Khamis, 19 April 2018

LATIHAN NOVEL KELAS 5 SAINS- FOKUS SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017, KERTAS BAHASA MELAYU 2, NEGERI KEDAH.


Soalan 4 (a) Kajian sebuah novel.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam  novel tersebut.

Latar tempat Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya sastera seperti novel dan cerpen.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, hasil karya Khairuddin Ayip tingkatan 5, terdapat beberapa tempat yang di paparkan oleh pengarang. Pertama Padang bola jaring , iaitu Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi.  Selain itu, Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim iaitu Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan enam. Dia juga tinggal di asrama sekolah ini.

Bahkan juga, pengarang memaparkan latar tempat bilik kerjaya iaitu tempat  Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam apabila Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.

Soalan 4 (b) Kajian dua novel.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa pada bahagian peleraian  yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.

     Peleraian merupakan pengakhiran cerita sama ada di akhiri dengan kisah gembira atau duka. Berdasarkan dua novel yang telah saya kaji iaitu novel Jendela Menghadap Jalan, hasil karya Ruhaini Mat Darin tingkatan 4 dan novel Songket Berbenang Emas, hasil karya Khairuddin Ayip tingkatan 5, peleraian kedua-dua novel mempunyai tauladan berguna kepada pembaca.

     Antara peristiwa peleraian terdapat dalam novel tingkatan 4 iaitu novel Jendela Menghadap Jalan yang boleh memberi teladan kepada pembaca ialah Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan. Selain itu, peleraian yang terdapat dalam novel yang memberi tauladan kepada pembaca ialah Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah terlebih mengambil dadah jenis syabu. Oleh sebab itu, kita sebagai warganegara yang berfikiran waras perlu mengelakkan diri daripada mendekati dadah.

    Sementelahan itu, contoh peristiwa peleraian yang boleh kita kesan dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa Dahlia yang telah terpilih untuk mengikuti pengajian di Jepun selama 4 tahun. Sebagai pengajarannya, pembaca perlu meneruskan pelajaran ke tahap tertinggi walaupun menghadapi sebarang dugaan dalam kehidupan.

    Kesimpulannya, pengajaran daripada peristiwa di atas boleh dijadikan pengajaran oleh setiap insan agar melahirkan kehidupan masyarakat yang kondusif.

Tiada ulasan: