KARANGAN BAHAGIAN B (DIMENSI NEGARA)
Aktiviti manusia telah menyebabkan bekalan air berlaku di beberapa tempat di negara kita sehingga mendatangkan pelbagai kesusahan kepada banyak pihak.Berikan komen anda.
Mohon kepada pelajar melihat proses-proses mencari bahan, mendapatkan maklumat daripada bahan, dan mencari contoh-contoh karangan di internet. Selain pelajar mendapat bahan dengan cara merujuk internet, pembelajaran akan bertambah menarik. Saya hanya mencari bahan asas sahaja dan pelajar boleh meneroka bahan di internet untuk mencari maklumat yang cukup luas serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
PROSES PERTAMA:- ( PELAJAR MENCARI BAHAN DALAM AKHBAR ATAU INTERNET)
Artikel :
1. Sampah sarap
- Sungai yang tercemar menyebabkan hanya sedikit air boleh dipam ke loji rawatan air. Dan berdasarkan rekod, kira - kira 300,000 tan sampah, cukup untuk mengisi 110 kolam renang saiz Olimpik, dibuang ke dalam sungai setiap tahun. Selain daripada beg plastik sampah, pelbagai sisa buangan termasuk peti sejuk lama, tilam dan peralatan dapur juga turut dibuang ke dalam sungai. Sungai yang paling kotor di negara ini, dari segi jumlah sampah yang ditemui, adalah Sungai Klang. Dianggarkan kira - kira 77,000tan sampah dibuang ke dalam sungai itu setiap tahun. Selain daripada sampah, sisa
pembinaan, keladak daripada pembersihan tanah, minyak dan gris dari restoran dan
bahan buangan organik, sisa industri dari kilang dan bengkel turut di buang ke
dalam
sungai. Ini menyebabkan pencemaran yang lebih serius. Lima sungai yang paling tercemar di Malaysia adalah Sungai Segget dan Sungai Ayer Merah di Johor, Sungai Jelutong, Sungai Juru serta Sungai Prai di Pulau Pinang. Sungai Prai adalah yang paling serius dan telah di klasifikasikan sebagai sungai mati' kerana tidak lagi dapat menampung sebarang bentuk kehidupan termasuk
ikan dan tumbuh - tumbuhan.
2. Penebangan hutan
- Hutan ialah ekosistem penting kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian hayat dunia. Kep-entingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan lembangan, ekonomi, kepada
"Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon dioksida sewaktu proses fotosinsesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Hutan juga menjadi kawasan tadahan air yang berfungsi antaranya sebagai kawalan banjir. Malangnya, penyahhutanan hutan tanah tinggi yang berleluasa telah membinasakan
alam semula jadi dan juga memusnahkan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh mengakibatkan kehilangan sumber air yang berharga. Membinasakan hutan bukit boleh menyebabkan kehilangan sumber air
yang banyak kerana tanpa pokok, sebahagian besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku.
3. Kekurangan sumber air yang boleh digunakan.
- pertambahan penduduk semulajadi Malaysia adalah tinggi iaitu pada kadar 2.3% setahun. Dianggarkan pada tahun 2000 penduduk Malaysia akan berjumlah 20 juta orang dengan pertambahan penduduk tersebut berlaku peningkatan permintaan terhadap pelbagai keperluan terutamanya air. Disamping itu, perubahan citarasa, gaya hidup dan kecenderungan boleh menambahkan lagi corak permintaan terhadap air. Melihatkan keadaan ini, keperluan manusia terhadap air tidak akan berkesudahan dan perlunya bekalan air sejajar dengan pertumbuhan penduduk.
4. Kemarau
Kemarau yang panjang dan pemanasan global turut menyumbang kepada kekurangansumber air bersih sekaligus mendorong kepada krisis air. Masalah kemarau yang berpanjangan menjadi penyebab utama berlakunya krisis air yang kritikal sehingga menjejaskan 200,000 pengguna.
Rumah pam loji air tidak dapat menampung keperluan kerana paras sungai semakin rendah.
Krisis air di Klang 1998
Krisis air Lembah Kelang 1998 merujuk kepada krisis yang berlaku di Malaysia pada bulan Februari 1998 apabila tiga empangan air di Lembah Kelang iaitu Empangan Klang Gates, Empangan Batu dan Empangan Semenyih mengalami tahap penurunan air yang serius disebabkan fenomena El Nino. Ini menyebabkan berlaku kekurangan bekalan air yang melibatkan hampir kesemua penduduk di Lembah Kelang. Krisis ini menyebabkan kerajaan melakukan catuan air yang dibuat sebelum Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.
Krisis air di Durian Tunggal, Melaka pada tahun 1991
Melaka pernah mengalami krisis air yang paling buruk dalam sejarahnya pada tahun 1991 apabila Empangan Durian Tunggal yang merupakan nadi bekalan air Negeri Melaka menjadi kering dalam kemarau yang panjang. Krisis ini dapat diselesaikan dalam jangka masa pendek dengan membina kolam takungan air untuk dipam ke Empangan Durian Tunggal. Projek penyaluran air sungai Muar - Melaka yang siap dilaksanakan pada tahun 1993 telah melengkapkan langkah mengatasi krisis air tersebut di samping menjamin bekalan air jangka panjang di Negeri Melaka.
http://malaysiannn.blogspot.my/2014/09/tempat-berlakunya-krisis-air-di-malaysia.html
1. Kesan ke atas sumber tanah
- Krisis air ini akan menyebabkan tanah menjadi kontang dan berlakunya hakisan hanah. Bahkan, air yang tercemar akan turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus akan turut menjejaskan
aktiviti pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, maka secara langsung akan memberi kesan
ke atas bekalan makanan daripada hasil pertanian yang seterusnya juga akan turut memberi
kesan yang besar ke atas kadar pertumbuhan ekonomi negara.
2. Kepupusan terhadap kepelbagaian flora dan fauna
- Sebagaimana manusia, secara fitrahnya flora dan fauna juga memerlukan sumber air bersih
untuk hidup. Justeru, sumber air yang tercemar akan menyebabkan flora dan fauna mati akibat
daripada kekurangan air. Natijahnya, kepupusan yang berlaku ke atas flora dan fauna akan
memberi kesan yang lebih serius lagi seperti mengakibatkan ketidakseimbangan ke atas
ekosistem yang akhirnya akan turut mengancam kehidupan manusia.
3. Kemudaratan kepada manusia
- Krisis air yang berlaku di malaysia akan memberi kemudaratan kepada manusia.Seperti
yang kita tahu,air merupakan keperluan untuk manusia terus hidup.Jika krisis air ini tidak
dapat di atasi dengan segera,kita akan kekurangan bekalan air dan seterusnya manusia akan
ditimpa penyakit seperti kekurangan air.
4. Berkurangnya kawasan tadahan
- Kemampuan sesuatu kawasan tadahan sebagai pembekal air adalah dikawal oleh
keseimbangan alam semula jadinya. Ini termasuklah beberapa aspek penting seperti
litupan tumbuh-tumbuhan dan kapasiti proses infilterasi yang boleh dihasilkan. Sekiranya
keseimbangan ini terganggu maka berlaku beberapa perubahan dalam ciri-ciri air permukaan yang akan menjejaskan kemampuan sesuatu kawasan tadahan
menghasilkan air. Kawasan tadahan yang terdapat di Malaysia semakin hari
menunjukkan situasi yang tidak sihat. Ini kerana, limpahan pembangunan telah
menyebabkan kawasan tadahan mengalami tekanan sebagai sumber air. Keadaan ini
berlaku hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia mengalami krisis ini. Di
antaranya, negeri Johor yang mengalami kemerosotan alam sekitarnya juga
memperlihatkan kawasan tadahan empangan Langat juga sudah mula diterangi. Di
negeri Perak pula, bekalan air untuk kegunaan domestik dan industri diperolehi daripada
pusat pengambilan air di sungai. Kemerosotan alam sekitar adalah dijangka lebih serius
di kawasan lembah yang terdapat aktiviti industri dan eksplotasi sumber balak di
kawasan hutan di mana terdapatnya kawasan tadahan.
5. Kekurangan bekalan air
- Kita akan menghadapi kekurangan bekalan air daripada krisis tersebut. Akan
berlakunya catuan air yang akan membuatkan penduduk tidak mendapat bekalan air.Hal
ini akan menyusahkan penduduk untuk menggunakan air bagi keperluan mereka.Dari
sektor pembangunan pula,projek2 akan terkendala kerana kekurangan sumber yang
utama untuk menjalankan projek pembangunan tersebut.
PELAJAR JUGA BOLEH MERUJUK CONTOH-CONTOH KARANGAN YANG TERDAPAT DI DALAM INTERNET.
Penjagaan Alam Sekitar: Cabaran Dan Pengurusan Sisa Pepejal Domestik
Pengurusan Lestari Atasi Krisis
Kekurangan Bekalan Air Bersih
oleh Nama anda
Air merupakan anugerah
Allah SWT yang sangat penting terhadap kehidupan sejagat. Tanpa sumber air yang
mencukupi adalah mustahil bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Penegasan berhubung kepentingan sumber air telah banyak dinukilkan di dalam
al-Quran. Antaranya, sebagaimana yang telah disentuh di dalam firman-Nya yang
bermaksud: “Dan Dia menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan
dengan air hujan itu pelbagai jenis buah-buahan yang menjadi rezeki untukmu.
Dia juga telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu belayar di lautan
dengan kehendak-Nya, dan Dia telah pula menundukkan sungai-sungai bagimu”
(Surah Ibrahim, ayat 32).
Secara umumnya negara
kita mempunyai banyak sumber air. Namun demikian, dewasa ini bekalan sumber air
bersih semakin berkurangan sedangkan permintaan terhadapnya semakin meningkat
selari dengan peningkatan jumlah populasi penduduk. Mungkin timbul persoalan
dalam kalangan kita mengapa situasi sedemikian boleh berlaku sedangkan kita
mempunyai sumber air yang banyak di sekeliling kita.
Sebenarnya, keadaan ini timbul adalah ekoran daripada
peningkatan jumlah penduduk dari semasa ke semasa, selain pelbagai kegiatan
berkaitan yang mengakibatkan berlakunya pencemaran ke atas sumber air yang ada.
Ia sekali gus meletakkan kita di dalam krisis yang meruncing untuk mendapatkan
bekalan air bersih yang mencukupi bagi menampung segala aktiviti seharian.
Bukan itu sahaja, malah terdapat pelbagai faktor lain yang
menyumbang kepada berlakunya masalah kekurangan bekalan air bersih. Antaranya
ialah peningkatan suhu global, yang mana ia telah menyebabkan kadar kehilangan
air berlaku dengan lebih cepat akibat daripada proses penyejatan air yang
tinggi ke atmosfera.
Selain itu, pencemaran akibat daripada pengurusan sisa buangan
yang tidak sistematik juga telah menyebabkan sumber air bersih tercemar.
Misalnya, longgokan sampah di tapak-tapak pelupusan sampah telah menyebabkan
terhasilnya sisa toksik yang seterusnya akan mengalir ke sungai-sungai dan
sumber air bersih yang lain. Pengaliran sampah dan sisa toksik ini akhirnya
menyebabkan air tercemar dan bekalan air bersih menjadi semakin berkurang.
Lebih memburukkan lagi krisis sumber air bersih ialah apabila simpanan air bawah tanah juga semakin berkurangan. Sedangkan air bawah tanah merupakan antara sumber bekalan air bersih yang cukup penting dan perlu dipelihara. Situasi ini terjadi dek kerana kegiatan pembalakan yang kian berleluasa pada hari ini sehingga menjejaskan kawasan tadahan air.
Lebih memburukkan lagi krisis sumber air bersih ialah apabila simpanan air bawah tanah juga semakin berkurangan. Sedangkan air bawah tanah merupakan antara sumber bekalan air bersih yang cukup penting dan perlu dipelihara. Situasi ini terjadi dek kerana kegiatan pembalakan yang kian berleluasa pada hari ini sehingga menjejaskan kawasan tadahan air.
Malah, pembangunan pesat yang berlaku secara tidak terancang
juga telah menyebabkan air hujan tidak serap ke dalam tanah. Sebaliknya ia
terus mengalir ke sungai-sungai. Keadaan ini telah mengakibatkan kuantiti air
bawah tanah menjadi semakin berkurangan dan seterusnya ia telah menjejaskan
mutu bekalan air.
Perkara-perkara seumpama itu tidak seharusnya dibiarkan terus
berlaku. Ini kerana, jika dibiarkan berlanjutan ia akan menyumbang kepada
permasalahan lain yang lebih besar pada masa hadapan, yang mana kesan daripada
kekurangan bekalan air bersih akan turut menjejaskan kesihatan masyarakat.
Misalnya, akibat daripada kekurangan sumber air bersih untuk diminum akan
menyebabkan berlakunya dehidrasi yakni kekurangan air dalam badan, selain boleh
menyebabkan berlakunya penyakit seperti taun kerana terpaksa meminum air yang
tercemar.
Masalah kekurangan bekalan air tidak hanya memberi kesan ke atas
manusia, sebaliknya ia turut memberi kesan ke atas sumber tanah iaitu
menyebabkan tanah menjadi kontang. Bahkan, air yang tercemar akan turut
menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus akan turut menjejaskan aktiviti
pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, maka ia secara langsung akan
memberi kesan ke atas bekalan makanan daripada hasil pertanian yang seterusnya
juga akan turut memberi kesan yang besar ke atas kadar pertumbuhan ekonomi
negara.
Lebih membimbangkan lagi apabila masalah kekurangan air bersih
juga akan menyumbang kepada berlakunya kepupusan terhadap kepelbagaian flora
dan fauna. Sebagaimana manusia, secara fitrahnya flora dan fauna juga
memerlukan sumber air bersih untuk hidup. Justeru, sumber air yang tercemar
akan menyebabkan flora dan fauna mati akibat daripada kekurangan air.
Natijahnya, kepupusan yang berlaku ke atas flora dan fauna akan memberi kesan
yang lebih serius lagi seperti mengakibatkan ketidakseimbangan ke atas
ekosistem yang akhirnya akan turut mengancam kehidupan manusia.
Melihat kepada kesan-kesan yang bakal dihadapi akibat daripada
kekurangan bekalan air bersih, seharusnya kita muhasabah diri dan berusaha bagi
menanganinya sehingga ke akar umbi agar kita tidak terjebak ke dalam krisis
yang lebih buruk lagi pada masa akan datang. Kesedaran awal tentang keperluan
memelihara dan memulihara sumber bekalan air adalah penting bagi memastikan
kita sentiasa memperoleh bekalan air bersih untuk menjamin kualiti hidup yang
baik bukan sahaja pada hari ini tetapi juga pada hari-hari yang mendatang.
Justeru, antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk
meningkatkan bekalan air bersih ialah dengan memperbanyakkan lagi pembinaan
loji rawatan air. Ini bagi membolehkan air sungai, air tasik dan air dari
sumber lain yang tercemar diproses menjadi sumber air bersih.
Selain itu, peningkatan dari aspek penyelidikan dan pembangunan
(R & D) juga sangat penting dalam membantu menambah sumber bekalan air
bersih. Ini kerana, aktiviti penyelidikan dan pembangunan secara proaktif akan
membuka laluan yang lebih luas kepada penciptaan alatan moden dan canggih bagi
merawat air buangan dengan lebih efektif. Malah, melalui R & D juga air
laut boleh diproses untuk dijadikan sebagai air minuman.
Langkah seterusnya yang boleh diambil dalam meningkatkan sumber
air bersih ialah dengan menyediakan lebih banyak kawasan tadahan air bagi
memastikan bekalan air bawah tanah dapat dimaksimumkan. Oleh yang demikian,
segala aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan perlu dipantau dan dikawal agar
dapat menyediakan lebih banyak lagi kawasan tadahan air.
Di samping itu, pembuangan sisa kimia dan toksik juga perlu
dikawal bagi memastikan sumber bekalan air tidak terdedah kepada sebarang
bentuk pencemaran. Misalnya, sisa buangan kimia dari aktiviti pertanian dan
industri perlu diurus secara lebih sistematik agar pencemaran ke atas sumber
air dapat dielakkan.
Sudah tiba masanya kita memikirkan dengan lebih serius lagi
berhubung isu kekurangan bekalan air bersih yang bukan sahaja melanda negara
kita tetapi juga negara-negara lain di seluruh dunia pada hari ini. Kita perlu
sedar bahawa isu ini bukan suatu isu yang terpencil, sebaliknya ia merupakan
isu global yang sangat serius yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh
semua pihak.
Justeru, penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam usaha
memulihara sumber air adalah penting bagi memastikan kemelut ini dapat diatasi.
Mudah-mudahan dengan kesedaran seluruh anggota masyarakat berhubung perkara ini
akan dapat mempertingkatkan lagi tahap kebersihan sumber air kita. Lebih-lebih
lagi dalam memastikan pengurusan dan pemeliharaan sumber air yang lebih mapan
dan lestari pada masa akan datang agar anak cucu kita tidak mewarisi sumber
bekalan air yang tercemar.
Sebagai makluman, karangan di atas berformatkan rencana namun penulisan pengenalan, isi dan penutup seperti karangan biasa. Sanbil menyelam inum air kerana selain anda mendapat idea mengarang, anda juga tahu format karangan berbentuk rencana.
CONTOH
KARANGAN SPM
Pengurusan Lestari
Atasi Krisis Kekurangan Bekalan Air Bersih
Air merupakan anugerah Allah SWT yang sangat penting terhadap
kehidupan sejagat. Tanpa sumber air yang mencukupi adalah mustahil bagi manusia
untuk meneruskan kelangsungan hidup. Penegasan berhubung kepentingan sumber air
telah banyak dinukilkan di dalam al-Quran. Antaranya, sebagaimana yang telah
disentuh di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan Dia menurunkan air hujan
dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai jenis
buah-buahan yang menjadi rezeki untukmu. Dia juga telah menundukkan bahtera
bagimu supaya bahtera itu belayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah
pula menundukkan sungai-sungai bagimu" (Surah Ibrahim, ayat 32).
Secara umumnya negara kita mempunyai banyak sumber air. Namun
demikian, dewasa ini bekalan sumber air bersih semakin berkurangan sedangkan
permintaan terhadapnya semakin meningkat selari dengan peningkatan jumlah
populasi penduduk. Mungkin timbul persoalan dalam kalangan kita mengapa situasi
sedemikian boleh berlaku sedangkan kita mempunyai sumber air yang banyak di
sekeliling kita.
Sebenarnya, keadaan ini timbul adalah ekoran daripada peningkatan jumlah penduduk dari semasa ke semasa, selain pelbagai kegiatan berkaitan yang mengakibatkan berlakunya pencemaran ke atas sumber air yang ada. Ia sekali gus meletakkan kita di dalam krisis yang meruncing untuk mendapatkan bekalan air bersih yang mencukupi bagi menampung segala aktiviti seharian.
Bukan itu sahaja, malah terdapat pelbagai faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya masalah kekurangan bekalan air bersih. Antaranya ialah peningkatan suhu global, yang mana ia telah menyebabkan kadar kehilangan air berlaku dengan lebih cepat akibat daripada proses penyejatan air yang tinggi ke atmosfera.
Selain itu, pencemaran akibat daripada pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik juga telah menyebabkan sumber air bersih tercemar. Misalnya, longgokan sampah di tapak-tapak pelupusan sampah telah menyebabkan terhasilnya sisa toksik yang seterusnya akan mengalir ke sungai-sungai dan sumber air bersih yang lain. Pengaliran sampah dan sisa toksik ini akhirnya menyebabkan air tercemar dan bekalan air bersih menjadi semakin berkurang.
Lebih memburukkan lagi krisis sumber air bersih ialah apabila simpanan air bawah tanah juga semakin berkurangan. Sedangkan air bawah tanah merupakan antara sumber bekalan air bersih yang cukup penting dan perlu dipelihara. Situasi ini terjadi dek kerana kegiatan pembalakan yang kian berleluasa pada hari ini sehingga menjejaskan kawasan tadahan air.
Malah, pembangunan pesat yang berlaku secara tidak terancang juga telah menyebabkan air hujan tidak serap ke dalam tanah. Sebaliknya ia terus mengalir ke sungai-sungai. Keadaan ini telah mengakibatkan kuantiti air bawah tanah menjadi semakin berkurangan dan seterusnya ia telah menjejaskan mutu bekalan air.
Perkara-perkara seumpama itu tidak seharusnya dibiarkan terus berlaku. Ini kerana, jika dibiarkan berlanjutan ia akan menyumbang kepada permasalahan lain yang lebih besar pada masa hadapan, yang mana kesan daripada kekurangan bekalan air bersih akan turut menjejaskan kesihatan masyarakat. Misalnya, akibat daripada kekurangan sumber air bersih untuk diminum akan menyebabkan berlakunya dehidrasi yakni kekurangan air dalam badan, selain boleh menyebabkan berlakunya penyakit seperti taun kerana terpaksa meminum air yang tercemar.
Masalah kekurangan bekalan air tidak hanya memberi kesan ke atas manusia, sebaliknya ia turut memberi kesan ke atas sumber tanah iaitu menyebabkan tanah menjadi kontang. Bahkan, air yang tercemar akan turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus akan turut menjejaskan aktiviti pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, maka ia secara langsung akan memberi kesan ke atas bekalan makanan daripada hasil pertanian yang seterusnya juga akan turut memberi kesan yang besar ke atas kadar pertumbuhan ekonomi negara.
Lebih membimbangkan lagi apabila masalah kekurangan air bersih juga akan menyumbang kepada berlakunya kepupusan terhadap kepelbagaian flora dan fauna. Sebagaimana manusia, secara fitrahnya flora dan fauna juga memerlukan sumber air bersih untuk hidup. Justeru, sumber air yang tercemar akan menyebabkan flora dan fauna mati akibat daripada kekurangan air. Natijahnya, kepupusan yang berlaku ke atas flora dan fauna akan memberi kesan yang lebih serius lagi seperti mengakibatkan ketidakseimbangan ke atas ekosistem yang akhirnya akan turut mengancam kehidupan manusia.
Melihat kepada kesan-kesan yang bakal dihadapi akibat daripada kekurangan bekalan air bersih, seharusnya kita muhasabah diri dan berusaha bagi menanganinya sehingga ke akar umbi agar kita tidak terjebak ke dalam krisis yang lebih buruk lagi pada masa akan datang. Kesedaran awal tentang keperluan memelihara dan memulihara sumber bekalan air adalah penting bagi memastikan kita sentiasa memperoleh bekalan air bersih untuk menjamin kualiti hidup yang baik bukan sahaja pada hari ini tetapi juga pada hari-hari yang mendatang.
Justeru, antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan bekalan air bersih ialah dengan memperbanyakkan lagi pembinaan loji rawatan air. Ini bagi membolehkan air sungai, air tasik dan air dari sumber lain yang tercemar diproses menjadi sumber air bersih.
Selain itu, peningkatan dari aspek penyelidikan dan pembangunan (R & D) juga sangat penting dalam membantu menambah sumber bekalan air bersih. Ini kerana, aktiviti penyelidikan dan pembangunan secara proaktif akan membuka laluan yang lebih luas kepada penciptaan alatan moden dan canggih bagi merawat air buangan dengan lebih efektif. Malah, melalui R & D juga air laut boleh diproses untuk dijadikan sebagai air minuman.
Langkah seterusnya yang boleh diambil dalam meningkatkan sumber air bersih ialah dengan menyediakan lebih banyak kawasan tadahan air bagi memastikan bekalan air bawah tanah dapat dimaksimumkan. Oleh yang demikian, segala aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan perlu dipantau dan dikawal agar dapat menyediakan lebih banyak lagi kawasan tadahan air.
Di samping itu, pembuangan sisa kimia dan toksik juga perlu dikawal bagi memastikan sumber bekalan air tidak terdedah kepada sebarang bentuk pencemaran. Misalnya, sisa buangan kimia dari aktiviti pertanian dan industri perlu diurus secara lebih sistematik agar pencemaran ke atas sumber air dapat dielakkan.
Sudah tiba masanya kita memikirkan dengan lebih serius lagi berhubung isu kekurangan bekalan air bersih yang bukan sahaja melanda negara kita tetapi juga negara-negara lain di seluruh dunia pada hari ini. Kita perlu sedar bahawa isu ini bukan suatu isu yang terpencil, sebaliknya ia merupakan isu global yang sangat serius yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak.
Justeru, penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam usaha memulihara sumber air adalah penting bagi memastikan kemelut ini dapat diatasi. Mudah-mudahan dengan kesedaran seluruh anggota masyarakat berhubung perkara ini akan dapat mempertingkatkan lagi tahap kebersihan sumber air kita. Lebih-lebih lagi dalam memastikan pengurusan dan pemeliharaan sumber air yang lebih mapan dan lestari pada masa akan datang agar anak cucu kita tidak mewarisi sumber bekalan air yang tercemar.
Karangan yang terdapat di dalam internet memudahkan anda untuk mendapatkan idea untuk mengarang. Namun untuk melahirkan kreativiti, pelajar perlu mengubah suai karangan berkenaan dan menggunakan Jadual Pengembangan Idea Perenggan Karangan untuk menghasilkan karangan cemerlang. Selain itu, sebagai memudahkan rujukan, pelajar boleh mencatat sebarang penemuan di dalam internet dengan menyalin atau "copy" alamat punca maklumat di bawah sebarang nota, artikel, atau contoh karangan sebagai sumber rujukan. Dengan cara menulis alamat bahan ditemui, akan memudahkan pelajar merujuk semula maklumat jika diperlukan. Selain itu, pelajar boleh mendapat istilah menarik, memikirkan kaedah atau cara menulis jenis-jenis pengenalan karangan.
CONTOH KARANGAN SAYA HASILKAN UNTUK PANDUAN PELAJAR KELAS
5 SAINS. SEBAGAI KESIMPULANNYA, PELAJAR PERLU MENEROKA MAKLUMAT DI ALAM SIBER UNTUK MEMBANTU MENGHASILKAN KARANGAN BERMUTU. HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH. INGAT, INTERNET TELAH MENJADIKAN DUNIA MAKLUMAT TANPA SEMPADAN DAN LANGIT TERBUKA.
RUJUK CONTOH KARANGAN PADA CORETAN TERKINI
5 SAINS. SEBAGAI KESIMPULANNYA, PELAJAR PERLU MENEROKA MAKLUMAT DI ALAM SIBER UNTUK MEMBANTU MENGHASILKAN KARANGAN BERMUTU. HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH. INGAT, INTERNET TELAH MENJADIKAN DUNIA MAKLUMAT TANPA SEMPADAN DAN LANGIT TERBUKA.
Aktiviti manusia telah menyebabkan bekalan air berlaku di beberapa
tempat di negara kita sehingga mendatangkan pelbagai kesusahan kepada banyak
pihak.Berikan komen anda.
Kebanyakan murid kelas 5 Sains
mengeluh kerana soalan yang saya berikan sukar. Sememangnya soalan di atas
sukar sekiranya mereka tidak meneroka alam siber untuk mencari maklumat. Maklumat
yang saya paparkan merupakan di atas hanya fakta asas, dan pelajar perlu mencari
banyak lagi untuk menghasilkan karangan yang bermutu.
Penulisan karangan di atas, mengkehendaki
anda menyatakan
aktiviti manusia menyebabkan bekalan air berlaku di beberapa tempat di negara kita sehingga
mendatangkan
pelbagai kesusahan kepada banyak pihak.
RUJUK CONTOH KARANGAN PADA CORETAN TERKINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan