CONTOH KARANGAN 1 , SEMAKAN DAN PENAMBAHBAIKAN
Soalan 2 :
Soalan 2 :
Remaja kini banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet
yang memberikan pelbagai kesan kepada mereka.
Huraikan peranan ibu bapa untuk
mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak.
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah
bercampur keringat,
Bumi dipijak
milik orang.
Lirik lagu Warisan di atas mengenai
nasib anak bangsa pada masa akan datang sekiranya kita membiarkan sahaja minda
kita dijajah oleh anasir luar. Umumnya mengetahui bahawa penjajahan minda lebih
merbahaya daripada penjajahan secara fizikal kerana penjajahan minda ini
bersifat halus dan sukar untuk dikesan. Melalui Internet, penjajahan minda ini
akan lebih mudah disebarkan kerana generasi muda hari ini terlalu leka dengan
Internet sehingga terikut-ikut akan budaya kuning yang dibawa oleh anasir luar.
Sebelum nasi menjadi bubur, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka agar
budaya kuning ini tidak menjadi ikutan anak-anak. Persoalannya, apakah peranan
ibu bapa untuk mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak?
Antara peranan yang boleh dilakukan
oleh ibu bapa ialah ibu bapa perlulah memberi didikan agama yang mantap kepada
anak-anak. Internet bukanlah sesuatu yang mudah dikawal “programming”nya. Oleh
sebab itu, banyak laman-laman web yang mengandungi unsur-unsur negatif seperti
budaya Black Metal, Skin Head dan pornografi tersebar dengan begitu pantas di
Internet. Melalui didikan agama yang mantap, anak-anak dapat membezakan yang
mana perbuatan yang keji dan yang mana perbuatan yang mulia. Sabda Rasulullah
SAW ‘akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu’. Sekiranya
anak-anak melayari laman-laman web yang berunsur negatif ini, ianya pasti
merosakkan minda mereka dan menyebabkan mereka lalai dalam menyelesaikan
tuntutan agama. Oleh itu, jelaslah bahawa memberikan didikan agama yang mantap
kepada anak-anak adalah penting bagi mengurangkan masalah penyalahgunaan
Internet.
Selain daripada memberikan didikan agama yang mantap kepada
anak-anak, ibu bapa juga perlu mengehadkan masa penggunaan Internet oleh
anak-anak. Memang tidak dinafikan bahawa Internet mempunyai pelbagai kebaikan
tetapi ibu bapa perlulah ingat bahawa Internet juga membawa kepada pelbagai keburukan.
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka mestilah menetapkan masa
penggunaan Internet oleh anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa hanya membenarkan
anak-anaknya menggunakan Internet hanya pada waktu-waktu tertentu seperti ingin
mencari bahan ilmiah ataupun untuk menghilangkan stres. Hal ini secara tidak
langsung akan mengajar anak-anak agar menggunakan masa dengan lebih bijak dan
teratur. Perkara ini akan membuktikan bahawa masa itu emas. Jadi, tegaslah
bahawa ibu bapa perlu mengehadkan masa penggunaan Internet oleh anak-anak agar
anak-anak lebih berdisiplin ketika menggunakan Internet.
Seterusnya, ibu bapa haruslah
memberikan pendedahan tentang Internet kepada anak-anak. Pendedahan berkaitan
Internet ini adalah penting supaya anak-anak mengetahui kebaikan dan keburukan
Internet sewaktu akhlak mereka masih boleh dibentuk seperti kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini akan menyebabkan mereka akan
lebih berhati-hati dalam menggunakan aplikasi-aplikasi yang melibatkan
penggunaan Internet. Ibu bapa perlulah menunjukkan sikap yang positif ketika
menggunakan Internet di hadapan anak-anak dan mengajar mereka tentang cara
penggunaan Internet yang betul. Hal ini kerana tunjuk menjadi telaga budi, ajar
menjadi suluh hati. Cuba bayangkan sekiranya anak-anak tidak diberikan
pendedahan tentang Internet daripada kecil. Mungkin apabila dewasa kelak mereka
akan terikut-ikut budaya-budaya yang tidak bermoral yang telah dipelajarainya
daripada Internet. Natijahnya, pendedahan tentang Internet daripada ibu bapa kepada
anak-anak akan dapat membantu untuk mengurangkan masalah penyalahgunaan
Internet.
Di samping itu, sebagai ibu bapa yang
menyayangi anak-anak, mereka perlulah mendekatkan diri anak-anak mereka dengan
aktiviti pembelajaran. Pada masa kini, pembelajaran menjadi lebih mudah dengan
adanya Internet. Pelbagai laman sesawang telah diwujudkan bagi kemudah
pembelajaran. Sekiranya anak-anak kerap menggunakan Internet untuk menuntut
ilmu, ibu bapa perlulah menyokong tindakan anaknya itu. Ibu bapa tidak perlu
risau sekiranya anak-anak tidak menggunakan buku untuk belajar malah mereka
harus berbangga kerana anak-anak mereka merupakan generasi yang pintar dalam
menggunakan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi. Jadi, sebagai ibu bapa,
mereka haruslah menyokong tindakan anak-anak dalam proses meningkatkan IQ
melalui penggunaan Internet.
Akhir sekali, ibu bapa mestilah
memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan Internet. Janganlah terlalu
mempercayai anak-anak kerana sikap tersebut akan membawa masalah kepada ibu
bapa pada masa akan datang. Hal ini boleh dilihat dalam filem Allahyarham Tan
Sri P. Ramlee yang berjudul ‘Anakku Sazali’ yang berkisahkan seorang bapa yang
terlalu mempercayai anaknya sehingga anaknya sanggup menipu dirinya. Pemantauan
terhadap penggunaan Internet oleh anak-anak mungkin sukar dilakukan kerana pada
masa kini anak-anak telah mempunyai gajet peribadi seperti telefon pintar dan
komputer riba. Namun, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka perlulah
bijak menangani masalah penyalahgunaan Internet oleh anak-anak.
Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan
Internet amatlah penting. Selain daripada dapat mengelakkan anak-anak daripada
penjajahan minda, ibu bapa juga dapat melahirkan anak-anak yang celik dalam
penggunaan Internet. Dengan adanya generasi yang bijak dalam penggunaan
Internet, sudah pasti negara kita akan bertambah maju setanding dengan negara-negara
lain. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan bagi
melahirkan individu yang bijak, berakhlak serta dapat memajukan bangsa, agama
dan negara.
Komen guru:-
Tugasan : karangan menepati tugasan.
Isi : relevan, dihuraikan dengan jelas dan matang, contoh yang sesuai.
Bahasa : gramatis dari segi kata dan ayat, kosa kata luas dan tepat. Unsur bahasa bervariasi, laras bahasa sesuai mengikut tugasan ( Terdapat sedikit kesalahan
bahasa - memberi impak untuk pelajar mendapat markah cemerlang atas yang
padu- markah betul-betul baik 97 hingga 99.
Pengolahan : menarik dan berkesan.
Markah pada slot: 89% Tahniah Afif.
KARANGAN SELEPAS SEMAKAN DAN PENAMBAIKAN GURU:-
ARAHAN GURU : PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG PERLU MENYALIN KARANGAN AFIF SEBAGAI PROGRAM MENYALIN KARANGAN TERBAIK MINGGU INI. HARAP MAKLUM. MOHON BAIKI KESALAHAN YANG DIKESAN DAN ANDA DISARANKAN MEMPERBAIK DAN MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN JIKA PERLU.
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah
bercampur keringat,
Bumi dipijak
milik orang.
Lirik lagu Warisan di atas mengenai
nasib anak bangsa pada masa akan datang sekiranya kita membiarkan sahaja minda
kita dijajah oleh anasir luar. Umumnya mengetahui bahawa penjajahan minda lebih
merbahaya daripada penjajahan secara fizikal kerana penjajahan minda ini
bersifat halus dan sukar untuk dikesan. Melalui Internet, penjajahan minda ini
akan lebih mudah disebarkan kerana generasi muda hari ini terlalu leka dengan
Internet sehingga terikut-ikut akan budaya kuning yang dibawa oleh anasir luar.
Sebelum nasi menjadi bubur, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka agar
budaya kuning ini tidak menjadi ikutan anak-anak. Persoalannya, apakah peranan
ibu bapa untuk mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak
Komen guru:-
Apabila pelajar memulakan perenggan
pengenalan dengan pemilihan kaedah pengenalan yang tepat dan sesuai sudah pasti pengenalan berkenaan memberi
impak besar terhadap impresion pemeriksa.Saya telah menghasilkan modul bahasa
Melayu 1, di dalamnya terdapat banyak khazanah untuk diemplimentasikan pelajar
semasa mengarang tetapi penulisan pengenalan pelajar masih hambar dan penulisan
mereka seperti tidak ada tenaga, lemah dan tidak menarik pembaca atau pemeriksa
membaca perenggan seterusnya. Kenapa? Pelajar tidak kreatif, itulah jawapannya.
Berdasarkan perenggan pengenalan di atas, Afif telah berjaya memikat hati saya
untuk terus membaca karangannya, tetapi Afif masih tidak menggunakan kesempatan
untuk mengimplimentasikan kreativiti terutama bahan sejarah negara terutama untuk membezakan penjajahan fizikal dan penjajahan minda ke arah
penulisan lebih kreatif, lebih bombastik, lebih merangsang pembaca untuk
membaca karyanya.
Cadangan
pengenalan
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah
bercampur keringat,
Bumi dipijak
milik orang.
Lirik lagu Warisan di atas mengenai
nasib anak bangsa pada masa akan datang sekiranya kita membiarkan sahaja minda
kita dijajah oleh anasir luar. Umumnya mengetahui bahawa penjajahan minda lebih
merbahaya ( lebih tepat berbahaya) daripada penjajahan secara fizikal kerana penjajahan minda ini
bersifat halus dan sukar untuk dikesan. Sejarah sendiri telah memberi pengajaran
amat bernilai kepada masyarakat terdahulu terutama nenak moyang kita dan
kalangan reformasi Melayu suatu ketika dahulu, semasa pemerintahan Jepun
dan juga semasa pemerintahan British denganmenggunakan tektik mengaburi minda untuk
terus melaga-lagakan orang Melayu atas tujuan untuk terus menjajah negara.
Namun, golongan reformasi Melayu sedar penjajah inilah musuh negara sebanr dan perlu
ditentang sehingga ke titisan darah terakhir. Akhirnya, golongan cendiakawan
Melayu ini berjaya menumbangkan Gagasan
Malayan Union dan negara merdeka sepenuhnya dari cengkaman penjajah British. Melalui
Internet, penjajahan minda ini lebih
halus dan mudah disebarkan kerana generasi muda hari ini
terlalu leka dengan Internet sehingga terikut-ikut akan budaya kuning serta kedonisme yang
dibawa oleh anasir luar. Dakyah
hendonisme amat dasyat
sehingga remaja merupakan benteng pertahanan negara dikongkong dan kehidupan mereka lebih
mengutakamankan hiburan dan keseronokan sehinggakan tanggungjawab mereka
sebagai pelajar hapus daripada minda. Sebelum nasi menjadi bubur, ibu
bapa orang yang paling
hampir dengan remaja perlu mengawasi anak-anak mereka agar budaya kuning serta hendonisme ini tidak menjadi ikutan anak-anak. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk
mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak?
Pembetulan terus bahagian isi dan
penutup.
Antara peranan yang boleh dilakukan
oleh ibu bapa ialah ibu bapa perlulah memberi didikan agama yang mantap kepada
anak-anak sebagai pendinding
kepada anak-anak agar terelak daripada dakyah songsang Barat. Internet
bukanlah sesuatu yang mudah dikawal “programming”nya. Oleh sebab itu, banyak
laman-laman web yang mengandungi unsur-unsur negatif seperti budaya Black
Metal, Skin Head dan pornografi tersebar dengan begitu pantas di Internet. Melalui
didikan agama yang mantap sahaja,
anak-anak dapat membezakan yang mana perbuatan yang keji dan yang mana
perbuatan yang mulia. Sabda Rasulullah SAW ‘akhlak yang buruk merosakkan amal
seperti cuka merosakkan madu’. Sekiranya anak-anak melayari laman-laman web
yang berunsur negatif ini, ianya (salah dan lebih
tepat-laman-laman negatif ini ) pasti merosakkan minda mereka dan menyebabkan mereka lalai dalam ( gugurkan dalam- lebih baik dan akan
memantapkan lagi ayat anda) menyelesaikan tuntutan agama yang wajib mereka tunaikan seperti
sembahyang lima waktu sehari semalam serta menjalankan tanggungjawab belajar
kerana hanya dengan pendidikan mereka mampu mengubah status ekonomi keluarga.
Oleh itu, jelaslah bahawa memberikan didikan agama yang mantap kepada anak-anak
adalah penting bagi mengurangkan masalah penyalahgunaan Internet.
Selain daripada memberikan didikan agama yang mantap kepada
anak-anak, ibu bapa juga perlu mengehadkan masa penggunaan Internet oleh (kata hubung dalam kalangan- lebih tepat) anak-anak. Memang
tidak dinafikan bahawa Internet mempunyai pelbagai kebaikan tetapi ibu bapa
perlulah ingat ( istilah sedar lebih tepat
penggunaannya) bahawa Internet juga membawa kepada pelbagai keburukan. Sebagai
ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka mestilah menetapkan masa penggunaan
Internet oleh (dalam kalangan )anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa hanya membenarkan
anak-anaknya menggunakan Internet hanya pada waktu-waktu tertentu seperti ingin
mencari bahan ilmiah ataupun untuk menghilangkan stres. Hal ini secara tidak
langsung akan mengajar anak-anak agar menggunakan masa dengan lebih bijak dan
teratur. Perkara ini akan membuktikan bahawa masa itu emas. Sekiranya anak bebas menggunakan
internet setiap masa, impak internet mungkin akan melalaikan anak-anak Jadi,
tegaslah bahawa ibu bapa perlu mengehadkan masa penggunaan Internet oleh
anak-anak agar anak-anak lebih berdisiplin ketika menggunakan Internet.
Seterusnya, ibu bapa haruslah
memberikan pendedahan tentang Internet kepada anak-anak. Pendedahan berkaitan
Internet ini adalah penting supaya anak-anak mengetahui kebaikan dan keburukan
Internet sewaktu akhlak mereka masih boleh dibentuk seperti kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini akan menyebabkan mereka akan
lebih berhati-hati dalam menggunakan aplikasi-aplikasi yang melibatkan
penggunaan Internet. Ibu bapa perlulah menunjukkan sikap yang positif ketika
menggunakan Internet di hadapan anak-anak dan mengajar mereka tentang cara
penggunaan Internet yang betul. Hal ini kerana tunjuk menjadi telaga budi, ajar
menjadi suluh hati. Cuba bayangkan sekiranya anak-anak tidak diberikan
pendedahan tentang Internet daripada kecil. Mungkin apabila dewasa kelak mereka
akan terikut-ikut budaya-budaya yang tidak bermoral yang telah dipelajarinya
daripada Internet. Natijahnya, pendedahan tentang Internet daripada ibu bapa kepada
anak-anak akan dapat membantu untuk mengurangkan masalah penyalahgunaan
Internet.
Di samping itu, sebagai ibu bapa yang
menyayangi anak-anak, mereka perlulah mendekatkan diri anak-anak semasa mereka aktiviti pembelajaran menggunakan internet. Pada masa kini, pembelajaran menjadi lebih mudah dengan
adanya Internet. Pelbagai laman sesawang telah diwujudkan bagi kemudah
pembelajaran. Sekiranya anak-anak kerap menggunakan Internet untuk menuntut
ilmu, ibu bapa perlulah menyokong tindakan anaknya itu. Ibu bapa tidak perlu
risau sekiranya anak-anak tidak menggunakan buku untuk belajar malah mereka
harus berbangga kerana anak-anak mereka merupakan generasi yang pintar dalam
menggunakan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi. Tambahan pula, sebagai ibu bapa yang tahu penggunaan
internet, mereka tidak perlu risau kerana mereka boleh mengesan aktiviti
Internet anak-anak dengan memantau bahagian “history” atau sejarah penggunaan
enjin carian sama ada google, al-tavista, monzila firefox, yahoo atau msn. Hanya dengan cara ini
ibu bapa akan tahu sama ada anak-anak mereka menggunakan Internet untuk tujuan
kebaikan atau sebaliknya Jadi, sebagai ibu bapa, mereka haruslah
menyokong tindakan anak-anak dalam proses meningkatkan IQ melalui penggunaan
Internet dalam masa yang sama ibu bapa juga boleh memantau dan terlibat sama semasa aktiviti Internet
anak-anak.
Akhir sekali, ibu bapa mestilah
memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan Internet. Janganlah terlalu
mempercayai anak-anak kerana sikap tersebut akan membawa masalah kepada ibu
bapa pada masa akan datang. Hal ini boleh dilihat dalam filem Allahyarham Tan
Sri P. Ramlee yang berjudul ‘Anakku Sazali’ yang berkisahkan seorang bapa yang
terlalu mempercayai anaknya sehingga anaknya sanggup menipu dirinya. Pemantauan
terhadap penggunaan Internet oleh anak-anak mungkin sukar dilakukan kerana pada
masa kini anak-anak telah mempunyai gajet peribadi seperti telefon pintar dan
komputer riba. Namun, sebagai ibu bapa berminda kelas pertama dan arif
berkaitan kemahiran Internet dan bertanggungjawab, mereka mampu mengesan
penyalahgunaan Internet oleh ( dalam kalangan ) anak-anak
dengan memantau aktiviti penggunaan Internet. Sebagaimana saya perkatakan
sebelumnya iaitu ibu bapa boleh melihat aktiviti internet anak-anak pada
bahagian “history” atau bahagian sejarah enjin carian Internet, bukan sahaja mereka boleh memantau aktiviti Internet anak-anak dalam masa
sehari, malah sepanjang masa anak-anak melayarinya. Tegasnya, ibu bapa mestilah memantau anak-anak
semasa menggunakan kemudahan Internet untuk kebaikan anak-anak, keluarga dan
bangsa.
Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan
Internet insan tersayang amatlah penting. Selain daripada ibu bapa dapat mengelakkan anak-anak daripada
penjajahan minda terutama pengaruh negatif laman sesawang tidak berhati perut yang cuba menghancurkan budaya ketimuran dan memesongkan akidah, ibu bapa juga dapat melahirkan anak-anak yang celik dalam
penggunaan Internet. Dengan adanya generasi yang bijak dalam penggunaan
Internet, sudah pasti negara kita akan bertambah maju setanding dengan negara-negara
lain. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan bagi
melahirkan individu yang bijak, berakhlak serta dapat memajukan bangsa, agama
dan negara. Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, nasihat saya kepada ibu bapa
yang bijak dan mahir dalam penggunaan Internet, kebijaksanaan ibu bapa dalam aplkikasi Internet mempunyai banyak kelebihan, ibarat anak seorang pelari pecut sedang
berada di garisan penamat dengan larian 50 km dan ibu bapa perlu berlari lebih laju
daripada pecutan anak mungkin 80 km. Barulah anak akan tahu kehebatan seorang
ayah kerana ayah borik anak rintik dan ayah suri teladan bagi seorang anak.
CONTOH KARANGAN 2 , SEMAKAN DAN PENAMBAHBAIKAN
JAWAPAN
KARANGAN HAFIZ
Era pascaperindustrian dan pasca globalisasi yang serba
mencabar akal dan minda kita telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi pesat
yang menjana pelbagai sektor di Malaysia bagi mencapai Wawasan 2020. Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan kemudahan
teknologi yang canggih untuk memudahkan urusan dalam pentadbiran, justeru dalam
masa yang sama teknologi juga berkembang pesat di negara kita. ( Binaan ayat tidak baik ) Setiap ciptaan manusia
mempunyai baik dan buruknya. Hal ini demikian kerana penggunaan teknologi
disalahgunakan oleh segelintir lapisan masyarakat yang
( gugur ganti akan) menyebabkan berlakunya
penipuan siber dan ada jugak untuk menjual bahan terlarang seperti dadah.
Perkara sedemikian wajar diambil berat oleh ibu bapa kerana pada zaman Generasi
Y ini anak- anak kecik ( ejaan ) yang berusia 4
tahun sudah mula berjinak (kata ganda sepatutnya berjinak-jinak) dengan
peranti-peranti yang dimiliki oleh ibu bapa mereka. Persoalannya, bagaimanakah
cara untuk ibu bapa mengawal pengunaan internet dalam kalangan anak-anak?
Antara peranan
ibu bapa dalam mengawal pengunaan Internet dalam kalangan anak-anak ialah ibu
bapa hendaklah memantau kegiatan anak-anak ketika melayari Internet. Hal ini
demikian kerana anak-anak pada masa ini (umur sebegini) lebih mudah terjebak dengan gejala negatif. Oleh
itu ibu bapa perlu memantau kegiatan anak-anak apabila melayari Internet di
rumah. Sebagai contoh, ibu bapa berada di sebelah anak-anak untuk memastikan
anak-anak tidak melayari laman sesawang yang berunsurkan negatif. Mendidik anak-anak untuk tidak melayari laman
sesawang yang berunsurkan negatif hendaklah bermula daripada rumah. Persis
mutiara kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya ibu bapa tidak
cakna dengan apa yang dilakukan oleh anak-anak maka berlakulah situasi
anak-anak akan cuba untuk melayari laman sesawang yang berunsurkan budaya
kuning. Oleh itu, ibu bapa hendaklah
memantau kegiatan anak-anak ketika melayari Internet
Selain itu, ibu bapa juga disarankan untuk membina jadual
waktu untuk anak-anak melayari Internet. Membina jadual waktu untuk anak-anak
melatih mereka untuk lebih berdisiplin dalam menguruskan masa. Hal ini
disarankan kerana manusia akan lebih berdisiplin jika dilatih kerana belakang
parang diasah lagi akan tajam. Apabila ibu bapa membina jadual waktu untuk
anak-anak maka tidak akan berlakulah perkara seperti terlalu taksub dengan
permainan Internet. Contohnya,terdapat pelbagai aplikasi permainan yang
terdapat dalam "Google Playstore" mampu membuat anak-anak terleka
akan kehidupan dunia, kerana terlalu taksub dengan permainan maya. Jika ibu bapa
tidak membina jadual waktu untuk anak-anak melayari Internet maka berlakulah
situasi anak-anak tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru atau
anak-anak akan mengalami kerosakkan pada kornea mata yang memerlukan rawatan
seperti memakai kaca mata. Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa hendaklah membina jadual waktu untuk
anak-anak melayari Internet.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah
menyusun program-program tertentu semasa cuti dan hujung minggu agar anak tidak
hanyut dalam dunia mereka. Internet merupakan satu penjajahan minda yang
dieksploitasi oleh pakar teknologi dari luar negara. Sekiranya anak-anak tidak
disedarkan oleh ibu bapa, maka berlakulah generasi yang tidak bercampur dengan
masyarakat , lantas tidak mengetahui perkembangan dalam komuniti. Apabila ibu
bapa menyusun aktiviti-aktiviti khas untuk anak-anak menyebabkan mereka akan
menggunakan masa yang terluang dengan berfaedah. Sebagai contoh ibu bapa
meluangkan masa bersama anaka-anak seperti melakukan aktiviti hari
keluarga. Keakraban antara ahli keluarga jugak akan bertambah. Natijahnya, ibu bapa boleh menyusun program-program
tertentu semasa cuti dan pada hujung minggu untuk mengawal anak-anak daripada
melayari Internet.
Di samping itu,
ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mengakses komputer atau menggunakan
telefon pintar di ruang terbuka. Dengan cara ini, ibu bapa lebih mudah untuk memerhati tindak-tanduk
anak-anak di media sosial. Masyarakat pada masa ini gemar untuk melakukan
perbuatan yang bertentangan dengan syariat agama seperti memuat naik gambar
yang mendedahkan aurat secara umum, justeru menyebabkan anak-anak mudah untuk
melihat aurat kaum hawa mahupun kaum adam. Oleh itu ibu bapa hendaklah
menasihati anak berulang kali agar tidak menonton atau melihat gambar yang
tidak sepatutnya. Namun, ibu bapa pula
janganlah bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Sekiranya perkara
sebegini tidak dibendung maka berlakulah perbualan bebas antara lelaki dan
perempuan yang mampu mendekatkan mereka kearah zina. Tuntasnya, ibu bapa
hendaklah memastikan anak-anak mengakses komputer atau menggunakan telefon
pintar di ruang terbuka.
Sebagai penutup
wacana, penggunaan Internet dan laman
social secara positif akan mendatangkan keuntungan kepada anak-anak. Hal ini
demikian kerana Internet merupakan gedung ilmu pengetahuan manakala laman social ( saya faham masalah sistem komputer ) merupakan
ruang untuk berkongsi pengalaman dan bertukar buah fikiran, selain merapatkan silaturahim sesama
masyarakat dan ahli keluarga. Ingatlah bahawa anak-anak merupaka kain putih, ibu bapa yang mencoraknya sama ada untuk
menjadi manusia berguna atau pemusnah tamadun dunia. Oleh itu ibu bapa mestilah
mengambil berat setiap tindak tanduk anak-anak agar tidak terpesong dari
landasan syariat.
Tugasan:-
Tugasan : karangan menepati tugasan.
Isi
: relevan, dihuraikan dengan jelas dan
matang, contoh yang sesuai.
Bahasa : gramatis dari segi kata dan ayat,
kosa kata luas dan tepat. Unsur
bahasa bervariasi, laras
bahasa sesuai mengikut tugasan ( Terdapat
sedikit kesalahan bahasa - memberi impak untuk pelajar mendapat
markah cemerlang atas
yang padu- markah betul-betul baik 97
hingga 99.
Pengolahan
: menarik dan berkesan.
Markah
pada slot: 88% Tahniah Hafiz.
KARANGAN SELEPAS DISEMAK DAN DIBUAT PENAMBAHBAIKAN
Era pascaperindustrian dan pasca globalisasi yang serba
mencabar akal dan minda kita telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi pesat
yang menjana pelbagai sektor di Malaysia bagi mencapai Wawasan 2020. Perkembangan ekonomi yang pesat
menyebabkan kemudahan teknologi komunukisi turut berkembang mengikut perkembangan
kemajuan negara. Impaknya , kemajuan teknologi komunikasi berkenaan memudahkan
urusan dalam pentadbiran negara, urusan pendidikan, perubatan, waima kemajuan
komunikasi masyarakat seharian. Setiap ciptaan manusia mempunyai baik dan
buruknya. Hal ini demikian kerana penggunaan teknologi maklmumat jika disalahgunakan
oleh segelintir lapisan masyarakat akan memberi impak negatif seperti penipuan
siber, penipuan jual beli atas talian seperti menjual bahan terlarang
seperti dadah, bahan pornografi. Malahan, dalam kalangan remaja kemudahan
komunikasi ini digunakan untuk tujuan berhibur secara berlebih-lebihan dengan
kata lain budaya hendonisme. Perkara sedemikian wajar diambil berat oleh ibu
bapa kerana pada zaman Generasi Y ini anak- anak sekecil
4 tahun sudah mula berjinak-jinak (kesalahan kata ganda ) dengan peranti-peranti
yang dimiliki oleh ibu bapa mereka untuk melayari laman sesawang yang tidak
sepatutnya dilayari oleh kanak-kanak yang baru berumur setahun jagung.
Persoalannya, bagaimanakah cara untuk ibu bapa mengawal pengunaan internet
dalam kalangan anak-anak?
Antara peranan
ibu bapa dalam mengawal pengunaan Internet dalam kalangan anak-anak ialah ibu
bapa hendaklah memantau kegiatan anak-anak ketika melayari Internet. Hal ini
demikian kerana anak-anak pada masa ini lebih mudah terjebak dengan gejala
negatif. Oleh itu ibu bapa perlu memantau kegiatan anak-anak apabila melayari
Internet di rumah. Sebagai contoh, ibu bapa perlu berada di sebelah anak-anak
untuk memastikan anak-anak tidak melayari laman sesawang yang berunsurkan
negatif. Mendidik anak-anak untuk tidak
melayari laman sesawang yang berunsurkan negatif hendaklah bermula daripada
rumah. Persis mutiara kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya ibu
bapa tidak cakna dengan apa yang dilakukan oleh anak-anak maka berlakulah
situasi anak-anak akan cuba untuk melayari laman sesawang yang berunsurkan
budaya kuning. Jika ibu bapa arif mengunakan kepakaran mereka seperti
memantau anak-anak menggunakan carian enjin seperti google, monzila firefox,
pada bahagian “history” atau sejarah carian mereka sepanjang menggunakan
internet akan memudah ibu bapa memantau setiap laman web yang dilayari
anak-anak. Dengan cara ini sudah pasti anak-anak tidak akan berani melayari
laman larangan berkenaan. Oleh itu, ibu
bapa hendaklah memantau kegiatan anak-anak ketika melayari Internet dan belajar
cara mengesan aktiviti anak-anak menggunakan internet.
Selain itu, ibu bapa juga disarankan untuk membina jadual
waktu untuk anak-anak melayari Internet. Membina jadual waktu untuk anak-anak
melatih mereka untuk lebih berdisiplin dalam menguruskan masa. Hal ini
disarankan kerana manusia akan lebih berdisiplin jika dilatih kerana belakang
parang diasah lagi akan tajam. Apabila ibu bapa membina jadual waktu untuk
anak-anak maka tidak akan berlakulah perkara seperti terlalu taksub dengan
permainan Internet. Contohnya,terdapat pelbagai aplikasi permainan yang
terdapat dalam "Google Playstore" mampu membuat anak-anak terleka
akan kehidupan dunia, kerana terlalu taksub dengan permainan maya. Jika ibu bapa
tidak membina jadual waktu untuk anak-anak melayari Internet maka berlakulah
situasi anak-anak tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru atau
anak-anak akan mengalami kerosakkan pada kornea mata yang memerlukan rawatan
seperti memakai kaca mata. Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa hendaklah membina jadual waktu untuk
anak-anak melayari Internet.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah
menyusun program-program tertentu semasa cuti dan hujung minggu agar anak tidak
hanyut dalam dunia mereka. Internet merupakan satu penjajahan minda yang
dieksploitasi oleh pakar teknologi dari luar negara. Sekiranya anak-anak tidak
disedarkan oleh ibu bapa, maka berlakulah generasi yang tidak bercampur dengan
masyarakat , lantas tidak mengetahui perkembangan dalam komuniti. Apabila ibu
bapa menyusun aktiviti-aktiviti khas untuk anak-anak menyebabkan mereka akan
menggunakan masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Sebagai contoh ibu
bapa meluangkan masa bersama anak-anak seperti melakukan aktiviti hari
keluarga, berkelah, melawat tempat bersejarah dan sebagainya. Keakraban antara
ahli keluarga jugak (ejaan ) akan bertambah erat secara langsung akan membina keluarga bahagia. Tambahan pula, pada zaman moden ini, ibu bapa terpaksa bekerja demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak, justeru dengan perancangan pada hujung minggu merupakan saat untuk ibu bapa boleh mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Natijahnya, ibu bapa boleh menyusun program-program
tertentu semasa cuti dan pada hujung minggu untuk mengawal anak-anak daripada
melayari Internet pada masa
senggang.
Di samping itu,
ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mengakses komputer atau menggunakan
telefon pintar di ruang terbuka hanya untuk kebaikan mereka secara bijaksana. Ibu bapa yang arif berkenaan perisian komputer lebih mudah untuk memantau tindak-tanduk
anak-anak sepanjang mereka mengakses maklumat sebagaimana saya perkatakan dalam penulisan sebelumnya iaitu memantau melalui bahagian "history" enjin carian internet. Hal ini demikian kerana remaja dan anak-anak pada masa ini amat gemar untuk melakukan
perbuatan yang bertentangan dengan syariat agama seperti memuat naik gambar
yang mendedahkan aurat secara umum, bahkan dengan mudah membuka laman sesawang
yang membolehkan mereka menonton video pornografi merupakan punca kebejatan
akhlak berlaku secara berleluasa kini seperti seks bebas, sumbang mahram, dan kejadian rogol serta mencabul kehormatan. Oleh itu, ibu bapa
hendaklah menasihati anak berulang kali agar tidak menonton atau melihat gambar
atau video yang tidak sepatutnya kerana agama Islam mengharamkan umatnya
mendekati zina mata apatah lagi melakukan zina. Namun,
ibu bapa pula janganlah bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan
sedangkan mereka sebagai suri teladan melakukannnya. Sekiranya perkara sebegini
tidak dibendung maka berlakulah perbualan bebas antara lelaki dan perempuan
yang mampu mendekatkan mereka ke arah zina dilarang agama. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah
memastikan anak-anak mengakses komputer atau menggunakan telefon pintar di
ruang terbuka.
Sebagai penutup
wacana, penggunaan Internet dan laman sosial
secara positif akan mendatangkan keuntungan kepada anak-anak. Hal ini demikian
kerana Internet merupakan gedung ilmu pengetahuan manakala laman sosial
merupakan ruang untuk berkongsi pengalaman dan bertukar buah fikiran, selain merapatkan silaturahim sesama
masyarakat dan ahli keluarga. Ingatlah bahawa anak-anak merupaka kain putih, ibu bapa yang mencoraknya sama ada untuk
menjadi manusia berguna atau pemusnah tamadun dunia. Oleh itu ibu bapa mestilah
mengambil berat setiap tindak tanduk anak-anak agar tidak terpesong dari
landasan syariat.
PERINGATAN:
ELAKKAN MELAKUKAN KESALAHAN TATABAHASA, SAMA ADA
EJAAN, DAN BINAAN AYAT ANDA. BUDAYAKAN MENYEMAK SEMULA KARANGAN SELEPAS ANDA SELESAI MENGARANG.
UNTUK MENDAPAT MARKAH A+ , HINDARI DIRI ANDA DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN BAHASA SEMASA MENGARANG
UNTUK MENDAPAT MARKAH A+ , HINDARI DIRI ANDA DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN BAHASA SEMASA MENGARANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan