Sabtu, 20 Ogos 2022

LATIHAN PENYUNTINGAN SIRI 4 SOALAN 3, KERTAS BAHASA MELAYU 2. ( DIAMBIL DAN DISEDUT DARIPADA LAMAN CIKGU HAFIZ BLOGSPOT)

 

Latihan penyuntingan 4

Petikan di bawah mengandungi  10 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 10 kesalahan yang terdapat dalam petikan.

Rakyat Malaysia daripada pelbagai kumpulan-kumpulan etnik perlu membantu menjalin dan memperkukuhkan keharmonian hidup di Malaysia. Hanya keharmonian dan persefahaman di antara kaum yang mampu menggalak kepercayaan dan perpaduan antara rakyat. Rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama, seharusnya lebih peka terhadap peranan dan sumbangan mereka kepada perpaduan negara. Pembangunan ekonomi tidak akan bermakna tanpa persefahaman, keharmonian dan kepercayaan antara rakyat. Rakyat Malaysia harus sedar dan perlu dielakkan diri daripada mengejar egenda yang bersifat perkauman. Hal ini demikian kerana benih-benih perbalahan yang wujud akan memudaratkan keharmonian dan perpaduan yang sudah sekian lama dijalin.

 

         Di samping itu, semangat patriotisme mestilah sentiasa disemai dan dibajai dalam usaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan sosial. Penyelesaian daripada kemelut bahawa menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum sewajarnya menggunakan pendekatan kesederhanaan. Di dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata yang bersifat provokasi yang dapat menjejaskan keharmonian kaum dan perpaduan hendaklah dibaikan.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana

Jangan Langgar Sempadan Perpaduan

Utusan Malaysia, 1 Januari 2016

 

 

Jawapan:-

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

 pelbagai kumpulan-kumpulan

pelbagai kumpulan / kumpulan-kumpulan

2

 memperkukukuh

memperkukuh

3

 menggalak

menggalakkan

4

 dielakkan

menggelakkan

5

 egenda

agenda

6

 dijalin

terjalin

7

 daripada

kepada

8

 bahawa

yang

9

 di dalam

dalam

10

 diabaikan

dielakkan

 

 

Tiada ulasan: