Ahad, 14 Ogos 2022

LATIHAN PENYUNTINGAN SIRI 3 SOALAN 3, KERTAS BAHASA MELAYU 2. ( DIAMBIL DAN DISEDUT DARIPADA LAMAN CIKGU HAFIZ BLOGSPOT)

 

Latihan penyuntingan 3

Petikan di bawah mengandungi  11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan yang terdapat dalam petikan.

Terdapat pelbagai-bagai isu yang membimbangkan penguna berhubung dengan makanan kesihatan tambahan apabila lebel tidak mempunyai arahan penggunaan yang lengkap dan di dapati mengandungi bahan yang belum dinilai atau diuji bagi menyedia jaminan yang munasabah. Fenomena ini lazim berlaku di seluruh dunia, tetapi lebih kerap berlaku di negara Asia, terutamanya di India dan di China yang merupakan pengeluar dan pengguna herba paling terbesar. Pencemaran bahan logam berat seperti pestisid, mikroorganisma dan mikotoksin banyak didapati  di dalam herba.

 Seterusnya, pencemaran berlaku secara tidak sengaja melalui proses perbuatan yang digunakan mesin logam yang bukan berkualiti, dan penambahan secara sengaja seperti merkuri sulfida, arsenik sulfida dan arsenik trioksida yang diamalkan dalam perubatan ayurveda dan perubatan dari China. Namun begitu, isu ini tidak akan berlaku sekiranya pihak pemborong menggunakan mesin logam yang disahkan selamat dan mereka tidak menambah bahan-bahan kimia tertentu dalam produk perubatan yang dihasilkan.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Makanan Kesihatan Tambahan, Madu atau Racun

Oleh Radhiah Shukri

Dewan Masyarakat, Disember, 2015

 

 

Jawapan:-

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

perlbagai-bagai

 

2

penguna

 

3

lebel

 

4

di dapati

 

5

menyedia

 

6

paling terbesar

 

7

di dalam

 

8

perbuatan

 

9

digunakan

 

10

tidak

 

11

pemborong

 

 

Jawapan lengkap:-

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

perlbagai-bagai

 pelbagai / berbagai-bagai

2

penguna

 pengguna

3

lebel

 label

4

di dapati

 didapati

5

menyedia

 menyediakan

6

paling terbesar

 terbesar

7

di dalam

 dalam

8

perbuatan

 pembuatan

9

digunakan

 menggunakan

10

tidak

 bukan

11

pemborong

 pengeluar

 

Tiada ulasan: