Karangan Rumah terbuka, saya akan beri komentar selepas ini kerana letih saya tak habis lagi kerana baru balik janji temu dengan Dr. Pakar Unit Kemoterapi dan Onkologi Hospital Kuala Lumpur. Selepas ini saya akan komen karangan hasilan rakan sebaya, dan paling penting cuba contohi karangan Puteri, walaupun ada kesalahan saya kesan. Insya-Allah, saya ke Manjung hari ini untuk servis kereta dan ke MTQ Lekir ziarah anak saya. Selepas, balik nanti saya akan komen karangan-karangan yang telah dihantar kepada saya.
Paling penting, salin karangan Puteri walaupun panjang dan ada yang perlu diperbaiki terutama tatabahasa tetapi kesalahan tatabahasanya tidaklah banyak. Mungkin juga, anda tidak mampu menulis karangan sepanjang itu, tetapi hakikatnya karangan Puteri terbaik. Ada juga binaan ayatnya boleh anda ringkaskan dan ini kita akan bincang di dalam kelas nanti.
Hakikatnya, cuba peka dengan maklumat dan arahan di dalam blog kerana masa kita di sekolah amat mencemburui dan sedikit. Maklumat terkini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan