Ahad, 14 Ogos 2022

LATIHAN PENYUNTINGAN SIRI 1 SOALAN 3, KERTAS BAHASA MELAYU 2. ( DIAMBIL DAN DISEDUT DARIPADA LAMAN CIKGU HAFIZ BLOGSPOT)

 

Latihan penyuntingan 1

Petikan di bawah mengandungi  8 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 8 kesalahan yang terdapat dalam petikan.

Jerebu merupakan satu fhenomena yang disebabkan oleh kewujudan partikel-partikel kecil yang terapung-apung pada udara dan tidak dapat di lihat oleh mata kasar. Partikel-partikel ini terjadi samaada secara semula jadi atau kesan dari aktiviti manusia. Apabila partikel ini wujud dalam kualiti yang banyak dan berkelompak akan terhasil jerebu yang mengundang pelbagai-bagai masalah kesihatan. Sekiranya hal ini terjadi, masayrakat perlu sentiasa berada di dalam bangunan atau rumah.

                     Dipetik dan diubah suai daripada“Jerebu Oh Jerebu‟

Generasi Pengguna, Jun 2013


 

Jawapan:-

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

 fhenomena

 

2

 pada

 

3

 di lihat

 

4

 samaada

 

5

 dari

 

6

 kualiti

 

7

 pelbagai-bagai

 

8

 masayarakat

 

 

Jawapan lengkap:-

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

 fhenomena

 fenomena

2

 pada

 di

3

 di lihat

 dilihat

4

 samaada

 sama ada

5

 dari

 daripada

6

 kualiti

 kuantiti

7

 pelbagai-bagai

 pelbagai / berbagai-bagai

8

 masayarakat

 masyarakat

Tiada ulasan: