Isnin, 2 Oktober 2017

MENGETEH BERSAMA PELAJAR KELAS SAINS SELEPAS TUISYEN TAMBAHAN IKHLAS KE ARAH MENGGAPAI A+ DAN PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SMK SERI ISKANDAR SESI 2 DI PULARES BATU GAJAH

Alhamdulillah, pada petang Jumaat 29/9/2017 saya dapat menjalankan kelas Tuisyen Tambahan Secara Ikhlas kepada pelajar Kelas 5 Sains Siri 2. InsyaAllah, usaha ini akan dijalankan berterusan setiap petang Jumaat kerana sambutan pelajar amat menggalakkan. Pada masa yang sama, saya dapat mengkususkan perbincangan kepada item soalan yang masih belum dikuasai pelajar dan kepada pelajar harapan A+, tuisyen ini diharapkan sebagai latihan pengayaan untuk mereka menghadapi peperiksaan Kertas BM 1103 dengan lebih yakin. Pada petang hari berkenaan fokus saya kepada menghasilkan karangan cemerlang. Semoga, tuisyen seperti ini dapat juga menggantikan masa ketiadaan saya semasa temu janji dengan doktor pakar di Kuala Lumpur. namun begitu, setiap ketidakhadiran saya, selama ini pelajar tetap dibekalkan bahan untuk aktiviti di dalam kelas supaya masa berkenaan tidak terbuang begitu sahaja dan pelajar dapat memantapkan kemahiran bahasa sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Selepas tuisyen saya mengjak pelajar saya mengetea untuk merungkai tekanan yang dihadapi pelajar kerana sepanjang Program Pecutan Akhir mereka menerima pelbagai lathan bukan sahaja untuk mata pelajaran Bahasa Melayu malah subjek SPM yang lain. Di samping itu juga, aktiviti mengeteh ini dapat merapatkan hubungan saya dengan mereka. Aamiin.
Gambar Sesi Tuisyen Menggapai A+ mata pelajaran Bahasa Melayu 1103
di Bilik Multimedia, SMK Seri Londang.
 Gambar mengetea bersama pelajar untuk melepaskan stres mereka, di samping
untuk merapakatkan ukhwah guru dan pelajar. 
 Program Teknik dan Bengkel Kertas Bahasa Melayu Sesi 2, bersama-sama pelajar
SMK Seri Iskandar ( Pelajar Sederhana) pada hari Sabtu 30/9/2017
di PULARES  Batu Gajah, Perak. Masa diperuntukkan selama 4 jam.
 Sesi Teknik 2, Pelajar Sederhana berjalan dengan baik pelajar memberi respon yang baik
sepanjang perbengkelan dan sesi soal jawab.
Alhamdulillah, sepanjang program dua hari, memang saya keletihan tetapi kepuasan di hati menyebab rasa keletihan berkenaan hilang. Semua aktiviti berkenaan saya anggap sebagai terapi kesembuhan saya, di samping saya beramal menyebarkan ilmu untuk pelajar bersedia menghadapi peperiksaan. Saya masih ingat nama-nama pelajar yang aktif dan terlibat secara langsung sepanjang program iaitu Ilham, Nasuha, dan Huda. InsyaAllah, pada 14/10/2017, saya akan ke Virgo Hotel untuk bersama-sama pelajar SMK Batu 10, Lekir Setiawan. Semoga saya terus sihat daripada kanser yang saya alami. Alhamdulillah dapatan doktor Pakar Hospital Selayang berdasarkan ujian darah yang dijalakan sebelumnya paras keaktifan sel kanser saya menurun pada kadar paling bawah. Keputusan berkenaan mengembirakan saya dan saya akan meneruskan aktiviti sosial saya seperti di atas, walaupun ada jemputan tetapi masalah melibatkan waktu PdPC, saya terpaksa menolak kerana saya tidak mahu sepanjang Program Pecutan Akhir SPM 2017 sekolah, saya ingin bersama pelajar saya untuk membantu mereka bersedia dan mahir menjawab soalan SPM nanti. Doakan saya terus sihat, untuk mengaktif Blog Bahasa Melayu SPM ini. Aamiiin.

Tiada ulasan: