Jerayawara Soalan
Peperiksaan Percubaan SPM 2021 dengan menghurai setiap jawapan soalan
berkenaan. Soalan yang dibincangkan berkaitan soalan Percubaan SPM Negeri
Kedah. Diharapkan pelajar akan lebih faham dan bersedia untuk menghadapi kertas
Bahasa Melayu 2 SPM KSSM.
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
Soalan 4. Peribahasa
Baca petikan di bawah
dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan tersebut.
Perpaduan rakyat merupakan kunci keharmonian negara. Sikap saling
bertoleransi perlulah sentiasa dipupuk dalam kalangan masyarakat.( Petikan berkenaan
berkaitan dengan kerjasama/ kesepakatan/ perpaduan yang menjurus kepada perpaduan
masyarakat)
Selain itu, rakyat perlu sedar bahawa sikap ekstrem dan
pentingkan diri hanya akan menyukarkan usaha kerajaan untuk
melaksanakan agenda perpaduan.( Petikan berkaitan sikap
mmentingkan diri merugikan masyarakat dan negara)
Sebarang persengketaan yang timbul tidak
akan menguntungkan mana-mana pihak.( Petikan berkaitan
bersengketa merugikan masyarakat dan negara kerana kesannya boleh
merugikan semua pihak)
( 6 markah )
Jawapan soalan:-
i Bersatu
teguh bercerai roboh / sepakat membawa
berkat / bulat air kerana pembentung bulat
manusia kerana mufakat.
ii
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
iii Menang
jadi arang kalah jadi abu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan