Pelajar di atas dapat menulis karangan slot markah cemerlang atas, dan mampu menghasilkan karangan lebih baik dengan menambah satu isi lagi. Selain faktor masa, pelajar di atas sudah terbudaya untuk menghasilkan karangan cemerlang serta mementingkan kepuasan semasa mengarang sebagaimana saya perkatakan sebelum ini. Saya amat bangga mempunyai seorang pelajar seperti pelajar di atas dan saya akan berusaha membimbingnya menghasilkan karangan lebih bermutu. Insya-Allah saya yakin dengan Jadual Pengembangan Idea Perenggan Karangan serta kreativiti beliau menghasilkan ayat yang mantap dan gramatis, kekayaan peribahasa serta kemantapan tatabahasa beliau boleh berjaya.
Saya amat mengharapkan Alif dapat menambah satu isi karangan lagi, serta mengawal kepanjangan huraian ayat isi kerana kemungkinan dalam asyik membina ayat yang panjang dan menghasilkan ayat yang berbunga-bunga, kesalahan boleh berlaku. Di samping itu, semasa mengembangkan isi karangan, adakalanya Alif boleh melakukan kesalahan dengan memasukkan isi tambahan kerana cara sedemikian rupa boleh menyebabkan belakunya pertindihan isi semasa mengarang. Namun saya yakin Alif boleh menghasilkan karangan yang bertaraf A+ mantap. Tahniah, Alif. Saya sedang menyemak karangan pelajar dan cuba mengesan karangan pelajar lain yang bertaraf A+ sebagai contoh dan rujukan pelajar kelas 5 Sains. Semoga saya akan dapat mengesan karangan-karangan hebat pelajar 5 Sains, selain Alif. Aamiin.
Karangan Hasilan Nur Syuhada bt. Muhammad Kelas (5 Sains)
KARANGAN HASLILAN IRFAN ( 5 SAINS)
SELAMAT DATANG KEPADA WAN AFDZLIN KERANA SAYA MEMASUKKAN KARANGAN ANDA DALAM KALANGAN PELAJAR BERPONTENSI MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG. SEMOGA ANDA TERUS BERUSAHA MENGHASILKAN KARANGAN SLOT MARKAH CEMERLANG. ALHAMDULILLAH DENGAN PERTAMBAHAN PELAJAR CEMERLANG MENGHASILKAN KARANGAN SEPERTI INI AKAN MERANCAKKAN LAGI USAHA SAYA UNTUK MENJEJAK SETERUSNYA MEMBANTU LEBIH BANYAK PELAJAR MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG.
TAMBAHAN PULA, SAYA CUBA UNTUK MENUNJUKKAN KEPADA PELAJAR KELAINAN KREATIVITI PELAJAR SEMASA MENGEMBANGKAN ISI KARANGAN SERTA MEMASUKKAN AYAT-AYAT GRAMATIS, SERTA BINAAN AYAT CEMERLANG, FRASA MENARIK, ISTILAH MENARIK, PEMILIHAN PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MENUNJUKKAN PERTAUTAN DAN KESINAMBUNAG AYAT, SERTA UNSUR KBAT KE ARAH PEMBENTUKKAN KARANGAN CEMERLANG.
DI SAMPING ITU, MENDEDAHKAN KEKERAPANAN PELAJAR MELAKUKAN KESALAHAN:-
Karangan Hasilan Nur Syuhada bt. Muhammad Kelas (5 Sains)
KARANGAN HASLILAN IRFAN ( 5 SAINS)
Karangan Irfan di atas agak mudah bahasanya penulisannya, tidak seperti karangan Alif dan karangan Nur Syuhada dan terletak pada slot markah cemerlang (A). Oleh sebab itu, Irfan perlu mempertingkatkan cara pengolahan karangan, dan kepanjangan perenggan karangannya agak tidak seimbang tetapi ciri-ciri yang ditekankan dengan Penggunaan Jadual Pengembangan Idea Perenggan Karangan dipraktikkan. Mohon Irfan cuba melihat olahan karangan Alif dan Syuhada untuk terrus cemerlang. Walaupun, tahniah juga saya ucapkan kepada Irfan.
Tahniah, Nur Syuhada, Aliff , Fatihah, dan Irfan. Usaha yang kalian terjemahkan melalui hasil karangan di atas menunjukkan kalian pelajar berdisiplin, berusaha, patuh kepada masa. Insya-Allah, saya akan menentukan masa sesuai untuk kalian melatih menghasilkan karangan berdasarkan masa yang diperuntukkan pada masa peperiksaan iaitu karangan bahagian A 45 minit dan karangan bahagian B selama 1 jam 30 minit. Teringat saya nostalgia selama 12 tahun saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah kerana karangan kalian sama taraf karangan pelajar pelajar sekolah berkenaan. Teruskan usaha anda, dan saya akan cuba untuk membimbing anda menghasilkan karangan cemerlang. Semoga saya akan memperoleh lagi karangan yang hebat. Pada malam ini mood saya menyemak karangan terbaik. Aamiin.
SELAMAT DATANG KEPADA WAN AFDZLIN KERANA SAYA MEMASUKKAN KARANGAN ANDA DALAM KALANGAN PELAJAR BERPONTENSI MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG. SEMOGA ANDA TERUS BERUSAHA MENGHASILKAN KARANGAN SLOT MARKAH CEMERLANG. ALHAMDULILLAH DENGAN PERTAMBAHAN PELAJAR CEMERLANG MENGHASILKAN KARANGAN SEPERTI INI AKAN MERANCAKKAN LAGI USAHA SAYA UNTUK MENJEJAK SETERUSNYA MEMBANTU LEBIH BANYAK PELAJAR MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG.
TAMBAHAN PULA, SAYA CUBA UNTUK MENUNJUKKAN KEPADA PELAJAR KELAINAN KREATIVITI PELAJAR SEMASA MENGEMBANGKAN ISI KARANGAN SERTA MEMASUKKAN AYAT-AYAT GRAMATIS, SERTA BINAAN AYAT CEMERLANG, FRASA MENARIK, ISTILAH MENARIK, PEMILIHAN PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MENUNJUKKAN PERTAUTAN DAN KESINAMBUNAG AYAT, SERTA UNSUR KBAT KE ARAH PEMBENTUKKAN KARANGAN CEMERLANG.
DI SAMPING ITU, MENDEDAHKAN KEKERAPANAN PELAJAR MELAKUKAN KESALAHAN:-
- EJAAN.
- TATABAHASA, SAMA ADA PENGGUNAAN KATA SENDI, KATA PEMERI SEPERTI IALAH DAN ADALAH, KESALAHAN UNSUR JAMAK, DAN SEBAGAINYA.
- PEMILIHAN KATA ATAU ISTILAH YANG TIDAK SESUAI SEMASA MEMBINA AYAT.
- BINAAN AYAT TIDAK GRAMATIS SEPERTI AYAT TERGANTUNG, SUSUNAN KATA YANG TIDAK TERSUSUN DAN LAIN-LAIN LAGI.
- KEGAGALAN PELAJAR MENYELITKAN FRASA MENARIK, UNSUR KBAT, SERTA CONTOH, AYAT-AYAT YANG PERLU SEMASA MENGEMBANGKAN PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI, SERTA PERENGGAN PENUTUP. ( MENGGUNAKAN MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN KARANGAN)
HAL INI KERANA, SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ADA KALANYA SAYA TIDAK DAPAT MEMAPARKAN KESALAHAN-KESALAHAN BEKENAAN. SECARA LANGSUNG, DENGAN ADANYA BLOG INI SAYA DAPAT MEMPERLIHATKAN KESALAHAN BERKENAAN AGAR PELAJAR DAPAT PENGAJARAN SUPAYA TIDAK MENGULANGI KESALAHAN-KESALAHAN BERKENAAN.
MOHON KEPADA PELAJAR KELAS 5 SAINS ATAU PELAJAR BERKENAAN MENGHUBUNGI SAYA JIKA TIDAK FAHAM KENAPA KESALAHAN BERTANDA MERAH BERLAKU DAN KENAPA ISTILAH, EJAAN, BINAAN AYAT TERSEBUT SALAH. SILA RUJUK SAYA SAMA ADA SEMASA SAYA MENGAJAR DI DALAM KELAS, ATAU DI BILIK GURU, ATAU DI MANA-MANA TEMPAT YANG SESUAI. BEGITU JUGA, CARA UNTUK MENYELITKAN UNSUR KBAT, DAN FRASA MENARIK KE DALAM AYAT SUPAYA JELAS DAN MANTAP PENULISANNYA.
INGAT, MALU BERTANYA SESAT JALAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan