Assalamualaikum, Pelajar Kelas 5 Sains, SMK Seri Londang. Bersama-sama ini saya lampirkan soalan-soalan Peperiksaan Percubaan MRSM 2017 dan skema jawapan sebagai panduan pelajar. Oleh sebab, ada sebahagian pelajar terlibat dengan program Kecemerlangan Daerah, saya lampirkan skema jawapan sebagai panduan pelajar semasa menjanwab soalan berkenaan, Saya mengharapkan pelajar tidak melihat skema jawapan, melainkan setelah pelajar menjawab keseluruhan jawapan, mohon jaga intergreti dan bertanggungjawab sepanjang latihan berfokus minggu ini. Semoga pelajar dapat menjawab soalan-soalan berkenaan untuk menggapai keputusan A+ kertas BM 1103.
InsyaAllah saya akan lampirkan juga jawapan karangan Hafiz sebagaimana latihan yang dijalankan semasa Kelas Tuisyen Menggapai Kecemerlangan A+ BM (1103) yang diadakan pada petang Jumaat lepas. Selamat Bercuti dan Melaksanakan Tugasan serta Tanggungjawab Pelajar Berminda Kelas Pertama.
SOALAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 (MRSM)
AKTIVITI
SOKONGAN PROGRAM PECUTAN SPM AKHIR 2017
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan kepentingan pengurusan kewangan
kepada remaja dan halangan untuk melaksanakannya.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Ketua
Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyebut
bahawa sebanyak 1157 kes kebankrapan yang melibatkan golongan di bawah umur 25
tahun telah direkodkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Faktor utama golongan
muda di negara kita muflis ialah ketidakcekapan mengurus kewangan sendiri
akibat didorong oleh kegagalan perancangan perancangan kewangan yang baik dan
kurangnya Pendidikan mengenai kaedah berbelanja secara berhemat. Keadaan ini
disebabkan oleh golongan muda memiliki tahap pendidikan kewangan yang rendah
sedangkan pengurusan kewangan yang bijak membolehkan remaja merancang masa
depan yang lebih strategik.
Pengurusan kewangan yang baik
sebenarnya dapat memastikan remaja mampu membayar balik wang pinjaman
pendidikan setelah tamat belajar. Di samping itu, remaja boleh menggunakan wang
simpanan yang dikumpulkan untuk memulakan perniagaan bagi meneruskan
kelansungan hidup terutamanya apabila tidak mendapat sebarang pekerjaan selepas
tamat pengajian. Selain itu, remaja juga dapat memastikan mereka mempunyai
simpanan wang cukup sebagai persiapan menghadapi keadaan ekonomi yang tidak
menentu. Amalan menyimpan dapat membantu mereka untuk melanjutkan pelajaran
pada peringkat yang lebih tinggi setelah tamat persekolahan peringkat menengah.
Walaupun secara dasarnya kebanyakan
remaja mempunyai aliran masuk wang daripada
sumber yang terhad seperti ibu bapa
dan biasiswa atau pinjaman pendidikan
remaja yang cekap mengurus kewangannya dapat mengelak mereka terbelenggu
dengan masalah kekurangan wang saku sepanjang tempoh pengajian. Namun, ada juga
remaja yang sudah terjerat dengan masalah hutang sejak usia muda. Oleh itu,
amat penting untuk remaja mengurskan kewangan dengan sistematik kerana hal ini
dapat membantu remaja khususnya yang belajar di university menampung
perbelanjaan tertentu sepanjang bergelar mahasiswa.
Remaja sebenar boleh menampung
perbelanjaan harian sebagai pelajar dengan menjalankan kegiatan yang dapat
menjana pendapatan sampingan seperti melibatkan diri dalam bidang keusahawanan
dan bekerja sambilan semasa cuti semester. Hasil pendapatan tersebut mereka
mampu membeli dan memiliki hartanah yang boleh menjamin masa depan untuk membeli
rumah, rumah kedai atau aset-aset yang lain. Kebijaksanaan mengurus kewangan
sedikit sebanyak akan turut membolehkan remaja menggunakan wang untuk tujuan pelaburan seperti pembelian
saham amanah atau disimpan di institusi
kewangan tertentu. Kesimpulannya,, remaja disarankan untuk mendalami ilmu pengurusan kewangan agar
pengurusan kewangan yang cekap dapat diaplikasikan.
Dipetik
dan diubah daripada
“Pengurusan
Kewagan Remaja”
Oleh Norazizah Mohd Amin,
Dewan
Siswa, Bil 3 2017
Soalan 2 : Pemahaman
( 35 markah )
Soalan 2 (b) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan
1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i.
Berikan
maksud rangkai kata sumber yang terhad. (2
markah)
ii.
Pengarang
ada menyatakan beberapa punca golongan muda diisytiharkan muflis.
Nyatakan
punca-punca tersebut. (3
markah)
iii.
Golongan
remaja dikatakan mudah terjebak dengan pelbagai skim pelaburan cepat kaya yang
akhirnya merugikan mereka.
Pada
pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan remaja
terjebak dengan skim-skim pelaburan seperti ini. (4 markah)
Soalan 2 (b)-
Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
perkataan kamu sendiri.
CIKGU DAHARI :
|
Setiap
bangsa dan negara di dunia ini mempunyai budaya tersendiri. Walau maju macam
mana sekalipun seuatu bangsa itu, mereka tetap memegang jati diri bangsa
mereka. Hal ini menjadikan mereka mempunyai jati diri tersendiri tanpa
mengiku acuan mana-mana individu. Hal ini akan menunjukkan individu yang
pintar. Berbalik kepadasoalan untuk aktiviti dalam modul PPSB itu, pelatih
akan diperkenalkan dengan puisi tradisional dan moden, seperti syair, pantun,
seloka, gurindam, dan nazam. Pelatih akan dibahagikan dalam kumpulan, dan
setiap kumpulan akan membuat persembahan pentas selama 10 minit. Sajak menjadi
teras utama dalam persembahan tersebut.
|
NORA :
|
Wow,
seronok macam itu! Rasa maca artislah.
|
CIKGU DAHARI :
|
Kalau
nak menjadi artis pun biarlah artis yang bependidikan. Bukan tujuan modul ini
melatih pelatih menjadi artis. Cuma bertujuan memperkanalkan warisan
kebudayaan milik kita dan kita patut mewarisinya dengan rasa megah. Cukuplah sekadar ini pengenalan untuk PLKN.
Nanti kamu semua akan melaluinya sendiri.
|
Dipetik
daripada drama “ Berkhidmat Untuk Negara”
Oleh
Affix Zulkarnean Adam,
Dalam
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka
i.
Berdasarkan
petikan drama, apakah aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam Program
Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB)? ( 2markah )
ii.
Bidang
kesusateraan kian terpinggir dan kurang mendapat perhatian daripada remaja.
Pada
pendapat anda,apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan
bidang kesusateraan tanah air?
( 3 markah )
iii.
Jelaskan
satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada
drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. ( 4 markah )
Soalan
2 ( c ) – Petikan Prosa Tradisional
Baca
petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikunya dengan menggunakan perkataan sendiri.
Maka titah baginda, “ Mahukah akan Tun Kanaka, saudara Seri
Wak Raja?”
Maka sembahnya, “ Mohon patik, tuanku.”
Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh
Sultan, tiada juga berkenan pada pandangan Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan,
“ Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara
Paduka Raja.
Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.”
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan,
terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar
sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantar ke rumah Paduka Raja,
diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “ Bagaimana
maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan
hulu kening hendak bertemu?”
Dipetik
daripada “ Burung Terbang Dipipiskan lada”
Dalam
antologi Sejadah Rindu,
Kementerian
Pendidikan Malaysia
i.
Berikan
maksud rangkai kata sesaat itu juga
ditalak baginda. ( 2 markah )
ii.
Apakah
reaksi Sultan kerana stelah Seri Nara Diraja bersetuju untuk mengahwini Tun
Kudu? ( 3 markah )
iii.
Setiap
pasangan suami isteri mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan
berkekalan.
Pada
pendapat anda apakah cara-cara yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan ikatan
perkahwinan setiap pasangan? (
3 markah )
Soalan
2 ( d )- Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Aku
Membaca Lagi
Aku
mendongak ke langit
membaca
garis dengan titik
menaakuli
kebesaran-mu
di
bawahnya gumpalan mega
hembusan
bayu dan banjaran gunung.
Kuselusuri
alam
kicauan
burung
desiran
ombak dan wajah pelangi
mewarnai
kehidupan umat-Mu
Aku
mendongak lagi
membaca
langit
di
dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan
dan ranting terkulai
daun-daun
berguguran
helai
demi helai
di
lantai tanah airku yang makmur
Akau
membaca langit
kutemui
bulan
bintang menangis
meratapi
nasib luka bangsa
Aku
mendongak lagi
menitis
air mata langit
membasahi
bahasa melayuku
yang
berdarah.
Razali
Mohd. Yussof
Dewan
Bahasa, Januari 2007
Dewan
Bahasa dan Pustaka
|
i.
Berdasarkan
rangkap ketiga sajak tersebut, apakah yang dilihat oleh penyajak setelah
membaca lagit? ( 2 markah )
ii.
Remaja
kini sering menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan mereka sehingga
mencemarkan keindahan bahasa Melayu.
Pada
pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja hari ini tidak
menggunakan bahasa Melayu yang betul semasa berkomunikasi?
( 3 markah )
iii.
Huraikan
dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut? ( 4 markah )
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
( 30 markah)
( a)
Tuliskan satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk mengambarkan bahawa anda
faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau akata
nama khas.
(i)
merebus
(ii)
mereneh
(iii)
menanak
(iv)
mencelur
(v)
mengukus
(vi)
menjerang
(b) Gabungkan
ayat-ayat di bawah supaya menjadi
tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata
hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan strutur asalnya.
Melaka merupakan destinasi pelancongan.
Melaka mempunyai bangunan-bangunan bersejarah. Melaka mempunyai tempat-tempat
menarik. Kerajaan negeri mengadakan pelbagai usaha mempromosikan Melaka.
Kerajaan negeri mengadakan Kempen Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia.
Melaka lebih dikenali oleh pelancong-pelancong. Peluang pekerjaan terbuka luas.
(c ) Dalam
setiap ayat di bawah terdapat satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
i.
Pegawai
itu mensifatkan tragedi lumpur yang berlaku merupakan kejadian terburuk dalam
tempuh 20 tahun.
ii.
Penceramah
itu memberikan definasi yang tepat dengan judul veramah yang disampaikan dengan
rujukan Kamus Dewan.
iii.
Alat
mengimbas suhu atau termografik akan dipasang disetiap pintu masuk utama negara
bagi mengesan tahap kesihatan pelawat atau pelancong.
(c)
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu
kesalahan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i.
Majlis
pemberian anugerah kepada semua pelajar-pelajar cemerlang di sekolah itu baru
sahaja selesai.
ii.
Pertandingan
membacakan sajak yang sepatutnya berlangsung di laur dewan pada pukul 10 pagi
ditunda oleh kerana hari hujan.
iii.
Aziz
tidak pernah berputus asa walaupun telah berapa kali gagal sampai ke puncak
Gunung Kinabalu kerana dia tetap bercita-cita untuk menaiki gunung tersebut.
( e )
Lengkapkan peribahasa di bawah dan
salin semula keseluruhan peribahasa tersebut.
Lengkapkan peribahasa di bawah dan salin semula keseluruhan
peribahasa tersebut.
i.
Di
mana bumi dipijak,……………………………………………………………………….......
ii.
Masuk
kandang kambing mengembek, …………………….……………………………......
iii.
Berakit-rakit
ke hulu, berenang-renang ketepian………..………………………………….
iv.
……………………………………………………………………………..,
tak lekang dek panas.
v.
……………………………………………………………………………………..,
sesat jalan.
vi. …………………………………………………………,
melepaskan pucuk masing-masing.
Soalan
4 :
Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah
berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i)
Di
Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(ii)
Jendela
Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iii)
Leftenan
Adnan karya Abdul Latip Talib
(iv)
Pantai
Kasih karya Azmah Nordin
(v)
Silir
Daksina karya Nizar Parman
(vi)
Tirani
karya Beb Sabariah
(vii)
Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(viii)
Bimasakti
Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
( a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, berikan
dua konflik antara watak yang terdapat
dalam novel tersebut.
(
7 markah )
( b) Satu darpada nilai yang terdapat dalam
kedua-dua novel yang anda kaji ialah keberanian.
Jelaskan
satu peristiwa yang mengambarkan nila keberanian bagi setiap novel tersebut.
(
8 markah )
SOALAN TAMAT
SEMOGA ANDA CEMERLANG
SKEMA JAWAPAN SOALAN PPSPM MRSM 2107
Pendahuluan [2 markah]
i. Petikan
membincangkan faedah-faedah / kebaikan-kebaikan / manfaatmanfaat / kelebihan-kelebihan
/ keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada remaja di Malaysia / di
negara kita. ( 2 markah )
ii. Petikan
membincangkan faedah-faedah / kebaikan-kebaikan / manfaatmanfaat /
kelebihan-kelebihan / keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada
remaja dan punca-punca golongan remaja diisytiharkan muflis. ( 2 markah )
iii. Rumusan
ini membincangkan faedah-faedah / kebaikan-kebaikan / manfaatmanfaat /
kelebihan-kelebihan / keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada
remaja dan halangan-halangan remaja
untuk melaksanakannya. ( 2 markah )
Isi Tersurat
Kepentingan pengurusan kewangan kepada remaja
1. membolehkan remaja merancang masa
depan dengan lebih strategik
2. dapat memastikan remaja mampu
membayar balik wang pinjaman pendidikan
3. remaja boleh menggunakan wang
simpanan yang dikumpulkan untuk memulakan perniagaan
4. remaja juga dapat memastikan mereka
mempunyai simpanan wang yang cukup
5. dapat membantu mereka untuk
melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi
6. dapat mengelakkan mereka terbelenggu
dengan masalah kekurangan wang saku sepanjang tempoh pengajian
7. dapat membantu remaja khususnya yang
belajar di universiti menampung perbelanjaan
8. mereka mampu membeli dan memiliki
hartanah yang boleh menjamin masa depan
9. membolehkan remaja menggunakan wang
untuk tujuan pelaburan
Isi
tersirat:-
Halangan untuk melaksanakannya
1.
Remaja boros
berbelanja terutamanya apabila terpengaruh dengan kempen jualan murah.
2.
Remaja
mengamalkan gaya hidup mewah di luar daripada kemampuan / melebihi pendapatan /
ghairah menggunakan wang untuk membeli barangan berjenama / kereta / gajet
canggih.
3.
Remaja terjebak
dengan jerat skim pelaburan / perniagaan MLM / skim cepat kaya.
4.
Remaja terpaksa
menanggung kos sara hidup / beban
kewangan yang tinggi.
5.
Remaja terpaksa
membayar balik pinjaman pendidikan dalam tempoh yang panjang / PTPTN.
6.
Ibu bapa kurang
mengingatkan remaja tentang kepentingan menguruskan wang / menabung untuk
jaminan masa depan.
7.
Pihak bank /
institusi kewangan tidak mampu menarik minat remaja untuk menyimpan / menabung.
8.
Kempen untuk
menyedarkan remaja tentang kebaikan menabung / menyimpan / menguruskan kewangan
secara bijak / membuat pelaburan melalui saluran yang betul kurang mendapat
sambutan.
9.
Remaja
membelanjakan wang untuk berhibur / hedonisme / rekreasi.
Penutup Rumusan
1.
Kesimpulannya,
remaja perlulah bijak menguruskan kewangan agar masa depan mereka
terjamin.
2.
Kesimpulannya,
remaja hendaklah menguasai ilmu pengurusan kewangan supaya mereka tidak
terjebak dengan masalah kewangan pada masa hadapan.
3.
Kesimpulannya,
remaja sewajarnya cekap menguruskan kewangan sendiri agar mereka tidak berdepan
dengan masalah kewangan yang meruncing.
4.
Kesimpulannya,
semua pihak perlu menyedarkan remaja tentang pengurusan kewangan yang cekap
agar hidup mereka lebih terjamin.
Soalan 2(a): Petikan Umum
(i) Maksud rangkai kata sumber yang terhad. - punca
yang terbatas / sedikit 2 m
- sumber yang terbatas 1 m
- punca yang terhad 1 m
(ii) Punca golongan muda diisytiharkan muflis.
-
Ketidakcekapan menguruskan kewangan sendiri. 1
-
Kegagalan perancangan kewangan yang baik. 1
-
Kurangnya pendidikan mengenai kaedah berbelanja secara berhemat. 1
[Isi cukup: 2 isi]
(iii)
Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan remaja terjebak dengan
skim-skim
pelaburan
cepat kaya.
- Kerajaan /
institusi kewangan mengadakan kempen menggalakkan remaja melabur melalui
institusi
kewangan /
pihak yang berautoriti supaya pelaburan
dijamin sah di sisi undang-undang.
- Kerajaan /
institusi kewangan / memberikan pendedahan kepada remaja tentang skim-skim
pelaburan
yang tidak sah dan hanya bertujuan untuk mengaut keuntungan sahaja.
- Kerajaan /
institusi kewangan menganjurkan seminar berkaitan ilmu pengetahuan asas
pelaburan
supaya
remaja boleh membezakan antara pelaburan yang sah atau tidak sah di sisi
undang-undang.
- Media massa
memaparkan syarikat-syarikat pelaburan berasaskan skim cepat kaya kepada
masyarakat
melalui akhbar / majalah / berita supaya kegiatan penipuan mereka terbongkar.
- Ibu bapa
sentiasa mengingatkan remaja tentang bahaya / kesan negatif / kerugian jika
remaja
melibatkan
diri dalam pelaburan skim cepat kaya.
- Masyarakat
sentiasa melaporkan kegiatan syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan
cepat
kaya supaya
pihak berkuasa dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
- Remaja perlu
sentiasa mencari informasi / maklumat berkaitan sektor-sektor pelaburan yang
sah dan
memberikan
pulangan yang menguntungkan.
- Remaja perlu
bersikap lebih berhati-hati apabila disogokkan dengan skimskim pelaburan yang
menawarkan
keuntungan secara berlipat ganda supaya tidak mudah tertipu dengan tawaran.
( isi cukup 3 )
Soalan 2 (b) –
Petikan Drama
(i)
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Penghayatan Sastera dan
Budaya (PPSB) ialah:
- Pelajar akan diperkenalkan dengan puisi tradisional
dan moden, seperti syair, pantun,
seloka,
gurindam dan nazam.
- Pelatih akan dibahagikan dalam kumpulan.
- Setiap kumpulan akan membuat persembahan pentas
selama 10 minit
[Isi
cukup: 2 isi]
(ii) Langkah-langkah yang perlu
dilakukan untuk memartabatkan bidang kesusasteraan tanah air ialah:
- Pihak
Kementerian Pendidikan menjadikan subjek kesusasteraan sebagai subjek elektif
di semua sekolah.
- Pihak
Kementerian Pendidikan memperkasakan subjek kesusasteraan di peringkat sekolah
- Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran bagi menarik minat pelajar terhadap subjek
berkenaan /
tayangan video / lakonan
- Sekolah menjemput tokoh sastera/budaya/sasterawan
untuk berkongsi ilmu pengetahuan/pengalaman.
- Sekolah menggiatkan aktiviti sastera dalam
pertandingan kebahasaan. - Pihak kerajaan mempergiat kempen mempelajari
bidang kesusasteraan.
- Dewan Bahasa dan Pustaka / NGO mengadakan bengkel /
seminar berkaitan bidang kesusasteraan secara
berterusan.
- Ibu bapa menggalakkan / mengajak anak-anak membaca
buku-buku sastera.
- Media massa membanyakkan rancangan berunsurkan
sastera
[Isi cukup: 2 isi]
(iii) Satu nilai yang terdapat dalam
petikan teks :-
- Nilai patriotisme
Contoh: Walau maju macam mana sekalipun sesuatu bangsa itu, mereka
tetap
memegang jati diri
bangsa mereka. 1+1
- Nilai kerjasama
Contoh: Setiap kumpulan membuat persembahan pentas selama 10 minit. 1+1
- Nilai bertanggungjawab / cinta akan ilmu / nasihat-menasihati Contoh:
Cikgu Dahari menasihati Nora
supaya
mementingkan ilmu pengetahuan walaupun apa-apa bidang yang diceburinya. 1+1
Satu nilai lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam
petikan
- Nilai amanah Contoh: Posmen yang amanah dalam
menjalankan tugas. 1+1
- Nilai kasih sayang Contoh: Nek Sinah menyayangi
Aiman seperti cucunya sendiri. 1+1
- Nilai ketegasan Contoh: Bapa Aiman tegas tidak mahu
membantunya mendapatkan pengecualian untuk
menghadiri kem
PLKN. 1+1
[Isi
cukup: 2 isi]
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional
(i) Maksud rangkai kata sesaat itu juga
ditalak baginda
- Pada masa / waktu / ketika itu juga /
jua diceraikan oleh Duli Yang Dipertuan / Sultan 2
- Sesaat itu juga / jua diceraikan oleh
Duli Yang Dipertuan / Sultan 1
- Pada masa / waktu / ketika itu juga /
jua ditalak baginda 1
-
Dengan pantas / segera diceraikan oleh Sultan 0
[maksimum
: 2 markah]
(ii) Reaksi Sultan setelah Seri Nara
Diraja bersetuju untuk mengahwini Tun Kudu
- Menceraikan Tun Kudu / sesaat itu juga
ditalak baginda 1
- Menghantarnya ke rumah Paduka
Raja 1
- Memberikan belanja / wang perbelanjaan
/ nafkah 1
- Menyuruh berkahwin dengan Seri Nara
Diraja 1
[Isi
cukup: 2 isi]
(iii) Cara-cara yang perlu dilakukan
untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan setiap pasangan
- Bertoleransi / bertanggungjawab /
hormat-menghormati antara pasangan 1
- Rujuk ibu bapa / orang yang
berpengalaman / pakar / kaunselor sekiranya
menghadapi
masalah
dalam rumah tangga 1
- Berkomunikasi secara berkesan 1
- Beriadah / melancong / bercuti /
berekreasi bersama-sama 1
- Saling berkongsi masalah kerja /
kewangan / peribadi yang dihadapi 1
- Menghadiri kursus / ceramah / program
keluarga bahagia 1
- Mendalami ilmu agama / membaca buku
agama 1
[Isi cukup: 2 isi]
Soalan 2(d)
: Sajak
(i) Setelah penyajak membaca langit, penyajak
dapat melihat
-
Pohon-pohon kayan / pokok-pokok kayu rapuh / reput 1
- Dahan dan ranting terkulai /
patah 1
-
Daun-daun berguguran (helai demi helai) 1
[Isi cukup: 2 isi]
(ii) Pada pendapat saya, segelintir
remaja kini tidak menggunakan bahasa Melayu yang betul semasa
berkomunikasi kerana
- Beranggapan bahawa bahasa Melayu itu
tiada kelasnya yang tersendiri 1
- Malu untuk menggunakan bahasa
Melayu 1
- Trend remaja kini yang menggunakan
bahasa slanga 1
- Latar belakang keluarga / pengaruh
keluarga yang menggunakan bahasa asing /
dialek daerah / negeri 1
- Terpengaruh dengan rakan / media massa
/ rancangan televisyen / artis
pujaan 1
[Isi cukup: 2
isi]
(iii) Dua persoalan daripada sajak ialah
- Persoalan keindahan alam ciptaan Tuhan
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan
oleh Tuhan
yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran
gunung. 1+1
- Persoalan kedaulatan bahasa Melayu
yang kian hilang Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama
semakin kurang orang yang
mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan. 1+1
- Persoalan kesedihan pejuang bahasa
terhadap nasib bahasa Melayu Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta
akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak
dimartabatkan. 1+1
- Persoalan bahasa sebagai maruah bangsa
Contoh : Bahasa Melayu harus
dipertahankan dan dimartabatkan
oleh semua
warga agar tidak terpinggir. 1+1 - Persoalan jati diri anak bangsa yang semakin terancam. Contoh : Bangsa
Melayu kian terhakis adab dan
akhlak akibat daripada kemodenan negara.
1+1
(2 isi dengan huraian yang lengkap mencukupi untuk markah maksimum)
Jawapan 3(a) – Morfologi (binaan ayat)
(i) merebus 1.
memasak sesuatu dalam air, menggodok : merebus keledek, merebus air
(ii) mereneh 1. mendidih 2. meleleh (air mata dll)
(iii) menanak 1.
memasak nasi (dalam periuk, kawah, dll)
2. memasak sesuatu dengan merebusnya
sahaja : menanak kentang
(iv) mencelur 1. memasukkan (mencelupkan) sesuatu
(sayur dsb) untuk beberapa
ketika ke dalam air panas (supaya lembut)
(v) mengukus 1. memasak atau memanaskan sesuatu dengan
menggunakan wap air
mendidih 2. memanaskan cairan (seperti air dll) hingga
menjadi wap yang kemudian
bertukar semula
menjadi cairan
(vi) menjerang 1.
meletakkan (periuk dll) di atas api untuk memasak 2.
memasak : memasak nasi
( 6 markah )
Jawapan 3(b) – Sintaksis (ayat majmuk)
-
Melaka merupakan destinasi pelancongan kerana mempunyai bangunan- bangunan bersejarah dan tempat-
tempat menarik.
2
-
Kerajaan negeri mengadakan pelbagai usaha mempromosikan Melaka dengan
mengadakan kempen Melawat
Melaka Bererti Melawat Malaysia supaya Melaka lebih dikenali oleh
pelancong-pelancong. 2
-
Peluang pekerjaan terbuka luas apabila banyak pelancong mengunjungi
Melaka sehingga ekonomi Melaka
meningkat. 2
[Maksimum : 6 markah]
Jawapan 3(c) – Kesalahan Ejaan dan
Imbuhan
(i) mensifatkan - menyifatkan tempuh
- tempoh
(ii) definasi - definisi rujukan - merujuk
(iii) mengimbas
- pengimbas disetiap - di setiap
[Maksimum : 6
markah]
Jawapan 3(d) – Kesalahan Istilah/kata
dan tatabahasa
(i) pemberian - penyampaian semua pelajar-pelajar - semua pelajar / pelajar-pelajar
(ii) membacakan - mendeklamasikan oleh kerana - oleh
sebab
(iii) berapa - beberapa menaiki - mendaki
[Maksimum :
6 markah]
Jawapan 3(e) - Peribahasa
(i) Di mana bumi dipijak, di situ
langit dijunjung.
(ii) Masuk kandang kambing mengembek, masuk
kandang kerbau menguak.
(iii) Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
(iv) Tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas.
(v) Malu berkayuh perahu hanyut,
malu bertanya sesat jalan.
(vi) Seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing.
[Maksimum :
6 markah]
4 (a) Dua konflik antara watak yang
terdapat dalam novel tersebut.
Novel
|
Konflik
(1m)
|
Huraian
(1m)
|
Leftenan
Adnan Wira Bangsa
|
Konflik antara penduduk kampung.
|
Lebai Pian mempertikaikan tindakan Pak
Saidi yang menghantar anaknya, Adnan ke sekolah Inggeris.
|
Konflik antara anak dengan ibu.
|
Ibu Adnan, Mak Milah tidak bersetuju
dengan cita-cita Adnan yang ingin menjadi tentera dan lebih suka anaknya
menjadi guru tetapi Adnan tetap dengan cita-citanya untuk menjadi askar.
|
|
Konflik antara rakan sekampung.
|
Adnan dan Budin hampir bertumbuk
akibat perasaan tidak puas hati Budin kerana pasukan bola sepaknya kalah
dalam pertandingan.
|
|
Novel
|
Konflik
(1m)
|
Huraian
(1m)
|
Tirani
|
Konflik antara rakan sekolah.
|
Waheeda amat marah kepada
kawan-kawannya sewaktu di sekolah kerana mereka mengejeknya dengan panggilan
Eda Keropok (hidungnya penyek) dan wajahnya berjerawat.
|
Konflik antara suami dengan isteri
|
Waheeda menghadapi konflik apabila
Zahid menuduhnya berlaku curang dan mempertikaikan status anaknya setelah
meneliti ciri-ciri fizikal yang terdapat pada bayi perempuannya itu.
|
|
Konflik antara menantu dengan bapa
mentua.
|
Waheeda tidak bersetuju dengan bapa
mentuanya yang ingin menggabungkan Hotel Seri Gading dan Chalet Tajau Emas
menjadi satu syarikat perniagaan.
|
|
Novel
|
Konflik
(1m)
|
Huraian
(1m)
|
Jendela
Menghadap Jalan
Konflik
|
Konflik antara suami dengan isteri.
|
Hampir 10 tahun Che Jah dan
anak-anaknya menjadi mangsa penderaan suaminya, Seman yang pulang lewat
malam. Akibat kesan alkohol dan kalah judi mereka sering dibelasah oleh
Seman.
|
Konflik antara masyarakat kampung.
|
Penduduk Kampung Sentosa menghadapi
konflik tentang isu peletakan kubah yang baharu di masjid lama atau di masjid
baharu yang akan dibina.
|
|
Konflik antara generasi muda dengan
golongan tua.
|
Danel yang mewakili generasi muda hari
ini lebih gemar memilih rawatan moden untuk mengubati penyakit bapanya namun
bapanya memilih rawatan tradisional yang diusahakan oleh datuk Lili.
|
|
Novel
|
Konflik
(1m)
|
Huraian
(1m)
|
Songket
Berbenang Emas
|
Konflik antara bapa dengan anak.
|
Dahlia tidak bersetuju dengan tindakan
bapanya, Embong yang ingin menghantar ibunya, Saleha ke hospital bahagia
untuk mendapatkan rawatan lanjut.
|
Konflik antara anak murid dengan guru.
|
Cikgu Salwani tidak membenarkan Dahlia
keluar dari asrama untuk tinggal di rumah tetapi Dahlia berdegil dan terus
meninggalkan asrama tanpa kebenaran gurunya.
|
|
Konflik antara ibu mentua dengan
menantu.
|
Nek Kiah tidak suka akan perkahwinan
antara anaknya, Saleha dan Embong dan sering membanding-bandingkan keluarga
mereka yang hidup miskin dengan anak-anak Nek Kiah yang lain.
|
|
Novel
|
Konflik
(1m)
|
Huraian
(1m)
|
Pantai
Kasih
|
Konflik antara suami dengan isteri.
|
Dr Sadiz meminta Dr Raiha menggugurkan
kandungan apabila mengetahui anak yang dikandungnya itu OKU tetapi tidak
dipersetujui oleh Dr Raiha.
|
Konflik antara menantu dengan mentua.
|
Bapa Dr Raiha kurang bersetuju dengan
perkahwinan Dr Raiha dengan Dr Sadiz kerana usia Dr Sadiz yang hampir sebaya
dengannya.
|
|
Konflik antara majikan dengan pekerja.
|
Dr
Uwang berasa tersinggung
apabila Dr Raiha mempersoalkan sebab-sebab Unong Siron dibedah sebanyak lima
kali pada tempat yang sama.
|
|
Konflik antara pekerja dengan ketua.
|
Felicia berasa tersinggung apabila Dr
Raiha menegur sikap kasarnya terhadap ibu Unong Siron.
|
|
Novel
|
Konflik
(1m)
|
Huraian
(1m)
|
Bimasakti
Menari
|
Konflik antara ahli perniagaan.
|
Dato’ Johan menganggap Tan Sri
Muhaimin sebagai musuhnya dalam projek pembangunan di Kuala Selangor.
|
Konflik antara pasangan suami isteri.
|
Perbezaan prinsip antara Tan Sri
Muhaimim dan Maryam Wickham menyebabkan mereka berpisah.
|
|
Konflik antara pekerja dengan majikan.
|
Nurul Hafsa merasa tidak puas hati
apabila majikannya Pn Foziah menasihatinya agar tidak mengharapkan sebarang
tindakan diambil berhubung laporannya terhadap masalah alam sekitar di Kuala
Selangor.
|
|
Novel
|
Konflik
(1m)
|
Huraian
(1m)
|
Di
Sebalik Dinara
|
Konflik antara suami dengan isteri.
|
Karl seorang ateis mahu isterinya,
Rusmina meninggalkan agama yang dianutinya. Disebabkan keengganan Rusmina,
dia didera sehingga cacat
|
Konflik antara rakan sekerja.
|
Alia berasa tidak puas hati kerana
Farisha dapat berinteraksi secara bawah sedar dengan Karl. Keadaan ini
menimbulkan rasa marah kepada Alia kerana dia tidak terpilih untuk
melaksanakan tugasan itu.
|
|
Konflik antara penyelidik/saintis
dengan pembantu penyelidik.
|
Marilyn / Medina merupakan pembantu
penyelidik kepada Karl. Dia telah mensabotaj ingatan pembantunya itu dan
menyebabkan wanita itu menjadi tidak waras kerana menganggap Marilyn / Medina
sebagai pesaingnya.
|
|
Novel
|
Konflik
(1m)
|
Huraian
(1m)
|
Silir
Daksina
|
Konflik antara suami dengan isteri.
|
Abdullah bin Kayan seorang berjiwa
seni sibuk dengan dunia seni manakala isterinya pula seorang yang suka
berniaga. Kecenderungan mereka yang berbeza menyebabkan mereka sering
bertelagah sehingga bercerai.
|
Konflik antara ibu dengan anak.
|
Konflik antara Haiqal dan ibunya
timbul apabila Haiqal ingin menjejaki manuskrip yang separuh jalan yang
ditinggalkan oleh bapanya. Manuskrip itu menarik minatnya untuk mengenali
arwah ayahnya dengan lebih dekat.
|
|
4 (b)
Satu peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian bagi setiap novel
tersebut.
Novel
|
Peristiwa
menggambarkan nilai keberanian (1m)
|
Huraian
(2m)
|
Leftenan
Adnan Wira Bangsa
|
Peristiwa keberanian Leftenan Adnan
mempertahankan Bukit Candu.
|
Di puncak Bukit Candu Adnan memimpin
pasukannya untuk terus mempertahankan kubu yang strategik itu. Selain ramai yang terkorban, pasukan mereka juga
telah kehabisan peluru namun mereka tidak mengalah untuk mempertahankan tanah air daripada
jatuh ke tangan penjajah.
|
Peristiwa keberanian Pak Saidi melawan
tentera Jepun.
|
Tentera Jepun telah ke rumah Pak Saidi
untuk mencari keluarga Adnan. Pak Saidi telah mempertahankan keluarganya dan
telah berjaya membunuh beberapa orang tentera Jepun.
|
|
Novel
|
Peristiwa
menggambarkan nilai keberanian (1m)
|
Huraian
(2m)
|
Tirani
|
Peristiwa keberanian Waheeda mengambil
risiko membuat pinjaman untuk memajukan perniagaan.
|
Waheeda membuat pinjaman baharu
daripada tabung usahawan siswazah Bank Pembangunan untuk membeli chalet Iwana
Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya Abdul Aziz Imran.
|
Peristiwa keberanian Waheeda
menghadapi tuduhan negatif suaminya.
|
Waheeda menjelaskan kepada Dr Qamariah
bahawa dia tidak takut akan tuduhan nusyuz yang dilemparkan oleh suaminya,
Zahid. Hal ini kerana dia sangat yakin bahawa dia tidak pernah berlaku
curang.
|
|
Novel
|
Peristiwa
menggambarkan nilai keberanian (1m)
|
Huraian
(2m)
|
Jendela
Menghadap Jalan
Konflik
|
Peristiwa keberanian Danel
menyelamatkan mangsa culik.
|
Lili telah menjadi mangsa culik oleh
Rafiq dan Haziq dan disembunyikan di sebuah rumah usang. Danel yang
mengetahui tempat persembunyian mereka telah datang seorang diri untuk
menyelamatkan Lili.
|
Peristiwa keberanian Lili untuk
membuat aduan tentang isu keganasan rumah tangga.
|
Lili berani menyuarakan permasalahan
rumah tangga Cik Jah dan suaminya kepada Puan Hamimah iaitu pegawai Jabatan
Kebajikan Masyarakat
|
|
Novel
|
Peristiwa
menggambarkan nilai keberanian (1m)
|
Huraian
(2m)
|
Songket
Berbenang Emas
|
Peristiwa keberanian Dahlia terjun ke
dalam sungai.
|
Dahlia sanggup terjun ke dalam sungai
yang deras untuk menyelamatkan nyawa Said.
|
Peristiwa keberanian Embong membunuh
seekor ular.
|
Embong berani melawan dan berjaya
membunuh ular sawa di ladang kelapa sawit. Ular sawa telah membelit badan
Embong ketika dia mencari buluh di kawasan kelapa sawit.
|
|
Novel
|
Peristiwa
menggambarkan nilai keberanian (1m)
|
Huraian
(2m)
|
Pantai
Kasih
|
Peristiwa keberanian Raiha
mempertikaikan kegagalan pembedahan yang telah dijalankan.
|
Dr Raiha berani mempertikaikan
kegagalan majikannya, Dr Uwang dalam menjalankan pembedahan terhadap Unong
Siron sehingga pesakit itu dibedah sebanyak 6 kali.
|
Peristiwa keberanian Dr Raiha
mempertahankan kebenaran.
|
Dr. Raiha hadir ke mahkamah
semata-mata mempertahankan dirinya daripada tuduhan Dr Sadiz tentang kes
kematian anaknya Rohayu. Raiha tidak gentar bersemuka dengan suaminya di
mahkamah
|
|
Novel
|
Peristiwa
menggambarkan nilai keberanian (1m)
|
Huraian
(2m)
|
Bimasakti
Menari
|
Peristiwa keberanian Muhammad Taufik
bersemuka dengan penjenayah.
|
Setelah keluar dari hospital, Muhammad
Taufik berani bersemuka dengan penjenayah di stesen Petronas untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa
|
Peristiwa keberanian Nurul Hafsa
membuat laporan kes penculikan kepada polis.
|
Nurul Hafsa membuat laporan kes
penculikan kepada polis.
Nurul Hafsa berani melaporkan kejadian
penculikan yang telah berlaku kepada dirinya demi menyelamatkan Taufik. Dia
telah membuat laporan polis dengan bantuan pemandu van sekolah yang
ditahannya ketika dia berjalan seorang diri.
|
|
Novel
|
Peristiwa
menggambarkan nilai keberanian (1m)
|
Huraian
(2m)
|
Di
Sebalik Dinara
|
Peristiwa keberanian Azraai
mendedahkan identiti sebenar adik angkatnya.
|
Azraai berani mengambil risiko untuk
memberitahu Farisha bahawa adiknya merupakan anak angkat kepada ibu bapa
mereka walaupun dia tahu adiknya akan berasa sedih akan hakikat tersebut.
|
Peristiwa keberanian Karl
menyelamatkan anaknya daripada ancaman.
|
Marilyn / Medina berani melarikan
Farisha daripada Karl untuk menyelamatkan Farisha daripada menjadi bahan uji
kaji. Farisha akhirnya diserahkan kepada ibu Azraai sebagai anak angkat.
|
|
Novel
|
Peristiwa
menggambarkan nilai keberanian (1m)
|
Huraian
(2m)
|
Silir
Daksina
|
Peristiwa keberanian Haiqal bermusafir
demi amanat ayahnya.
|
Haiqal tidak pernah pergi ke kampung
ayahnya di Johor. Dari Terengganu dia berani menaiki bas seorang diri
sehingga sampai ke Batu Pahat walaupun dihalang oleh ibunya
|
Peristiwa keberanian Tauke Ong
memulakan kehidupan di tempat yang asing baginya.
|
Tauke Ong yang berbeza latar budaya
dan agama mengambil tindakan berani untuk
berpindah dan menetap di Kampung Seri Purnama yang majoritinya dihuni
oleh masyarakat Melayu.
|
CONTOH KARANGAN PELAJAR.
Kepentingan Memiliki
Keluarga Bahagia
Persis mutiara kata cendiakawan
Islam, keluarga bahagia mampu melahirkan
insan yang kompleks dari segi fizikal, intelektual, emosi dan rohani. Apakah
yang kita fahami mengenai keluarga bahagia? Apakah keluarga bahagia itu sekadar
mempunyai anak yang cemerlang dalam pendidikan sahaja ? Tidak. Keluarga bahagia
bermaksud , keluarga yang seimbang dari segi emosi, jasmani dan kasih
sayangnya.Manusia yang semakin alpa dengan teknologi dunia yang semakin canggih,
dan ketua keluarga yang semakin lupa
mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga, menyebabkan institusi
keluarga bahagia kian luput dan makin pupus dalam dunia pada masa ini. Oleh
itu, kita sebagai pewaris dunia era globalisasi ini, sewajarnya membina sebuah
keluarga yang bahagia, agar kehidupan generasi seterusnya dapat hidup dengan
aman dan damai.Persoalannya, apakah kepentingan memiliki keluarga bahagia ?
Komen guru,
Pengenalan Hafiz
perlu diperbaik, kerana fokus Hafiz hanya kepada masalah pendidikan umum tidak memfokus
kepada kelas agama, seperti sekolah agama rakyat. Untuk kematangan, selitkan perspektif
Islam, dan konsep Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan seimbang serta
masalah moral dan jenayah.
Ubah suai dan cadangan:-
Keluarga bahagia menurut perspektif Islam adalah sebuah
keluarga mementingkan akidah dan perjalanan kehidupan institusi keluarga ini sentiasa merujuk syariat agama,
sehingga melahirkan keluarga yang
barokah, sakinah, mawaddah, dan warahmah. Ibu bapa sebagai nakhoda institusi
keluarga perlu bijak membenih dan mencorak ahli keluarganya agar
kehidupan mereka sentiasa berlandaskan agama seterusnya melahirkan suasana keluarga bahagia kerana “Rumahku Syurgaku.”
Malangnya, pada zaman globalisasi ini, manusia lebih bersikap individualistik
dan materialistik, lebih mementingkan kebahagian duniawi daripada syurgawi
tanpa mengutamakan kemenjadian insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelektual sebagaimana terlakar dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Impaknya, institusi keluarga pada alaf 21 ini sering porak peranda, anak-anak
tidak menghormati ibu bapa, kejadian jenayah dalam masyarakat semakin
menjadi-jadi, dan amat menyedihkan berlakunya subang mahram, dan bapa yang
sepatutnya mempertahankan keselamatan dan kebajikan anak-anak tetapi mereka bersikap sebaliknya seperti
“haruan memakan anaknya sendiri.” Gejala remaja lari daripada rumah sering terpapar di dada akhbar. Kenapakah semua kebejatan moral dan sosial ini berlaku dalam kalangan masyarakat, ketika negara semakin maju? Jawapannya, tiada sinar keluarga bahagia dalam kalangan institusi yang kita perkatakan ini. Oleh itu,
kita sebagai pewaris dunia era globalisasi ini, sewajarnya berusaha untuk membina
sebuah keluarga yang bahagia agar
kehidupan generasi seterusnya dapat hidup dengan aman dan damai. Persoalannya,
apakah kepentingan memiliki keluarga bahagia ?
Antara kepentingan memiliki keluarga
bahagia ialah kita dapat mengukuhkan lagi institusi keluarga kerana apabila
keluarga bahagia dapat dijalinkan, maka hubungan antara ahli keluarga semakin
akrab bagai aur dengan tebing dan bagai isi dengan kuku. Hal ini demikian kerana
apabila kita saling mengenali ahli keluarga secara azalinya nilai murni ini
akan memupuk semangat kekeluargaan yang melahirkan
nilai kasih yang amat tinggi pada setiap ahli keluarga, justeru dapat
mengukuhkan lagi institusi keluarga. Contohnya, apabila seseorang itu mengasihi
ahli keluarganya maka keluarga menjadi keutamaanya berbanding dunia yang fana
ini.Sekiranya institusi keluarga ini tidak dapat dikukuhkan maka lahirlah satu
generasi yang saling tidak mengasihi antara satu sama lain. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa institusi keluarga dapat dikukuhkan sekiranya kita memiliki
keluarga bahagia.
Komen guru,
Pertama binaan ayat
isi Hafiz boleh diperbaiki kerana ayat pertama pengenalan isi bercampur baur
dengan huraian dan fokus ayat isi agak tenggelam. Selain itu, cuba elakkan
menggunakan ayat tajuk untuk memulakan karangan kerana penggunaan ayat
berkenaan akan menyebabkan Hafiz gagal membina ayat sendiri dengan lebih baik.
Penggunaan ayat isi karangan berpandu menyebabkan Hafif terkonkong dan tidak
bebas untuk membina ayat sendiri. Kedua, Hafiz masih masih gagal memberi contoh
yang mantap berkenaan nilai kasih sayang yang terdapat dalam keluarga. Apa yang
Hafiz tulis umum.
Cadangan penambahbaikan.
Pertama, keluarga bahagia amat
penting kerana dapat mengukuhkan
institusi keluarga yang diimpikan oleh setiap manusia di muka bumi
ini. Antara faktor utama untuk melahirkan kekukuhan institusi
kekeluargaan adalah dengan keakraban hubungan setiap ahli keluarga. Secara azalinya
hubungan antara ahli keluarga yang mantap
akan melahirkan sikap tolong-menolong bagai aur dengan tebing dan bagai
isi dengan kuku untuk melahirkan keluarga bahagia kerana “ Rumahku, Syurgaku.” Bahkan
juga, sikap tolong menolong ini akan melahirkan nilai kasih sayang, nilai
ikhlas, nilai patuh kepada ketua keluarga. Siapakah yang bertanggungjawab
memainkan peranan utama untuk mewujudkan nilai murni ini? Ibu bapalah orang bertanggungjawab
menyemai dan membenihkan nilai murni ini kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu
bapalah berperanan mencorakkannya. Seyogia usaha untuk mencorak keperibadian
mulia ini perlulah bermula ketika anak-anak masih kecil ibarat ‘melentur buluh
biarlah daripada rebungnya.’ Apabila seseorang anak menyayangi ahli keluarganya
mereka tidak akan membenarkan ahli keluarganya berada dalam kesedihan.
Contohnya sebagai seorang anak mereka akan sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka
seperti belajar bersungguh-sungguh dan mengembirakan ibu bapa mereka dengan
menghadiahkan mereka keputusan peperiksaan cemerlang. Bahkan juga, sebagai
seorang anak, mereka akan sentiasa mengikut perintah ibu bapa kerana jika
mereka mengeleng kepala sahaja, mereka akan dianggap menderhaka , apatah lagi
melawan arahan ibu bapa mereka. Jika, anak-anak bersikap sedemikian rupa dan
sentiasa saling menolong mengukuhkan institusi keluarga, maka ibu bapalah orang
paling gembira kerana berjaya membentuk kemenjadian anak-anak mereka. Tambahan
pula, anak-anak berjaya dan berkerjaya
akan dapat merubah status ekonomi keluarga daripada keluarga daif kepada
keluarga berjaya. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa institusi keluarga dapat dikukuhkan sekiranya kita memiliki
keluarga bahagia.
Dalam pada itu, keluarga bahagia juga dapat
melahirkan anak-anak yang berjaya dari segi fizikal, intelektual, emosi dan
rohani.Hal ini demikian kerana keluarga bahagia mempunyai satu cara mendidik
yang cemerlang yang memberi kesan terhadap perkembangan anak-anak. Apabila
anak-anak terdidik dari keluarga yang cemerlang maka lahirlah seorang insan
yang mampu menggegarkan dunia, lantas membina satu perubahan yang mungkin
memberi satu kemudahan kepada manusia seantero dunia. Hal ini terbukti apabila
kebanyakan pelajar berjaya merupakan pelajar yang berasal daripada keluarga
bahagia walaupun serba kekurangan. Natijahnya, keluarga bahagia mampu
melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum.
Komen guru:-
Isi perenggan kedua. Beri penekanan kepada sitem
pendidikan biasa dan agama, untuk melahirkan pelajar seimbang.
Cadangan dan penambahbaikan
Dalam pada itu, keluarga bahagia juga dapat
melahirkan anak-anak yang berjaya di dunia mahupun akhirat. Hal ini demikian
kerana seorang ibu bapa yang bertanggungjawab akan sentiasa mengimbangi
pendidikan anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak perlu diberikan
pendidikan duniawi dan syurgawi. Sebagai seorang bapa yang perpandangan jauh mereka
akan berusaha menghantar anak-anak ke sekolah, dan menghadiri kelas tuisyen
agar anak-anak mereka akan berjaya dalam bidang pendidikan dan berkerjaya
ketika mereka dewasa kelak. Pada masa yang sama, mereka juga menghantar anak
mereka ke kelas agama. Sediakan payung sebelum hujan, begitulah hakikatnya pada
alaf modenisasi dan globalisasi sekarang, kejayaan anak-anak jika tidak
diibangi kedua-dua aspek pendidikan iaitu pendidikan duniawi dan syurgawi
anak-anak akan mudah terjebak melakukan unsur jenayah seperti rasuah, pecah
amanah, dan bersikap individualistik serta materalistik. Apabila anak-anak
terdidik dari keluarga yang cemerlang dan beragama maka lahirlah seorang insan
yang mampu menggegarkan dunia, lantas membina satu perubahan yang mungkin
memberi satu kemudahan kepada manusia seantero dunia. Hal ini terbukti apabila
kebanyakan pelajar berjaya merupakan pelajar yang berasal daripada keluarga
bahagia walaupun serba kekurangan. Natijahnya, keluarga bahagia mampu
melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum serta
pendidikan agama sebagai pendiding untuk mengelak diri mereka daripada terjebak
sebarang unsur tidak bermoral yang berleluasa sekarang.
Selain itu, institusi keluarga
bahagia mampu memupuk sikap-sikap positif dalam ahli keluarga. Hal ini demikian
kerana keluarga bahagia sentiasa bersikap toleransi dan mengamalkan nilai-nilai
murni yang baik menyebabkan ahli keluarga mudah terpengaruh untuk turut
mengamalkan nilai murni tersebut. Anak-anak mudah terikut dengan sikap yang
ditunjukkan oleh ibu bapa kerana bagi mereka ibu bapa merupakan suri teladan. Persis
kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya kerana ayah borek, anak
rintik. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menunjukkan contoh perilaku yang baik di
hadapan mahupun di belakang anak-anak. Contohnya, ibu bapa menggunakan bahasa
yang gramatis dan berminda kelas pertama
serta mempunyai pengetahuan agama dan sentiasa mengelak diri mereka
daripada melakukan perkara tidak bermoral seperti rasuah, mengambil harta
anak-anak yatim, menipu dan sebagainya akan membentuk sifat-sifat positif dalam
kalbu anak-anak mereka . Ibu bapa suri teladan dan anak-anak sentiasa melihat
kerja buat ibu bapa setiap hari. Sekiranya sikap-sikap positif ini tidak dapat
dipupuk dalam ahli keluarga, anak-anak yang akan mudah terjebak melakukan
perbuatan yang menyalahi undang-undang dan akan melahirkan generasi perosak
pentadbiran dan kemajuan negara. Tuntasnya, keluarga bahagia mampu membentuk
sikap-sikap positif dalam diri ahli keluarga.
Perenggan isi ketiga, baik.
Akhir kalam, “rumahku syurgaku” merupakan
satu tema yang patut dijadikan tujuan utama bagi setiap keluarga di negara
kita. Hal ini demikian kerana apabila tujuan utama kita merupakan suatu perkara
yang murni maka kita akan berusaha untuk mencapainya. Justeru, betulkan niat
kita sebelum melakukan perkara kerana keberkatan terletak pada niat.
Penutup tidak mantap dan binaan ayat kurang menarik.
Idea dan huraian tidak berkembang. Perenggan pendek dan
tidak seimbang berbanding perenggan lain. Hafiz tidak dapat mengaitkan slogan "Rumahku, Syurgaku " dengan pembentukan keluarga bahagia.
Cadangan penambahbaikan perenggan penutup.
Akhir kalam, “Rumahku, Syurgaku” merupakan slogan dan tema hasil daripada pembentukan keluarga bahagia.
Hal ini demikian kerana apabila terbentuknya keluarga bahagia setiap semua isi
rumah akan mendapat rahmatnya. Bagi setiap ahli keluarga yang tinggal sebumbung
mereka sentiasa ceria, mereka saling mempercayai, saling membantu, saling
menghormati dan sentiasa mengekalkan keharmornian keluarga. Apabila berlakunya
sebarang bencana atau masalah, hubungan antara isi rumah ini akan sentiasa
bertaut kerana bagi mereka, cubit peha kanan, peha kiri terasa, sakit sama di rasa
dan gembira sama dikongsi. Segala masalah yang dihadapi oleh setiap ahli
keluarga akan dirungkai bersama ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut
tidak putus dan tepung tidak berterabur. Oleh sebab itu, keluarga bahagia ini
sering menghabiskan masa berada di rumah pada masa lapang, dan sering berusaha
menceriakan rumah secara berkerjasama. Setiap ahli keluarga bahagia ini sentiasa
bersyukur kepada Tuhan dan keberadaan mereka di dalam keluarga sentiasa
dihargai. Bahkan juga keluarga bahagia ini sering menjadi buah mulut masyarakat
dan kebahagian keluarga seperti ini sering menjadi contoh jiran-jiran yang
tinggal berhampiran. Oleh sebab itu, ada kalangan ketua keluarga jiran tetangga tidak segan silu merujuk masalah keluarga yang dihadapi dalam keluarganya untuk dirungkaikan dengan nasihat serta petua daripada keluarga bahagia berkenaan. Tegasnya, setiap ahli keluarga perlu memperbetul niat dan
sentiasa ikhlas kerana kejayaan pembetukan keluarga bahagia terletak kepada
keberkatan dan pada niat setiap ahli keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan