Soalan 2 (b) Petikan Cerpen “ Kaduk, Ayam dan Raja”
1. Antara
persamaan Hakim dan datuknya Kaduk adalah seperti berikut, mereka membela ayam,
menggadai tanah, dan berada di bawah cengkaman orang berkuasa.
2. Pada
pendapat saya, Hakim boleh mengurangkan beban hutang yang ditanggungnya dengan
beberapa cara. Antaranya, Hakim boleh bertindak membatalkan kontrak dengan
Rangkaian Jasa Agrikultur yang banyak mendatangkan beban kerana menaikkan harga
dedak dan ubat ayamnya. Selain itu, Hakim boleh membeli dedak dan ubat ayamnya
di pasaran bebas dengan harga yang lebih murah.
Bahkan juga, Hakim boleh menjalankan usaha pertanian lain dengan tidak
hanya bergantung kepada usaha membela ayam. Hakim juga boleh juga boleh
bertindak mengurangkan penggunaan tenaga elektrik yang membebankan usahanya menternak
ayam.
3. Satu
latar masyarakat yang terdapat dalam teks ialah masyarakat yang mengambil
kesempatan menindas orang lain untuk tujuan mendapat keuntungan dan ini
dibuktikan dengan sikap pengurusan Rangkaian Jasa Agrikultur yang menaikkan
harga dedak dan ubat ayam berbanding harga di pasaran. Selain itu, latar
masyarakat di luar teks, ialah masyarakat yang membantu golongan yang tertindas.
Contohnya Azam yang sentiasa memberi bantuan kepada Hakim seperti memberi
bantuan nasihat. Bahkan juga masyarakat yang rajin menuntut ilmu seperti Azam
yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan selama setahun di luar
negara.
** Jawapan lain yang sesuai boleh
diterima.
Soalan 2
(c) Burung Terbang di Pipiskan Lada
1. Frasa kata sungguhlah tuan keramat bermaksud
tuan sangat suci dan boleh melakukan pelbagai keajaiban/kesaktian.
2. Tuan Sidi Arab Berjaya menghalang Cau Pandan
dan anak Bubunya daripada menyerang Melaka dengan menghalakan panahnya ke benua
Siam, dan sambil menarik panahnya dengan berkata matilah engkau Cau Pandan,
akibatnya Cau Pandan mati mutah darah tidak jadi menyerang Melaka.
3. Pada pendapat saya kepentingan khidmat pakar dalam
sistem pertahanan sesebuah negara adalah untuk memantapkan startegi angkatan
tentera untuk menghadapi musuh negara. Selain itu, khidmat pakar dalam angkatan
bersenjata negara adalah untuk memastikan negara membeli sistem persenjataan
negara setaraf persenjataan maju tentera negara dunia. Bahkan juga, khidmat
pakar dapat menasihatkan panglima tentera negara dan menjadi rujukan kepada
mereka. Dengan kepakaran khidmat pakar dalam system pertahanan negara, negara
akan terkenal di seluruh dunia dan akan sentiasa dirujuk negara-negara lain.
*** Jawapan lain yang sesuai boleh diterima.
Soalan 2 (d) Seloka ( Berbuat Istana Zaman
Dahulu )
1.
Berdasarkan seloka tersebut istana raja dapat
dibina apabila baginda sultan menitahkan empat orang pembesar untuk membina
istana sebagai mercu tanda kotanya. Oleh hal yang demikian, Pawang Raja telah
mengerah rakyat untuk bekerja keras. Sebanyak empat puluh empat orang jurubina
dan pandai tukang dan projek pembinaan itu dijalankan siang dan malam tanpa
henti. Pembinaan istana baginda itu
menelan masa tujuh bulan sehingga siapkan sempurna dengan perabot dan segala
peralatan di dalamnya
2.
Pada pendapat saya, untuk memastikan kemahiran membina binaan
tradisional di nerara ini dapat dikekalkan adalah dengan memberi insentif
kepada pakar-pakar binaan tradisional seperti bantuan modal agar mereka boleh
meneruskan kerjaya mereka dalam membina binaan tradisonal. Selain itu,
pakar-pakar binaan tradisonal perlu dijemput untuk mendedahkan kepada
masyarakat cara-cara untuk membina binaan tradisonal. Bhakan juga mereka boleh
dilantik sebagai tenaga pengajar di Institut Pengajian Tinggi negara selain
berkongsi pengalaman dengan pensyarah untuk memastikan kemahiran berkenaan
tidak pupus. Di samping itu, pihak penyiaran tempatan seperti RTM, ASTRO perlu
membuat rancangan khas berkaitan binaan tradisional dalam siaran mereka.
***Jawapan lain yang sesuai boleh diterima.
3. Dua nilai murni yang
terdapat di dalam seloka tersebut adalah seperti berikut. Pertama Nilai ketaatan kepada pemimpin, contohnya Orang besar empat dan Pawang
Raja taat akan perintah raja untuk membina istana berkota. Pawang Raja
mengerahkan empat puluh empat orang tukang untuk membina istana tersebut. Kedua
nilai kegigihan, contohnya, empat
puluh empat orang tukang gigih bekerja membina istana tanpa henti sehingga
istana itu dapat dibina dalam masa tujuh bulan. Seterusnya nilai daya usaha. Para pekerja tersebut
berusaha dengan menggunakan kreativiti mereka dalam bidang seni bina sehingga
siap sebuah istana yang indah dan berukir cantik.
Pengetahuan dan
kemahiran Bahasa.
Soalan 3.(a) Membina ayat menggunakan kata
diberikan.
i.
Pilih – pilih dengan teliti, menentukan
calon
ii.
Pilihan - yang telah dipilih umumnya yang
terbaik.
iii.
Pemilihan -
perbuatan atau hal memilih berdasarkan kelulusan
akademik atau pengalaman calon
iv.
Tukar - bertukar barang, berubah kepada
bentuk, berpindah
daripada
suatu tempat ke suatu tempat yang lain, saling
memberi
v.
Tukaran - sesuatu yang ditukar, pengganti
vi.
Penukaran -perbuatan
menukar, menukarkan.
** tidak boleh
menambah imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan
perkataan
tersebut sebagai peribahasa atau kata nama khas.
Soalan 3 (b) Menukar cakap ajuk kepada cakap pindah.
Nazri merayu doktor agar membantunya dengan
suara yang tersekat-sekat. Sambil tersenyum doktor bertanya kepada Nazri
tentang penyakitnya. Nazri menjawab dan menerang tentang dirinya sukar
bernafas, dadanya sakit seperti sakit jantung.Doktor menasihatkan Nazri supaya
bertenang, jangan panik dan akan memeriksanya. Nazri menurut nasihat doktor dan
berbaring di atas katil pesakit. Doktor memaklumkan Nazri bahawa dia sebenarnya
mengalami simptom asma dan menasihatkan supaya jangan bimbang dan akan
memberikan ubat yang sesuai untuknya.
Soalan 3 (c) Mengesan kesalahan ejaan dan
kesalahan imbuhan
Soalan
|
Kesalahan ejaan
|
Pembetulan
|
Penerangan
|
i
|
insfrastruktur
|
infrastrutur
|
Kesalahan ejaan
|
Kesalahan imbuhan
|
Pembetulan
|
Kesalahan kata
adjektif tidak boleh menerima imbuhan memper…..kan
|
|
Memperlebarkan
|
memperlebar
|
Soalan
|
Kesalahan ejaan
|
Pembetulan
|
Penerangan
|
ii
|
rekriasi
|
rekreasi
|
Kesalahan ejaan
|
Kesalahan imbuhan
|
Pembetulan
|
Kata kerja transitif
perlu menerima objek
|
|
membangunkan di tempat-tempat
|
Membangunkan tempat-tempat
|
Soalan
|
Kesalahan ejaan
|
Pembetulan
|
Penerangan
|
iii
|
Jawatan kuasa
|
jawatankuasa
|
Jawatankuasa kata
majmuk mantap, perlu dieja rapat.
|
Kesalahan imbuhan
|
Pembetulan
|
berbincang tentang
|
|
berbincang
|
membincangkan
|
Soalan 3 (d) Mengesan kesalahan istilah atau
kata dan kesalahan tatabahasa.
Soalan
|
Kesalahan istilah
|
Pembetulan
|
Penerangan
|
i
|
melihat
|
menonton
|
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
Pembetulan
|
Kesalahan hukum D-M.
|
|
tomato sos
|
sos tomato
|
Soalan
|
Kesalahan istilah
|
Pembetulan
|
Penerangan
|
ii
|
mengejut
|
mendadak
|
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
Pembetulan
|
Kesalahan hukum jamak
kerana kebanjiran sudah bermaksud banyak – tidak perlu kata ganda
|
|
Kebanjiran pendatang-pendatang
|
Kebanjiran pendatang
|
Soalan
|
Kesalahan istilah
|
Pembetulan
|
Penerangan
|
iii
|
Kenderaan besar
|
Kenderaan berat
|
Kesalahan istilah
|
Kesalahan tatabahasa
|
Pembetulan
|
Pada lebih sesuai
menunjukkan masa
|
|
di
|
pada
|
Soalan 3 (e)
Menyatakan peribahasa yang sesuai dengan kenyataan diberikan
i.
Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya.
ii.
Jika takut dilambung ombak jangan berumah di
tepi pantai.
iii.
Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata
buruk padahnya.
4.
Soalan
Novel
a)
Kebijaksanaan merupakan nilai murni yang patut
dicontohi masyarakat..
Berdasarkan
novel Jendela Menghadap Jalan Karya
Ruhaini Matdarin
Ø
Nilai
kebijaksanaan juga terpapar melalui perwatakan Lili yang berjaya menyelesaikan
masalah rumah tangga Che Jah yang didera oleh suaminya, Seman. Walaupun Lili
telah diculik oleh Haziq dan Rafiq anak kepada Che Jah, beliau memaafkan
anak-anak Che Jah kerana tindakan anak-anaknya disebabkan keadaan masalah
keluarga mereka. Malah Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberi motivasi dan
seterusnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat
untuk membuat aduan tentang sikap dan perangai suami Che Jah Seman yang panas
baran dan sering menimbulkan masalah rumah tangga mereka.
Ø Nilai
kebijaksanaan boleh kita lihat melalui perwatakan Geetha merupakan kenalan Lili
dalam bas sewaktu pulang ke Terengganu. Dia Siswa Tahun Pertama Jurusan
Kejuteraan Awam Universiti Malaya. Pengarang mengambarkan perwatakan Geetha sebagai
seorang mahasiswa yang bijaksana dalam
menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan di universiti tempat beliau melanjutkan
pelajaran.
Tambah lagi satu isi sebagai “back up”
Saya
akan paparkan jawapan untuk Novel Songket berbenang emas kemudian, insyaAllah.
b) Berdasarkan kajian saya terdapat
peristiwa tentang kepincangan masyarakat di paparkan dalam Novel Jendela
Menghadap Jalan Karya Ruhani Matdarin dan Novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip.
Ø
Antara
kepincangan masyarakat yang di paparkan dalam Novel Jendela Menghadap Jalan
ialah masyarakat masalah rumah tanngga, contohnya masalah rumah tangga Che Jah
yang berpunca dariapada sikap suaminya Seman yang suka berjudi, berhutang, menipu,
minum arak menyebabkan Che Jah dan anak-anak
Che Jah menjadi mangsa kekejamannya. Haziq anak Che Jah merupakan pelajar yang pintar
tetapi disebabkan tersalah pergaulan dan masalah keluarga menyebabkan dia diberhentikan
sekolah dan terlibat dengan kegiatan negatif antaranya menculik Lili.
Ø
Sementara
kepincangan masyarakat yang di paparkan dalam Novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip ialah masyarakat remaja yang terpengaruh dengan rakan
sebaya - Abu Bakar, adik Dahlia suka berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak
mahu membantu keluarga mereka yang menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke
rumah untuk menukar baju sahaja. Akhirnya,
Abu Bakar insaf akan kesalahannya.
Tambah isi lagi sebagai ”back up” satu bagi setiap novel.
****Pastikan jawapan anda menggunakan ayat gramatis bukan
berbentuk ”point”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan