SINOPSIS CERPEN MUNSYI
Cerpen ini mengisahkan
hasrat Mel,iaitu seorang anak muda kampung untuk berhijrah ke kota tetapi
dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh
budaya-budaya negatif di bandar. Pada pendapat bondanya, Mel masih belum mantap bahasa ibunda dan
jati dirinya. Hal ini demikian kerana bonda sedar bahawa anaknya
masih belum dilengkapi ilmu pengetahuan yang secukupnya. Menurut bondanya
lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama,
bahasa dan bangsa. Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman
dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat
permusuhan antara kaum. Mel akur akan permintaan bonda untuk
menangguhkan penghijrahannya ke kota. Penduduk kota yang berbilang kaum
mengamalkan sikap perjudis dan berprasangka. Mereka amat mengutamakan
kepentingan diri masing-masing. Oleh itu, bonda menasihati Mel agar
memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Selain
itu, anak-anak muda perlu berani mempertahankan nilai dan kepetingan bahasa
sendiri. Bonda mengharapkan agar Mel menghargai jasa nenek moyang yang
membebaskan tanah air daripada penjajahan. Sebagai seorang warga yang bersifat
patriotik, bonda banyak memiliki kitab atau buku lama yang berkaitan
dengan bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu dibaca oleh Mel.
Setelah Mel berasa mampu berjuang di kota
barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan
kehidupan. Hal ini demikian kerana dia memerlukan kerjaya untuk masa
depannya. Hasratnya telah mendapat restu daripada bonda Namun, bonda
berpesan agar Mel menjaga dua perkara iaitu agama dan
bangsa. Sebelum berangkat ke kota, bonda mengamanahkan Mel agar
memberikan kitab-kitab lama kepada seorang sahabat lamanya yang tinggal di
bandar. Sahabatnya itu bernama Munsyi. Menurut bonda, hanya Munsyi yang layak
menyimpan khazanah lama itu. Setibanya di kota, Mel Berjaya menjejaki Munsyi.
Beliau menetap di perkampungan tradisi di pinggir kota. Mel berpeluang
berkenalan dan bermesra dengan Munsyi serta menyerahkan puluhan kitab lama
kepadanya.
Pada pengamatan Mel, Munsyi merupakan
seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya. Di bandar, Mel melihat golongan mudanya telah
hilang identiti dan jati diri. Mel mendapat perkhabaran bahawa
sebuah syarikat perumahan telah diarahkan untuk merobohkan kawasan perkampungan
pinggir kota yang didiami oleh Munsyi bersama-sama dua puluh buah
keluarga yang lain. Bangunan mewan dan hotel bertaraf lima
bintang akan didirikan di situ. Kerja-kerja perobohan rumah kediaman
dijalankan oleh pihak terbabit. Anggota penguat kuasa pula menghalang
demonstrasi penduduk.
Mel terkedu apabila melihat rumah munsyi bersama-sama dengan puluhan buku
yang diberikan oleh bondanya diranapkan oleh jentera berat. Kesedihannya
semakin bertambah apabila mengenangkan satu-satunya tanah rizab bangsa di
pinggir kota itu akan dimiliki oleh saudagar asing yang kaya raya. Tanda tanya
berlaku dalam diri mel apabila dia gagal menjejaki orang tua yang bernama Munsyi
itu. Akhirnya, rumah Munsyi dirobohkan namun munsyi tidak kelihatan di
mana-mana. orang tua yang merupakan pejuang bahasa itu telah
menghilangkan diri.
TEMA:
Semangat cinta akan agama, bangsa, bahasa dan budaya yang
tersemai dalam jiwa sekumpulan warganegara. Bonda meminta anaknya iaitu Mel
melengkapkan diri dengan ilmu agama dan kemahiran bahasa agar
menjadi benteng yang ampuh daripada pengaruh luar yang begitu kuat melanda
negara.
PERSOALAN
1. Keinginan
anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan. Contohnya, ‘saya’
memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya
seperti kebanyakan remaja yang lain.
2. Peranan
penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara. Contohnya,
pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan
negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa
tidak puas hati rakyat.
3. Kegigihan
anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya. Contohnya,
‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum
berhijrah ke bandar.
4. Ketaatan
seorang anak terhadap nasihat ibunya. ‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak
membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih
belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.
5. Kebimbangan
seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’
ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat
pada remaja di bandar.
TEKNIK PENCERITAAN
1. Dialog - “Tuan inikah yang
bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya.”
2. Imbas
kembali - Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah
mencalit sejarah hitam empat dekad lampau.
3. Imbas muka. - Di kota nanti
carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.
4. Pemerian.
Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih
menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan
tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman
kesultanan Melayu. Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris
bersarung cantik.
5. Kejutan.
Saya mendengar khabar bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih kampung
tradisi yang didiami oleh Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel
bertaraf lima bintang.
6. Saspens. Aku mencari Munsyi
tetapi tidak berjumpa.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Watak utama - ‘Saya’
· Seorang yang taat
-‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke
bandar.
· Seorang yang amanah.
-‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang
sepatutnya diserahkan
kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
· Seorang yang gemar
membaca- ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat
Hang Tuah serta
membaca banyak buku lama milik ibunya.
· Seorang yang tidak
mudah putus asa -‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila
sudah lebih
bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh
ibunya.
2. Watak sampingan
Bonda ‘saya’
·
Seorang yang
berpengetahuan luas. -Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit
tanah
air.
·
Seorang yang bersifat
patriotik. -Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama,
bahasa ibunda dan
negara.
·
Seorang yang amat
memahami -Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati
anaknya itu sudah
mantap ilmu dan jati dirinya.
Munsyi
·
Kawan lama bonda.
·
Seorang yang cinta
akan budaya Melayu -Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang
lengkap dengan keris
ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
·
Seorang yang
mengalu-alukan tetamu. -Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk
ke
rumahnya.
LATAR
Latar masa
1. Zaman pemerintahan
penjajah - Penjajah telah memerintah negara menggunakan sistem pecah dan
perintah.
2. Zaman
selepas merdeka - Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan
nilai, bahasa dan agama selepas dijajah.
Latar tempat
1. Di
kampung -Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung
untuk berhijrah ke kota
2. Di kota -‘Saya’ berhijrah
ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.
3. Di sebuah
perkampungan tradisi di pinggir kota -Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.
Latar masyarakat
1. Masyarakat kampung. -‘Saya’
dan bonda tinggal di kampung.
2. Masyarakat
remaja yang tinggal di bandar. -‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di
bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup.
3. Masyarakat
yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan. -Penduduk
kampung
tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap
pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.
4. Masyarakat
yang cekal dan berani. - Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani
meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
GAYA BAHASA
1. Kata ganda - Zaman-
berzaman
2. Metafora. - Pagar-pagar
perkauman, pohon kebenaran, racun perkauman
3. Peribahasa. -Bahasa jiwa
bangsa
4. Simile -
Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang
maharaja di zaman kesultanan Melayu.
5. Hiperbola
-Namun kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela,
kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.
NILAI
1. Patriotik. Bonda menasihati
‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.
2. Ketaatan. ‘Saya’ tidak
membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
3. Kegigihan.
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk
dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
4. Amanah.
‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi
ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
PENGAJARAN
1. Kita
hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu. ‘Saya’ tidak membantah
ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar
2. Kita
hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Anak-anak bangsa pada
zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan
yang terkenal.
3. Kita
hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan.‘Saya’ telah mengkaji
teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik
ibunya.
4. Kita
tidak boleh mudah putus asa apabila menemui kegagalan.‘Saya’ meminta izin
ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun
hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca
petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
menggunakan ayat anda sendiri.
Dek benih penjajah yang menanamkan racun
perkauman melalui sistem pecah dan perintah, bernanahlah segala prasangka buruk
sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara warga kota yang mewakili
bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi
kepada sebuah api pergolakan sehingga mencetuskan huru-hara kepada negara yang
baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya
setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah hari.
“Tanah air ini pernah bernyala api tragedi.
Penjajah menabur bara sengketa melalui pengagihan sumber kekayaan bumi ini
yang tidak seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di bandar-bandar besar sebagai
peniaga dan pengusaha lombong bijij timah. Bangsa kedua terbiar daripada arus
pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar sebagai
nelayan dan pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan
di ladang-ladang dan estet yang serba mundur. Masing-masing terpisah oleh
tembok dan benteng perkauman yang tebal...”
(Dipetik daripada
cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah penjajah
dikatakan mengagihkan sumber kekayaan negara kita dengan
tidak seimbang?
Jawapan soalan ini terdapat dalam petikan soalan dan jawapan diwarnakan dengan
warna kuning. Pastikan binaan ayat anda gramatis dan anda menyenaraikan dua isi paling minimum.
Contoh jawapan dan binaan ayat yang sesuai dan gramatis:-
warna kuning. Pastikan binaan ayat anda gramatis dan anda menyenaraikan dua isi paling minimum.
Contoh jawapan dan binaan ayat yang sesuai dan gramatis:-
Penjajah dikatakan mengagihkan sumber kekayaan
negara kita dengan tidak seimbang dengan menempatkan bangsa
pertama di bandar-bandar besar sebagai peniaga dan pengusaha lombong,
bangsa kedua terbiar daripada arus pembangunan dengan mendiami kampung-kampung
tradisonal di luar bandar sebagai nelayan dan pesawah serta bangsa ketiga
dibiarkan terus-menerus melarat dalam kemiskinan di ladang-ladang dan estet
yang serba mundur supaya mengelakkan perpaduan antara kaum.
[2 markah]
(ii) Penjajahan terhadap
sesebuah negara meninggalkan kesan yang sangat besar kepada
rakyat.
Pada
pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut?
Jawapan anda perlu menggunakan Kemahiran Befikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pendapat sendiri dengan menyatakan kesan penjajahan kepada masyarakat.
Contoh, - penjajahan menyebabkan hubungan antara masyarakat renggang atau tidak
utuh.
- penjajahan menyebabkan mayarakat kehilangan orang tersayang akibat
dibunuh
- penjajahan menyebabkan mayarakat cedera dan mengalami luka parah
akibat tembakan atau didera.
- penjajahan menyebabkan mayarakat kehilangan pekerjaan.
- penjajahan menyebabkan mayarakat kehilangan rumah dan harta benda.
- penjajahan menyebabkan mayarakat sukar mendapat bahan makanan.
Pastikan jawapan dibina dengan ayat gramatis, dan senarai dua isi. Paling baik, senarai tiga isi dan isi ketiga sebagai "backup" sekiranya isi pertama atau kedua salah.
Jawapan anda perlu menggunakan Kemahiran Befikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pendapat sendiri dengan menyatakan kesan penjajahan kepada masyarakat.
Contoh, - penjajahan menyebabkan hubungan antara masyarakat renggang atau tidak
utuh.
- penjajahan menyebabkan mayarakat kehilangan orang tersayang akibat
dibunuh
- penjajahan menyebabkan mayarakat cedera dan mengalami luka parah
akibat tembakan atau didera.
- penjajahan menyebabkan mayarakat kehilangan pekerjaan.
- penjajahan menyebabkan mayarakat kehilangan rumah dan harta benda.
- penjajahan menyebabkan mayarakat sukar mendapat bahan makanan.
Pastikan jawapan dibina dengan ayat gramatis, dan senarai dua isi. Paling baik, senarai tiga isi dan isi ketiga sebagai "backup" sekiranya isi pertama atau kedua salah.
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan
yang terdapat dalam petikan di atas dan satupersoalan lain
daripada
keseluruhan cerpen tersebut.
Jawapan soalan ini memerlukan pelajar mencari satu persoalan daripada petikan dan
satu lagi persoalan yang tiada dalam petikan teks. Oleh sebab itu, pelajar perlu tahu persoalan-persoalan yang diutarakan dalam cerpen ini.
Jawapan soalan ini memerlukan pelajar mencari satu persoalan daripada petikan dan
satu lagi persoalan yang tiada dalam petikan teks. Oleh sebab itu, pelajar perlu tahu persoalan-persoalan yang diutarakan dalam cerpen ini.
[4 markah]
Pastikan jawapan yang ada tulis mesti dengan binaan ayat yang gramatis, elakan
menulis secara atau dalam bentuk "point". Pastikan jawapan anda bermutu.
Sila hubungi saya dalam whataaps kelas 4K1, jika anda tidak faham cara menjawab soalan di atas.
9 ulasan:
apa maksud tanah rizab
Tanah Rizab bermaksud tanah simpanan atau tanah yang dikhaskan untuk sesuatu tujuan atau untuk sesuatu golongan.
nak tanya.. kalau soalan dia tanya 'apakah kata kata mel yang membuatkan bonda memandang saya dengan pandangan prejudis? ' jawapan dia memang panjamg ke, maksud saya kena tukar kepada ayat pindah ?
Mana ponn boleh asal senaraikan semua yang dikatakan olehh mel
apa maksud menabur bara sengketa?
Menabur bara sengketa bermaksud menyemarakkan api pergaduhan.
Apa yang terjadi kepada munsyi apabila kelibatnya tidak ditemui?
Ape maksud api pergolakan
Api pergolakan bermaksud timbulnya permusuhan atau persengketaan.
Catat Ulasan