Selasa, 11 September 2018

SOALAN 3(A) MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG DIBERI ( SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI PULAU PINANG.

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)    lengan - lengang
(ii)   timang - timbang
(iii)  trafik - tragik

i)      Lengan Azman berdarah kerana luka akibat tusukan kayu yang tajam itu.
ii)     Suasana lengang di kawasan hutan itu amat menyeramkan saya.
iii)    " Jangan timang anak tu tinggi-tinggi, nanti jatuh," kata emak kepada adik.
iv)    " Tolong timbang sayur itu," kata emak kepada pekedai itu.
v)     Polis trafik itu kepanasan apabila mengawal keadaan lalu lintas dalam cuaca
        panas.
vi)    Peristiwa tragik semalam masih terbayang dalam ingatan saya apabila empat 
         orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

12 ulasan:

Unknown berkata...

sangat baik

Unknown berkata...

Svbsnns

Unknown berkata...

Baik

Unknown berkata...

Bulat-bulat

Unknown berkata...

Not interested

Unknown berkata...

Mudah paham

Unknown berkata...

Hi

Tanpa Nama berkata...

terbaik cikgu...terima kasih

Unknown berkata...

Memenuhi

Tanpa Nama berkata...

salam cikgu, adakah 2 perkataan(bagi setiap soalan) tersebut perlu diasingkan dengan ayat masing2 atau disambungkan menjadi 1 ayat?

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Sebelum menjawab soalan membina ayat di atas, pelajar perlu fahamkan arahan soalan. Soalan meminta pelajar menulis setiap perkataan untuk membezakan maksud penggunaannya. Bermakna pelajar perlu menulis satu ayat setiap perkataan diberikan. Jawapannya seperti ayat saya bina di bahagian jawapan, iaitu setiap perkataan satu ayat. Sekiranya pelajar membina satu ayat untuk dua perkataan diberikan bermakna pelajar tidak menjawab kehendak soalan. Oleh sebab itu, setiap ayat dibina menggunakan setiap perkataan sahaja akan diberikan markah. Elakkan membina satu ayat menggunakan dua perkataan diberikan. Selain itu, pastikan juga ayat yang dibina mempunyai subjek dan prediket serta elakkan melakukan kesalahan tatabahasa serta kesalahan ejaan. Semoga penerangan ini menjawab soalan berkenaan. Semoga anda berjaya mendapat penuh setiap enam ayat yang dibina.

Unknown berkata...

minta jawapan