LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Khamis, 13 Julai 2017

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 SEMAKIN HAMPIR, MENGGAMBARKAN PEPERIKSAAN SPM 2017 SEMAKIN DEKAT , MENGIKUT 'COUNTDOWN' TINGGAL LAGI 114

InsyaAllah, saya akan cuba membicarakan soalan-soalan percubaan Bahasa Melayu SPM Negeri 2016  untuk saya ulas soalan-soalan berkenaan untuk keluaran bahan pada blog saya selepas ini. Tujuannya untuk membantu anda menjawab soalan SPM 2017. Melalui bahan-bahan yang saya paparkan, pelajar akan nampak soalan-soalan yang menjadi fokus negeri pada tahun berkenaan dan masih belum dikeluarkan dalam peperiksaan sebenar. Namun, pelajar jangan mengganggap soalan dibicarakan sebagai soalan spot atau ramalan kerana anggapan sedemikian akan menyeksa dan membebankan anda, terutama soalan yang diharapkan tidak tersenarai dalam soalan SPM sebenar, ketika itu anda akan stres. Pelajar perlu ingat, soalan SPM adalah sulit, tidak ada sesiapa yang tahu soalan dan bentuknya. Apa  yang perlu anda lakukan adalah sentiasa bersedia untuk berhadapan Soalan SPM 2017 dengan kemahiran dan penguasaan semua bentuk atau format soalan Bahasa Melayu SPM.

   InsyaAllah, pelajar akan menjawab soalan percubaan SPM pada bulan Ogos nanti, berdasarkan negeri-negeri masing-masing. Pelajar boleh melihat soalan-soalan mirip SPM  dan tumpuan atau fokus soalan yang diketengahkan oleh pakar pengubal soalan negeri masing-masing dan pelajar boleh melihat fokus soalan yang diberi pemberatan.  Paling penting, pelajar perlu fokus bukan sahaja soalan negeri masing-masing, malah merujuk juga soalan yang dikeluarkan oleh negeri-negeri lain. Kemudian, pelajar perlu membuat latihan merujuk soalan negeri-negeri sebagai latihan untuk memahirkan diri dengan kepelbagaian soalan. Jika diizinkan Tuhan, saya akan cuma membicarakan soalan-soalan berkenaan, dan buat permulaan saya akan fokus perbincangan soalan-soalan percubaan negeri 2016. Semoga dengan terbitnya bahan-bahan berkenaan nanti, pelajar boleh membuat persediaan untuk menjawab soalan bahasa Melayu SPM (1103) sebenar pada hujung tahun ini. InsyaAllah. Semoga anda sentiasa melayari blog ini, saya bantu anda cemerlang.

Tiada ulasan: