CERPEN
HIPERTENSI ( ILLIAS ZAIDI)
SINOPSIS CERPEN:-
Cerpen ini
mengisahkan seorang pelajar bernama Aiman Aqil yang sangat meminati bidang
penerokaan sains angkasa lepas. Cerita dimulakan dengan kisah Aiman yang
berehat di rumah banglo keluarganya yang terletak di lereng bukit yang sudah
tergondola akibat kerja-kerja penerokaan dan pembangunan tanah. Kemudian,
cerita ini berkisarkan tentang peristiwa masa lalu yang ditempuhi oleh Aiman
sepanjang perjalanan hidupnya. Aiman teringat kembali peristiwa Cikgu Faridah
mengajarnya dan murid-murid sekelasnya yang lain berkaitan dengan Teori
Graviiti yang dicetuskan oleh Isaac Newton dalam sesi pengajaran subjek Sains
tersebut, berlaku perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu Faridah sehingga
suasana di dalam kelas itu menjadi riuh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai
professor disebabkan kepintarannya dan dia mempunyai daya berfikir yang tinggi
serta matang berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.
Aiman juga teringat akan kisah dirinya sebagai anak sulung dan mempunyai dua
orang adik perempuan, iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. Ketika di rumah,
Aiman selalu menyindir adik-adiknya yang kurang bijak menyelesaikan masalah
matematik. Ketika menuntut di sekolah rendah, Aiman teringat akan perbuatannya
yang selalu ponteng sekolah akibat berasa bosan dan jelek dengan silibus
sekolah rendah yang dikatakan tidak setanding dengan daya pemikirannya yang
cerdik dan pintar pada waktu itu. Disebabkan Aiman dikurniakan daya berfikir
yang tinggi, dia gemar menyakat kawan-kawannya yang agak lambat menyelesaikan
latihan terutamanya bagi mata pelajaran Matematik. Perbuatannya yang suka
menyakat kawan-kawannya dan merayau di dalam kelas itu menyebabkan Aiman selalu
ditegur oleh guru kelas. Guru kelas Aiman melaporkan perkara itu kepada ibu
bapa Aiman. Ibu dan bapa Aiman berasa marah apabila mengetahui hal tersebut.
Bapa Aiman telah merotan Aiman pada bahagian pinggul sehinggga lebam.
Aiman telah ponteng kelas disebabkan lebam pada pinggulnya yang belum hilang.
Kesempatan itu digunakan oleh Aiman untuk berhalusinasi tentang dunia
penerokaan Sains angkasa lepas. Dalam imaginasinya itu, usianya pada waktu itu
telah ditambah sepuluh tahun. Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya
diandaikan sebagai tempat berlepas ke angkasa lepas dengan menggunakan sebuah
kapal angkasa Soyuz. Sikap peliknya terhadap dunia penerokaan Sains angkasa
lepas dengan menjadikan pohon kelapa dara sebagai lokasi imaginasi telah
diketahui oleh ibu dan bapanya. Kesudahannya, pinggul Aiman dirotan lagi oleh
bapanya. Ibunya memprotes tindakan bapanya itu di dalam hati saja.
Aiman semakin galak membayangkan dirinya sebagai seorang angkasa yang telah
diberi peluang mengikuti latihan intensif di bawah program Aeroangkasa
bersama-sama dengan pihak Rusia. Aiman membayangkan dirinya sebagai seorang
angkasawan yang mendarat di bulan dengan menaiki kapal angkasa Soyuz dari
Stesen Angkasa Antarabangsa. Aiman berpendapat bahawa dia perlu membuat kajian
saintifik di Stesen Angkasa Antarabangsa itu terlebih dahulu sebelum meneroka bulan.
Seterusnya, daya imaginasi Aiman semakin meluas apabila dia membayangkan
dirinya berada di ruang udara angkasa bulan tanpa udara. dengan berpakaian
lengkap sebagai seorang angkasawan, dia melihat ciri-ciri fizikal dan keadaan
bulan yang sebenar.
Setelah Aiman meningkat remaja, daya imaginasinya terhadap dunia penerokaan
sains angkasa lepas itu masih kuat. Keadaan itu menyebabkan bapanya yang tegas
dan kasar itu seringkali menampar Aiman yang masih kuat berangan-angan sehingga
menyebabkan dia menjadi gagap. Bagi mengatasi masalah Aiman yang gagap dalam
pertuturan, ibu dan bapa Aiman telah membawa Aiman untuk menjalani latihan
intensif dan latihan terapi. Aiman terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar
berpijak di bumi yang nyata, iaitu kepada Ilahi. Aiman berasa bahawa ibu dan
bapanya tidak perlu lagi membawanya untuk mengikuti latihan intensif dan
latihan terapi itu. Akhirnya, Aiman sedar akan kesilapan yang terlalu jauh
berimaginasi lalu memanjatkan doa dan mengharapnya ke hadrat Ilahi.
Tema cerpen Hipertensi:
"keinginan yang tinggi dalam
bidang sains angkasa sehingga menyebabkan seseorang berimaginasi".
- Contohnya; Aiman sangat meminati
bidang aeroangkasa sehingga berimaginasi mendarat ke bulan dengan menaiki kapal
Soyuz yang diterbangkan dari Stesen Angkasa Antarabangsa.
Persoalan
1. Persoalan
adab menuntut ilmu
Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus
terhadap pengajaran Cikgu Faridah di dalam kelas telah
menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar.
(m/s: 43)
2. Persoalan
kebanggaan terhadap identiti diri
Contoh: Aiman Aqil bengga akan nama yang
diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna yang
baik. (m/s:44)
3. Persoalan
kepekaan akan situasi sekeliling
Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan
jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu Faridah
berubah dengan jawapan awal yang
diberikannya. (m/s: 45)
4. Persoalan
sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain
Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan
rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan
tugasan Matematik. (m/s : 45 & 46)
5. Persoalan
peranan ibu bapa dalam keluarga
Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin
mengetahui punca Aiman ponteng sekolah. (m/s: 46)
6. Persoalan
ketagasan guru dalam mendidik pelajar
Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran
keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan. (m/s:
46)
7. Persoalan
kepentingan prinsip hidup
Contoh: Aiman bertekad tidak akan menjadi
seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya
memasang angan-angan tanpa merealisasikan
angan-angan tersebut. (m/s: 48)
8. Persoalan
kasih sayang seorang ibu
Contoh:Ibu Aiman begitu tersentuh hati
apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya. (m/s: 48)
WATAK DAN PERWATAKAN:
1. Aiman
Aqil:
- berwajah
cengkung dan jari-jemarinya yang kurus runcing.
- anak
sulung daripada 3 beradik.
- gagap
semasa bercakap. Cth - mulutnya akan menganga lebar sebelum kata-kata dapat
dikeluarkan dari mulutnya.
- seorang
yang pintar. Cth - boleh menyelesaikan masalah matematik murid sekolah menengah
walaupun masih berada di sekolah rendah.
- suka
menyakat orang lain. Cth - di sekolah Aiman suka menyakat rakannya yang lambat
menyelesaikan masalah matematik.
-
bercita-cita tinggi. Cth - bercita-cita untuk menjadi angkasawan terkenal
seperti Neil Armstrong.
- suka
memberontak. Cth - Aiman akan ponteng sekolah apabila dirotan oleh
ayahnya setelah diadukan sikapnya yang suka merayau di dalam kelas.
-
pendendam. Cth - menyimpan dendan terhadap bapanya yang sering merotan dan
menamparnya.
- insap
dengan kesilapannya. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu suka
berimaginasi dan akhirnya berserah kepada Tuhan.
2. Bapa
Aiman:
- seorang
jurutera makenikal.
- seorang
yang bertanggungjawab. Cth - menghantar Aiman yang gagap untuk mendapatkan
rawatan intensif dan terapi.
- bengis
dan garang. Cth - pernah merotan dan menampar Aiman kerana kedegilan anaknya.
- seorang
yang penyayang. Cth - berusaha memulihkan pertuturan Aiman yang gagap dengan
menghantar untuk mendapat rawatan intensif dan terapi.
3. Ibu
Aiman:
- bertugas sebagai saintis bidang geologi.
- penyayang. Cth - berasa kasihan melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
- taat/ patuh kepada suami. Cth - Ibu Aiman tidak membantah apabila suaminya merotan Aiman. Dia hanya menentang di dalam hati sahaja.
- penyabar - sabar dengan sikap suaminya mendidik Aiman dengan garang.
- bertugas sebagai saintis bidang geologi.
- penyayang. Cth - berasa kasihan melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
- taat/ patuh kepada suami. Cth - Ibu Aiman tidak membantah apabila suaminya merotan Aiman. Dia hanya menentang di dalam hati sahaja.
- penyabar - sabar dengan sikap suaminya mendidik Aiman dengan garang.
GAYA
BAHASA:
i. Penggunaan diksi - sesuai dengan cerita. Cth - orbit, aeroangkasa, planet.
ii. Penggunaan bahasa Inggeris - IQ, genius.
iii. Pengulangan/ repetasi - Cth - "Tidak ada udara. Tidak ada air.
iv. Personafikasi. Cth - "Tamparan selalu singgah di pipiku"
v. Simile. Cth - "Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya"
vi. Metafora. Cth - dedaun kemaafan/ tasik hati.
vii. Sinkope. Cth - "Betapa tak bangganya?"
i. Penggunaan diksi - sesuai dengan cerita. Cth - orbit, aeroangkasa, planet.
ii. Penggunaan bahasa Inggeris - IQ, genius.
iii. Pengulangan/ repetasi - Cth - "Tidak ada udara. Tidak ada air.
iv. Personafikasi. Cth - "Tamparan selalu singgah di pipiku"
v. Simile. Cth - "Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya"
vi. Metafora. Cth - dedaun kemaafan/ tasik hati.
vii. Sinkope. Cth - "Betapa tak bangganya?"
NILAI:
i. Kasih sayang. Cth - Ibu aiman amat menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila Aiman
dirotan oleh bapanya.
ii. Kebijaksanaan. Cth - Aiman dapat menyelesaikan
masalah matematik tingkatan 5 walaupun
baru bersekolah rendah.
iii. Belas kasihan/ simpati. Cth - Ibu Aiman berasa
kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan
oleh bapanya.
iv. Dedikasi. Cth - Cikgu Faridah
menerangkan Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh
kepada Aiman dan rakannya di dalam kelas.
v. Tanggungjawab. Cth - Bapa Aiman
bertanggungjawab mendapatkan rawatan intensif dan
latihan terapi kepada Aiman yang telah gagap
pertuturannya.
vi. Kesabaran. Cth - Ibu Aiman tetap
sabar dengan sikap suaminya yang terlalu garang ketika
mendidik
anak-anaknya.
vii. Keinsafan. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu jauh berimajinasi lalu berdoa
vii. Keinsafan. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu jauh berimajinasi lalu berdoa
kepada Allah serta kembali dalam kehidupan sebenar.
viii. Kebersihan fizikal dan mental. Cth - Aiman mengamalkan makanan seimbang
dan menjalani
gaya hidup sihat.
ix. Rasional. Cth - Guru Aiman berfikiran rasional dengan menasihati Aiman yang suka
ix. Rasional. Cth - Guru Aiman berfikiran rasional dengan menasihati Aiman yang suka
merayau supaya kembali ke tempat duduknya
dan tidak mengganggu rakannya yang lain.
G. PENGAJARAN:
i. Kita mestilah menyayangi keluarga kita. Cth - Ibu Aiman menyayangi anak-anaknya dan sedih
apabila melihat Aiman dirotan oleh
bapanya.
ii. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Cth - Aiman dapat
ii. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Cth - Aiman dapat
menyelesaikan masalah matematik
tingkatan 5 walaupun baru berada di sekolah rendah.
iii. Kita mestilah dedikasi dan amanah. Cth - Cikgu Faridah mengajar Teori Graviti dengan
iii. Kita mestilah dedikasi dan amanah. Cth - Cikgu Faridah mengajar Teori Graviti dengan
bersungguh-sungguh kepada Aiman dan
rakannya.
iv. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kesihatan keluarga kita. Cth - Bapa Aiman
iv. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kesihatan keluarga kita. Cth - Bapa Aiman
mendapatkan rawatan intensir dan
terapi kepada Aiman yang gagap pertuturannya.
v. Kita mesti bersabar apabila berdepan dengan masalah. Cth - Ibu Aiman bersabar apabila
v. Kita mesti bersabar apabila berdepan dengan masalah. Cth - Ibu Aiman bersabar apabila
melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
vi. Kita mestilah rasional apabila melakukan tindakan. Cth - Guru aiman
menasihati Aiman
supaya duduk
di kerusinya dan tidak merayau serta mengganggu rakan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan