Alhamdulillah kelas tuisyen ini wujud atas kesedaran untuk menggapai keputusan A+, A, dan A- paling minimum sasaran untuk pelajar Kelas 5 Sains amat perlu diteruskan. Saya juga berbangga kerana kehadiran mereka amat membanggakan saya, walaupun ada juga pelajar yang tidak hadir atas sebab kesihatan dan masalah kenderaan untuk hadir. Namun, saya bertambah berbangga kerana ada kalangan pelajar sanggup untuk mengambil pelajar yang menghadapi masalah pengangkutan ke kelas tuisyen tetapi timbul pula masalah komunikasi. Saya juga menyatakan hasrat untuk membantu dan menyelesaikan masalah ketidakhadiran pelajar ini almaklum keluarga pelajar SMK Seri Londang terdiri daripada kalangan keluarga sederhana dan ada pada tahap miskin, dan sekurang-kurangnya kerja kebajikan yang saya jalankan selama tiga minggu berturut-turut atas kesedaran pelajar sendiri dan mereka menganggap Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang sukar dan perlu dipelajari. Memang untuk mendapat keputusan setakat C+, B, dan B+ tidak ada masalah untuk 17 orang pelajar Kelas 5 Sains ini tetapi untuk menggapai keputusan cemerlang memerlukan kelas ini diteruskan.
Tambahan pula, kelas tuisyen petang Jumaat ( 2.30 -5.00 petang) keutamaan saya dalah untuk mewujudkan pembelajaran secara santai, kondusif dan tidak membebankan pelajar. Pada masa yang sama, saya cuba menyemak secara cepat sebarang latihan pelajar, dan sebarang kemahiran yang mereka tidak kuasai saya kesan semasa latihan pelajar, saya cuba rungkaikan semasa kelas tuisyen berjalan. Terima kasih saya ucapkan kepada pelajar kelas 5 Sains atas kesudian untuk bersama-sama saya selama tiga minggu berturut, semenjak saya memperkenalkan kelas tuisyen tambahan ini pada 29/9/2017.
FOKUS LATIHAN KELAS TUISYEN PETANG JUMAAT (6/10/2017)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri remaja
dan cara-cara
remaja mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.
Zaman remaja sering kali dikaitkan
dengan alam yang penuh pancaroba kerana inilah alam yang perlu dilalui oleh
setiap insan sebelum menginjak ke alam dewasa. Ahli psikologi memberikan
takrifan usia bagi remaja adalah dalam lingkungan 13 hingga
21 tahun. Usia remaja merupakan usia perubahan atau transisi kanak-kanak kepada
remaja sebelum mereka menjadi dewasa. Fasa transisi merupakan cabaran yang amat
getir buat remaja. Sekiranya mereka gagal mengawal minda atau membuat
pertimbangan yang sewajarnya, hal yang negatif amat mudah terjadi. Remaja akan
mudah terkesan dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Sifat
memberontak wujud dalam diri remaja sekiranya keinginan mereka tidak dipenuhi.
Ahli keluarga seharusnya berperanan mendekati para remaja dengan penuh hikmah
sewaktu mereka melalui fasa transisi ini.
Kebanyakan remaja mudah terdorong dengan
perkara yang berkaitan dengan seksual. Selain itu, pada waktu tertentu, emosi
remaja mudah menjadi tidak stabil. Malahan, ketika ini juga mereka mula berkonflik
dengan diri sendiri, keluarga atau rakan sebaya. Ada kalanya, semua yang
berlaku serba tidak kena dengan jiwa mereka. Dalam era teknologi maklumat dan
komunikasi ini, remaja dilihat sebagai kelompok usia yang paling berisiko
terhadap ancaman sosial yang negatif. Mereka memiliki sifat ingin tahu yang
menebal dan mahu mencuba pelbagai perkara yang dianggap sebagai tindak balas
semula jadi yang wujud dalam diri remaja. Kadang kala, fikiran remaja menjadi
keliru dan bercelaru disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah keluarga,
rakan sebaya dan persekitaran yang kurang memberangsangkan. Lumrahnya, remaja
juga tidak suka dikongkong oleh orang yang lebih tua daripadanya. Seharusnya
para ibu bapa perlu menjadi sahabat terhadap anak remaja mereka. Namun, situasi
inilah yang jarang sekali berlaku dalam kalangan masyarakat.
Sikap sudah terhantuk baru tengadah
perlu dihindari atau dijauhi oleh setiap ahli masyarakat kerana bimbang akan
membawa impak yang lebih buruk.
Potensi atau masa depan remaja pasti akan terjejas sekiranya terlibat dengan
gejala yang negatif. Bukanlah sesuatu yang mudah jika remaja itu ingin kembali
ke pangkal jalan, melainkan mereka mempunyai semangat yang cukup kuat. Sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sokongan dan dorongan daripada
orang yang lebih dewasa seharusnya hadir pada saat-saat mereka memerlukannya.
Sesungguhnya remaja hari ini memerlukan perhatian dan bukannya kritikan
semata-mata. Hal ini demikian kerana remaja merupakan modal insan yang bakal
memacu kecemerlangan negara pada masa akan datang.
Dipetik
dan diubah suai daripada
‘Cabaran
dan Halangan Semasa Transisi Remaja’
oleh
Md Nizar Parman Dewan Siswa, Disember 2016
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) –
Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
i.
Berikan
maksud rangkai kata impak yang lebih buruk. [2 markah]
ii.
Pengarang
menyatakan beberapa peranan pelbagai
pihak amat diperlukan sewaktu para remaja melalui fasa transisi dalam kehidupan
mereka.
Nyatakan peranan-peranan tersebut. [3
markah]
iii.
Remaja
yang hebat merupakan aset bernilai yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara
pada masa hadapan.
iv.
Pada
pendapat anda, apakah peranan pihak kerajaan dalam melahirkan remaja yang hebat
di negara kita? [4 markah]
Soalan
2(b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan drama di
bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Ibu:
Itu pun satu hal. Memalukan keluarga saja. Orang ramai dah heboh. Azmir masuk
Orang Putih. Dia tak mahu jadi orang Melayu lagi. Habis, macam manalah orang
tak kata dia gila. Mak cik sungguh malu sekarang. Nak jumpa orang pun mak cik
dah tak sanggup lagi.
Pelakon
II: Bersabarlah, mak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini buat kita
semua.
Pelakon
III : Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada Azmir mungkin
berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang.
Ibu
: Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga dia masuk ke
universiti.
Arif : Betul mak cik, tetapi … masuk ke universiti
saja belum menjamin seseorang itu mendapat kasih sayang yang secukupnya.
(IBU
dan BAPA berpandangan. Mereka kelihatan semacam rasa bersalah).
Pelakon
I : Pak cik, mak cik … marilah kita sama-sama membantu Azmir. Dia amat
memerlukan perhatian dan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan. Dia
memerlukan semangat dan perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan
hukuman.
Pelakon
II : Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak
tertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan sakit yang
dialaminya menjadi lebih parah.
Arif
: Kami fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir di hospital
dengan segera sebelum terlambat. Dia amat memerlukan kita semua; lebih-lebih
lagi, pak cik dan mak cik. Kami minta diri dulu. Dipetik daripada drama ‘Bukan
Gila’ oleh Sharif Shaary, dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
i.
Berdasarkan
petikan drama, mengapakah Azmir perlu dibantu? [2 markah]
ii.
Seorang
sahabat anda mengalami masalah tekanan perasaan.Sebagai
seorang
yang prihatin, apakah tindakan anda untuk membantu sahabat anda
itu? [3 markah]
iii. Huraikan
satu
latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama di atas dan
satu
latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan drama ini.
[4 markah]
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa
tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka
Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar
Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua
orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada
Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang
berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa
beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja
dalam kampung Seri Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu
maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara
Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah
negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”
Hatta,
maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun
hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja
beristeri?”
Maka
sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”
Maka
titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak orang Kaya
Hitam?”
Maka
sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
Maka
titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”
Dipetik
daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada,”
dalam
antologi Sejadah Rindu,
Kementerian
Pendidikan Malaysia
i. Berdasarkan
petikan tersebut, apakah peristiwa yang terjadi selepas Paduka
Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar? [2 markah]
ii.
Nyatakan
reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila mengetahui perihal Seri Nara
Diraja tidak bermuafakat dengan Paduka Raja. [3 markah]
iii.
Raja
yang adil sentiasa memikirkan kepentingan rakyat dan negara melebihi
kepentingan peribadi.
Pada pendapat
anda, bagaimanakah seorang raja itu boleh memerintah
dengan adil? [4
markah]
Soalan 2(d) – Syair
Baca syair di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
SYAIR BIDASARI
Dengarkan tuan
suatu riwayat, 1
Raja di desa
Negeri Kembayat,
Dikarang fakir
dijadikan hikayat,
Supaya menjadi
tamsil ibarat.
Ada raja suatu
negeri, 2
Sultan halifah
akas bestari,
Asalnya baginda
raja yang bahari,
Melimpah ngadil
dagang senteri.
Harian orang
empunya temasya, 3
Baginda itulah
raja perkasa,
Sangat tiada
merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Seri sultan raja
bestari, 4
Setelah ia sudah
beristeri,
Beberapa bulan
beberapa hari,
Hamillah puteri
permaisuri.
Beberapa lamanya
dalam kerajaan, 5
Baginda duduk
bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh
kedukaan,
Baginda
meninggalkan takhta kerajaan.
Datanglah kepada
suatu masa, 6
Melayanglah
unggas dari angkasa,
Unggas gurda
sangat perkasa,
Menjadi negeri
rosak binasa.
Datanglah
menyambar suaranya bahana, 7
Gemparlah
sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri
gundah-gulana,
Membawa diri ke mana-mana.
Baginda pun
sedang dihadap orang, 8
Mendengar gempar
seperti perang,
Bertitah baginda
raja yang garang,
“Gempar ini
apakah kurang.”
Jamilah Hj. Ahmad
(Penyelenggara)
Syair
Bidasari,1989
dalam antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian
Pendidikan Malaysia
i.
Berikan
maksud rangkap keenam syair di atas. [2 markah]
ii.
Pemimpin
dan rakyat perlu saling membantu untuk membangunkan sesebuah
negara.
Pada
pandangan anda, apakah tanggungjawab rakyat untuk memajukan
sesebuah
negara?
[3 markah]
iii.
Huraikan
dua nilai yang terdapat dalam syair tersebut. [4 markah]
SKEMA JAWAPAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SBP KERTAS
BAHASA MELAYU 2 ( 1, 2 (a), 2 (b), 2 (c), dan 2 (d)
Soalan 1: Rumusan
Pendahuluan (2
markah)
P1
|
Petikan membincangkan kriteria-kriteria/ sifat-sifat remaja di
Malaysia/ di negara ini
|
[2m]
|
P2
|
Petikan membincangkan kriteria-kriteria/ sifat-sifat remaja dan
peranan pelbagai pihak amat diperlukan sewaktu para remaja melalui fasa
transisi dalam kehidupan mereka.
|
[2m]
|
P3
|
Rumusan membincangkan kriteria-kriteria/ sifat-sifat remaja dan
cara-cara mengatasinya.
|
[2m]
|
P4
|
Petikan/Rumusan membincangkan kriteria-kriteria/ sifat-sifat remaja
|
[1m]
|
P5
|
Petikan/Rumusan membincangkan ciri-ciri remaja dan cara-cara
mengatasinya
|
[0m]
|
Isi Tersurat (Ciri-ciri remaja) (4 hingga 12 markah)
S1
|
Remaja akan mudah terkesan dengan perkara yang berlaku di sekeliling
mereka
|
[2m]
|
S2
|
Sifat memberontak wujud dalam
diri remaja sekiranya keinginan mereka tidak
dipenuhi.
|
[2m]
|
S3
|
Remaja mudah terdorong dengan perkara yang berkaitan dengan seksual
|
[2m]
|
S4
|
Emosi remaja mudah menjadi tidak stabil.
|
[2m]
|
S5
|
Mereka mula berkonflik dengan diri sendiri, keluarga atau rakan
sebaya. (mesti ada ketiga-tiga pihak)
|
[2m]
|
S6
|
Mereka memiliki sifat ingin tahu yang menebal.
|
[2m]
|
S7
|
Mereka mahu mencuba pelbagai perkara.
|
[2m]
|
S8
|
Fikiran remaja menjadi keliru dan bercelaru disebabkan oleh pelbagai
faktor.
|
[2m]
|
S9
|
Remaja juga tidak suka dikongkong oleh orang yang lebih tua
daripadanya
|
[2m]
|
Markah isi hanya 0
markah atau 2 markah sahaja.
Isi Tersirat (Cara-
cara mereka mengatasinya)
T1
|
Remaja seharusnya mencari/mendekati kawan yang baik.
|
[2m]
|
T2
|
Remaja boleh mendapatkan bimbingan daripada guru/kaunselor/orang yang
lebih tua/ ustaz.
|
[2m]
|
T3
|
Remaja banyak membaca buku/bahan ilmiah/blog
|
[2m]
|
T4
|
Remaja perlu menghadiri ceramah motivasi/agama
|
[2m]
|
T5
|
Remaja sentiasa berfikiran positif/ingin memajukan diri.
|
[2m]
|
(Isi-isi tersirat
yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
Kesimpulan
Kesimpulan
K1
|
Kesimpulannya, semua pihak perlu menangani ciri-ciri remaja agar
mereka menjadi insan
cemerlang
|
[2m]
|
K2
|
Kesimpulannya, semua pihak perlu memahami/mengenali ciri-ciri remaja
agar mereka menjadi insan
cemerlang/negara sejahtera
|
[2m]
|
K3
|
Kesimpulannya, semua pihak perlu mendepani ciri-ciri remaja agar
negara sejahtera.
|
[2m]
|
K4
|
Kesimpulannya, semua pihak perlu menangani ciri-ciri remaja
|
[1m]
|
(Kesimpulan lain yang sesuai boleh diterima)
Soalan 2(a) : Petikan Umum
(i) Maksud rangkai
kata impak yang lebih buruk
P1
|
Kesan/ implikasi/akibat/natijah yang lebih teruk/negatif
|
2 m
|
P2
|
Impak yang lebih teruk/negatif
|
1 m
|
P3
|
Kesan/ implikasi/akibat/natijah yang lebih buruk
|
0 m
|
(ii) Peranan-peranan:
P1
|
Ahli keluarga seharusnya berperanan mendekati para remaja dengan
penuh hikmah sewaktu mereka melalui fasa transisi ini.
|
P2
|
Ibu bapa perlu menjadi sahabat terhadap anak remaja mereka
|
P3
|
Sokongan dan dorongan daripada orang yang lebih dewasa seharusnya
hadir pada saat saat mereka memerlukannya.
|
[Maksimum: 3 markah]
[Isi cukup: 2 isi]
(iii) Peranan kerajaan:
P1
|
Menyediakan biasiswa berprestij seperti Biasiswa Nasional, Biasiswa Agong
dan Biasiswa Bank Negara (Kijang Emas)
|
P2
|
Menyediakan biasiswa/pinjaman pendidikan seperti oleh pihak MARA dan
JPA
|
P3
|
Menyediakan/ menambah IPTA, MRSM, SBP, Sekolah Seni dan Sekolah Sukan
|
P4
|
Mewujudkan program Permata Pintar untuk pelajar-pelajar pintar
|
P5
|
Mewujudkan program jati diri seperti PLKN
|
P6
|
Mewujudkan program IM4U
|
P7
|
Membanyakkan kemudahan kompleks sukan
|
P9
|
Menyedia/menambah Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA)
|
[Maksimum: 4 markah]
[ Isi cukup: 3 isi tanpa huraian]
[Atau: 2 isi (1 isi + 1huraian)]
Soalan 2(b) : Petikan Prosa Moden
(i) Azmir perlu dibantu kerana:
P1
|
Dia amat memerlukan perhatian
|
P2
|
Dia amat memerlukan kasih sayang
|
P3
|
Dia memerlukan semangat
|
P4
|
Dia memerlukan
perangsang
|
[
Maksimum: 2 markah]
(ii) Tindakan yang boleh saya lakukan:
P1
|
Mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka
|
P2
|
Sering menziarahi mereka
|
P3
|
Membawa mereka bersiar-siar
|
P4
|
Memberikan mereka hadiah/ cenderamata
|
P5
|
Membawa mereka berjumpa dengan kaunselor/ pakar/ ustaz
|
P6
|
Mengajak mereka melakukan amalan agama
|
[ Maksimum: 3 markah]
[Isi cukup: 2 isi]
(iii) Latar masyarakat dalam petikan
P1
|
Masyarakat yang prihatin.
Huraian: Pelakon I mengajak semua pihak supaya membantu Azmir yang
mengalami tekanan perasaan.
|
[1+1]
|
P2
|
Masyarakat yang tidak rasional. Huraian: Ibu Azmir berasa malu kerana
mempunyai anak yang gila dan tidak boleh menerima keadaan Azmir.
|
[1+1]
|
P3
|
Masyarakat yang berfikiran positif. Huraian: Arif menafikan bahawa
Azmir bukan gila tetapi sedang menderita suatu penderitaan yang tidak
tertanggung.
|
[1+1]
|
Latar masyarakat dalam keseluruhan drama
P1
|
Masyarakat yang berani. Huraian: Azmir berani membidas sikap tidak
prihatin pemimpin agama seperti Pak
Haji.
|
[1+1]
|
P2
|
Masyarakat yang mementingkan diri. Huraian: Ani meninggalkan Azmir
kerana dia menganggap bahawa Azmir seoarang yang gila.
|
[1+1]
|
P3
|
Masyarakat yang kurang bertanggungjawab. Huarian: Bapa Azmir yang
tidak boleh menerima kenyataan bahawa Azmir gila
|
[1+1]
|
P4
|
Masyarakat yang mengambil berat akan masalah orang lain. Huraian:
Doktor yang sentiasa mengawasi tahap kesihatan Azmir.
|
[1+1]
|
(Latar masyarakat lain yang berkaitan boleh diterima)
[Maksimum: 4 markah]
Soalan 2(c) : Petikan Prosa Tradisional
(i)
Peristiwa yang terjadi
P1
|
anak Melayu pun berbelah/ terbahagi kepada dua
|
P2
|
setengah berpihak pada Paduka Raja
|
P3
|
setengah berpihak pada Seri Nara Diraja
|
[
Maksimum: 2 markah]
(ii)
Reaksi Sultan Muzaffar Syah
P1
|
baginda terlalu dukacita melihat kelakuan Paduka Raja dan Seri Nara
Diraja
|
P2
|
baginda berfikir bahawa negeri Melaka akan binasa
|
P3
|
baginda berpendapat hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja
|
P4
|
baginda menyuruh memanggil Seri Nara Diraja
|
P5
|
baginda ingin tahu jika Seri Nara Diraja mahu beristeri
|
[
Maksimum: 3 markah] [Isi cukup: 2 isi]
(iii)
Seseorang raja itu boleh memerintah dengan adil
P1
|
Menguatkuasakan undang-undang negara dengan adil
|
P2
|
Sentiasa mengamalkan integriti
|
P3
|
Bersikap jujur/tidak mudah terpengaruh dengan sebarang hasutan
|
P4
|
Tidak zalim ketika menjatuhkan hukuman
|
P5
|
Membuat pertimbangan yang wajar semasa berhadapan dengan masalah
|
P6
|
Bijak membuat keputusan/menyiasat terlebih dahulu sebelum menjatuhkan
sebarang hukuman
|
P7
|
Berpendirian tegas dalam menangani sesuatu isu.
|
[Maksimum: 3 markah] [Isi cukup: 2 isi]
Soalan 2(d) : Puisi Tradisional
(i)
Maksud rangkap keenam syair:
P1
|
Negeri Kembayat telah diserang oleh burung gurda/geroda yang ganas
dan kuat.
|
P2
|
Burung gurda/geroda yang melayang/terbang dari angkasa
|
P3
|
Serangan tersebut telah mendatangkan banyak
kemusnahan/membinasakan/merosakkan negeri.
|
[
Maksimum: 2 markah]
(ii) Tanggungjawab rakyat untuk
memajukan negara
P1
|
meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan
|
P2
|
meningkatkan hasil pengeluaran negara
|
P3
|
menceburkan diri dalam bidang inovasi dan kreativiti
|
P4
|
menyumbangkan buah fikiran untuk membangunkan negara (Tanggungjawab
lain yang berkaitan boleh diterima)
|
[Isi cukup: 2 isi] [Maksimum: 3
markah]
(ii)
Nilai dalam syair
P1
|
Ketaatan Huraian: Rakyat Negeri Kembayat taat kepada sultan
pemerintah
|
[1+1]
|
P2
|
Tanggungjawab Huraian: Raja
Negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir negeri.
|
[1+1]
|
P3
|
Keprihatinan Huraian: Seorang pemimpin perlulah prihatin dengan
kesusahan yang ditanggung oleh rakyatnya.
|
[1+1]
|
P4
|
Kasih sayang Huraian: Raja Negeri Kembayat sangat menyayangi isterinya
|
[1+1]
|
[Isi cukup: 2
isi] [ Maksimum : 4 markah ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan