SEORANG GURU BANYAK BERJASA KEPADA SEORANG MURID KERANA DENGAN ADA MEREKA, MURID MENGENAL HURUF A,B,C DAN SETERUSNYA SERTA DAPAT MEMBACA DENGAN LANCAR. OLEH SEBAB ITU, SEBAGAI SEORANG MURID, ANDA PERLU MEMBALAS JASA SEORANG INSAN BERGELAR GURU.
TULISKAN SEBUAH KARANGAN BERTAJUK "CARA-CARA MEMBALAS JASA BAIK SEORANG GURU."
JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN KARANGAN (
JPIPK) SERTA MODUS OPERANDINYA.
Sebagai makluman pelajar, JPIPK akan saya akan sentiasa membuat penambahbaikan agar pelajar faham fungsi dan modus operandinya. Oleh sebab itu, pelajar Kelas 5 Sains, Kelas 4K1 dan 4K2 sila ambil perhatian dan merujuk dengan lebih kerap Blog Laman Bahasa Melayu untuk mendapatkan maklumat. Begitu juga dengan bahan bahasa, saya akan cuba menambah atau setiap hari sekiranya saya ada masa senggang.
- Gunakan rujukan maya atau internet untuk mendapatkan maklumat - menentukan jenis perenggan yang perlu ditulis seperti sajak, lagu, sumber bahan agama, pendapat bijak pandai dan penyajak negara yang terkenal seperti Dato' Usman Awang dan sebagainya.
- Anda juga boleh mendapatkan maklumat yang boleh dijadikan sebagai pengisian huraian yang perlu diselitkan memgikut JPIPK.
- Mencari frasa menarik yang perlu digunakan.
- Anda juga boleh melihat pelbagai contoh karangan cemerlang berkaitan dengan tajuk.
Gunakan kesempatan dan kemudahan yang anda ada untuk menghasilkan karangan cemerlang. Sekiranya kemudahan internet tidak anda gunakan sebaik-baiknya, anda seorang pelajar yang rugi dan malang. Sebagai ingatan, merujuk bahan bukan perbuatan menciplak atau meniru jika anda membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan semasa mengarang. Menciplak atau meniru terjadi apabila anda menyalin bahan secara keseluruhan tanpa ada tokok tambah semasa mengarang.
PENGENALAN PILIHAN ( BERDASARKAN JENIS PENGENALAN)
SEBAGAI MAKLUMAN, KAEDAH PENULISAN JENIS PENGENALAN LAGU, PANTUN, KATA-KATA PEMIMPIN, SAJAK, PETIKAN AKHBAR, DATA (PERATUSAN), SEJARAH NEGARA, DAN SEBAGAINYA MEMPUNYAI IMPAK YANG TINGGI SEBAGAI TARIKAN KEPADA PEMERIKSA UNTUK MENENTUKAN KECEMERLANGAN AWAL PENULISAN KARANGAN PELAJAR. ( SILA RUJUK CATATAN LALU BERKAITAN JENIS-JENIS PENGENALAN.
PERKARA
|
PENERANGAN
|
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA
PEMIMPIN, BERITA, SAJAK, DAN SEBAGAINYA. RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG
PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.
|
PADA
BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN
DAPAT MEMBERI KESAN MAKSIMUM KEPADA PEMERIKSA. KESESUAIAN
PEMILIHAN JENIS PENGENALAN MEMERLUKAN KREATIVITI PELAJAR TERUTAMA UNTUK
MEMBUAT PERTIMBANGAN SAMA ADA PENGENALAN BERKENAAN SESUAI ATAU TIDAK SEBELUM
MENGHASILKAN PERENGGAN PENGENALAN.
PELAJAR PERLU TAHU JENIS-JENIS PENGENALAN.
PELAJAR
PERLU MEMBUAT LATIHAN DENGAN LEBIH KERAP DAN MEMIKIRKAN JENIS PENGENALAN YANG
PALING MANTAP UNTUK MENARIK MINAT PEMERIKSA.
SEBAGAI INGATAN PERENGGAN PENGENALAN AMAT PENTING KERANA
PEMERIKSA AKAN MEMBUAT TAFSIRAN AWAL SAMA ADA KARANGAN PELAJAR CEMERLANG ATAU
SEBALIKNYA.
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
AYAT
DIBINA BERTUJUAN UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA KARANGAN.
Berdasarkan ………tulis jenis
pengenalan dipillih………jelaslah bahawa .......................isu/ tema
karangan atau tugasan pelajar merujuk
soalan karangan.
Cara lain untuk memulakan
ayat untuk ayat rangsangan 1
pengenalan bergantung kepada jenis pengenalan yang dipilih oleh pelajar, Contoh,
Berdasarkan sajak, berdasarkan
pantun, berdasarkan kata pemimpin dan sebagainya berkait dengan soalan……………………………
kerana…………………………..
Maksud sajak, maksud pantun,
maksud kata-kata pemimpin amat bertepatan dengan tajuk soalan/ tema soalan kerana………….
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
AYAT
RANGSANGAN KEDUA:- MENERUSKAN RANGSANGAN AGAR PEMERIKSA BERMINAT UNTUK
MEMBACA AYAT SETERUSNYA.
Hal ini demikian kerana…………………… nyatakan
pendapat anda berkaitan tugasan anda.
Penanda wacana lain yang boleh
digunakan untuk memperlihat pertautan ayat sebelum dan ayat yang ditulis seperti
selain itu, bahkan juga, tambahan pula, situasi sedemikian berlaku kerana.
Peringatan, pemilihan penanda wacana
amat penting agar pertautan ayat sebelum ( Ayat Rangsangan 1) dan ( Ayat
Rangsangan 2) ada perkaitannya.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
AYAT
RANGANGAN KETIGA:-
MENERUSKAN
RASA MINAT PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR.
Bahkan juga……………………. ( Ulas secara
ringkas berkaitan pengenalan dengan tema atau tajuk )
Peringatan:- Ayat rangsangan ketiga bukanlah
wajib ditulis, tetapi untuk mendapat markah A+ , pelajar cemerlang perlu
mengambil berat penulisan bahagian ini.
Penanda wacana lain yang boleh
digunakan untuk memperlihat pertautan ayat sebelum dan ayat yang ditulis seperti
selain itu, bahkan juga, tambahan pula, Situasi sedemikian berlaku kerana.
Peringatan, pemilihan penanda wacana
amat penting agar pertautan ayat dengan ayat dan kesinambungan ayat dengan frasa atau perenggan dengan perenggan. Contoh fungsi penanda wacana Bahkan juga, mengaitkan ( Ayat Rangsangan 2) dan ( Ayat
Rangsangan 3).
|
FRASA MENARIK
|
FRASA
MENARIK (FM) BOLEH BERADA DI MANA-MANA SAHAJA DALAM AYAT PERENGGAN
PENGENALAN, BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI PELAJAR KERANA PELAJAR YANG KREATIF
BOLEH MEMASUKKAN LEBIH DARIPADA SATU FRASA MENARIK DI DALAM PERENGGAN
PENGENALAN.
Peribahasa, kata-kata pemimpin/ petikan Al Quran dan Hadis, di
permulaan ayat juga dalam kategori frasa menarik.
Cara untuk memulakan frasa menarik:-
Persis kata peribahasa Melayu ada mengatakan
“ .............................” bertepatan denga isi yang dibincangkan iaitu
…………………..
Persis kata orang tua-tua, “ ...............
amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan yang dibincangkan iaitu
………………………….
Persis kata mutiara, ............ amat
berkaitan dengan isi yang dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
Persis kata cendekiawan, ............. amat
berkaitan dengan isi yang dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
“……………………….” Merupakan pepatah Melayu yang
berkaitan dengan isi yang dibincangkan iaitu…………………………………
Peribahasa Melayu, “…………………………” berkait rapat
denga nisi yang dibincangkan iaitu…………………………..
Antara pendapat cendikiawan Islam, “…………………………………………..
Antara kata-kata pemimpin negara iaitu
Firman Allah”…………………………………………………………”
Rasullullah pernah bersabda,”………………………………………….”
Pelajar juga perlu
mahir menulis frasa menarik supaya perkaitan frasa menarik dengan huraian isi
ada pertautan.
|
UNSUR KBAT
|
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK
ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………tugasan
berkenaan diambil tindakan …apa kesan/akibatnya kepada masyarakat/negara
Sekiranya ….tugasan berkenaan
tidak diambil tindakan …apa kesan/impaknya kepada masyarakat/negara.
Pilih salah satu kesan atau impaknya di atas sebagai kemungkinan
|
AYAT ARAHAN
|
MENULIS AYAT
TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya,
bagaimanakah…….tema/tajuk karangan……. ( Rujuk semula kepada soalan karangan)
|
Sekiranya pelajar tidak berminat untuk memulakan pengenalan
dengan jenis pengenalan di atas atau pengenalan lain, pelajar boleh menulis pengenalan umum seperti
di bawah.
PERKARA
|
PENERANGAN
|
PEMULAAN AYAT PENGENALAN UNTUK
PENGENALAN UMUM
|
Pilih frasa dengan pemilihan kata-kata
menarik, seperti:-
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang menuju ke arah negara maju pada tahun 2020 berdasarkan WAWASAN 2020 dan pada masa yang sama merubah paradigma dan budaya masyarakat.
Era pascaperindustrian dan
pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda menjadi faktor penyebab masyarakat alpa dengan …………………….
Dasawarsa ini, sama ada
kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan
negara yang semakin gah di persada dunia masyarakat menggabaikan tanggungjawab sebagai warganegara ……………………….
Dalam dunia yang dilingkari
kemajuan sains dan teknologi ini ………………………..
Dalam meniti arus
kemodenan ini masyarakat sering alpa dengan……………….
Pada tahun-tahun
kebelakangan ini masyarakat Masyarakat krang mementingkan……………………………..
Belakangan ini masyarakat
dibayangi dengan permasalahan ekonomi sehingga menggugat daya ketahanan minda untuk mengharungi ranjau dan duri kehidupan.
Secara umumnya, masyarakat
mengakui isu berkaitan ....tulis isu yang diperkatakan..sering menjadi topik perbincangan sama ada dibincang atau diperdebat secara santai di
kedai-kedai kopi, dan juga dibicarakan di media massa sama ada media
elektronik mahupun media cetak, juga di media sosial.
Kaitkan frasa
yang anda pilih seperti di atas dengan tugasan/tema/isu karangan anda
berdasarkan soalan karangan sama ada berdasarkan isu semasa, atau berdasarkan
pendapat/ pandangan kalangan masyarakat berdasarkan isu atau tugasan
karangan.
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
AYAT
DIBINA BERTUJUAN UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA KARANGAN.
Jelaskan dengan lebih lanjut
kenapa masyarakat bependapat atau berpandangan berkaitan isu/tema/ tugasan
karangan.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
AYAT
RANGSANGAN KEDUA:- MENERUSKAN RANGSANGAN AGAR PEMERIKSA BERMINAT UNTUK
MEMBACA AYAT SETERUSNYA.
Jelaskan dengan lebih lanjut berkaitan
isu/tema/tugasan menjadi buah mulut atau isu polemik ( perdebatan) dalam
kalangan masyarakat.
Penanda wacana lain yang boleh
digunakan untuk memperlihat pertautan ayat sebelum dan ayat ransangan 2 seperti selain itu, bahkan juga, selanjutnya
situasi ini berlaku kerana, hal ini
berlaku kerana, hal ini disebabkan oleh, hal ini wujud akibat daripada.
Peringatan, pelajar perlu memilih penanda wacana yang sesuai
dengan ayat yang anda bina.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
AYAT
RANGANGAN KETIGA:-
MENERUSKAN
RASA MINAT PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR.
Bahkan juga……………………. ( Ulas secara
ringkas berkaitan pengenalan dengan tema atau tajuk )
Peringatan:- Ayat rangsangan ketiga bukanlah
wajib ditulis, tetapi untuk mendapat markah A+ , pelajar cemerlang perlu
mengambil berat penulisan bahagian ini untuk mngambarkan kematangan semasa
mengarang.
Penanda wacana yang boleh ditulis
untuk memastikan perkaitan yang
ditulisnya sebelumnya berkait dengn ayat rangsangan 3 seperti selain itu,
bahkan juga,
|
FRASA MENARIK
|
FRASA
MENARIK (FM) BOLEH BERADA DI MANA-MANA SAHAJA DALAM AYAT PERENGGAN
PENGENALAN, BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI PELAJAR KERANA PELAJAR YANG KREATIF
BOLEH MEMASUKKAN LEBIH DARIPADA SATU FRASA MENARIK DI DALAM PERENGGAN
PENGENALAN.
Peribahasa, kata-kata pemimpin/ petikan Al Quran dan Hadis, di
permulaan ayat juga dalam kategori frasa menarik.
Cara untuk memulakan frasa menarik:-
Persis kata peribahasa Melayu ada mengatakan
“ .............................” bertepatan denga isi yang dibincangkan iaitu
…………………..
Persis kata orang tua-tua, “ ...............
amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan yang dibincangkan iaitu
………………………….
Persis kata mutiara, ............ amat
berkaitan dengan isi yang dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
Persis kata cendekiawan, ............. amat
berkaitan dengan isi yang dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
“……………………….” Merupakan pepatah Melayu yang
berkaitan dengan isi yang dibincangkan iaitu…………………………………
Peribahasa Melayu, “…………………………” berkait rapat
dengan isi karangan yang dibincangkan iaitu…………………………..
Antara pendapat cendikiawan Islam, “…………………………………………..
Antara kata-kata pemimpin negara iaitu
Firman Allah”…………………………………………………………”
Rasullullah pernah bersabda,”………………………………………….”
Pelajar juga perlu
mahir menulis frasa menarik supaya perkaitan frasa menarik dengan huraian isi
ada pertautannya.
|
UNSUR KBAT
|
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK
ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………tugasan
berkenaan diambil tindakan …apa kesan/akibatnya kepada masyarakat/negara
Sekiranya ….tugasan berkenaan
tidak diambil tindakan …apa kesan/impaknya kepada masyarakat/negara.
Pilih salah satu kesan atau impaknya di atas sebagai kemungkinan berlaku kepada masyarakat/negara.
|
AYAT ARAHAN
|
MENULIS AYAT
TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya,
bagaimanakah…….tema/tajuk karangan…………..
( Rujuk semula
kepada soalan karangan)
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI
/ IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI ASAS (UMUM)- BOLEH DIGUNAPAKAI MEMBINA
BAHAGIAN ISI PERENGGAN KARANGAN.
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
PELAJAR
PERLU MENULIS KATA KUNCI/ ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS
(
APA ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
Cara untuk
memulakan isi, pelajar boleh menulis frasa seperti di bawah:-
Pada hemat
saya senario permasalahan ini berpunca.........
Pada
pandangan saya tindakan yang boleh diambil untuk........
Pada
realitinya, tidak dapat disangkal bahawa..............
Umumnya
masyarakat mengetahui .............
Sebagaimana
yang kita sedia maklum....................
Sebagai
memulakan perbincangan, saya menyandarkan isi pertama
iaitu..............
Sebagai
memulakan perbincangan, saya berpendapat bahawa cara/ langkah
untuk............................
Sebagai
memulakan perbincangan, saya berpendapat bahawa punca/ kesan
berlakunya..............................
Idea
pertama saya berkaitan ...............................ialah
Sebagai
seorang pelajar/ warganegara prihatin, tindakan pertama saya
lakukan.................................
Sebagai
pelajar berminda kelas pertama, saya perlu...........................
Frasa isi kedua:-
Sebagai
seorang pelajar/ warganegara prihatin, tindakan kedua akan saya
lakukan.................................
Mari kita
memperluas lensa perbincangan dengan memperkatakan.........................
Mari kita
melebarkan fokus perbincangan dengan memperkatakan.........................
Pelajar perlu bijak memilih cara memulakan isi di samping itu kreativiti pelajar
dapat menghasilkan permulaan isi menarik
perhatian pemeriksa.
|
AYAT HURAIAN 1
|
AYAT HURAIAN ISI.
(MENGAPA-
TENTANG ISI)
PENANDA
WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 1:-
( Oleh
sebab itu, Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana, Hal ini terjadi
kerana, Hal ini wujud kerana, Hal ini berpunca kerana, Hal ini bersangkut
paut dengan, Hal ini tercetus karana, Hal ini disebabkan oleh, Permasalahan ini berlaku kerana, )
|
AYAT HURAIAN 2
|
AYAT HURAIAN ISI
SETERUSNYA
( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU
ATAU TERJADI)
PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN
UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 2:-
( Bahkan juga, Selain itu,
Malahan juga , Tambahan pula, …….)
|
AYAT HURAIAN 3
|
AYAT HURAIAN ISI
SELANJUTNYA.
(KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI
SELANJUTNYA )
PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN
UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 3:-
Penanda wacana yang boleh
digunakan seperti tambahan pula, Selain itu, Hal ini demikian kerana, Bahkan juga dan lain lagi Malahan juga, Tambahan pula….)
Sebaik-baiknya, penanda wacana tersebut telah digunakan pada ayat huraian sebelumnya, elak penggunaannya dan gunakan penanda wacana lain untuk huraian selanjutnya) |
AYAT CONTOH
|
AYAT
CONTOH - AMAT PERLU UNTUK MENGAMBARKAN PENGETAHUAN PELAJAR LUAS -
PELAJAR PERLU MENULIS LEBIH DARIPADA SATU CONTOH SAMA ADA, DUA ATAU TIGA
CONTOH.
Penanda wacana yang boleh
digunakan untuk memulakan ayat contoh seperti:-
Analoginya, Contohnya, Sebagai
contoh, tamsilnya,
|
UNSUR KBAT
|
KESAN
DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………tugasan
berkenaan diambil tindakan …apa kesan/akibatnya kepada masyarakat/negara
Sekiranya ….tugasan berkenaan
tidak diambil tindakan …apa kesan/impaknya kepada masyarakat/negara.
Pilih
salah satu kesan atau impaknya di atas sebagai perkara yang kemungkinan
hasil tindakan berkenaan terhadap isu yang dibincangkan.
|
FRASA MENARIK
|
PFRASA
MENARIK (FM) BOLEH BERADA DI MANA-MANA SAHAJA DALAM AYAT PERENGGAN PENGENALAN,
BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI PELAJAR KERANA PELAJAR YANG KREATIF BOLEH
MEMASUKKAN LEBIH DARIPADA SATU FRASA MENARIK DI DALAM PERENGGAN PENGENALAN.
Peribahasa,
kata-kata pemimpin/ petikan Al Quran dan Hadis, di permulaan ayat juga dalam
kategori frasa menarik.
Cara
untuk memulakan frasa menarik:-
Persis
kata peribahasa Melayu ada mengatakan “ .............................”
bertepatan dengan isi yang dibincangkan iaitu …………………..
Persis
kata orang tua-tua, “ ............... amat berkaitan dengan isi karangan yang
dibincangkan iaitu ………………………….
Persis
kata mutiara, ............ amat berkaitan dengan isi karangan yang
dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
Persis
kata cendekiawan, ............. amat berkaitan dengan isi yang
dibincangkan iaitu ………………………….
“……………………….”
Merupakan pepatah Melayu yang berkaitan dengan isi karangan yang dibincangkan
iaitu…………………………………
Peribahasa
Melayu, “…………………………” berkait rapat dengan isi yang dibincangkan
iaitu…………………………..
Antara
pendapat cendikiawan Islam, “…………………………………………..
Antara
kata-kata pemimpin negara iaitu...............................
Firman
Allah”…………………………………………………………”
Rasullullah
pernah bersabda,”………………………………………….”
.........ayat
huraian.............. berkait dengan peribahasa Melayu iaitu.......................tulis
peribahasa berkenaan.
…….ayat huraian ………. kerana peribahasa Melayu ada mengatakan,"............................................."
Pelajar
juga perlu mahir menulis frasa menarik supaya perkaitan frasa menarik dengan
huraian isi ada pertautannya.
Kemahiran
ini perlu diaplikasi selalu semasa mengarang kerana kekerapan penggunaannya
akan mempertaut dan memperkaitkan ayat huraian dan frasa menarik yang
diselitkan.
|
AYAT PENEGAS
|
AYAT
PENEGAS BERFUNGSI UNTUK MENEGASKAN SEMULA ISI PADA PERENGGAN
AKHIR ISI:
KONKLUSINYA/TELAH TERANG LAGI
BERSULUH, TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS PADA AYAT AWAL
PERENGGAN ISI / AYAT TEMA KECIL/ ATAU KATA KUNCI ISI DI BAHAGIAN AWAL
PERENGGAN ISI
|
JADUAL PENGEMBANGAN
IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN BERPANDU
PERKARA
|
PENERANGAN
|
AYAT PENYIMPUL
|
SEBAGAI
MENGGULUNG PENDAPAT DAN ISI YANG TELAH SAYA PERKATAKAN DI ATAS, SAYA
INGIN MENEGASKAN BAHAWA ………….TEMA KARANGAN ……MEMANG BANYAK KELEBIHANNYA /
KEBURUKANNYA.
Penanda wacana yang boleh ditulis bahagian ayat penyimpul seperti, Akhirnya, Akhirukalam, Intihanya, Secara tuntas, konklusinya, Sebagai penutup wacana, Sebelum mengakhiri wacana ini, Akhir kata, Sebagai menggulung bicara, Sebagai menggulung pendapat, dan sebagainya. |
AYAT CADANGAN
|
SEBAGAIMANA
ISI YANG TELAH SAYA SELITKAN DALAM PERENGGAN ISI, IAITU ..…..TULIS SEMULA
ISI-ISI YANG TELAH DITULIS……….
|
AYAT CADANGAN TAMBAHAN TIADA DALAM
PERENGGAN DIBINCANGKAN
|
Senaraikan
isi cadangan lain, sekurang-kurang dua isi, pada bahagian ayat ini.
Tujuan
utama isi berkenaan ditulis untuk mengambar pelajar mempunyai banyak idea untuk membalas jasa guru dan bukan sekadar isi-isi yang ditulis dalam
karangan. Isi-isi ini tidak perlu dihurai.
|
AYAT HURAIAN MENGAPA
CADANGAN DIUTARAKAN
|
HURAIKAN
SECARA RINGKAS KEPENTINGAN / KEBURUKAN TEMA ATAU TUGASAN, BERGANTUNG KEPADA SOALAN.
Selanjutnya, Seterusnya, Tambahan pula, Bahkan juga, dan sebagainya. |
UNSUR KBAT
|
JIKA SAYA/MASYARAKAT/KERAJAAN ……MELAKUKAN/ TIDAK MELAKUKAN TEMA ATAU TUGASAN, APAKAH IMPAKNYA.
|
FRASA MENARIK
|
SELITKAN
FRASA MANARIK BERKAITAN TEMA ATAU TUGASAN.
( RUJUK NOTA DI BAHAGIAN PERENGGAN PENGENALAN DAN DI BAHAGIAN PERENGGAN ISI) |
AYAT HARAPAN
|
KONKLUSINYA,
NYATAKAN HARAPAN ANDA TENTANG TEMA ATAU TUGASAN.
|
Peringatan: Hasilkan karangan cemerlang, elakkan kesalahan ejaan, selitkan istilah menarik (IM),dan pastikan binaan ayat anda gramatis, gunakan penanda wacana untuk memastikan kesinambungan ayat dengan ayat, serta memastikan berlakunya pertautan isi dan isi. Pastikan ayat anda tidak terlampau berbunga-bunga. Aplikasi setiap aspek yang ada dalam Jadual Pengembangan Idea Perenggan Karangan semasa mengarang.
SELAMAT MENGARANG
Contoh sesi PdPC pada hari ini, pelajar diminta mencari dan mengambil sumber rujukan daripada internet berkaitan tajuk karangan dimensi diri untuk menghasilkan perenggan pengenalan. Antara peralatan ataupun alat bantu mengajar yang digunakan pada hari ini ialah laptop, lcd, layar putih, papan putih 'white board'. Berdasarkan soal jawab, lebih 80% pelajar mempunyai kemudahan untuk melayari internet di rumah.
Pada hari juga pelajar telah didedahkan cara untuk menggunapakai Laman Bahasa Melayu SPM sebagai sumber carian ilmu. Antaranya, pelajar didedahkan kebaikan dan kelebihan penggunaan blog ini. antaranya:-
Pada hari juga pelajar telah didedahkan cara untuk menggunapakai Laman Bahasa Melayu SPM sebagai sumber carian ilmu. Antaranya, pelajar didedahkan kebaikan dan kelebihan penggunaan blog ini. antaranya:-
- Lautan ilmu bahasa yang terdapat dalam blog ini seperti catatan lalu, dan catatan paling popular yang sering dikunjungi pelayar-pelayar internet sebagai rujukan pelajar, bahagian nota tatabahasa, contoh-contoh karangan, nota dan contoh-contoh soalan komsas sama ada antologi dan novel. Oleh sebab itu pelajar dinasihatkan membuat rujukan setiap catatan yang perlu untuk meningkatkan pelbagai ilmu sama untuk persediaan menjawab kertas Bahasa Melayu 1 atau Kertas Bahasa Melayu.
- Kamus rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Kamus pelbagai bahasa dunia.
- Rujukan Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan bahasa, Dewan Ekonomi, Dewan Kosmik, Dewan Siswa, dan Tunas Cipta.
- Rujukan akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Berita Kosmo, Akhbar Sinar, Akhbar Metro dan The Star.
- Laman Web TV Pendidikan " Kementerian Pelajaran Malaysia", pelajar boleh merujuk rakaman Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai mata pelajaran, tatabahasa dan sebagainya.
- Rujukan soalan Kertas Bahasa Melayu SPM sebenar kertas BM1, dan BM2 sebenar, sama ada soalan Bahasa Melayu SPM Julai mahupun Kertas SPM Bahasa Melayu November.
- Rujukan soaloan-soalan Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Negeri-Negeri di Malaysia dan Skema Jawapan. Pelajar boleh mengambil apa-apa sahaja sumber soalan untuk rujukan dan latihan sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan SPM 2018.
- Rujukan bahan untuk tatabahasa, melibatkan soal kajian kata (morfologi) Kata Nama Am dan Kata Nama Khas, Kata Ganti Nama Diri, Kata Bilangan, Kata Pemeri, kata Kerja, Kanta Bantu, Kata Adjektif, Kata Nafi, Kata Perintah, Kata Majmuk, Kata Penguat, dan pelbagai lagi termasuk kajian sintaksis atau ayat.
- Contoh-contoh karangan, yang akan ditambah dari semasa ke semasa.
- Hasilan karangan pelajar SMK Seri Londang bermula pada tahin 2017 dan juga terkini karangan pelajar 2018. Saya paling gembira kerana karangan pelajar SMKASAS 2013 masih menjadi rujukan pelajar internet.
- Begitu juga saya mendedahkan pelajar, cara untuk merujuk bahan carian hanya dengan menekan tajuk saya pada mesin carian internet seperi Google, Mozila Fire Fox dan sebagainya.
PELAJAR AMAT RUGI SEKIRANYA TIDAK MENGGUNAKAN GADJET ELETRONIK TERKINI YANG DAPAT MENGAKSES KEMUDAHAN INTERNET SAMA ADA MENGGUNAKAN LAPTOP, MAHUPUN TELEFON PINTAR UNTUK MENCARI BAHAN PEMBELAJARAN KERANA MAKLUMAT DI HUJUNG JARI DAN DUNIA TANPA SEMPADAN. BAHKAN JUGA SAYA AMAT RISAU DENGAN PENGUASAAN MAKLUMAT PELAJAR BERKAITAN DENGAN PENGETHUAN AM TERUTAMA UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN YANG MATANG.
Contoh hasilan aktiviti Bahasa Melayu pada hari ini, pelajar bekerjsama untuk menghasilkan perenggan pengenalan. Selain itu, fokus pada hari ini kepada binaan ayat gramatis dan bermakna semasa menghasilkan karangan. Saya mengharapkan pelajar menyelitkan istilah menarik semasa mengarang contohnya, cakna, legasi, kondusif, alternatif, kerjasasama secara kolaboratif, keruntuhan budaya, status, paradigma, analogi, natijah, polemik, cendiakawan, dan sebagainya.
PERKARA
|
PENERANGAN
|
SAJAK/LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA
PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS
DALAM BLOG INI.
|
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
Berdasarkan sajak nukilan Sasterawan Negara Dato' Usman Awang di atas membawa banyak maksud yang tersurat dan tersirat
iaitu jika seseorang berburu di padang datar sudah pasti hasil
buruannya tidak akan mendatangkan hasil yang diharapkan.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
Begitu juga, jika seorang berguru dengan mereka yang tidak berilmu
akibatnya orang berkenaan akan rugi kerana pembelajarannya tidak akan dapat mengembangkan ilmu yang diharapkan.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
Bahkan juga, insan seperti Perdana Menteri, jurutera,
doktor atau peguam mencapai kejayaan dalam hidupnya kerana diajar dan
dididik oleh seorang insan budiman bergelar guru.
|
AYAT RANGSANGAN 4 |
Seyogia, kejayaan insan yang berjaya seperti di atas bermula dengan pengorbanan seorang guru.
|
FRASA MENARIK
|
Kata
Saidina Ali, “Siapa mengajar aku satu huruf, jadilah aku hamba kepadanya”.
Begitulah mulianya kedudukan seorang guru.
|
UNSUR KBAT
|
Oleh sebab itu, kita mestilah membalas jasa seorang insan bergelar guru supaya kita tidak dianggap sebagai
kacang melupakan kulit.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya, apakah cara-cara untuk kita membalas jasa seorang insan bergelar guru?
|
Cadangan isi:- Peringatan, pelajar perlu membina rangka isi karangan menggunakan peta iThink selain untuk pelajar isi yang sesuai untuk ditulis berdasarkan kebolehan pelajar mengembang isi berkenaan malah isi yang selebihnya boleh ditulis di bahagian isi yang tiada dalam petikan karangan ditulis mengambarkan ada mempunyai kepelbagaian isi pada bahagian perenggan penutup. ( Rujuk Format Jadual Pengembangan Perenggan Penutup Karangan ( JPIPK)
- sebagai seorang pelajar, saya perlu menghormati guru sebagaimana saya menghormati ibu bapa saya.
- sebagai seorang pelajar saya akan menziarahi mereka sekiranya mereka menghadapi sebarang musibah.
- sebagai seorang pelajar saya akan menghadiahi guru sesuatu untuk mengenang jasa mereka pada setiap kali sambutan hari guru diadakan pada setiap tahun.
- sebagai seorang pelajar, saya akan menghadiahi mereka dengan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan mahupun ujian.
- sebagai seorang pelajar saya akan sentiasa bertanggungjawab melaksanakan latihan yang diberikan guru dengan hasilan kerja yang cemerlang.
- sebagai seorang pelajar saya akan sentiasa mendoakan mereka berjaya di dunia dan akhirat.
- sebagai seorang pelajar, saya cakna dan akan cuba tidak menyakiti hati insan yang mulia ini kerana sekiranya hati guru disakiti kemungkinan mereka tidak akan dapat menyampaikan pengajaran dengan kondusif.
- sebagai seorang pelajar, saya akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran guru di dalam kelas.
Sebelum menulis karangan, pelajar dinasihatkan menyusun isi karangan berdasarkan kebolehan mereka mengarang, maksudnya, pelajar perlu menyusun isi utama iaitu isi paling mantap didahulukan dan diikuti isi-isi yang lain. Satu lagi teknik mengarang, pelajar boleh meletakkan isi kedua terbaik di akhir perenggan isi dengan alasan, pemeriksa akan terpengaruh apabila isi terakhir antara isi terbaik sedangkan fokus isi yang awal mungkin pemeriksa telah lupa. Namun ini hanya sebagai strategi sahaja untuk memastikan pemeriksa meletakkan markah karangan pelajar dalam zon cemerlang.
JADUAL PENGEMBANGAN ISI
/ IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Sebagai memulakan lontaran idea, saya menyandarkan isi
pertama iaitu sebagai seorang pelajar saya perlu mempunyai adab dan menghormati
guru sebagai mana saya menghormati kedua-dua ibu bapa saya.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Memetik kata-kata
daripada Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang
menyatakan bahawa pemupukan adab menghormati guru bermula dari rumah dan
mengharapkan ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka menghargai jasa guru.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Berdasarkan ucapan bekas Menteri
Pelajaran Malaysia di atas, jelaslah bahawa saya perlu menghormati guru
sebagaimana ibu bapa saya sering menasihatkan saya supaya menghormati guru-guru sebagaimana
mereka menghormati guru-guru mereka.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Di samping itu, adab menghormati
guru juga diterapkan dalam Mata Pelajaran Siviks yang mendidik pelajar memupuk sikap berbudi bahasa dan nilai murni bukan sahaja kepada guru, malah ibu bapa dan
masayarakat yang lebih tua.
|
AYAT CONTOH
|
Tamsilnya saya perlu menghormati
mereka seperti bertutur dengan penuh adap dan memberi salam apabila saya
bertemu mereka tidak kira di mana-mana sahaja saya bertemu dengan mereka
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya saya tidak menghormati
guru sudah pastinya impaknya saya tidak dihormati rakan-rakan, guru dan warga sekolah amnya dan boleh mencoreng muka ibu bapa saya.
|
FRASA MENARIK
|
Jasa guru memang tiada tepiannya
dan mereka sanggup berkorban masa, mengutamakan mendidik anak bangsa setiap
masa kerana guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangi kehidupan orang
lain.
|
AYAT ARAHAN
|
Akhir kalam, jelaslah bahawa sebagai
seorang pelajar saya perlu mempunyai adab menghormati guru sebagai mana saya
menghormati kedua-dua ibu bapa saya.
|
JADUAL PERENGGAN PENUTUP
KARANGAN BERPANDU
PERKARA
|
PENERANGAN
|
AYAT PENYIMPUL
|
Sebagai
menggulung pendapat dan isi yang telah saya perkatakan di atas, saya ingin
menegaskan bahawa sebagai seorang pelajar saya perlu membalas jasa baik
seorang guru kerana mereka ibarat lilin membakar diri mereka untuk menerangi
kehidupan orang lain.
|
AYAT CADANGAN
|
Oleh sebab
itu, saya sebagai seorang pelajar perlu mengotakan janji saya sebagai mana
isi yang saya perkatakan iaitu sebagai seorang pelajar saya perlu menghormati guru sebagaimana saya menghormati ibu bapa saya, saya juga akan menziarahi mereka sekiranya mengetahui mereka menghadapi sebarang musibah, saya akan menghadiahi guru sesuatu untuk mengenang jasa mereka pada setiap kali sambutan hari guru diadakan , saya akan menghadiahi mereka dengan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan mahupun ujian dan akhirnya saya akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran guru di dalam kelas.
( Tulis isi-isi yang anda tulis
pada setiap perenggan isi)
|
AYAT CADANGAN TAMBAHAN TIADA DALAM
PERENGGAN DIBINCANGKAN
|
Bahkan
juga, saya akan akan berusaha membalas jasa baik guru dengan
|
AYAT HURAIAN MENGAPA
CADANGAN DIUTARAKAN
|
Adalah
malang sekiranya saya seorang pelajar tidak menunjukkan nilai-nilai murni dan
disenangi oleh insan yang banyak berbakti dan berjasa kepada saya selama ini.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya
saya tidak menghormati dan mengenang jasa-jasa mereka sudah pasti ilmu yang
saya peroleh daripada insan bergelar guru ini tidak diredhai dan
impaknya saya sukar mengaplikasikanya semasa menghadapi ujian dan
peperiksaan.
|
FRASA MENARIK
|
Bahkan
juga, seorang guru berdedikasi, mereka tidak akan putus asa dan akan tekal
mencorakkan kehidupan anak muridnya menjadi insan kamil cemerlang, gemilang dan terbilang sesuai
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
|
AYAT HARAPAN
|
Saya akan
sentiasa mendoakan insan bergelar guru akan terus sihat untuk meneruskan legasi
mereka melahirkan lebih ramai insan kamil terbilang. Terima
kasih, guru-guruku keranamu aku berjaya menjadi warganegara berguna
kepada masyarakat, agama dan negara.
|
Pelajar perlu berhati-hati dan sentiasa mengelakkan diri daripada melakukan sebarang kesalahan, sama ada kesalahan ejaan, imbuhan, tatabahasa dan binaan ayat. Pastikan ayat yang dibina gramatis dan memberikan maksud yang hendak disampaikan. Elakkan membina ayat yang terlampaun berbunga-bunga sehingga boleh merosakkan bahasa.
PELAJAR KELAS 5 SAINS PERLU MENYIAPKAN KERJA KARANGAN DI ATAS DAN MENYERAHKAN KEPADA SAYA PADA HARI ISNIN UNTUK SEMAKAN. MOHON KEPADA FATIHAH MENGUMPUL BUKU KARANGAN PADA HARI ISNIN. HARAP MAKLUM.
SEBAGAI MAKLUMAN, PELAJAR MUNGKIN BERASA SUKAR UNTUK
MENGHASILKAN KARANGAN SEPERTI DI ATAS DAN PADA MASA YANG SAMA
PELAJAR PERLU MELATIH DIRI MENGHASILKAN KARANGAN SEPERTI DI ATAS
MULAI DARI SEKARANG. OLEH SEBAB ITU, SAYA SENTIASA MEMASTIKAN
PELAJAR MENGHANTAR BUKU LATIHAN PADA MASA YANG DITETAPKAN.
SAYA AKAN MENENTUKAN MASA UNTUK PELAJAR MENGHASILKAN KARANGAN
BAHAGIAN B PADA MASA DITETAPKAN DALAM PEPERIKSAAN ( 1 JAM 30 MINIT).
PADA KETIKA INI PELAJAR TIDAK ADA MASA UNTUK TERMENUNG DAN MEMIKIRKAN UNTUK MENGEMBANGKAN ISI KERANA SEHARUSNYA PADA
MASA BERKENAAN PELAJAR MENGHASILKAN KARANGAN IBARAT AIR SUNGAI
YANG MENGALIR TANPA SEKATAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan