Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk
menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
(i) lengan - lengang
(ii) timang - timbang
(iii) trafik - tragik
i) Lengan Azman berdarah kerana luka akibat tusukan kayu yang tajam itu.
ii) Suasana lengang di kawasan
hutan itu amat menyeramkan saya.
iii) " Jangan timang anak tu
tinggi-tinggi, nanti jatuh," kata emak kepada adik.
iv) " Tolong timbang sayur
itu," kata emak kepada pekedai itu.
v) Polis trafik itu kepanasan
apabila mengawal keadaan lalu lintas dalam cuaca
panas.
vi) Peristiwa tragik semalam masih
terbayang dalam ingatan saya apabila empat
orang terbunuh dalam
kemalangan jalan raya.
12 ulasan:
sangat baik
Svbsnns
Baik
Bulat-bulat
Not interested
Mudah paham
Hi
terbaik cikgu...terima kasih
Memenuhi
salam cikgu, adakah 2 perkataan(bagi setiap soalan) tersebut perlu diasingkan dengan ayat masing2 atau disambungkan menjadi 1 ayat?
Sebelum menjawab soalan membina ayat di atas, pelajar perlu fahamkan arahan soalan. Soalan meminta pelajar menulis setiap perkataan untuk membezakan maksud penggunaannya. Bermakna pelajar perlu menulis satu ayat setiap perkataan diberikan. Jawapannya seperti ayat saya bina di bahagian jawapan, iaitu setiap perkataan satu ayat. Sekiranya pelajar membina satu ayat untuk dua perkataan diberikan bermakna pelajar tidak menjawab kehendak soalan. Oleh sebab itu, setiap ayat dibina menggunakan setiap perkataan sahaja akan diberikan markah. Elakkan membina satu ayat menggunakan dua perkataan diberikan. Selain itu, pastikan juga ayat yang dibina mempunyai subjek dan prediket serta elakkan melakukan kesalahan tatabahasa serta kesalahan ejaan. Semoga penerangan ini menjawab soalan berkenaan. Semoga anda berjaya mendapat penuh setiap enam ayat yang dibina.
minta jawapan
Catat Ulasan