Petikan Rumusan
Sialan 1- Kertas
Bahasa Melayu 2
( Markah 30 )
Baca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah bersukan dan cabaran yang
dihadapi untuk memajukan sukan negara. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Sukan ialah segala kegiatan yang
memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada
sebagai acara pertandingan, hiburan ataupun untuk mengisi masa lapang dan
beriadah. Contoh aktiviti sukan yang agak popular pada masa ini ialah olahraga,
renang, bola sepak, tenis, badminton dan squasy.
Inisiatif untuk memupuk minat masyarakat
terhadap kegiatan bersukan ini harus bermula dari bangku sekolah lagi.
Khususnya dari peringkat remaja. Ibu bapa turut bertanggungjawab dalam usaha
membentuk peribadi anak yang bersukan sejak dari peringkat awal lagi.
Ibu bapa juga perlu mendorong dan menggalakkan anak mereka dengan cara membeli
peralatan sukan yang diminati anak, memberikan sokongan moral dengan menghantar
anak-anak mereka ke tempat latihan dan membelikan anak-anak majalah sukan.
Banyak faedah yang diperoleh remaja
sekiranya mereka aktif bersukan. Faedah bersukan yang utama ialah dapat
mendisiplinkan diri. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin
berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat
mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sukan juga penting bagi
melahirkan remaja yang sihat, sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Dengan
kegiatan bersukan, remaja boleh membina tubuh badan yang sihat, cergas dan
menarik.
Kegiatan bersukan bukan sahaja baik
untuk kesihatan malah sesuai dijadikan hobi dan boleh dilakukan dengan kawan
atau keluarga pada setiap pagi, petang atau hujung minggu. Dengan mengisi masa
lapang, kegiatan sukan dapat meningkatkan tahap kesihatan diri, malah
mengelakkan diri daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
Bukan itu sahaja, remaja juga dapat menghindari masalah sosial yang kian
meruncing belakangan ini. Seterusnya, kegiatan bersukan penting untuk menyemai
semangat permuafakatan dan kesukanan dalam kalangan remaja yang berbeza latar
belakang.
Dewasa ini kita dapat menyaksikan
banyak orang yang telah menceburi bidang sukan pilihan mereka untuk dijadiakan
platform membina kerjaya. Sukan bukan sekadar riadah semata-mata kerana sukan
juga merupakan bidang yang mampu menjana pulangan yang lumayan. Hal ini dapat
dicapai sekiranya sukan diceburi secara serius. Sebenarnya sukan merupakan
saluran paling berkesan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Dalam acara sukan, atlet yang terdiri daripada pelbagai kaum bekerjasama untuk
mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan kepada pasukan, negeri atau negara yang
diwakilinya.
Walaupun terdapat segelintir remaja
yang tidak meminati sukan dan tidak melibatkan diri dengan kegiatan
kokurikulum, usaha untuk menarik minat golongan ini haruslah kekal berterusan,
bak kata pepatah, “genggam bara api biar sampai jadi arang”. Jadikanlah
kegiatan bersukan itu sebahagian daripada kehidupan kita.
a) Langkah Menulis Pengenalan
rumusan. Contohnya seperti arahan soalan di bawah:-
Pelajar perlu merujuk arahan
soalan untuk menulis pengenalan rumusan. Contoh arahan soalan di bawah:-
Baca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah bersukan dan cabaran yang
dihadapi untuk memajukan sukan negara. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Pelajar perlu menukar kata kunci isi tersurat berdasarkan
pada arahan soalan. Kedua, pelajar boleh memilih memulakan pengenalan dengan
menggunakan pemulaan pengenalan mengunakan :-
i) Rumusan
ii) Petikan
Panduan untuk penukaran kata atau
istilah:-
JADUAL PENGGANTIAN ISTILAH UNTUK
DIGUNAKAN MENULIS ISTILAH PERTAMA ISI TERSURAT
BIL
|
ISTILAH
|
ISTILAH
SAMA ERTI
|
1
|
Sebab-sebab
|
punca-punca,
faktor-faktor, potensi
|
2
|
Langkah-langkah
|
usaha-usaha,
cara-cara, tindakan-tindakan, cadangan-cadangan, teknik, modus operandi,
inisiatif, pendekatan, strategi, mekanisme
|
3
|
Masalah
|
kekangan,
penghalang, karenah, batasan,
kerumitan, kesulitan
|
4
|
Faedah-faedah
|
keperluan, kepentingan, kesan-kesan positif,
kebaikan, manfaat, kelebihan, kemaslahatan, afdal, kepentingan, keistimewaan.
|
5
|
Kesan-kesan
|
akibat,
keburukan, impak, implikasi, natijah
|
6
|
Ciri-ciri
|
sifat-sifat,
kriteria, fungsi
|
7
|
Cadangan
|
usul, pendapat, pandangan,
|
8
|
Peranan
|
fungsi, tanggungjawab, tugas, kewajipan
|
9
|
Tujuan
|
matlamat,
objektif
|
10
|
Panduan
|
pedoman,
petunjuk
|
Ada dua kelebihan anda menulis pengenalan menggunakan
rumusan dan petikan:-
i. Pengenalan menggunakan rumusan sebagai permulaan
ayat perenggan pengenalan.
Anda hanya perlu
menukar istilah/kata frasa tersurat dan sama dengan pengenalan menggunakan
petikan. Seterusnya, anda perlu menyalin keseluruhan frasa isi tersirat yang
terdapat pada soalan.
Contoh:-
Rumusan
membincangkan keistimewaan bersukan dan cabaran yang dihadapi untuk
memajukan sukan negara. Kesimpulannya,
penulisan menggunakan rumusan lebih mudah dan anda tidak akan tersilap menulis
frasa kedua isi tersirat kerana anda hanya perlu menyalin bulat-bulat frasa isi
tersirat.
i. Pengenalan menggunakan petikan, sama dengan
rumusan, anda perlu mengubah istilah frasa tersurat iaitu istilah faedah diubah
kepada keistimewaan, dan merujuk kepada kata atau istilah pada jadual, anda
boleh mengubah sama ada keperluan, kepentingan, kesan-kesan positif, kebaikan, manfaat,
kelebihan, kemaslahatan, afdal, kepentingan, keistimewaan. Pilihlah istilah yang mudah untuk
anda faham. Kemudian untuk frasa isi tersirat anda perlu menulis di mana di
mana petikan tersebut diperkatakan. Untuk mendapatkan di mana skop soalan
berkenaan diperkatakan anda perlu membaca keseluruhan teks, anda akan dapat
mengesahkan skop soalan dibincangkan.
Contoh keseluruhan petikan teks merujuk kepada
persoalan sukan dan cabaran yang dihadapi untuk memajukan sikan di Malaysia.
Oleh sebab itu, skopnya berkisar cabaran sukan di Malaysia.
Oleh sebab itu anda perlu menulis
pengenalannya seperti di bawah:-
Petikan membincangkan keistimewaan
sukan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Cara penulisan menggunakan petikan
anda dapat menghasilkan penulisan pengenalan yang pendek tetapi anda berisiko
membuat kesilapan, berbanding penulisan menggukanan rumusan.
Bersambung, teknik penulisan
perenggan isi tersurat dan isi tersirat......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan