Selasa, 23 Ogos 2022

JAWAPAN SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI KEDAH 2021 UNTUK SOALAN 2.

 JAWAPAN SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI KEDAH 2021 UNTUK SOALAN 1 DAN 2.

 

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

 Soalan 1: Morfologi

 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua perkataan yang menerima imbuhan apitan dan dua perkataan yang menerima imbuhan akhiran. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

 

Golongan guru dan pelajar mengalami kejutan apabila tidak dapat mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas seperti kebiasaan. Kebanyakan pelajar memang seronok kerana tidak perlu menghadiri kelas. Namun begitu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan para guru dan pelajar mengalami  tekanan. Guru terpaksa memikul bebanan untuk melengkakpkan pelaporan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di rumah secara dalam talian setiap hari.

Dipetik dan diubah suai daripada

Kebiasaan Baharu: Pembelajaran Dalam Talian

Oleh Jeniri Amir

Dewan Siswa, Bil 1/2021

 

( 8 markah )

Jawapan soalan:-

 

Bil

Kata akar

Imbuhan apitan

i

 belajar

pembelajaran

ii

 biasa

kebiasaan

 

Bil

Kata akar

Imbuhan akhiran

i

 kejut

 kejutan

ii

 kawal

 kawalan

Senarai jawapan yang boleh ditulis sebagai jawapan soalan 1.

Kata yang menerima imbuhan apitan:-

 1. pembelajaran

 2. kebiasaan

 3. kebanyakan

 4. pelaksanaan

 5. pergerakan

 6. pelaporan

 7. pengajaran

 8. mengalami

 9.  mengikuti

10. menghadiri

11. menyebabkan

12. melengkapkan

 

b) Kata yang menerima imbuhan akhiran

1. golongan

2. kejutan

3. kawalan

4. bebanan

5. talian

6. tekanan

 

 

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

 

Soalan 2:  Sintaksis

 

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan jenis ayat bagi ayat yang bergaris di bawah sama ada ayat seruan, ayat penyata, ayat tanya atau ayat perintah.

 

Aiman      : Ganesh, saya telah ditawarkan untuk belajar di     

                  universiti. (i)

 

Ganesh    : Tahniah, hebatnya awak! (ii)

 

Aiman      : Awak pula bagaimana? Awak  sudah dapat   

                  keputusannya?

 

Ganesh    : Saya tidak senasib dengan awak. Keputusan SPM saya

                  Kurang memberangsangkan.

 

Aiman      : Awak tidak perlu berasa sedih. (iii)

                  Tentu ada peluang lain nanti.

 

Ganesh    : Adakah awak mempunyai simpanan untuk

                  Menyambung pelajaran nanti?  (iv)

 

Aiman      : Saya akan menggunakan duit simpanan yang saya

                  simpan sejak kecil.

 

Ganesh    : Oh, awak sangat beruntung kerana mempunyai  duit

                  Simpanan sendiri. 

Dipetik dan diubahsuai daripada

Buku Teks Bahasa Melayu Ting 4,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

( 4 markah )

 

Jawapan:-

 

Bil

 Jenis ayat

i

Ayat penyata

ii

Ayat seruan

iii

Ayat perintah

iv

Ayat tanya

Tiada ulasan: