Selasa, 11 September 2018

SOALAN 3(B) AYAT-MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF (SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI PULAU PINANG 2018


(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud   
      asalnya.

(i)  Cikgu Hasnul mengajar pelajar tingkatan Lima Ceria mata pelajaran Sejarah   
      pada setiap hari Sabtu.

(ii) Pekerja kontrak telah menebang pokok rambutan yang reput itu petang tadi.

(iii) Kami membaiki motosikal pusaka kesayangan ayah di Bengkel Mutiara.

Cadangan jawapan:-
i)    Pelajar tingkatan Lima Ceria diajar oleh Cikgu Hasnul mata pelajaran sejarah pada
      setiap hari Sabtu.
     
      Ulasan guru:  Ayat di atas meruapakan ayat pasif dan kata nama khas Cikgu Hasnul
                             boleh menerima imbuhan di...........an. Sementara itu kata sendi nama
                             oleh boleh digugurkan atau digunakan kerana kata nama khas 
                             berkenaan tidak termasuk dalam kategori kata ganti nama.

ii)  Pokok rambutan yang reput itu telah dipotong oleh pekerja kontrak petang tadi.

     Ulasan guru:  Ayat di atas meruapakan ayat pasif dan kata nama am pekerja kontrak
                           boleh menerima imbuhan di...........an. Sementara itu kata sendi nama
                           oleh boleh digugurkan atau digunakan kerana kata nama khas 
                           berkenaan tidak termasuk dalam kategori kata ganti nama.

iii) Motosikal pusaka kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara.

      Ulasan guru:  Ayat di atas merupakan ayat pasif menggunakan kata ganti nama diri
                             pertama jamak iaitu "kami" tidak boleh menerima imbuhan                                                 di.........kan.    Oleh itu ditulis dengan kami baiki.

[6 markah]