MAKSUD SAJAK -ERTI HIDUP BERERTI (TEO WEI SING)
Rangkap 1
Fikiran penyajak sering
dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak pernah berubah.
Tiada siapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan tua yang
kesunyian.
Rangkap 2
Kebahagiaan hidup yang
diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga penghujung hidupnya.
Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupainya dan tidak sanggup untuk
menjaganya. Anak-anaknya saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari
kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat
bergantung yang kukuh.
Rangkap 3
Penyajak menganggap
dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka anak kandungnya
sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti
atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak berharap agar
hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini.
Manusia jangan leka, dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati
kecuali Tuhan yang kekal.
TEMA
Keluhan ibu tua yang
diabaikan oleh anaknya sendiri.
Seorang ibu yang
mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya. Namun
begitu anak-anak tidak mengendahkan dan mengambil tanggungjawab menjaganya.
Jauh di sudut hatinya masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf.
PERSOALAN
1.
Kasih sayang seorang ibu
Contoh: ibu yang mengandungkan dan menjaga anak
semasa kecil
2.
Berbakti kepada ibu
Contoh: anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu
yang melahirkan dan membesarkan mereka
3.
Kebahagiaan hidup ialah
impian semua orang
Contoh: harapan seorang ibu agar anak-anak dapat
memberikan kebahagiaan pada hari tuanya
4.
Tanggungjawan seorang
anak
Contoh : anak-anak perlu insaf terhadap
tanggungjawab menjaga kebajikan ibu kandung dan memberikan kebahagian kepadanya
5
Kekuasaan Tuhan
Contoh : ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan
BENTUK SAJAK
1.
Terdiri daripada tiga
rangkap.
2.
Bilangan baris dalam
setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama: tujuh baris, rangkap kedua; sepuluh
baris, rangkap ketiga; sebelas baris.
3.
Jumlah patah kata dalam
setiap baris juga tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam
satu baris.
4.
Bilangan suku katanya
antara empat hingga tiga belas suku kata.
5.
Rima akhirnya tidak
sama.
GAYA BAHASA
1.
Personifikasi - malam sepi, semoga disirami benih keinsafan
2.
Simile – bagai kalung
3.
Sinkope -yang melingkari
leherku
siapa yang akan datang menjengukku
kucari erti hidup
anakku
bakaku
4.
Anafora - dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung
balik
5.
Responsi - dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
6.
Metafora - Keheningan
tasik, kehijauan rumput, benih keinsafan
NILAI
1.
Kasih sayang – kasih
sayang seorang tua terhadap anaknya tetap utuh
walaupun anaknya itu
melupakannya.
2.
Ketabahan – ketabahan
dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan
kesunyian tanpa dihiraukan oleh
anak-anak.
3.
Keinsafan – penyajak
sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.
4.
Bertanggungjawab – sikap
tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-
anaknya dengan mendoakan mereka agar
dikurniakan keinsafan.
PENGAJARAN
1.
Kita mestilah sayang
akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan
kesejahteraan mereka dan menjaga ibu
bapa sehingga hari tua mereka.
2.
Kita perlulah tabah
menghadapi cabaran dalam kehidupan demi
mematangkan diri, terutamanya
menghadapi usia yang tua.
3.
Kita haruslah taat
kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas
berpindah dari rumah ibu
bapa, malah sentiasa menjenguk mereka.
4. Kita mestilah berdikari
sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak
terlalu bergantung pada orang
lain, walaupun sewaktu tua.
5. Kita mestilah sabar
menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita
agar dapat menjadikan diri kita
lebih kental.
6.
Kita haruslah menjadi
anak yang bertanggungjawab dengan menjaga
kebajikan ibu bapa dan
menyejahterakan serta membahagiakan mereka.
i) Nyatakan keadaan penyair dalam sajak tersebut?
( 2 markah )
ii) Pada rangkap 2, anak-anak penyair telah melupakan jasa ibu bapa sehingga ibu bapa berasa
sedih.
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk berbakti kepada
ibu bapa?
( 3 markah )
iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
( 4 markah )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan