Hari ini saya amat sedih dan terkilan kerana masih ada pelajar 5 Sains masih belum menguasai kemahiran merumus teks. Setelah saya menyemak kertas rumusan teks dari semalam hingga ke hari ini, saya bergegas ke kelas 5 Sains dan terus menegur pelajar-pelajar berkenaan. Bukan semua pelajar, tetapi segelintir pelajar yang tidak peka dengan situasi berkenaan. Antara masalah di kesan adalah penguasaan pelajar menghasilkan :-
i) Pengenalan rumusan.
ii) Menulis dan mengesan isi tersurat yang terdapat di dalam teks.
iii) Menyenarai isi tersurat dengan menggunakan kemahiran KBAT.
iv) Menulis penutup rumusan teks.
Langkah mengatasinya:-
Setelah mengesan kelemahan pelajar saya terus ke kelas 5 Sains dan membuat teguran kerana saya dah menjelaskan berulang-ulang kali berkenaan kaedah penulisan rumusan, antaranya semasa program kecemerlangan pelajar semasa di PULARES Batu Gajah. Saya telah mengedarkan nota lengkap berkenaan cara menghasilkan rumusan yang berkesan. Begitu juga saya sering menjelaskan kaedah menulis rumusan, perenggan demi perenggan setiap kali semasa meberi latihan rumusan. Pelajar masih gagal menghasilkan rumusan yang baik. Kenapa masalah berkenaan terus berlaku.....?????
Antara unsur atau masalah penyebab kesalahan berkenaan berlaku, kerana :-
i) Pelajar masih belum membuat keputusan jenis pengenalan mana yang perlu digunakan
semasa merumus bahagian pengenalan rumusan. Saya sarankan pelajar untuk menetapkan
jenis mana format pengenalan paling mudah berdasarkan empat format yang saya senaraikan semasa menulis pengenalan. Oleh sebab itu, saya sarankan supaya pelajar tidak memikirkan
jenis pengenalan mana yang hendak digunakan semasa merumus, tetapi telah membuat
keputusan lebih awal lagi.
ii) Pelajar masih belum menguasai kemahiran mengesan isi tersurat dan menulisnya ke dalam
perenggan isi tersirat. Antara kesalahan pelajar semasa menulis perenggan isi tersirat, adalah
seperti berikut:-
a) ada segelintir pelajar tidak tahu isi tersurat yang terdapat di dalam teks. Akibatnya,
pelajar ini menyalin membabi buta ayat dengan menyalin sekali huraian isi. Akibat
patah perkataan pelajar, panjang berjela.
b) rentetan masalah di atas, pelajar tidak faham mana isi dan mana huraian dalam teks.
c) Paling menyedihkan, ada alasan pelajar tidak faham format menulis rumusan, akibatnya
saya terus membuat kesimpulan dan teguran, bahawa masalah berkenaan tidak perlu
dijadikan alasan kerana pelajar tingkatan 5, telah didedahkan cara menulis rumusan
semenjak tingkatan 4 lagi. Saya memberi amaran jangan ulang kesalahan berkenaan
pada masa akan datang. Jika tak faham tanya segera saya, supaya masalah sama tidak
berulang.
iii) Pelajar tidak faham bagaimana cara mengesan isi tersirat untuk digunakan semasa menulis
perenggan isi tersirat. Antara sebabnya, ialah pelajar tidak tahu:-
a) bagaimana isi tersirat terhasil terutama kerana mereka tidak faham menggunakan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ((KBAT)
b) cara mengesan kata kunci daripada soalan iaitu kata kunci kedua dalam soalan
rumusan teks.
Contoh soalan:-
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan
generasi muda dalam mengisi kemerdekaan dan langkah-langkah meningkatkan
kesedaran tentang semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sepatutnya, pelajar akan dapat mencari isi tersirat berdasarkan kata kunci kedua, iaitu
langkah-langkah meningkatkan kesedaran tentang semangat cinta akan negara. Isi berkenaan tidak ada di dalam teks tetapi perlu dicari berdasarkan KBAT. Kemahiran ini sebenarnya boleh terhasil melalui latihan.
iv) Pelajar tidak faham untuk menulis penutup rumusan. Kenapa masalah ini berlaku,
jawapannya kerana sikap pelajar berkenaan. Semenjak saya mengajar 5 Sains, bermula pada
hujung bulan Mac. Kenapa saya berkata demikian:-
a) Pelajar tidak merujuk format penulisan penutup rumusan teks, terutama nota yang saya edarkan semasa teknik menjawab BM Kertas 2 di PULARES.
b) Jika dah tahu tak faham kenapa tidak bertanya kerana peperiksaan PPT dah berlalu
paling hampir, peperiksaan Percubaan SPM yang akan dijawab pada bulan Ogos.
Adakah pelajar mahu, masalah penulisan rumusan berkenaan akan terbawa-bawa
semasa peperiksaan berkenaan. Jika jawapannya ya, agak malang bagi pelajar yang
masih kekal dengan status menghadapi permasalahan berkenaan.
Seperkara lagi saya kerap sentuh iaitu kemahiran pelajar menulis ayat majmuk semasa merumus teks. Apakah kebaikan anda menghasilkan ayat majmuk di samping penggunaan ayat tunggal? Pelajar memang tidak perasaan kebaikan menyelitkan ayat majmuk dalam penulisan, antara kebaikannya"-
i) Pengunaan ayat majmuk dan ayat tunggal, akan menampakkan kepelbagaia ayat dalam
rumusan dan ini akan memantapkan markah bahasa anda.
ii) Secara langsung dengan binaan ayat majmuk anda akan dapat mengurangkan bilangan
patah perkataan anda kerana konsep ayat majmuk, binaannya dapat mengurangkan
pengulangan subjek dalam ayat dan terdapat dua prediket. Bagaimana keberkesanannya
dalam mengurangkan subjek atau patah perkataan yang saya maksudkan. Contohnya ayat di
bawah:-
Contoh penulisan isi tersurat di bawah:- ( Soalan Rumusan bertarikh 13/6/2017)
i) Menghayati erti kemerdekaan dengan mendalam.
ii) Mengelakkan diri daripada dadah.
iii) Bertanggungjawab membina kejayaan negara.
iv) Memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan
a) Pelajar yang membina ayat untuk binaan perenggan isi tersurat menggunakan keseluruhan
nya dengan binaan ayat tunggal.
Antara tanggungjawab generasi muda dalam mengisi kemerdekaan negara ialah mereka perlu
menghayati erti kemerdekaan dengan mendalam. Di samping itu, mereka juga perlu mengelakkan diri
daripada dadah. Seterusnya, mereka juga perlu bertanggungjawab membina kejayaan negara.Tambahan pula, mereka boleh memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan.
( 42 patah perkataan)
b) Pelajar membina ayat isi tersurat di atas dengan menggunakan binaan kata majmuk untuk
menulis isi tersirat dalam perenggan isi tersurat.
Antara tanggungjawab generasi muda dalam mengisi kemerdekaan negara adalah dengan menghayati erti kemerdekaan dengan mendalam, mengelak diri daripada dadah, dan memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan.
( 26 patah perkataan)
Cuba beza patah perkataan yang dihasil, pertama dengan binaan ayat tunggal, pelajar di atas membina tiga isi tersurat dengan 42 patah perkataan. Sedangkan, pelajar yang membina ayat majmuk dengan menggunakan tiga isi tersurat yang sama, hanya perlu membina ayat berkenaan dengan hanya menggunakan 26 patah perkataan sahaja. Hebat tak, penggunaan ayat majmuk dalam membina perenggan isi tersurat. Begitu juga dengan isi tersirat, binaan ayat majmuk juga dapat mengurangkan bilangan patah perkataan. Apa lagi, mulai saat ini aplikasi penggunaan ayat majmuk semasa menulis rumusan.
Oleh sebab itu, untuk membantu pelajar bermasalah dalam merumus teks, saya telah melantik beberapa orang pelajar sebagai rakan membantu rakan sebaya yang masih bermasalah dalam menghasilkan rumusan teks. InsyAallah, saya akan menyenarai nama pelajar berkenaan agar masalah di atas tidak berulang lagi. Mungkin, jika saya sebut sahaja, ingatan tersebut tidak akan lekat di benak mereka, justeru, saya akan senaraikan nama mereka dalam Progran Bantuan Rakan Sebaya. Saya berharap masalah ini akan dapat diselesaikan. Cuma agak malang kerana hanya segelintir pelajar 5 Sains yang boleh membuka blog ini. Saya akan cuba memberi penekanan, bahawa jika hendak seribu daya, jika tak endah seribu dalih. Pelajar perlu maklum, pusat siber tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, justeru pelajar perlu merebut peluang ini dengan pergi ke pusat siber berhampiran tempat mereka dan cuba melayari blog ini untuk mendapat maklumat terkini sebagai usaha untuk meningkatka kemahiran mereka sebagai persiapan menghadapi peperiksaan SPM 2017.
Kesimpulannya, saya berharap masalah untuk menghasilkan rumusan terbaik boleh dilakukan kerana soalan ini menyumbangkan markah sebanyak 30% daripada soalan keseluruhan kertas 2. Fikir-fikirkanlah.......jangan saya saja yang beriya-iya untuk mencemerlangkan anda tetapi anda tidak begitu...seolah-olahnya saya bertepuk sebelah tangan...sampai kiamat tidak akan berbunyi.
*** Peringatan kepada pelajar yang melakukan kesilapan semasa latihan merumus teks pada 13/6/2017, anda perlu membuat pembetulan segera, termasuklah pembetulan pemahaman teks umum, dan juga soalan tatabahasa semasa latihan pada 14/6/2017. Kepada pelajar yang mampu membuka blog ini, tolong ingatkan rakan-rakan anda akan teguran saya ini. Mohon ambil tindakan segera serta bertanggungjawab...kerana anda juga perlu membantu mereka untuk cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu 2.

1 ulasan:
Cikgu, boleh kami menggunakan "Antaranya ialah..." sebagai permulaan perenggan isi tersurat?
Catat Ulasan