Ahad, 14 Ogos 2022

LATIHAN PENYUNTINGAN SIRI 2 SOALAN 3, KERTAS BAHASA MELAYU 2. ( DIAMBIL DAN DISEDUT DARIPADA LAMAN CIKGU HAFIZ BLOGSPOT)

 

Latihan penyuntingan 2

Petikan di bawah mengandungi  11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan yang terdapat dalam petikan.

Konsep pembelajaran maya sudah menjadi satu realiti dengan adanya platfrom pembelajaran maya yang semakin hari semakin padat dibangunkan oleh syarikat pembelajaran maya ke Malaysia. Hal ini sesuai dengan konsep pembelajaran abad ke 21 yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati penonton Internet. Hampir 25 juta pengguna Internet di Malaysia menggunakan perkhidmatan jalur layar dan peranti komonikasi telefon pintar berbanding dengan pengguna telefon talian tetap dan perkhidmatan lain-lain. Namun begitu, sebanyak 23.1% penduduk di negara ini yang bukan memiliki akses Internet telah menjadi halangan pada pelaksanaan pendidikan maya ini.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Konsep Pembelajaran Maya’
Majalah Pendidik, November 2018

 

 

Jawapan:-

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

 platfrom

 

2

 padat

 

3

 ke

 

4

 ke 21

 

5

 di

 

6

 penonton

 

7

 komonikasi

 

8

 jalur layar

 

9

 perkhidmatan lain-lain

 

10

 bukan

 

11

 pada

 



Jawapan lengkap:-

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

 platfrom

 platform

2

 padat

 pesat

3

 ke

 di

4

 ke 21

 ke-21

5

 di

 dalam

6

 penonton

 pengguna

7

 komonikasi

 komunikasi

8

 jalur layar

 jalur lebar

9

 perkhidmatan lain-lain

 perkhidmatan-perkidmatan lain

10

 bukan

 tidak

11

 pada

 kepada

Tiada ulasan: