Alhamdulillah, pada hari ini saya sempat berbincang dan berkongsi pendapat berkaitan hasilan karangan yang telah dihasilkan oleh pelajar pelajar setelah saya meminta pelajar menghasilkan karangan berpandu semalam bertajuk Sektor Pelancongan sepanjang Proses Pengajaran dan Pembelajaran pada hari ini. Walaupun sesi PdPC hari ini santai kerana pertama saya perlu menghadiri mesyuarat Ketua Panitia Daerah selepas PdPC pada hari ini, dan kedua pada masa yang sama saya perlu menyiap dan menghantar Laporan Post Mortem Keputusan SPM 2017 kepada Penolong Kanan Pentadbiran kerana tarikh akhir penghantaran Post Mortem berkenaan pada hari ini.
Fokus dan objektif utama saya, untuk mendengar pembentangan hasil kerja beberapa pelajar dan pada masa yang sama saya meminta pelajar lain menilai kaedah pengembangan idea perenggan pengenalan, perenggan isi, dan perenggan penutup karangan berpandu yang telah diberikan kepada pelajar semalam. Saya juga mengingatkan semula kriteria penghasilan perenggan pengenalan, perenggan isi, serta perenggan penutup menggunakan Jadual Pengembangan Idea Perenggan cemerlang agar pelajar dapat membuat penilaian hasil pembentangan rakan sebaya.
Pada masa yang sama, saya cuba menilai erti nilai tanggungjawab, nilai kreativiti, nilai amanah, nilai kepuasan, nilai KBAT hasil kerja buat pelajar. Di samping itu, pada masa yang sama dengan pelajar lain menilai kerja buat karangan rakan mereka, saya menyelitkan sikap pelajar, sama ada mereka menghasilkan karangan berkenaan sama ada nilai positif yang telah saya gariskan di atas atau pelajar menghasilkan karangan berkenaan hanya bersifat seperti melepaskan batuk di tangga.
Selain itu, memang saya mengharapkan pelajar mendengar kreativiti rakan-rakan mereka semasa membacakan hasilan perenggan demi perenggan untuk melihat sama ada mereka merujuk internet atau bahan bacaan tambahan semasa mereka menghasilkan karangan, dan pada masa yang sama saya bertanya sama ada pelajar membuka blog Laman Bahasa Melayu kerana saya telah berkesempatan menyelitkan contoh karangan berpandu tersebut sebagai panduan. Pada masa yang sama saya turut mengesan sama ada pelajar menyalin karangan berkenaan bulat-bulat atau atas nilai bertanggungjawap.
Hasil perbincanga pada hari ini, seramai enam orang pelajar telah menghantar buku kerja mereka sedangkan pelajar lain, meminta untuk mereka membuat penambahbaikan hasil karangan mereka. Sepanjang pembentangan hasil kerja berkenaan, saya telah memilih beberapa orang pelajar dan mereka terdiri daripada pelajar aneka kebolehan, pelajar cemerlang, pelajar sederhana, dan pelajar yang sering memberi pelbagai alasan apabila saat penghantaran hasilan kerja mereka. Pada masa yang sama saya mencatat jadual penghantaran kerja sebagai analisa untuk mengesan pelajar yang proaktif dan pasif terhadap tanggungjawab sebagai seorang pelajar kerana pengesanan ini amat penting agar budaya pelajar cemerlang perlu ada pada kelas 5 Sains sebagai sebuah kelas elit. Pada hari ini, dua pelajar cemerlang terlibat pertandingan Pantun daerah dan mereka tidak hadir semasa sesi pembentangan.
Hasilnya, saya paparkan hasilan kerja pelajar cemerlang pembentangan karangan berpandu dijalankan pada hari ini. Begitu juga, saya memaparkan karangan ciplak
HASILAN PERTAMA:- (CEMERLANG ATAS)
Sebagai makluman, pelajar dan pengunjung blog, pelajar di bawah menghasilkan karangannya berdasarkan nilai bertanggung jawab, nilai amanah, matang unsur KBAT serta kreatif dan dan mementingkan kepuasan semasa mengarang dan mereka ini saya golongkan dalam kalangan pelajar yang akan menikmati kecemerlangan. Tahniah, Nur Syuhada saya berbangga mempunyai seorang pelajar seperti anda yang amat menjaga mutu karangan. Amalan terpuji ini perlu diikuti oleh pelajar lain. Pelajar seperti ini amat berdisiplin, akur kepada masa dan tugasan mereka dan akan sentiasa menghasilkan karangan cemerlang. InsyaAllah saya yakin pelajar ini akan berjaya pada SPM 2018.
MOHON PELAJAR KELAS 5 SAINS, KELAS 4K1 DAN 4K2
MENYALIN KARANGAN CEMERLANG DI ATAS SEBAGAI
PROGRAM MENYALIN KARANGAN CEMERLANG.
HASILAN KEDUA ( CEMERLANG DAN BOLEH DIBUAT PENAMBAHBAIKAN)
Pelajar ini pula dalam proses ke arah penghasilan karangan cemerlang atas. Tahniah Irfan dalam kelakar anda tersembunyi nilai amanah, bertanggungjawab, dan mementingkan kepuasan semasa mengarang dan mereka ini saya golongkan dalam kalangan pelajar yang akan menikmati kecemerlangan. Tahniah, Nur Syuhada saya berbangga mempunyai seorang seperti anda yang amat menjaga mutu karangan. Amalan terpuji ini perlu diikuti oleh pelajar lain. Pelajar seperti ini amat berdisiplin, akur kepada masa dan tugasan mereka dan akan sentiasa berusaha menghasilkan karangan cemerlang. InsyaAllah saya yakin pelajar ini akan berjaya pada SPM 2018.
CUBA LIHAT PENGGUNAAN LAGU SEBAGAI PERMULAAN PENGENALAN. PELAJAR INI KREATIF MENGHASILKAN PENGENALAN YANG BAIK. CUBA MANTAPKAN LAGI BAHAGIAN PERENGGAN ISI DAN PENUTUP. TAHNIAH IRFAN, DALAM LAWAK ADA KEMATANGAN.
HASILAN KARANGAN KETIGA ( MENGUBAHSUAI KARANGAN )
HASILAN KARANGAN KETIGA ( MENGUBAHSUAI KARANGAN )
Sementara pelajar seperti di bawah dalam kategori pelajar yang berusaha untuk menggapai kecemerlangan dan sentiasa berusaha mengaplikasi kreativiti ke arah menghasilkan karangan cemerlang. Cuma pelajar seperti ini, perlu memantapkan aspek kegramatisan ayat serta sentiasa patuh aspek tatabahasa untuk menghasilkan karangan cemerlang. Sebagai ingatan kepada pelajar, karangan cemerlang dikategorikan sebagai karangan yang minimum kesalahan atau tiada kesalahan, baik ejaan, imbuhan, binaan ayat, ada kematangan seperti adanya unsur KBAT, banyak istilah menarik (IM),Frasa Menarik (IM), bijak mempertaut ayat demi ayat atau isi demi isi ( penggunaan penanda wacana yang tepat), dan umumnya mengaplikasi Jadual Pengembangan Idea Perenggan. Saya percaya sekiranya Izzah mampu meneruskan usaha ini, Izzah akan berjaya seperti pelajar di atas. Saya akan berusaha membantu anda untuk berada dalam kalangan pelajar yang bertaraf cemerlang dalam menghasilkan karangan kertas Bahasa Melayu 1. Teruskan usaha anda dan terus melakukan penambahbaikan. Saya mendoakan anda berjaya dalam SPM 2018. Aamiin.
HASILAN KEEMPAT ( MENYALIN KARANGAN DARIPADA BLOG)
Pelajar di bawah saya golongkan dalam golongan pelajar bertanggungjawab atas tugasan tetapi masih belum tergolong dalam kalangan ketiga-tiga pelajar di atas. Namun, saya berbangga dengan usaha pelajar ini untuk menghasilkan karangan walaupun berbentuk ciplak berbanding pelajar yang tidak menghantar karangan. Dalam pada itu, ada juga pelajar yang telah berusaha menghasilkan karangan dan tidak berpuas hati dengan karangan yang mereka hasilkan, dan meminta untuk memperbaiki karangan mereka tetapi sehingga ke hari ini masih tidak menghantar karangan mereka. Saya menasihatkan golongan pelajar ini menghantar hasil karangan mereka tanpa saya paksa menghantarnya. Ingat, pelajar yang bertangguh dalam menghasilkan kerja merupakan golongan pelajar yang rugi. Jika pelajar perasaan, saya telah menyemak karangan pelajar yang menghantar karangan dalam masa sehari untuk memastikan mereka dapat melihat keputusan karangan yang mereka hasilkan. Memang sukar bagi seorang guru untuk membuat semakan segera tetapi demi murid saya lakukan. Jika saya sanggup mengorbankan masa senggang, masa rehat, masa tidur kenapa anda tidak? Jika anda mempunyai masalah seperti kerja yang banyak, maklumkan, saya juga ada timbang rasa, dan prihatin masalah anda tetapi maklumkan masalah berkenaan terlebih awal. Tidak ada, masalah yang tidak boleh diselesaikan tetapi perlu bertanggungjawab dan amanah, menepati mas serta berdisiplin. Itu kunci kejayaan kepada seorang pelajar.
Teruskan usaha Aiman ke arah menghasilkan tugasan yang cemerlang.
Teruskan usaha Aiman ke arah menghasilkan tugasan yang cemerlang.
Saya mengharapkan pelajar berusaha mengarang menggunakan kreativiti sendiri, kerana konsep meniru tidak akan mendatangkan manfaat serta mematangkan anda semasa mengarang. Selain itu, saya tidak boleh memberikan markah hasil karangan ciplak 100% tetapi usaha anda masih baik daripada tidak membuat apa-apa. Ubah sikap dan tidak mengamalkan amalan mengarang ibarat melepas batuk di tangga. Saya mengharapkan anda dapat mengubah budaya yang kurang bertanggung jawab ini. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Usaha tangga kejayaan.
Ingatan kepada pelajar, rekod penghantaran karangan kalian sudah saya catat bermula pada bulan Januari lagi. Jangan sampai saya mengambil tindakan, kerana saya dapati ada kalangan pelajar yang tidak pernah menghantar hasilan karangan, menghantar karangan secara tidak konsisten, akhirnya akan menyesal, saya telah berusaha untuk membantu anda tetapi anda tidak mengambil kesempatan untuk mencemerlangkan diri anda dan hanya guru sahaja yang bersungguh-sungguh sudah pasti usaha untuk mencemerlangkan pelajar 5 Sains ibarat bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Ubah budaya dan sikap kamu sebagai pelajar elit SMK Seri Londang dan utamakan kecemerlangan walaupun memerlukan banyak pengorbanan tetapi akan berakhir dengan kepuasan. Saya amat teringin keberadaan saya selama setahun di SMK Seri Londang dirasai, saya amat rindu kecemerlangan pelajar yang pernah saya hasilkan di SMKA Sultan Azlan Shah selama 12 tahun berkhidmat di sana. Kemungkinan juga, setelah berkhidmat di PPD Perak Tengah PdPC saya telah luntur, tidak juga tetapi apa yang saya lihat budaya kecemerlangan dalam kalangan pelajar hanya milik segelintir pelajar saja. Namun, saya tidak akan berputus asa kerana alang-alang mandi biar basah, alang-alang makan biar kenyang,alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sehingga ke pangkal lengan, genggam bara api, biarlah sehingga menjadi arang peribahasa Melayu ini akan memberi semangat kepada saya untuk terus berkhidmat di SMK Seri Londang dan semoga tahun 2018 akan mengubah segala kedukaan pada SPM 2017. Aamiin.
Ingatan kepada pelajar, rekod penghantaran karangan kalian sudah saya catat bermula pada bulan Januari lagi. Jangan sampai saya mengambil tindakan, kerana saya dapati ada kalangan pelajar yang tidak pernah menghantar hasilan karangan, menghantar karangan secara tidak konsisten, akhirnya akan menyesal, saya telah berusaha untuk membantu anda tetapi anda tidak mengambil kesempatan untuk mencemerlangkan diri anda dan hanya guru sahaja yang bersungguh-sungguh sudah pasti usaha untuk mencemerlangkan pelajar 5 Sains ibarat bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Ubah budaya dan sikap kamu sebagai pelajar elit SMK Seri Londang dan utamakan kecemerlangan walaupun memerlukan banyak pengorbanan tetapi akan berakhir dengan kepuasan. Saya amat teringin keberadaan saya selama setahun di SMK Seri Londang dirasai, saya amat rindu kecemerlangan pelajar yang pernah saya hasilkan di SMKA Sultan Azlan Shah selama 12 tahun berkhidmat di sana. Kemungkinan juga, setelah berkhidmat di PPD Perak Tengah PdPC saya telah luntur, tidak juga tetapi apa yang saya lihat budaya kecemerlangan dalam kalangan pelajar hanya milik segelintir pelajar saja. Namun, saya tidak akan berputus asa kerana alang-alang mandi biar basah, alang-alang makan biar kenyang,alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sehingga ke pangkal lengan, genggam bara api, biarlah sehingga menjadi arang peribahasa Melayu ini akan memberi semangat kepada saya untuk terus berkhidmat di SMK Seri Londang dan semoga tahun 2018 akan mengubah segala kedukaan pada SPM 2017. Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan