InsyaAllah, pada pukul 8.00 hingga 10.00 pagi esok saya akan menyampaikan teknik menjawab Kertas Bahasa Melayu 2 di SMK Tronoh, Perak. Tumpuan program kepada pelajar HALUS dan sederhana. Bahan program adalah seperti di bawah:-
PROGRAM KECEMERLANGAN KERTAS BAHASA MELAYU 2,
SMK TRONOH PERAK.
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah menderma darah dan langkah-langkah
menggalakkan orang ramai menderma darah. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebih 120 patah perkataan.
Derma
darah amalan mulia yang bukan hanya dapat memupuk nilai baik dalam diri, tetapi
paling penting turut membantu menyelamatkan nyawa. Malangnya di negara kita,
amalan ini kurang mendapat sambutan terutama daripada golongan muda. Menyedari
kepentingan amalan itu, Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan
masyarakat menderma darah bagi memastikan bekalan di Bank Darah sentiasa
mencukupi. Antara langkah tersebut ialah tarikh 14 Jun diisyitiharkan sebagai
Hari Derma Darah Sedunia. Namun hakikatnya, kempen menderma darah masih kurang
mendapat sambutan dan tidak memenuhi jumlah keperluan darah yang diperlukan.
Hal ini disebabkan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan menderma darah,
selain kurang maklumat dan pendedahan mengenai menderma darah. Malah, sambutan
Hari Derma Darah Sedunia tidak diuar-uarkan untuk disambut sebagai menyedarkan
masyarakat mengenai kepentingan menderma darah. Melalui amalan derma darah,
bukan sahaja penerima darah menerima kelebihan bahkan terbukti bahawa penderma
juga dapat kelebihan dengan menderma darah.
Antara
kelebihan menderma darah ialah penderma dapat melahirkan satu perasaan yang
sangat menggembirakan apabila berjaya menolong doktor menyelamatkan nyawa orang
lain. Selain itu, derma darah secara konsisten dapat mengurangkan
risiko kanser termasuk kanser hati, paru-paru, colon, perut dan tekak. Amalan
derma darah juga dapat mengurangkan jumlah zat besi yang berlebihan di dalam
badan dan dapat menghindarkan risiko sakit jantung. Sebelum setiap proses
menderma darah bermula, seseorang penderma akan melalui beberapa pemeriksaan
kesihatan percuma. Secara tidak langsung, hal ini dapat membantu mereka
mengdiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut
makin teruk. Bersama-sama dengan pemeriksaan kesihatan, para penderma akan
menerima dan mengetahui analisis darah serta jenis darah secara percuma. Kalau
sendiri pergi ke klinik atau hospital untuk mengetahui jenis darah atau
analisis darah, sudah tentu kena bayar.
Setiap kali seseorang menderma
darah, sebanyak 640 Kcal akan hilang. Hal ini boleh membantu seseorang dalam
proses untuk mengurangkan berat badan. Di samping itu, perasaan gembira
mendapat pek percuma seperti makanan, minuman, t-shirt dan sijil amat baik
untuk sistem imun di dalam badan. Derma darah juga membolehkan penderma untuk
mengisi semula bekalan darah, membantu badan penderma berfungsi dengan lebih
cekap dan dapat bekerja secara produktif. Oleh itu, usaha orang ramai untuk
menderma darah amatlah dihargai. Namun anda layak untuk menderma darah
sekiranya anda seorang penderma yang berisiko rendah iaitu tidak memudaratkan
diri sendiri dan darah yang anda derma itu tidak tercemar dengan virus
penyakit-penyakit yang boleh berjangkit menerusi pemindahan darah.
Tuntasnya, menderma darah
merupakan satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya.
Keinginan untuk menderma darah perlulah wujud dalam diri setiap individu tanpa
dipaksa oleh mana-mana pihak. Malah setiap orang haruslah mengganggap bahawa
menderma darah adalah satu tanggungjawab diri dan mendermanya tanpa diundang.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Derma Darah Kurang Dapat Sambutan Golongan Muda’
The Borneopost.com,
2015)
Jawapan:- ( Pilih pengenalan yang anda perlu gunakan untuk
menjawab rumusan)
A. Bahagian
pengenalan:
Petikan membincangkan …………………….menderma darah dalam
kalangan masyarakat
……………………………
Atau:-
Rumusan
menjelaskan……………………..menderma darah
dan...........................................
menggalakkan orang ramai
menderma darah.
Atau:-
Petikan membicarakan……………………..menderma darah
dan………………………………
menggalakkan orang ramai menderma darah.
B. Bahagian
perenggan isi tersurat:-
Antara kebaikan menderma darah adalah
kerana……………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
Frasa lain untuk memulakan perenggan isi tersurat:-
1. Menderma
darah akan dapat membantu penderma…………
2. Penderma
akan mendapat kebaikan apabila menderma darah kerana………
C. Bahagian
Perenggan isi tersurat:-
Media massa boleh menggalakkan
masyarakat menderma darah dengan cara …………..
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………….
Frasa lain untuk memulakan perenggan isi tersirat:-
1. Antara
langkah media massa menggalakkan masyarakat menderma darah adalah
dengan……………………………..
D. Bahagian
Perenggan penutup:-
Istilah boleh digunakan untuk menulis ayat penyimpul
perenggan penutup:-
Kesimpulannya, Konklusinya, Akhirnya…………………………
Jawapan:-
Konklusinya,……………………………….................................perlu menggalakkan orang ramai
menderma darah agar…………………………………………........................................
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) –
Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i) Berikan
maksud rangkai kata secara konsisten. [2 markah]
Jawapan:-
Kata secara konsisten
bermaksud………………………………………………………………….................................
Panduan menjawab:-
secara
= dengan
konsisten = tetap / tekal
(ii) Pengarang
mengemukakan beberapa punca Kempen Derma Darah tidak mendapat sambutan
masyarakat.
Jawapan :-
Nyatakan
punca-punca tersebut.
[3 markah]
Jawapan:- (
Pilih salah satu cara untuk memulakan jawapan)
Punca-punca
Kempen Derma Darah tidak mendapat sambutan
masyarakat
kerana……………………..………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………
…............................................................................................................................................
Atau:-
Antara punca Program
Derma Darah tidak mendapat sambutan masyarakat kerana…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………......………………………………………………………………………………........
………………………………………………………………………………………………………..
Penerangan
untuk menjawab:-
Jawab dua isi maksimum
untuk mendapat tiga markah. Pelajar yang bijak menulis tiga isi
maksimum dan isi ketiga
sebagai ‘backup’ sekiranya ada jawapan anda tidak tepat.
(iii)
Masyarakat kita terutamanya golongan muda kurang berminat untuk menderma
darah.
Pada pendapat
anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh media massa untuk
menggalakkan masyarakat kita terutama golongan muda menderma darah? [4 markah]
Jawapan:-
Media massa boleh
menggalakkan masyarakat atau golongan muda menderma darah dengan cara
…………………………..........................................................................................................
Selain itu. media masa boleh
menjalankan……………………………………………………………......................................
…………………………………… dan …………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………………
Soalan di atas merupakan
soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT). Jika pelajar sukar untuk
menjawab soalan ini, tinggalkan. Jawab soalan lain. Jika mampu menjawabnya,
teruskan.
Soalan 2 (b)- Petikan
Cerpen
Baca petikan cerpen di
bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Saya teringat cerita bonda
tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam dekad lampau. Sejarah
yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit. Sejarah suram yang
berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada setiap
warganya sejak sekian lama.
Dek benih penjajah yang
menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah, bernanahlah
segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara
warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan
korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga mencetuskan
huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan.
Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah
hari.
Dipetik daripada cerpen
‘Munsyi’ Oleh Husna Nazri Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i) Apakah kesan sistem pecah dan perintah
yang dilaksanakan oleh penjajah di negara kita? [2
markah]
Jawapan:-
Sistem pecah
perintah di negara kita akan menyebabkan……………………………………............................................................
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
(ii) Peristiwa
13 Mei betul-betul meninggalkan kesan mendalam kepada perpaduan rakyat
Malaysia. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mengelakkan sejarah hitam tersebut berulang kembali ? [3 markah]
Tinggalkan,
soalan sukar kecuali pelajar yang mampu menjawabnya.
(iii) Jelaskan
satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain
daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
Tinggalkan,
soalan sukar kecuali pelajar yang mampu menjawabnya.
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa
tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak
Bubunnya, akan dititahkan menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam
di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu
sentiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana
tuan itu pergi, panah itu di bawahnya. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun
menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan
datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka
dihalanya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata tuan Sidi Arab, sambil menarik
panahnya itu. “Mati engkau, Cau Pandan.”
Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka
titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan,
sungguhlah tuan keramat.”
Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam,
maka berasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit
muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau
Pandan itu. Maka itulah diperbuat orang nyanyi :
(i) Berikan
maksud dewal orang berzikir ?
[2 markah]
Soalan sukar,
abaikan soalan, kecuali pelajar yang mampu menjawab, teruskan.
(ii) Apakah tindakan Sidi
Arab apabila mendengar khabar Cau Pandan hendak menyerang Melaka? [3
markah]
Apabila Sidi Arab
mendengar khabar Cau Pandan hendak menyerang Melaka,
beliau…………..……………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………….
(iii) Sekiranya
anda Sultan Muzaffar Syah, apakah tindakan-tindakan yang anda lakukan untuk
membalas jasa Sidi Arab yang telah berjaya membunuh Cau Pandan ?
Soalan ini sukar tetapi
masih boleh dijawab oleh pelajar:-
Sekiranya saya Sultan
Muzaffar Shah, antara tindakan yang boleh saya ambil / atau lakukan adalah dengan……………………………………………………………………….........
………………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………
Jawapan ada di dalam teks.
Soalan 2 (d) – Petikan
Gurindam
Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Gurindam Dua Belas
(Fasal yang ketiga)
|
|
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
|
Apabila perut terlalu
penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
|
Apabila terpeihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah
damping.
|
Anggota tengah hendaklah
diingat,
Di situlah banyak
orang yang hilang
semangat.
|
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya
faedah.
|
Hendaklah peliharakan
kaki,
Daripada berjalan yang
membawa rugi.
|
Bersungguh-sungguh engkau
memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan
ringan
|
|
Mohd
Yusof Md Nor dan Abdul
Rahman
Kaeh(Penyelenggara)
Puisi
Melayu Tradisi, 1996.
Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
|
(i) Terangkan maksud rangkap ke lima gurindam di atas. [2 markah]
Soalan sukar,
abaikan soalan, kecuali pelajar yang mampu menjawab, teruskan.
(ii) Gurindam di atas menerangkan
kepentingan menjaga anggota badan daripada melakukan perkara-perkara negatif.
Pada pendapat anda, apakah
tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan diri
daripada melakukan perkara yang tidak elok dan negatif. [3 markah]
Jawapan:-
Pada pendapat saya, antara
tindakan yang boleh dilakukan oleh seorang untuk
mengelakkan diri daripada melakukan
perkara yang negatif adalah dengan ........………….
……………………………………………………………………………………………………......
………………………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………………......
(iii) Huraikan dua
pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas. [4 markah]
Soalan sukar,
abaikan soalan, kecuali pelajar yang mampu menjawab, teruskan.
Soalan
3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30
markah]
Jawab semua soalan.
(a)
Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah dengan menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan dan
tidak boleh menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau kata nama
khas.
(i) telur
putih
(ii) putih telur
(iii) susu lembu
(iv) lembu susu
(v) jambu merah
(vi) merah jambu
UNTUK
MAKSUD RUJUK PAPARAN LAYAR PUTIH.
Jawapan:-
i)
Ayah
saya membeli telur putih itu……………………………………………………….
ii)
Ibu
menggaul putih telur itu ke dalam adunan…………………………………………
iii)
Adik
suka minum………………………………………………………………………….
iv)
Lembu
susu diternak…………………………………………………………………….
v)
Bapa
menanam ………………………………………………………………………….
vi)
Cikgu
Shamsiah memakai baju kurung……………………………………………….
(b)
Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya
yang betul. Kata Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata
yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.
(i) Ibu
ke pasar pagi tadi..
(ii) Tuan Hj. Sulaiman pengetua sekolah itu.
(iii) Pelajar itu berjaya dengan cemerlang
kerana rajin belajar.
(iv) Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen
Bahasa Melayu diadakan di Dewan Seri Murni.
(v) Pasukan
itu berjaya menjadi juara bola sepak melalui kerjasama perpasukan.
(vi) Tiga biji telur digunakan untuk membuat
kek itu.
( 6 markah )
Jawapan:-
(i)
Siapakah
ke pasar…………………………………………………………..…………….?
(ii)
Siapakah…………………………………………………………………………..………..?
(iii)
Bagaimanakah……………………………………………………………………………..?
(iv)
Di
manakah…………………………………………………………………………………?
(v)
Bagaimanakah…………………………………………………………………………..…?
(vi)
Berapakah………………………………………………………………………….……….?
Pelajar
yang mampu boleh membina ayat menggunakan ayat sendiri.
(c) Dalam setiap ayat di
bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
bleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Kadar
kemalangan jalan raya dalam kalangan penunggang motorsikal yang semakin
meningkat pada masa ini kebimbangan banyak pihak.
Kesalahan ejaan
|
Ejaan yang betul
|
|
|
Kesalahan imbuhan
|
Imbuhan yang betul
|
|
|
(ii)
Pemakanan
yang baik dapat melahirkan jenerasi yang sihat sekali gus berupaya untuk
meningkatkan cemerlangan pelajar dan produktiviti pekerja.
Kesalahan ejaan
|
Ejaan yang betul
|
|
|
Kesalahan imbuhan
|
Imbuhan yang betul
|
|
|
(iii)
Tahap
pendidikkan moral yang rendah telah dikenalpasti sebagai punca utama wujudnya
pelbagai gejala sosial di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kesalahan ejaan
|
Ejaan yang betul
|
|
|
Kesalahan imbuhan
|
Imbuhan yang betul
|
|
|
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Uji
pandu kereta yang baru siap syarikat pengeluar kereta itu dilakukan oleh berapa
orang pekerjanya.
Kesalahan kata/ istilah
|
Istilah/ Kata yang betul
|
|
|
Kesalahan tatabahasa
|
Tatabahasa yang betul
|
|
|
(ii)
Semua
orang ramai diminta untuk berada di dalam rumah sekiranya berasa tidak sihat
bagi mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1).
Kesalahan kata/ istilah
|
Istilah/ Kata yang betul
|
|
|
Kesalahan tatabahasa
|
Tatabahasa yang betul
|
|
|
(iii)
Perpaduan
kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormat menghormati
agama,
kepercayaan dan budaya dengan hati yang ikhlas tanpa ada sebarang prasyarat
.
Kesalahan kata/ istilah
|
Istilah/ Kata yang betul
|
|
|
Kesalahan tatabahasa
|
Tatabahasa yang betul
|
|
|
( 6 markah )
(e) Tulis ayat berdasarkan
setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.
(i) Hangat-hangat
tahi ayam
(ii) Bagai
ikan pulang ke lubuk
(iii) Bagaimana acuan, begitulah kuihnya [6 markah]
Soalan ini sukar , tetapi
kepada pelajar mampu menjawab teruskan.
Jawapan :
(i)
Adila
mempunyai kebolehan memasak seperti ibunya kerana ...................................
.....................................................................................................................................
(ii)
Sikap…………………………………….................. dalam kalangan usahawan muda
menyebabkan mereka tidak dapat bertahan lama.
(iii)
Kepulangan
abang ke kampung pada kali ini ……………………………………………
kerana dia enggan merantau ke
ibu kota lagi
Soalan
4 : Novel
[15
markah]
Jawab soalan-soalan di
bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(ii) Di SebalikDinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin
(iv) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(v) Tirani karya Beb Sabariah
(vi) Silir Daksina karya Nizar Parman
(vii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(viii) Bimasakti Menari
karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(a) Berdasarkan
sebuah novel yang anda kaji, bincangkan
dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.
Jawapan:-
Berdasarkan
novel……………………………………………..............yang saya pelajari di
tingkatan ……………….terdapat dua latar masyarakat. Pertama, masyarakat………………..
……………………………………………………………………………………………………….....
Peristiwa ini dapat kita
peroleh melalui watak…………………………………………..............
Contohnya…………………………………………………………………………………………....
………………………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………………
Selain itu, latar
masyarakat……………………………………………………………….Peristiwa
ini dapat kita perolehi
melalui…………………………………………………..........................
Contohnya……………..………………………………….........................................................
……………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………
7
markah]
(b) Bandingkan dua buah
novel yang anda kaji, bandingkan tema kedua-dua novel tersebut.
[8
markah]
Berdasarkan Novel………………………………………….yang
saya pelajari di
tingkatan.............. dan Novel…………………………………………….. saya pelajari di
tingkatan………. saya dapati terdapat
perbezaan temanya.
Tema Novel………………………………………………. saya
pelajari di tingkatan
…………….memaparkan
tema…………………………………………………………….. Hal ini
boleh kita lihat melalui peristiwa…………………………………………………..........................
.................................................................................................................................................
Sementara tema Novel……………………………………..saya
pelajari
di tingkatan……………..........................................................................................................
memaparkan
tema………………………………………………………… Buktinya melalui
peristiwa……………………………………………………………………………………………....
………………………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………….
‘
SELAMAT
MENCUBA, SEMOGA ANDA DAPAT MENJAWAB SOALAN DI ATAS DENGAN BAIK. RUJUK BAHAN DI
BAWAH UNTUK MENDAPATKAN JAWAPAN.
ANDA
BOLEH MELAYARI KEMAHIRAN BERBAHASA MELIPUTI KERTAS
BAHASA
MELAYU KERTAS 1 DAN KERTAS DI LAMAN BAHASA MELAYU SPM
DI
ALAMAT cikguramsulbmspm.blogspot.
SEMOGA
ANDA LULUS KERTAS BAHASA MELAYU (1103)
PEPERIKSAAN
SPM 2017.
BAHAN
RUJUKAN UNTUK PELAJAR MENJAWAB SOALAN KOMSAS NOVEL SOALAN 4 (a) DI ATAS
LATAR
MASYARAKAT
NOVEL TINGKATAN 4
Jendela
Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
Latar masyarakat ialah keadaan masyarakat di
tempat cerita yang berkenaan berlaku. Gambaran
tentang keadaan itu antara lainnya termasuklah agama, kepercayaan, dan pekerjaan.
Latar Masyarakat Yang Bermasalah
Istitusi Kekeluargaan
Ø
Suami
Che Jah Merupakan Seorang Yang Suka Berjudi, Berhutang, Menipu, Minum Arak
Dan Anak-Anak Serta Isterinya Sering Menjadi Mangsa Kekejamannya. Haziq Anak
Che Jah Merupakan Pelajar Yang Pintar Tetapi Tersalah Pergaulan Dan
Menyebabkan Dia Diberhentikan Sekolah.
Ø
Latar
Masyarakat Yang Suka Mengambil Tahu Hal Keluarga Orang Lain.
Ø
Nenek
Memberitahu Bahawa Orang Kampung Suka Bermuka-Muka. Suka Mengumpat Walaupun
Melalui Jendela.
Latar Masyarakat Yang
Prihatin
Ø
Lili
Prihatin Dengan Masalah Yang Menimpa Keluarga Che Jah Atas Sikap Tidak
Bertanggungjawab Seman Suami Che Jah
Ø
Lili
Meminta Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk Memaklumkan Sikap Seman.
Ø
Lili
Berpendapat Bahawa Danel Bertanggungjawab Membagunkan Kampung Kerana Danel
Penduduk Tetap Dan Perlu Memperjuangkannya.
Ø
Danel
Prihatin Terhadap Lili Dengan Menyelematkan Lili Sewaktu Diculik, Membawanya
Ke Pean Dan Banyak Perkara Mereka Bersependapat Dengan Lili.
Latar masyarakat yang
buruk sangka.
Ø
Penduduk
kampung buruk sangka terhadap datuk kerana disangkanya datuk yang
mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
Ø
Penduduk
kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah
silam mereka yang memang nakal.
Ø
Penduduk
kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi
mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan
Ø
|
NOVEL TINGKATAN 5
Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
Latar masyarakat ialah keadaan masyarakat di
tempat cerita yang berkenaan berlaku. Gambaran
tentang keadaan itu antara lainnya termasuklah agama, kepercayaan, dan pekerjaan.
Masyarakat
kampung - Mereka tinggal di Kampung
Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat
kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain.
Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji
Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.
Ø
Masyarakat
guru - Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas
Dahlia. Cikgu Salwani marah apabila
Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam menasihati
Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana dia sorang yang bijak .
Ø
Masyarakat pelajar - Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita
merupakan pelajar sekolah. - Mereka bersekolah di Sekolah Menengah
Temenggung Ibrahim. Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam
kokurikulum.
Ø
Masyarakat
yang saling membantu – Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga
Dahlia / Tempat Embong meluahkan
perasaan. Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
Ø
Masyarakat
yang bertanggungjawab - Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,
Embong yang menghadapi masalah.
Ø
Masyarakat
remaja yang terpengaruh dengan rakan sebaya - Abu Bakar, adik Dahlia suka
berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak mahu membantu keluarga mereka yang
menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke rumah untuk menukar baju sahaja.
Ø
Masyarakat
yang insaf akan kesilapannya - Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka
membuang masa dengan rakan-rakannya. Dia juga insaf akan kesalahannya yang
telah mencuri kambing milik abahnya sendiri. Nek Kiah akhirnya insaf akan
sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya yang banyak membantu beliau ketika sakit
sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak
menziarahinya.
Ø
Masyarakat
yang tabah menghadapi dugaan hidup - Embong tabah menghadapi keadaan hidup
mereka sekeluarga yang hidup dalam kemiskinan. Embong juga tabah apabila
beliau tidak disukai oleh ibu mentuanya, Nek Kiah. Embong tabah apabila
isterinya mengalami masalah mental.
Ø
Masyarakat
yang penyayang - Embong sangat menyayangi anak-anaknya. Beliau sanggup
bekerja dari pagi hingga malam untuk menanggung keluarganya. Dahlia juga amat
menyayangi adik-adiknya. Dia sanggup ponteng sekolah apabila Anggerik sakit.
Saleha juga merupakan emak yang penyayang. Semasa beliau sihat, beliaulah
yang menjaga keperluan keenam-enam anaknya itu.
Ø
Masyarakat
remaja yang terlibat dalam percintaan - Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia
mengetahui Dahlia mempunyai emaknya yang menghidap tekanan mental dan hidup
dalam kemiskinan namun akhirnya dia
tetap melamar Dahlia . Najib juga
mencintai Dahlia. Dia mengambil berat apabila Dahlia kerap ponteng
sekolah.
|
BAHAN
RUJUKAN UNTUK PELAJAR MENJAWAB SOALAN KOMSAS NOVEL SOALAN 4 (b) DI ATAS
TEMA:-
NOVEL TINGKATAN 4
Jendela
Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
TEMA:- PERSOALAN POKOK ATAU UTAMA YANG DIKEMUKAN DALAM
SESEBUAH KARYA ( NOVEL)
Ø
Tema
novel ini ialah Kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah dan
masalah tersebut diselesaikan dengan cara bermuafakat.
Ø
Masalah
keganasan rumah tangga yang berlaku kepada keluarga Che Jah akibat sikap
suaminya Seman dapat diatasi apabila Che Jah sendiri dengan suka rela membuat
laporan polis. Akibat tidak tahan dengan sikap suaminya dan kesan kenakalan
anak-anaknya Che Jah akhirnya berjaya diselamatkan.
Ø
Masalah
masa depan perubatan tradisional.Datuk yang sememangnya menjadi sumber
rujukan masyarakat setempat dan luar tentang perubatan tradisional sudah
mulai dipinggirkan. Bertambah parah apabila isterinya sendiri mulai menyindir
akan kemujaraban herba yang diadun kerana boleh mendatangkan kesan sampingan
kepada penggunanya.
Ø
Masalah
buruk sangka atas orang lain.Masyarakat di Pekan Sentosa buruk sangka
terhadap anak-anak Che Jah yang selama ini terkenal kenakalannya. Mereka
menyangkakan bahawa Haziq dan Rafiq yang melarikan kubah surau. Masalah
terlerai apabila Che Jah menyatakan bahawa suaminya Seman yang melarikan
kubah surau tersebut.
Ø
Keprihatinan
masyarakat terhadap masalah yang dihadapi. Lili begitu prihatin terhadap
masalah yang dihadapi oleh Che Jah. Penduduk kampong yang selama ini
menganggap keluarga Seman sebagai contoh institusi kekeluargaan yang buruk,
namun dengan bantuan kefahaman Geetha yang bukan berbangsa Melayu menjadikan
Lili tersedar bahawa Che Jah perlukan bantuan bukannya cemuhan.
|
NOVEL TINGKATAN 5
Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
TEMA:- PERSOALAN POKOK ATAU
UTAMA
YANG DIKEMUKAN DALAM SESEBUAH KARYA ( NOVEL)
Ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan
hidup.
Ø
Dahlia
seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya.
Apabila emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke
hospital, Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah.
Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya di samping
pelajarannya. Kehidupan
Ø
Dahlia
semakin tertekan apabila abahnya dipatuk ular. Dahlia terpaksa mengambil alih
semua tugas menguruskan adik-adik dan keperluan rumah mereka.Namun, Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan tersebut.
Ø
Dahlia
juga tabah dihina oleh Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang
lemas di sungai berhampiran rumahnya
Ø Dahlia juga tabah melayan kerenah
neneknya yang membenci keluarga Dahlia kerana keluarga mereka hidup dalam
kemiskinan berbanding anak-anaknya yang lain yang hidup senang..
Ø Dahlia tetap tabah apabila mengetahui
neneknya dan Pak Cik Seman ingin menjual tanah yang menjadi tempat tinggal
mereka selama ini
Ø Dahlia juga tabah mengulang kaji
pelajaran dalam keadaan yang kurang selesa di pusat pemindahan banjir.
Ø Berkat ketabahan Dahlia,akhirnya dia telah
berjaya dalam STPM dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan