KARANGAN PUTERI NURANISYA AQILA BT. ALAN
KEPENTINGAN MEMELIHARA DAN MEMULIHARA MONUMEN BERSEJARAH
Mengikut definasi
yang diberikan oleh Aristotle, sejarah merupakan satu sistem yang meneliti
suatu kejadian sejak awal dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang
sama, menurut beliau juga sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang
mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang konkrit. Oleh sebab itu,
sejarah sangat penting kepada negara bangsa kerana dengan mengingati dan
menghayati sejarah pemimpin negara bangsa dan masyarakat mampu menilai setiap
tindak tanduk untuk membuat keputusan agar keputusan mereka tidak merosakkan
sejarah bangsa. Tambahan pula, pelancong asing sentiasa haus dan ingin
menikmati sejarah negara kita kerana suatu masa dulu kita pernah dijajah oleh
negara mereka. Sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga kerana banyak
monumen bersejarah di negara kita masih dapat dihayati. Seyogia monumen
bersejarah yang masih kukuh berdiri megah perlu diperlihara dan dipulihara agar
generasi akan datang boleh mengingati sejarah negara mereka agar mengelak berlakunya pisang
berbuah dua kali. Persoalannya, apakah kelebihan memelihara dan
memulihara bangunan bersejarah di negara kita?
Berdasarkan
minda pelajar kelas pertama, bangunan bersejarah perlu dipelihara dan
dipulihara kerana monumen ini menyimpan khazanah dan maklumat penting berkenaan negara kita.
Umum sedia maklum, setiap bangunan bersejarah di negara kita mempunyai cerita
dan sejarah yang tertentu disebalik pembinaan dan kewujudannnya, bersesuaian
dengan ungkapan peribahasa Melayu, tiada angin, masakan pohonnya bergoyang. Maka, monumen ini
haruslah dipelihara agar cerita dan kronologi yang tersirat ini sentiasa kekal dalam lipatan sejaran agar menjadi pendoman generasi
yang mendatang menatapnya. Tambahan pula sejarah yang telah diterbitkan melalui
pembukuan, perfileman dan fakta mempunyai risiko pengubah suaian ,
hiperbola dan ketulenan sejarah tersebut. Situasi ini pernah berlaku apabila penjajah Inggeris membuat tafsiran pejuang negara seperti Tok Gajah, Sipuntum, Dol Said,dan Dato Bahaman dianggap sebagai penentang kerajaan demi memenuhi niat jahat mereka menjajah negara. Oleh
itu, sebagai warganegara Malaysia kita perlu menjadi manusia yang celik akal fikiran dengan mendapatkan maklumat sebenar daripada sumber yang betul dengan cara melawat bangunan
bersejarah dan tempat monumen itu tersendiri sekali gus menghindari
keadaan indah khabar dari rupa dan berlaku fitnah merupakan racun
yang mengalir dalam masyarakat dan mampu membunuh kewarasan akal manusia.
Melalui pencerapan secara terus di bangunan bersejarah, masyarakat berpeluang
memperoleh fakta yang tulen dan benar seperti kronologi, tarikh dan
tempat yang sebenar. Sekiranya, masyarakat lebih berat sebelah dengan
cara mempercayai setiap fakta melalui internet, sudah pasti masyarakat tertipu dengan strategi penjajah yang menganggap pejuang bangsa sebagai musuh negara. Jangan kita menjadi duri dalam daging dengan percaya maklumat yang tidak tepat terhadap pejuang bangsa kerana jasa mereka negara kita merdeka. Maka
tegaslah bahawa monumen menyimpan maklumat yang penting berkenaan negara
Malaysia.
Meninjau
dari dimensi antarabangsa, bangunan bersejarah penting bertujuan bagi menarik
minat pelancong. Umum mengetahui bahawa Malaysia atau Tanah Melayu telah
dijajah selama 434 tahun, bermula dari penjajahan Portugis sebagai pembuka tirai penjajahan dan diakhiri dengan penjajah British. Rentetan daripada itu, ramai pelancong asing terutama
daripada negara yang pernah menjajah Tanah Melayu ingin melihat dengan mata dan
kepala mereka sendiri, sejarah yang pernah diukir oleh nenek moyang mereka
terdahulu. Di samping itu, nama Malaysia dapat diangkat sebagai tempat
bersejarah di dunia, sekali gus meningkatkan pendapatan negara . Hal ini
bertepatan dengan peribahasa, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke
pangkal lengan dan sambil menyelam minum air kerana di samping mempromosikan
sejarah Tanah Melayu, pendapatan negara turut meningkat melalui kunjungan
pelancong asing ke Malaysia. Jika monumen bersejarah di Malaysia tidak diperlihara,
pasti kelak segala sejarah negara yang tidak ternilai harga akan pupus di telan zaman, sekali gus kita sebagai warganegara menganggap pejuang bangsa sebagai musuh negara kerana mengikut telunjuk Inggeris yang mementingkan kuasa penjajah mereka. Tambahan pula kehilangan monumen bersejarah akan menyebabkan sektor pelancongan juga akan merudum kerana monumen bersejarah sudah tidak menjadi tarikan dan menggamit kedatangan mereka negara tercinta. Oleh itu, bangunan bersejarah sewajarnya dipelihara dan
dipulihara bagai menatang minyak yang penuh, kerana bimbang jika nasi
menjadi bubur pastinya Malaysia menjadi negara yang haus dengan sejarah yang
tersendiri.
Jika
kita lihat dari perspektif berbeza, bangunan bersejarah sewajarnya dipelihara
dan dipulihara kerana monumen ini mampu menjadi jalan pintas bagi memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Kunjungan rakyat
Malaysia ke tempat bersejarah ini memberi peluang kepada mereka untuk membuka
minda tentang betapa sukarnya usaha pejuang dan pahlawan terdahulu bagi
mengecapi kemerdekaan yang dinikmati sekarang. Tambahan pula, sifat rakyat
Malaysia longgar sendat lapang bertukul terhadap menghargai kemerdekaan dapat
dikikis. Berat mata menandang, berat lagi bahu yang
memikul, maka rakyat Malaysia haruslah menyelami pengorbanan pahlawan terdahulu
yang menggadai nyawa semata-mata untuk mengecapi kemerdekaan
sehingga kini. Kunjungan secara terus ke tempat bersejarah membolehkan rakyat
Malaysia melihat dengan mata hati betapa daifnya rakyat Tanah
Melayu terdahulu tentang sejarah bangsa kerana menganggap pejuang bangsa sebagai musuh negara. Kita harus bersyukur kerana bijak pandai sejarah telah sedar akan kepintaran Inggeris dan mengubah fakta sebenar. Sejarah yang berjaya meresapi sanubari rakyat
Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum ini bersifat bagai aur dengan
tebing bagi mengekalkan keamanan ini seterusnya semangat patriotisme pasti
hadir dalam diri rakyat Malaysia. Jika tiada kunjungan ke tempat
bersejarah, nescaya sejarah yang telah diselami dalam setiap diri rakyat
Malaysia hanyalah bersifat bagai mencurah air ke daun keladi dan tidak diselami
dengan sepenuh hati.Tegaslah bahawa bangunan bersejarah seharusnya dipelihara
bagi memupuk semangat patriotisme dalam diri rakyat Malaysia.
Selain
itu, masyarakat yang berpengetahuan tinggi terhadap sejarah dapat
dibentuk melalui pemeliharaan dan pemuliharaan monumen bersejarah. Lawatan ke
monumen bersejarah mendedahkan lagi masyarakat dengan ilmu berkenaan sejarah
secara lansung. Hal ini amatlah penting kerana melalui sejarah, pemerintahan
suatu negara dapat dilicinkan. Tambahan pula, Tunku Abdul Rahman menyatakan,
" orang yang tidak mempelajari sejarah mempunyai risiko untuk mengulangi
kesilapannya kelak". Islam amat menekankan ilmu dalam setiap umatnya dan
menganggap bahawa ilmu merupakan cahaya menerangi kehidupan. Oleh sebab itu, sejarah
haruslah dipelajari dan dihayati kerana Sejarah merupakan salah satu ilmu yang mampu memperbetulkan sesuatu fakta mengikut kebenaran. Pelbagai ilmu
yang mampu diperoleh melalui sejarah misalnya dengan cara mengambil iktibar
tentang cara meredakan peperangan dengan musuh dan strategik perang
yang berkesan, Jelaslah sejarah merupakan ilmu yang diibaratkan bagai ketam
mengajar anaknya berjalan kerana menyuluh jalan masyarakat kini bagi membina
negara bangsa yang sejahtera. Melalui ilmu sejarah yang diperoleh,
kita berupaya menjadi insan yang tidak mudah diperdaya dan insan yang cemerlang
dalam menyusun atur kehidupannya hasil daripada iktibar ilmu sejarah yang
dipelajari kerana sejarah mengajar kita mengatur kewujudan negara bangsa yang berjaya kerana sudah terhantuk baru
tergadah sudah tidak berguna lagi. Sekiranya masyarakat Malaysia
memandang enteng terhadap kepentingan ilmu sejarah, sudah pasti generasi
mendatang berisiko mengulangi kesilapan pemimpin dan segelintir warganegara terdahulu yang meruntuhkan negara bangsa yang terkenal suatu ketika dulu sebagai sebuah pelabuhan terkemuka semasa Kerajaan Melayu Melaka dan bahasa Melayu ketika itu menjadi bahasa antara bangsa atau Lingua Franca. Jangan kita sebagai warganegara seperti katak di bawah tempurung. Tegaslah monumen sewajarnya dipelihara
untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi.
Konklusinya,
sudah terang lagi bersuluh bahawa bangunan bersejarah sewajibnya dipelihara dan
dipulihara selama mana kewujudannya di Malaysia. Kekhilafan rakyat Malaysia memandang enteng sejarah bermakna kita tidak menghargai kerja buat pemimpin dan perjuangan negara bangsa terdahulu kerana Sejarah mematangkan kita untuk sentiasa melakukan
yang terbaik antara yang terbaik dan sudah pasti untuk tidak mengulangi
kesilapan terdahulu. Wajarlah monumen bersejarah untuk dipelihara dan dipulihara sebagai lambang negara
yang sudah merdeka. Hal ini demikian kerana setiap sejarah merupakan kisah
perit jerih pemimin dan pejuang bangsa demi menuntut kemerdekaan, bertepatan dengan peribahasa Melayu,
berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit- sakit dahulu
bersenang-senang kemudian. Keberadaan monumen, menjadi bukti bahawa Malaysia
merupakan negara yang merdeka dan sebagai rakyat Malaysia kita haruslah
berbangga dengan segala peninggalan sejarah ini kerana dimana bumi dipijak,
disitu langit dijunjung. Pelbagai monumen yang boleh dilawati di Malaysia,
misalnya Kellie's Castle di Perak, Batu Bersurat di Pangkor, A'famosa di Melaka
dan Dataran Merdeka. Besarlah harapan saya supaya segala monumen dan bangunan
bersejarah ini dikekalkan keasliannya dan sentiasa menjadi kebanggaan rakyat Malaysia
buat selama-lamanya.
Markah : 27/30. Tahniah Puteri kerana karangan anda bertaraf Cemerlang Atas.
PASTIKAN ANDA MAMPU MENULIS KARANGAN INI BERDASARKAN MASA YANG DITETAPKAN DALAM PEPERIKSAAN. SEBAGAI PANDUAN, MASA YANG DICADANGKAN UNTUK MENULIS KARANGAN RANSANGAN IALAH 45 MINIT. ANDA JUGA PERLU BERWASPADA DALAM PEPERIKSAAN ANDA PERLU JUGA MENJAWAB SOALAN DIMENSI DAN MASA YANG DICADANGKAN IALAH 1 JAM 30 MINIT. OLEH SEBAB KARANGAN DIMENSI MEMPERUNTUKKAN 100 MARKAH, ANDA PERLU MENJAWAB SOALAN DIMENSI TERLEBIH DAHULU, BAKINYA ANDA BOLEH MENULIS KARANGAN RANGSANGAN YANG MEMPERUNTUKKAN 30 MARKAH. GUNAKAN KEBIJAKSANAAN ANDA MEMBAHAGIKAN MASA MENULIS KEDUA-DUA KARANGAN. SEMOGA ANDA BERJAYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan