FOKUS NOVEL (PDPC 7/10/2017)
Bahagian 4 (a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut
Bahagian 4 (b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
Soalan PPSPM SBP 2017
Bahagian 4 (a)
Oleh sebab soalan SPB sama dengan soalan PPSPM Negeri Kedah, fokus soalan diubah kepada soalan PPSPM Negeri Pahang.
Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan dua peristiwa sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Bahagian 4 (b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kebijaksanaan bagi setiap novel tersebut.
SKEMA JAWAPAN SOALAN NOVEL PPSPM 2017 NEGERI KEDAH
4 (a) Latar Tempat
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut:-
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
KARYA RUHANI MAT DIRIN
1.Kampung
Sentosa
- Tempat Lili menghabiskan masa cuti
persekolahannya selama dua minggu
2.Rumah
datuk/ Haji Abdul Rahman
- Danel dan ayahnya William Ng datang ke
rumah datuk untuk berubat
- Tempat Datuk bercerita tentang kemujaraban
akar kayu kepada Lili.
3.Surau
Kampung Sentosa
- Tempat berlakunya kekecohan kerana isu
pembinaan masjid dan kubah surau serta
sikap penduduk kampung yang
berpuak-puak.
4.
Balai Raya
- Tempat penduduk kampung berkumpul bagi
menyelesaikan masalah pembelian tanah
orang kampung oleh orang yang
tidak dikenali.
-
Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan
kubah surau
6.
Kedai Runcit Letchumi
- tempat nenek membawa Lili berbelanja
-
tempat Lili bertemu dengan Geetha kali kedua
-
tempat Geetha bercerita tentang Datuk kepada Lili.
7.
Rumah Che Jah
- Haziq dan Rafiq dipukul oleh ayahnya
Seman
- Lili dibawa oleh Abang Rashid untuk melawat
Haziq dan Rafiq yang dipukul oleh Seman.
8. Pondok Usang
- Tempat Lili dikurung ketika diculik oleh
Haziq dan Raziq.
NOVEL
SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam novel
tersebut:-
tersebut:-
1. Padang bola jaring
-
Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi.
2. Kantin sekolah
-
Tempat Azahari menunggu Dahlia untuk bertemu dengannya.
3. SMK Tun Ismail
-
Tempat Azahari dan Dahlia belajar, sewaktu Dahlia tingkatan 1 dan Azahari tingkatan 5.
4. SM Temenggung Ibrahim
-
Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan 6 dan dia tinggal di asrama
sekolah ini.
5. Bilik
kerjaya
- Tempat cikgu Hisyam mendapat tahu masalah
Dahlia daripada Kavita
- Tempat Dahlia bertemu dengan Cikgu
Hisyam.
6. Kebun
getah
-
Tempat Saleha menoreh getah dan bersembunyi.
7. Hospital Batu Bahat (Wad 6)
- Tempat Saleha dibawa untuk
mendapatkan rawatan awal
8. Hospital Batu Bahat (Wad 4)
-
Tempat Embong dirawat setelah dipatuk ular
10. Hospital Permai Johor Bahru
- Tempat Saleha dirawat
-
Tempat Azahari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah
11. Kebun
kelapa sawit di Parit Haji Kadir
- Tempat Embong bekerja sebagai
pengait kelapa sawit
- Tempat Embong dibelit oleh ular sawa
12. SK
Jelotong
-
Tempat Said dan Melati bersekolah
13. Rumah Aton
- Tempat Dahlia disindir oleh Aton. Aton mengatakan
bahawa Dahlia punca kematian Said.
14. Balai Raya kampung Haji Rais
-
Penduduk kampung bergotong-royong
semasa majlis sambutan maulidur rasul
-
Tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia.
Soalan
4(b) : Dua peristiwa pada bahagian
peleraian yang memberi teladan kepada pembaca
Novel
Jendela Menghadap Jalan
1.
Peristiwa Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah dengan
bantuan Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.
Sebab:
- Seseorang yang berada dalam kesusahan
perlu dibantu agar dapat meringankan beban mereka.
2.
Peristiwa Lili berasa sangat bahagia sewaktu melihat ibu berbual-bual mesra
dengan datuk semasa ibu pulang ke kampung untuk menjemput Lili pulang ke Kuala Lumpur.
Sebab: - Seseorang anak perlu mempunyai
hubungan yang rapat dengan ibu bapanya walaupun sudah berkeluarga dan memiliki
kerjaya yang baik.
3.
Peristiwa Rafik dan Haziq akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon
persendirian.
Sebab: - Pelajaran amat penting dalam
kehidupan
4.
Peristiwa Che Jah dan anak-anaknya mendapat pembelaan yang sewajarnya apabila
suaminya Seman berjaya dihadapkan ke muka pengadilan.
Sebab: - Seseorang yang melakukan kesalahan
perlu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.
Novel
Songket Berbenang Emas
1.
Peristiwa Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia dan bersikap pilih kasih
akhirnya insaf selepas dia dijaga dengan baik oleh Dahlia dan adikberadiknya
semasa Nek Kiah sakit.
Sebab:
- Ahli keluarga tidak perlu mempunyai sikap pilih kasih terhadap anak cucu.
2. Peristiwa Penduduk Kampung Haji Rais telah
bermuafakat dan bekerjasama membina rumah Embong semula yang musnah akibat
banjir. Kaum wanita bergotong-royong menyediakan makan.
Sebab:
- Permuafakatan amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
3.
Peristiwa Masyarakat kampung telah
berjaya memungut sumbangan sebanyak RM500.00 dan sumbangan peribadi RM300
daripada Tauke Lim kepada Dahlia untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Sebab:
- Kepentingan budaya tolong menolong dalam kehidupan bermasyarakat .
4.
Peristiwa Dahlia terpilh melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan
perniagaan selama empat tahun di Jepun.
Sebab:
- Ketabahan dan kegigihan menempuh pelbagai cabaran membuahkan memperoleh
kejayaan.
5.
Peristiwa Azhari menghadiahi sehelai songket berbenang kepada Dahlia sebagai
merainya kejayaan melanjutkan pelajaran dan simbol bahawa mereka orang
Melayu.
Sebab: - Kepentingan menjaga mempertahankan budaya Melayu.
Sebab: - Kepentingan menjaga mempertahankan budaya Melayu.
SKEMA JAWAPAN SOALAN NOVEL PPSPM 2017 NEGERI
PAHANG.
Soalan 4 (a)
Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan dua
peristiwa sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan
kesedaran kepada pembaca.
Dalam proses membina jawapan. Mohon bersabar.
Soalan 4 (b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kebijaksanaan bagi setiap novel tersebut.
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Persoalan
keberanian dalam menghadapi masalah
1. Peristiwa
Lili, Danel, dan Geetha berani menyelesaikan masalah kubah surau yang
dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa.
2.Peristiwa Danel
berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafik dan Haziq.
|
Persoalan keberanian dalam
menghadapi
masalah
1. Peristiwa Dahlia berani menyelamatkan Said, anak Aton yang
lemas di sungai berhampiran rumah Dahlia.
2. Peristiwa Embong berani
membunuh ular sawa yang membelitnya di kebun sawit di Kampung Parit Haji
Kadir.
|
PANDUAN JAWAPAN DI ATAS BERBENTUK POIN DAN ANDA PERLU MENJAWAB SOALAN DALAM BENTUK AYAT YANG GRAMATIS. JIKA ANDA MENJAWAB JAWAPAN
BERBENTUK POIN MARKAH BAHASA ANDA AKAN DITOLAK. HARAP MAKLUM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan