Warga tua merupakan golongan yang banyak
berjasa kepada kita. Namun, warga tua sering dibiarkan dan ditempatkan di rumah
orang-orang tua. Tulis karangan tentang Cara Menghargai Jasa Warga Tua.
Warga tua merupakan sebahagian daripada
masyarakat dan mereka tidak harus dilupakan atau diabaikan. Mereka telah banyak
berjasa kepada keluarga dan negara. Namun, banyak jasa mereka telah dilupakan.
Malangnya, terdapat sebilangan warga tua yang tidak
bernasib baik. Mereka ini bukan sahaja uzur,
nyanyuk, malahan mengalami pelbagai masalah kesihatan kerana usia yang telah
lanjut. Terdapat anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang
tua-tua, bak kata peribahasa Melayu selepas dapat madu sepah dibuang.
Anak-anak perlu membalas jasa kedua-dua orang
tua mereka. Hal ini kerana ibu bapa telah mendidik dan menyara kehidupan
mereka. Pengorbanan mereka perlu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak-anak tidak
patut menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua. Warga tua akan
berasa sedih jika dihantar ke rumah orang tua-tua. Tambahan pula
kerajaan sedang mengutamakan keluarga Malaysia.
Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan
zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak. Manakala
bapa membanting tulang empat kerat mencari rezeki membesarkan anak-anak. Ibu
bapa mestilah menjadi contoh kepada anak-anak. Mereka perlu menjaga kedua-dua
ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang. Ibu bapa perlu mewujudkan hubungan
mesra dalam keluarga. Pengorbanan ibu bapa perlu diingati serta dibalas dengan
sebaik-baiknya. Anak-anak akan menghargai dan menghayati kasih sayang yang
dicurahkan kepada mereka. Anak-anak akan tetap menyayangi mereka dan tidak
seharusnya menghantar mereka ke rumah orang tua.
Di sekolah, guru boleh menasihati pelajar agar
menghormati warga tua. Guru-guru perlu menasihati pelajar mereka supaya sayang
dan hormati warga tua. Pelajar-pelajar perlu bercakap dengan sopan apabila
berhubung dengan ibu bapa mereka. Guru-guru boleh menerapkan nilai ini melalui
mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pengetahuan Moral. Peranan guru penting untuk
mendidik para pelajar.
Kerajaan boleh menghargai warga tua. Kerajaan
perlu menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Pihak terbabit hendaklah
menyediakan tempat khas dalam pengangkutan awam seperti bas dan kereta api
untuk warga tua ini. Dengan ini, mereka tidak perlu berhimpit-himpit atau
berdiri sepanjang perjalanan. Hal ini bertepatan dengan konsep masyarakat
penyayang yang dilancarkan oleh kerajaan. Selain itu, warga tua juga perlu
diberikan rawatan percuma di hospital kerajaan ataupun dikenakan kadar bayaran
rendah di hospital atau klinik swasta. Keperihatinan kerajaan yang mengingati
warga tua akan membantu mereka untuk berhidup dengan lebih gembira.
Di samping itu, kerajaan, agensinya, pihak
swasta, stesen radio, dan stesen televisyen perlu memperbanyak kempen untuk
menyedarkan generasi muda tentang pentingnya menghargai warga tua. Kerajaan dan
pihak swasta berganding bahu seperti aur dengan tebing untuk menunjukkan sikap
mengambil berat tanpa mengira pangkat, demi keselesaan warga tua. Sehubungan
dengan itu, sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa boleh diraikan untuk menimbulkan
kesedaran terhadap nasib warga tua ini. Sambutan ini diharapkan dapat
mencetuskan rasa simpati, rasa kasih sayang, dan hormat yang mendalam dalam
kalangan masyarakat terhadap warga tua.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha
untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Kita tidak boleh mengabaikan
warga tua kerana merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita. Tanpa mereka
siapalah kita,jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing, suatu hari nanti, kita juga pasti ’tua’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan