NOTA LENGKAP NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN
NOTA LENGKAP NOVEL JENDELA SEPANJANG JALAN BAB DEMI
BAB HASIL KARYA RAHANI MATDIRIN
|
BAB 1
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya,
bercadang untuk menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah
Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang
bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.
|
BAB 2
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah
ke perhentian bas ekspres dengan mengandang dua buah beg pakaian. Lili
berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke
kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam
bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan
Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan
Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah
yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia
sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.
|
BAB 3
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih
awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk
mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut
kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk
tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang
menunggu Abang Rashid untuk pulang.
|
BAB 4
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan
begitu damai dengan sawah bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek
di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk
dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama
dengan masyarakat kampung.
|
BAB 5
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak
jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk begitu pakar bercerita
kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara
tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan
penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah
pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit.
Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya
berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.
|
BAB 6
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek
mengarahkan Lili menutup semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan
kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar
kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi
rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang
dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan,
tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan
herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan
datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta
sumber rujukan.
|
BAB 7
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan
terserempak dengan Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya
begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan
setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya
menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika
ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha
menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan
tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili
merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu
pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa
dengannya.
|
BAB 8
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu
keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang
selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak
kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya.
Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang
Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan
pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga
terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan
buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid.
Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau
kerana William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak
mempercayai pengubatan tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah
bagi tujuan membina rumah sewa.
|
BAB 9
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke
rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat
kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan
sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah
masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau
berbanding membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping
itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden
berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh
Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung
termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah
perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden,
kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya
penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel
terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.
|
BAB 10
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai
pengubat tradisional, kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan
tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh dengan penerangan yang
diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu
dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak
dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata
datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung termasuk William,
malah Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang
sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William
pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah
penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk
sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
|
BAB 11
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya
yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan
berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab dua
halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda
menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini
sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya
nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan
arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk.
Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan
nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk
semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus
bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa
terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.
|
BAB 12
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara
penduduk-penduduk kampung. Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina
kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak.
Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung
ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama
ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana
bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat
nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya
yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia
ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi
mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke
rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan
lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan
perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara
kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana
bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak
ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang
perempuan.
|
BAB 13
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang
datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin
memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada menggunakan herba yang
datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili
mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan
berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah
malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk
menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama
yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah
petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani
Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya,
tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili
sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang
Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.
|
BAB 14
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan
Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha
untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran
daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap
mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka
merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang.
Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit,
tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita
tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya,
terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
|
BAB 15
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur
sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan
kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan
akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi
belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah
pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan
paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding
terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.
|
BAB 16
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya
mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan
keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan
lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa
seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili
menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel
yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha
sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji
kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah
nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya
pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam
perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa
orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda
tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di
rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang
diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini
hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis
artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.
|
BAB 17
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala
Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk
pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah telah
berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan
tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil
pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup
mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan
yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan
disamping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang.
Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan
nyamuk.
|
BAB 18
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak
Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk
untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak
campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak juluran
ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya
ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka
ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di
dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.
|
BAB 19
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di
restoran makanan segera untuk makan dua biji burger, kentang goreng dan
minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel
juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya
sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa
pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan
campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang
keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah
selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri
jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja
sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar
oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah
anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili
dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah
diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan
yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.
|
BAB 20
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang
berlantaikan buluh. Danel telah datang menyelamatkan Lili pada waktu
kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan
Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung
atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan
merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau
menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah
dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut
ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah
nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan
keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.
|
BAB 21
Lili berasa simpati tentang nasib malang
Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik
sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka dua
beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung
merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa
simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq.
Menerusi maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang
bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa
dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat
terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan
pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara
berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya
tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.
|
BAB 22
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq
dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung dan salah seorang
daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah
untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan
bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah,
Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah
menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut
cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang
pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan
melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak
nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada
Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili
secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang
sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk
makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.
|
BAB 23
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu
tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang
kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh mengumpat hanya melalui
jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum selesai dengan isu
kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah
merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap
anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya.
Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan
anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan
rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang
tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.
|
BAB 24
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili
ternampak sebuah lori membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit.
Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa
kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah
menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang
Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda
pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada
kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.
|
BAB 25
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk
berada di luar, sama ada melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah.
Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak
berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu
berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan
masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada
datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu
kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan
kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga
kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli
Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah
Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh
akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili,
jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza.
Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu
lagi.
|
BAB 26
Lili berpendapat, dua cadangan yang
perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada
biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli
keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat
dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula
telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan
dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa
tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai
penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
|
BAB 27
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu
sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan
basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang
berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili
dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku.
Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman
sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu.
Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan
keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak
siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada
seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat
tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana
tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
|
BAB 28
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada
suaminya. Suaminya, Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering
pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang
pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk
meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan
menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama
Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah
sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil
perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan
dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga
tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan
terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil
tindakan oleh pihak berkuasa.
|
BAB 29
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk
menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan
diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke
Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili
akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di
rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan
pembinaan masjid dan merancang untuk meengadakan pertemuan dengan
penduduk-penduduk kampung.
|
BAB 30
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di
surau untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika
majlis pernikahan anak pak busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili
bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che
Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu.
Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah
tiada di rumah.
|
BAB 31
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup
membantu dalam menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya.
Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu lebah,
kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah
telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga
menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan
keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan
mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah
dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
|
BAB 32
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu
hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti
dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan
lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat
tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke
halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk
meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam
keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan
herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya.
Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah.
Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan
surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
|
BAB 33
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika
datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa
dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa.
Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan
Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar
supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika
Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini
akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan
dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan
pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba
sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk mendapatkan
rawatan.
|
BAB 34
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan
dua orang wakil pemaju perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk
kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah
yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili.
Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh
datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu
bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk
membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan
tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq
semakin pulih dari keletihan dan mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan
mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga ystem tubuh badannya
banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.
|
BAB 35
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya
menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk
mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua
kampung.
|
BAB 36
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili
dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala
Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya,
Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela
menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan
hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela
menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah
zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan
datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala
Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR
pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili
akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui
tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel
tentang pisang.
TAMAT
|
SINOPSIS UMUM
Plot berkisar pada watak utama iaitu
Lili, seorang anak remaja yang menetap di bandar. Dia pulang ke kampung
pada musim cuti persekolahan atas desakan ibunya. Lili menurut kata-kata
ibunya walau batinnya melawan agar tidak melukakan hati ibunya. Melalui
latar tempat di kampung terdapat beberapa watak remaja lagi yang
diperkenalkan kepada para pembaca. Ada antara mereka yang menjadi rakan Lili
seperti, Danel dan Geetha. Bagi melengkapkan plot penceritaan penulis turut
memperkenalkan watak remaja yang berfifat antagonis dalam novel ini seperti
Rafik dan Haziq.
Watak remaja yang bersifat dinamik
turut diwujudkan sebagai panduan kepada para pembaca sekalian. Penulis
ingin mengingatkan pembaca bahawa watak yang berperwatakan jahat bukan
selama-lamanya jahat. Mereka mampu berubah jika diberi peluang untuk
melakukan anjakan paradigma. Penulis juga ingin memberi motivasi kepada para
remaja bahawa ruang untuk berbuat baik dan bertaubat sentiasa terbuka luas
jika seseorang itu berkeinginan untuk melakukannya.
Lili menetap di kampung bersama dengan
datuk dan neneknya di sebuah rumah kampung yang jendelanya menghadap jalan.
Ketika berada di kampung Lili berasa penduduknya pelik-pelik belaka.
Watak datuk dalam novel ini sangat berpegang kepada adat tradisional tetapi
watak remaja pula digambarkan sebagai 'penentang' kepada adat tradisional
datuk itu. Datuk tetap menolak kehidupan moden dengan beranggapan bahawa cara
hidup moden bakal memusnahkan adat dan warisan yang diwarisi turun
temurun. Nanun begitu, watak
remaja dalam novel ini pula tidak menghukum adat tradisional
kesemuanya. Mereka berpendapat bahawa segala yang diciptakan pada zaman moden
ini adalah untuk memudahkan kehidupan manusia agar lebih senang untuk
dikendalikan.
Plot novel ini menjadi lebih dramatik apabila berlakunya kes
penculikan Lili. Ekoran peristiwa tersebut penceritaan lebih tertumpu kepada
keluarga Che Jah iaitru ibu kepada watak Rafik dan Haziq yang telah menculik
Lili tanpa disengajakan.
Kesimpulannya, novel ini sesuai dibaca oleh semua peringkat
masyarakat terutamanya remaja. Pembaca dapat mencontohi nilai
keberanian dan kesungguhan watak-watak remaja yang ditampilkan dalam
novel ini terutamanya watal Lili, Danel dan Geetha. Novel ini telah berjaya
menyerlahkan ciri-ciri remaja yang seharusnya ada dalam diri mereka.
|
TEMA:- TEMA MERUPAKAN IDEA POKOK, IDEA UTAMA
ATAUPUN IDEA DASAR DALAM SESEBUAH KARYA SASTERA. TEMA HANYA SATU SAHAJA DAN
JELAS DILIHAT MELALUI ISU YANG KERAP DIPERKATAKAN OLEH PENULIS DARIPADA AWAL
HINGGA AKHIR KARYANYA.
Ø Tema novel ini ialah Kehidupan masyarakat yang menghadapi
pelbagai masalah dan masalah tersebut diselesaikan dengan cara bermuafakat.
Ø Masalah keganasan rumah tangga yang berlaku kepada
keluarga Che Jah akibat sikap suaminya Seman dapat diatasi apabila Che Jah
sendiri dengan suka rela membuat laporan polis. Akibat tidak tahan dengan
sikap suaminya dan kesan kenakalan anak-anaknya Che Jah akhirnya berjaya
diselamatkan.
Ø Masalah masa depan perubatan tradisional.Datuk yang
sememangnya menjadi sumber rujukan masyarakat setempat dan luar tentang
perubatan tradisional sudah mulai dipinggirkan. Bertambah parah apabila
isterinya sendiri mulai menyindir akan kemujaraban herba yang diadun kerana
boleh mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya.
Ø Masalah buruk sangka atas orang lain.Masyarakat di Pekan
Sentosa buruk sangka terhadap anak-anak Che Jah yang selama ini terkenal
kenakalannya. Mereka menyangkakan bahawa Haziq dan Rafiq yang melarikan kubah
surau. Masalah terlerai apabila Che Jah menyatakan bahawa suaminya Seman yang
melarikan kubah surau tersebut.
Ø Keprihatinan masyarakat terhadap masalah yang dihadapi.
Lili begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Che Jah. Penduduk
kampong yang selama ini menganggap keluarga Seman sebagai contoh institusi
kekeluargaan yang buruk, namun dengan bantuan kefahaman Geetha yang bukan
berbangsa Melayu menjadikan Lili tersedar bahawa Che Jah perlukan bantuan
bukannya cemuhan.
|
PERSOALAN ialah ranting pemikiran
atau perkara kecil yang berfungsi untuk mengukuhkan tema
Ø Persoalan tentang keganasan rumah tangga, contohnya Seman suami Che Jah seorang yang suka
berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah
berantakan. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut
berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta
cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
Ø Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional, contohnya Datuk sering disindir oleh nenek akibat
terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan
dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika
datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana
datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.
Ø Persoalan tentang sikap prihatin contohnya Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang
mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi
Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut
memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan
motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan
Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk
selama ini.
Ø Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampong, contohnya Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan
selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah
sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab
untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk
lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru.
Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya
keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang
kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang
tersalah memilih kawan.
|
PLOT
Permulaan
Ø Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu
dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada
kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa
kecil hati.
Ø Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga
Geetha dalam bas.
Ø Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh
nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.
Perkembangan
Ø Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat
penggantian kubah surau.
Ø Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk
orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung
datuk.
Ø Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan
rawatan secara tradisional.
Ø Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah
Berjaya menyembuhkan ibunya Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba
tradisional.
Ø Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana
menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap.
Ø Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan
kepentingan perubatan moden. Namun cara Danel yang berhemah dapat memastikan
bahawa datuk tidak berkecil hati.
Ø Danel sering
menulis artikel tentang pisang.
Ø Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun Berjaya
diselamatkan oleh Danel
Konflik
Ø Konflik dengan diri sendiri
Ø Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu
akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional
menyebabkan datuk keliru.
Ø Konflik dengan orang lain
Ø Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan
sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan
moden.
Ø Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman
yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga
cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering
mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.
Ø Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia
tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira
dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan
ibunya itu dituruti.
Klimaks / Puncak
Ø Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan
kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun
telahan mereka tersasar.
Peleraian
Ø Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat
laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
Ø Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.
Ø Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
Ø Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ø Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju
perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka.
Ø Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik
Lili.
Ø Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah
penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.
Ø Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah.
Ø Lili
pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
Ø Haziq dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki
PMR.
|
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak
Utama:-
1.
Lili
Watak
Sampingan
Datuk
(Haji Abdul Rahman):-
Ø Pakar
Akar Kayu Dan Ubat Tradisional
Ø Jadi
Sumber Rujukan Masalah Kesihatan Penduduk Kampung
Ø Berjaya
Sembuhkan Letchumi Daripada Sakit Teruk Dengan Herba Yang Dibuat Oleh Datuk
Ø Ajar
Lili Ilmu Kegamaan
Ø Menguji
Lili Dengan Ilmu Agama
Ø Sayang
Akan Pekerjaannya Mengumpulkan Akar Kayu
Ø Berjaya
Mengislamkan William
Ø Dahulu
Orang Mendengar Cakap Datuk Tetapi Sekarang Tidak
Ø Berumur
70tahun
Ø Rajin
Beribadat, Solat, Zikir Dengan Tasbih
Ø Rajin
Membaca Kitab
Ø Berjaya
Mengubati Lima Orang Dari Kuala Lumpur Menggunakan Herba
Ø Tidak
Balik Malam Kerana Mencari Herba Di Hutan\
Ø Pandai
Mengurut (Mengurut Danel)
Danel:-
Ø Anak
William
Ø Jelaskan
Isu Pembinaan Kubah Surau
Ø Jelaskan
Kebaikan Rawatan Mden
Ø Berhujah
Dengan Berhemah Supaya Datuk Tidak Berkecil Hati
Ø Percaya
Perubatan Moden
Ø Akrab
Dengan Datuk
Ø Menulis
Artikel Tentang Buah Pisang Di Tenom Sabah
Ø Sering
Membantu Nenek Memasak
Ø Memasak
Menggunakan Pisang
Ø Bantu
Menyelamatkan Lili Daripada Diculik.
Nenek
(Hajah Aisyan Tan Abdullah):-
Ø Kurang
Yakin Dengan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan
Ø Isteri
Kepada Datuk
Ø Percaya
Pantang Larang (Terbalikkan Semua Cermin Untuk Terbalikkan Mata Kilat)
Ø Bakar
Kulit Bawang Putih Untuk Bau Harum Dalam Rumah
Ø Suka
Menyindir Datuk Tentang Ubat Tradisional.
Ø Pandai
Memasak Dan Masakannya Sering Dipuji Oleh Danel.
Geetha:-
Ø Kenalan
Lili Dalam Bas Sewaktu Pulang Ke Terengganu
Ø Siswa
Tahun Pertama Jurusan Kejuteraan Awam Universiti Malaya
Ø Anak
Letchumi Yang Ada Kedai Runcit Dan Sembuh Selepas Makan Ubat Tradisional Yang
Datuk Sediakan.
Ø Menjadi
Akrab Dengan Lili.
Ø Seorang
Yang Tepati Janji.
Abang
Rashid:-
Ø Sering
Membantu Datuk Dan Nenek
Ø Mengambil
Lili Di Perhentian Bas Untuk Membawa Pulang Sewaktu Lili Pulang Ke Kampung.
Ø Kutip
Buah Dari Kebun Datuk
Ø Belum
Berkahwin
Ibu
Lili :-
Ø Suka
Seni Taman Ala Bali Yang Penuh Reka Bentuk Dan Tumbuhan
Ø Tanam
Herba Pembuka Selera Makan
Ø Tidak
Kisah Ilmu Agama Akibat Kecuaian Datuk
Ø Gemar
Belajar Silat.
Ø Belajar
Di Luar Negara
Ø Menjawat
Jawatan Penting.
Rafiq Dan
Haziq:-
Ø Anak
Remaja Berumur Belasan Tahun.
Ø Menduduki
PMR
Ø Anak
Che Jah Yang Sering Menimbulkan Masalah
Ø Memulas
Tangan Lili Dan Menculik Lili
Ø Menggunakan
Senjata Tajam Dan Mengacukan Di Leher Lili
Ø Berubah
Sikap Menjadi Lebih Baik.
Seman:-
Ø Suami
Che Jah
Ø Kaki
judi, berhutang dan minum arak
Ø Melarikan
kubah surau
Ø Seorang
yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq
dan Rafiq sebagai tempat melepaskan geram dan marah.
Ø Membelasah
Haziq dan Rafiq hingga teruk
Ø Ditangkap
di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk
dijalankan pemulihan akidah.
|
Latar ialah
keterangan mengenai waktu, ruang dan suasana terjadinya sesuatu peristiwa.
Latar Tempat ialah tempat
ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Latar tempat
dalam karya-karya sastera berfungsi sebagai media kepada para pelaku
(watak-watak) untuk menjalankan gerak kerja mereka. Tanpa latar tempat yang
sesuai, jalan cerita akan menjadi hambar dan tidak mampu menarik
perhatian pembaca.
Ø Dungun
Ø Daerah
Tempat Nenek Dan Datuk Tinggal
Ø Daerah
asal ibu Lili
Ø Pekan
Sejahtera
Ø Tempat
Tinggal Geetha
Ø Kedai
milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.
Ø Pekan
Sentosa
Ø Tempat
Tinggal Datuk Dan Nenek Lili
Ø Bendang
Ø Tempat
Lili Bertemu Neneknya Sewaktu Tiba Di Kampung
Ø Masjid
Ø Tempat
Datuk Bergotong-Royong Menaikkan Kubah Masjid Bersama-Sama Penduduk Kampung.
Ø Tempat
Datuk Bersolat Berjemaah
Ø Rumah
Datuk
Ø Rekabentuk
Yang Unik Dengan Corak Jendela Dan Pintu
Ø Tempat
Datuk Bercerita Tentang Kemujaraban Akar Kayu Dengan Lili.
Ø Tempat
Danel datang dan membantu nenek memasak
Ø Tempat
Danel berurut dengan datuk
Ø Kedai
Runcit Letchumi
Ø Tempat
Nenek Membawa Lili Berbelanja
Ø Tempat
Lili Bertemu Geetha
Ø Tempat
Geetha Bercerita Tentang Datuk Kepada Lili.
Ø Kedai
Runcit Ah Kwan
Ø Tempat
Lili Diminta Membeli Barangan Dapur
Ø Terletak
Berhampiran Dengan Rumah Nenek.
Ø Balai
Raya
Ø Tempat
penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang
kampung oleh orang yang tidak dikenali.
Ø Tempat
Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau
Latar Masa iaitu
masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam sesuatu
cerita.
Maghrib
Ø Menjelang
Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di
Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.
Pagi
Ø Lili
Meminta Izin Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat Kubah Surat Atau Bertemu
Che Jah.
Ø Lili
Ke Rumah Che Jah Untuk Bertanya Khabar Tentang Haziq.
Latar Masyarakat ialah
gambaran keadaan masyarakat di tempat cerita yang berkenaan berlaku. Misalnya
agama, kepercayaan dan pekerjaan.
Latar Masyarakat Yang Bermasalah Istitusi
Kekeluargaan
Ø Suami
Che Jah Merupakan Seorang Yang Suka Berjudi, Berhutang, Menipu, Minum Arak
Dan Anak-Anak Serta Isterinya Seraing Menjadi Mangsa Kekejamannya. Haziq Anak
Che Jah Merupakan Pelajar Yang Pintar Tetapi Tersalah Pergaulan Dan
Menyebabkan Dia Diberhentikan Sekolah.
Ø Latar
Masyarakat Yang Suka Mengambil Tahu Hal Keluarga Orang Lain.
Ø Nenek
Memberitahu Bahawa Orang Kampung Suka Bermuka-Muka. Suka Mengumpat Walaupun
Melalui Jendela.
Latar Masyarakat Yang Prihatin
Ø Lili
Prihatin Dengan Masalah Yang Menimpa Keluarga Che Jah Atas Sikap Tidak
Bertanggungjawab Seman Suami Che Jah
Ø Lili
Meminta Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk Memaklumkan Sikap Seman.
Ø Lili
Berpendapat Bahawa Danel Bertanggungjawab Membagunkan Kampung Kerana Danel
Penduduk Tetap Dan Perlu Memperjuangkannya.
Ø Danel
Prihatin Terhadap Lili Dengan Menyelematkan Lili Sewaktu Diculik, Membawanya
Ke Pean Dan Banyak Perkara Mereka Bersependapat Dengan Lili.
Latar masyarakat yang buruk sangka.
Ø Penduduk
kampung buruk sangka terhadap datuk kerana disangkanya datuk yang
mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
Ø Penduduk
kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah
silam mereka yang memang nakal.
Ø Penduduk
kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi
mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan
|
Teknik
Penulisan
Pemerian
Ø Penulis
menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.
Ø Penulis
menceritakan sebak hati Lili untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya
kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung
selepas tamat persekolahan.
Ø Penulis
menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah
tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga
yang mereka hadapi.
Ø Dialog
Ø Dialog
antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan
Lili terhadap ilmu-ilmu agama.
Ø Dialog
antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional.
Danel berbincang dengan dtuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris
hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.
Ø Dialog
penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak
terlibat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar.
Ø Dialog
antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah
keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan
datuk.
Ø Monolog
Ø Datuk
bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di
kampung itu.
Ø Lili
bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampong nenek dan datuknya kerana
kurang senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat
persekolahan.
Imbas Kembali
Ø Datuk
mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal
kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya
kurang mengamalkan ilmu kegamaan.
Saspens
Ø Pembaca
saspens tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangkakan
bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk
kampung beranggapan yang sama.
|
Nilai
1. Nilai Jati Diri
Ø Datuk
tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini
dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang
menemuinya.
2. Nilai Tanggungjawab:-
Ø Penduduk
kampong bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.
3. Nilai Prihatin
Ø Lili
prihatin Atas Nasib Rafik Dan Haziq Kerana Berpunca Dari Masalah Keluarga
Yang Dihadapi Walaupun Mereka Pernah Menculik Lili. Lili Menjenguk Che Jah
Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.
Ø Penduduk
kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka seperti
kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu
mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara
yang tidak sesuai dan salah.
4. Nilai baik hati
Ø Danel
sering datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel
menganggap masakan nenek memang sedap.
Ø Datuk
menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba
dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif
kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.
5. Nilai kasih sayang
Ø Nenek
dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat
datuk dan neneknya.
Ø Sebagai
ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat
mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan
keluarga yang bahagia.
|
Pengajaran
Ø Kita
hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kita supaya
masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sediakala.
Ø Kita
hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat menfaatkan
manusia sejagat.
Ø Kita
hendaklah hidup dalam harmonisupaya semua kaum dapat menikmati hidup yang
aman.
Ø Kita
hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusawarahsupaya segala masalah
dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini.
Ø Kita
hendaklah sayang akan ahli keluargasupaya melahirkan keluarga yang bahagia
dan harmoni serta membesar dengan penuh kasih sayang.
Cuba huraikan dan beri contoh pengajaran di atas.
|
SOALAN 4 (a)
Berdasarkan sebuah novel
yang anda pelajari, huraikan dua persoalan kasih sayang berserta contoh
sesuai seperti yang terdapat dalam novel tersebut. Contoh Jawapan:-
JENDELA MENGHADAP
JALAN TINGKATAN 4
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap
Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Pengarang mengemukakan beberapa persoalan dalam novel ini.
Pertama, persoalan kasih sayang anak terhadap ibunya.
Contohnya, Lili amat menyayangi ibunya kerana dia mempertahankan maruah ibunya
apabila datuknya memperkatakan sesuatu yang kurang baik tentang ibunya itu.
Lili tidak setuju dengan ungkapan yang dikatakan oleh datuknya lalu
mempertahankan maruah ibunya.
Seterusnya, persoalan kasih sayang seorang sahabat. Contohnya,
Danel sayang akan Lili kerana dia sanggup bertindak seorang diri untuk
menyelamatkan Lili yang dikurung oleh Raik dan Haziq di dalam sebuah pondok
usang pada suatu malam. Danel sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan Lili
daripada tahanan Rafik dan Haziq.
Selitkan satu lagi persoalan kasih saya yang terdapat dalam novel sebagai isi tambahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan