(e) Baca dialog di bawah dengan
teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
Dato’ Reezal: Wah, cantik sungguh set sofa berasaskan kayu di kedai
kamu ini, Yusof! Rekaan kamu yang menggabungkan ukiran kayu yang bermotifkan
awan larat ini menjadikan sofa ini kelihatan unik dan klasik. Peribahasa ________________membuktikan
bahawa kamu memang seorang yang cinta akan budaya Melayu.
Yusuf: Betul tu, Dato’ Reezal dalam dunia pemiagaan ini, kita tidak
boleh membuang adat dan budaya yang menjadi jati diri sesuatu bangsa. Janganlah
kita terlalu mengagung-agungkan budaya luar hingga budaya sendiri terabai,
ibarat ______________________. Mana-mana yang mendatangkan faedah, harus kita pelihara
dengan sebaik-baiknya.
Dato’ Reezal:
Saya berasa bangga dengan semangat anak muda seperti kamu ini. Dalam dunia peniagaan,
memang banyak cabarannya._______________________________________ , hadapilah
cabaran tersebut dan sentiasa bersikap berani untuk berhadapan dengan sebarang kegagalan.
[6 markah]
Cadangan jawapan:-
1
|
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
|
2
|
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
|
3
|
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
|
2 ulasan:
aina berasa _____ semasa hendak mengambil keputusan sijil pelajaran malaysia yang telah didudukinya tahun lepas
aina berasa _____ semasa hendak mengambil keputusan sijil pelajaran malaysia yang telah didudukinya tahun lepas
Catat Ulasan