambang.



Jadual jawapan di atas ditulis dalam bentuk point untuk memudahkan pelajar membuat perkaitan ekspres antara Novel Jendela Menghadap Jalan  yang anda pelajari semasa di tingkatan 4 dan Songket Berbenang Emas untuk novel  di tingkatan 5.  Namun, pelajar perlu menulis jawapan dalam bentuk ayat yang gramatis. InsyaAllah, jika diizinkan Tuhan, perbincangan selanjutnya menjurus kepada cara menjawab soalan komsas novel untuk memastikan anda memperoleh 7 markah penuh untuk soalan komsas novel bahagian 4 (a) dan 8 markah penuh untuk soalan komsas novel bahagian 4 (b).

Anda perlu merebut peluang untuk mendapat 15 markah penuh untuk kedua-dua soalan komsas novel tersebut. Tidak ada yang mustahil untuk anda memperoleh markah berkenaan, sekiranya anda tekun serta rajin membuat latihan serta faham cara untuk menjawab soalan berkenaan. Tunggu, insyaAllah jika diizinkan Tuhan, paparan selanjutnya akan memperlihatkan bagaimana markah akan peroleh berdasarkan jawapan yang anda tulis. Tunggu tulisan saya selanjutnya. Anda akan faham dan bersedia untuk menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2017, kerana keputusan berkenaan merupakan gambaran keputusan yang akan anda peroleh semasa peperiksaan sebenar. Insan yang rajin akan memperoleh kecemerlangan.















Tiada ulasan: