(b) Tukarkan ayat
aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud
asalnya.
(i) Cikgu Hasnul mengajar pelajar tingkatan Lima
Ceria mata pelajaran Sejarah
pada setiap hari Sabtu.
(ii) Pekerja
kontrak telah menebang pokok rambutan yang reput itu petang tadi.
(iii) Kami
membaiki motosikal pusaka kesayangan ayah di Bengkel Mutiara.
Cadangan jawapan:-
i) Pelajar tingkatan Lima Ceria diajar oleh Cikgu Hasnul mata pelajaran sejarah pada
setiap hari Sabtu.
Ulasan guru: Ayat di atas meruapakan ayat pasif dan kata nama khas Cikgu Hasnul
boleh menerima imbuhan di...........an. Sementara itu kata sendi nama
oleh boleh digugurkan atau digunakan kerana kata nama khas
berkenaan tidak termasuk dalam kategori kata ganti nama.
ii) Pokok rambutan yang reput itu telah dipotong oleh pekerja kontrak petang tadi.
Ulasan guru: Ayat di atas meruapakan ayat pasif dan kata nama am pekerja kontrak
boleh menerima imbuhan di...........an. Sementara itu kata sendi nama
oleh boleh digugurkan atau digunakan kerana kata nama khas
berkenaan tidak termasuk dalam kategori kata ganti nama.
iii) Motosikal pusaka kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara.
Ulasan guru: Ayat di atas merupakan ayat pasif menggunakan kata ganti nama diri
pertama jamak iaitu "kami" tidak boleh menerima imbuhan di.........kan. Oleh itu ditulis dengan kami baiki.
[6 markah]
4 ulasan:
mengikut
mengikut
Very nice very nice
Very nice
Catat Ulasan