Isnin, 17 Oktober 2022

JAWAPAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU KERTAS 2 NEGERI KEDAH 2021. SOALAN 4 BAHASA MELAYU STANDARD (JAWAPAN )

 Jerayawara Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Kedah 2021. Diharapkan pelajar akan lebih memahami dan bersedia untuk menghadapi kertas Bahasa Melayu 2 SPM KSSM. 

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

 

Soalan 4:  Bahasa Melayu Standard

Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah 2021 

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud asalnya.

    Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang mengadap raja mengadukan halnya kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung.  “Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”

                Maka sembah Temenggung, “Daulat Tuanku Syah Alam patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang tak bertemu. Patik menyuruh hsmba itu pun hairan akan penjurit itu.”

Dipetik daripada,

Kempimpinan Melalui Teladan,

Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang,

Kementerian Pendidikan Malaysia

( 6 markah )

 

       Jawapan soalan:-

 1    Setelah siang, orang-orang kaya itu pun mengadap raja untuk mengadu berkaitan 

       kecurian malam tadi.                                                           ( 1 markah )

 2    Baginda berasa hairan lalu bertitah kepada Temenggung, " Wahai Temenggung 

       tidakkah hamba menyuruh orang berkawal tadi?"             ( 2 markah )

 3    Lalu Temenggung bersembah, " Daulat tuanku Syah Alam, patik telah menyuruh 

       orang semalam, namun tiada seorang pun berjumpa. Orang-orang hamba pun berasa 

       pelik / hairan akan kebolehan perajurit/ penjahat/ pencuri itu,"

                                                                                                     ( 3 markah )

       .

Tiada ulasan: