Sabtu, 20 Ogos 2022

JERAYAWARA SOALAN PERCUBAAN PEPERIKSAAN SPM BAHASA MELAYU 2 2021. SOALAN PERTAMA, PECAHAN 1 (MORFOLOGI), SOALAN PEPERIKSSAN SPM BAHASA MELAYU 2.

Jerayawara Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2021 dengan menghurai setiap jawapan soalan berkenaan. Soalan yang dibincangkan berkaitan soalan Percubaan SPM Negeri Kedah. Diharapkan pelajar akan lebih faham dan bersedia untuk menghadapi kertas Bahasa Melayu 2 SPM KSSM.

 

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

 

Soalan 1: Morfologi

 

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua perkataan yang menerima imbuhan apitan dan dua perkataan yang menerima imbuhan akhiran. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

 

Golongan guru dan pelajar mengalami kejutan apabila tidak dapat mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas seperti kebiasaan. Kebanyakan pelajar memang seronok kerana tidak perlu menghadiri kelas. Namun begitu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan para guru dan pelajar mengalami  tekanan. Guru terpaksa memikul bebanan untuk melengkakpkan pelaporan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di rumah secara dalam talian setiap hari.

Dipetik dan diubah suai daripada

Kebiasaan Baharu: Pembelajaran Dalam Talian

Oleh Jeniri Amir

Dewan Siswa, Bil 1/2021

 

( 8 markah )

 

Penjelasan;_

Soalan meminta pelajar mencari dua perkataan yang menerima imbuhan apitan dan dua imbuhan akhiran.

 

Contoh imbuhan Akhiran

Kata  yang diberikan imbuhan pada akhir kata seperti di bawah. Contohnya:

 

Kata akar

Imuhan akhiran

Kata akar

Imuhan akhiran

Masuk

Masukkan

Makan

makanan

Guna

Gunakan

Buai

buaian

Basuh

Basuhkan

Ampai

ampaian

Cari

Carikan

Letak

letakkan

Baik

Baiki

Damping

dampingi

 

Contoh Imbuhan Apitan

Kata yang diberikan imbuhan pada awal dan akhir kata seperti di bawah. Contohnya:

Kata akar

Imbuhan apitan

Imbuhan apitan

Bersih

Membersihkan

kebersihan

Letak

Diletakkan

meletakkan

Ubat

Perubatan

mengubati

Guna

Penggunaan

menggunakan

Simpan

Penyimpanan

menyimpankan

Penuh

Memenuhi

memenuhkan

 

Jawapan soalan:-

 

Bil

Kata akar

Imbuhan apitan

i

 

 

ii

 

 

 

Bil

Kata akar

Imbuhan akhiran

i

 

 

ii

 

 

 

** Terdapat lebih daripada dua jawapan untuk imbuhan apitan dan imbuhan akiran. Oleh sebab itu, pelajar perlu bijak memilih mana-mana dua jawapan untuk imbuhan apitan dan imbuhan akhiran. 

Tiada ulasan: