JENIS-JENIS AYAT
Ayat
bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis:
(a) Ayat penyata
(b) Ayat tanya
(c) Ayat perintah
(d) Ayat seruan
Ayat
Penyata
Ayat
penyata bertujuan atau maksud membuat sesuatu kenyataan, menyatakan atau
memberikan sesuatu keterangan tentang sesuatu berita atau hal. Ayat penyata
juga disebut ayat berita atau ayat keterangan.
Contoh:
1. Kota Kinabalu ialah
ibu negeri Sabah yang letaknya di tepi laut. (FN+FN)
2. Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat. (FN+FS)
3. Bangunan perpustakaan
yang baru siap dibina di bandar itu amat besar. (FN+FA)
4. Kain songket ialah
busana yang lazimnya dipakai oleh pasangan pengantin. (FN+FN)
5. Bandar raya Kuala
Lumpur yang sedang pesat membangun sangat bersih dan indah.(FN+FA)
6. Bungkusan hadiah ini
untuk pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti.(FN+FS)
7. Semua rakyat
diingatkan supaya mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan negara ini.
(FN+FK)
8. Pihak kerajaan sedang
memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris di negara ini.
(FN+FK)
Ayat
Tanya
Ayat
tanya bertujuan menanyakan sesuatu berita atau hal.
Terdapat
dua jenis ayat tanya
(a) Ayat tanya tanpa kata tanya
(b) Ayat tanya dengan unsur tanya
(a) Ayat tanya tanpa kata tanya
Ayat
tanya tanpa kata tanya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan
pada akhir ayat. Biasanya, ayat jenis ini menggunakan tanda tanya (?) pada
akhir ayat.
1. Ikan hiasan di dalam
akuarium itu cantik-cantik? (FN+FA)
2. Bangunan itu asrama
untuk pelajar dari luar bandar? (FN+FN)
3. Darurat di negara
kita diisytiharkan pada tahun 1948? (FN+FK)
4. Mereka sekeluarga
akan ke Pulau Langkawi untuk bercuti? (FN+FS)
5. Kota Paris bandar
raya yang terkenal dengan bangunan Menara Eiffel? (FN+FN)
6. Guru sukan sekolah
mengetuai rombongan pelajar mendaki gunung itu? (FN+FK)
7. Padang sukan sekolah
itu sangat luas berbanding dengan padang sekolah lain? (FN+FA)
8. Ahli arkeologi yang
sedang menjalankan penyelidikan di Lembah Bujang dari Muzium Negara? (FN+FS)
PERINGATAN
Ayat
tanya tanpa kata tanya menggunakan partikel tanya –kah yang
hadir dalam predikat ayat. Apabila ini berlaku, predikat ayat dikedepankan.
Salah
|
Betul
|
1. Ikan hiasan di
dalam akuarium cantik-cantikkah?
|
Cantik-cantikkah ikan
hiasan di dalam akuarium?
|
2. Bangunan itu
asrama untuk pelajar dari luar bandarkah?
|
Asrama untuk
pelajar dari luar bandarkahbangunan itu?
|
3. Negara kita
mengisytiharkan darurat pada tahun 1948kah?
|
Pada tahun 1948kah darurat
di negara kita diisytiharkan?
|
4. Mereka
sekeluarga akan ke Pulau Langkawi untuk bercutikah?
|
Akan ke Pulau
Langkawi untuk bercutikahmereka sekeluarga?
|
5. Kota Paris
bandar raya yang terkenal dengan bangunan Menara Eiffelkah?
|
Bandar raya yang
terkenal dengan Menara Eiffelkah kota Paris?
|
6. Guru sukan
sekolah mengetuai rombongan pelajar mendaki gunung itukah?
|
Mengetuai rombongan
pelajar mendaki gunung itukah guru sukan sekolah?
|
7. Padang sukan
sekolah itu sangat luas berbanding dengan padang sekolah lainkah?
|
Sangat luaskah padang
sukan sekolah itu berbanding dengan padang sekolah lain?
|
8. Ahli arkeologi
yang sedang menjalankan penyelidikan di Lembah Bujang dari Muzium Negarakah?
|
Dari Muzium Negarakah ahli
arkeologi yang sedang menjalankan penyelidikan di Lembah Bujang?
|
Ayat
tanya dengan unsur tanya
Ayat
tanya yang mengandungi unsur tanya seperti apa, siapa, mengapa,
bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat tanya yang
mengandungi unsur tanya terdiri daripada tiga kategori, iaitu:
(a) Ayat tanya dengan kata tanya
(b) Ayat tanya dengan kata ganti nama diri
tanya
(c) Ayat tanya dengan frasa sendi nama
tanya
(a) Ayat tanya dengan kata tanya
Ayat
tanya dengan kata tanya ialah ayat yang mengandungi kata tanya seperti bila,
berapa, bagaimana, mengapa dan kenapa. Dalam susunan
biasa, kata tanya menduduki konstituen predikat.
Contoh:
1. Baju kemeja kamu yang
biru itu basah kenapa? (FN+FA)
2. Kenaikan harga minyak
petrol baru-baru ini bila? (FN+FK)
3. Kamu menyediakan sate
untuk tetamu bapa bagaimana? (FN+FK)
4. Latihan forum pelajar
di kantin sekolah pagi tadi mengapa? (FN+FS)
5. Jumlah kayu hoki yang
rosak di bilik sukan sekolah berapa? (FN+FN)
6. Pokok bunga di
sekitar bangunan sekolah kami kering dan layumengapa? (FN+FA)
7. Harga kereta mainan
dengan alat kawalan jauh yang baru dibeli ituberapa? (FN+FN)
8. Peserta program
pertukaran pelajar dari negara China akan ke Kuala Lumpur bila?
(FN+FS)
Ayat
di atas boleh menerima partikel –kah yang hadir dalam
predikat. Apabila ini berlaku, predikat ayat mengalami proses pendepanan.
Contoh
dalam ayat:
1. Kenapakah baju
kemeja kamu yang biru itu basah? (FN+FA)
2. Bilakah kenaikan
harga minyak berkuat kuasa baru-baru ini? (FN+FK)
3. Bagaimanakah kamu
menyediakan sate untuk tetamu bapa? (FN+FK)
4. Mengapakah latihan
forum pelajar di kantin sekolah pagi tadi? (FN+FS)
5. Berapakah jumlah
kayu hoki yang rosak di bilik sukan sekolah? (FN+FN)
6. Mengapakah pokok
bunga di sekitar bangunan sekolah kami kering dan layu? (FN+FA)
7. Berapakah harga
kereta mainan dengan alat kawalan jauh yang baru dibeli itu? (FN+FN)
8. Bilakah program
pertukaran pelajar dari negara China akan ke Kuala Lumpur? (FN+FS)
(b) Ayat tanya dengan kata ganti nama diri
tanya
Ayat
tanya dengan kata ganti diri tanya ialah ayat yang mengandungi kata ganti diri
tanya seperti apa,siapa dan mana. Dalam
susunan biasa, kata ganti diri tanya menduduki bahagian predikat.
Contoh:
1. Buku rujukan yang
kamu pinjam dahulu itu mana? (FN+FN)
2. Tajuk debat antara
pelajar sekolah asrama penuh pada tahun iniapa? (FN+FN)
3. Pegawai Kementerian
Pendidikan yang mengetuai rombongan itusiapa? (FN+FN)
Ayat
di atas menerima partikel –kah yang hadir dalam predikat.
Apabila ini berlaku, predikat ayat mengalami proses pendepanan.
Contoh:
1. Manakah buku
rujukan yang kamu pinjam dahulu itu? (FN+FN)
2. Apakah tajuk
debat antara pelajar sekolah asrama penuh pada tahun ini? (FN+FN)
3. Siapakah pegawai
Kementerian Pendidikan yang mengetuai rombongan itu? (FN+FN)
(c) Ayat tanya dengan frasa sendi nama
tanya
Ayat
tanya dengan frasa sendi nama tanya ialah ayat yang mengandungi frasa sendi
nama tanya seperti di mana, daripada siapa, dari mana, ke mana, sejak
bila, sampai bila dan dengan siapa. Dalam susunan
biasa, kata ganti diri tanya menduduki bahagian predikat.
Contoh:
1. Ibu jari kaki kanan
kamu bengkak sejak bila? (FN+FA)
2. Rombongan pelancong
yang menaiki bas itu dari mana? (FN+FS)
3. Doktor muda hospital
ini pakar penyakit kulit sejak bila? (FN+FN)
4. Michael yang
terburu-buru berjalan itu hendak ke mana? (FN+FS)
5. Surat berdaftar yang
kamu terima semalam daripada siapa? (FN+FS)
6. Pelajar itu
menghadiri kelas tuisyen di bandar dengan siapa? (FN+FK)
7. Pameran hasil kraf
tangan tradisional dilanjutkan sampai bila? (FN+FK)
8. Pelajar yang akan
memasuki pertandingan pidato peringkat kebangsaan itu di mana?
(FN+FS)
Ayat
di atas boleh mengalami proses pendepanan predikat dengan meletakkan bahagian
predikat ayat di hadapan ayat serta menggunakan partikel –kah.
Contoh:
1. Sejak bilakah ibu
jari kaki kanan kamu bengkak? (FN+FA)
2. Sejak bilakah doktor
muda hospital ini pakar penyakit kulit? (FN+FN)
3. Dari manakah rombongan
pelancong yang menaiki bas itu? (FN+FS)
4. Hendak ke manakah Michael
yang terburu-buru berjalan itu? (FN+FS)
5. Daripada siapakah surat
berdaftar yang kamu terima semalam? (FN+FS)
6. Dengan siapakah pelajar
itu menghadiri kelas tuisyen di bandar? (FN+FK)
7. Sampai bilakah pameran
hasil kraf tangan tradisional dilanjutkan? (FN+FK)
8. Di manakah pelajar
yang akan memasuki pertandingan pidato peringkat kebangsaan itu? (FN+FS)
1. Ayat tanya jawapan
terbuka dan jawapan tertutup
(i) Ayat tanya jawapan
terbuka
(ii) ayat tanya yang
jawapannya tidak terhad kepada jawapan yaatau tidak atau bukan,
tetapi lebih luas bergantung pada maksud yang terkandung dalam ayat tanya
tersebut
Contoh:
1. Apakah binatang yang
sangat cerdik mengikut cerita dongeng tradisional? (FN+FN)
Binatang
yang sangat cerdik mengikut cerita dongeng tradisional ialah kancil.
2. Siapakah pelukis
gambar pemandangan di tepi pantai yang cantik ini? (FN+FN)
Pelukis
gambar pemandangan di tepi pantai yang cantik ini ialah Encik Osman dari Pekan,
Pahang.
3. Dari manakah mereka
datang untuk menjual mutiara di sini? (FN+FS)
Mereka
datang dari Sabah untuk menjual mutiara di sini.
4. Kenapakah pasukan
bola sepak negara kita ke Singapura pada minggu lalu? (FN+FS)
Pasukan
bola sepak negara kita ke Singapura pada minggu lalu untuk perlawanan dengan
negara tersebut.
Ayat
Perintah
Ayat
perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan sama ada suruhan, larangan, ajakan atau menyampaikan permintaan. Ayat
perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang
kedua seperti awak, kamudan engkau. Ayat perintah terbahagi
kepada empat jenis:
(a) Ayat suruhan
(b) Ayat larangan
(c) Ayat silaan
(d) Ayat permintaan
(a) Ayat suruhan
Ayat
suruhan bertujuan memberikan perintah atau arahan. Subjek ialah kata ganti nama
diri orang kedua [awak, engkau dan kamu ]
Contoh:
1. Engkau pergi dari
kawasan perumahan ini segera. (FN+FK)
2. Keluar dari bilik ini
sekrang jika mahu selamat. (FN+FK)
3. Awak tunggu dia di
sini hingga dia datang. (FN+FK)
4. Buat karangan itu
dengan cermat hingga selesai. (FN+FK)
5. Baca surat yang baru
kamu dapat itu dengan telitinya. (FN+FK)
6. Isi borang permohonan
yang kamu dapat itu betul-betul. (FN+FK)
7. “Kamu siapkan kerja
itu sekarang juga,” kata guru kepada muridnya. (FN+FK)
8. “Tuan pergi terus ke
bangunan itu dan belok ke kiri.” kata anggota polis kepada pelancong tersebut.
(FN+FK)
PERINGATAN
Kata
ganti nama diri orang kedua yang berfungsi sebagai subjek
digugurkan. Sekiranya hendak diberi penegasan kepada orang yang disuruh,
subjek kata ganti nama diri orang kedua boleh juga digunakan.Partikel –lah boleh
digunakan untuk melembutkan arahan dan kehadirannya mesti di hadapan ayat:
Salah
|
Betul
|
1. Keluar dari
bilik ini sekaranglah.
|
Keluarlah dari
bilik ini sekarang.
|
2. Engkau pergi
dari sini segeralah.
|
Engkau pergilah dari
sini segera.
|
3. “Kamu siapkan
kerja itu sekarang jugalah,” kata guru kepada muridnya.
|
“Kamu siapkanlah kerja
itu sekarang juga,” kata guru kepada muridnya.
|
4. Awak tunggu dia
di sini hingga dia datanglah.
|
Awak tunggulah dia
di sini hingga dia datang.
|
(b) Ayat larangan
Ayat
larangan bertujuan menghentikan sesuatu perbuatan atau melarang seseorang
melakukan sesuatu. Ayat larangan menggunakan kata larangan seperti jangan dan usah.
Contoh:
1. Jangan buang sampah
merata-rata di tempat ini.
2. Usah dikenang perkara
yang lalu, nanti rosak jiwa.
3. Engkau jangan
mengambil barang orang tanpa kebenaran.
4. “Jangan berjaja di
kawasan ini,” kata pengawal di sekolah itu.
5. “Kamu jangan merokok
lagi,” kata guru disiplin kepada murid itu.
6. “Usah kau dengar kata
kawan kamu itu,” nasihat Pak Haris kepada anaknya.
7. “Jangan beritahu
sesiapa tentang perkara itu,” pesan Azman kepada adiknya.
8. “Jangan dimakan
makanan yang basi, nanti sakit perut,” kata ibu Hajar kepada anak bongsunya.
Contoh:
1. Janganlah buang
sampah di tempat ini.
2. Usahlah dikenang
perkara yang lalu, nanti rosak jiwa.
3. Engkau janganlah mengambil
barang orang tanpa kebenaran.
4. “Janganlah berjaja
di kawasan ini,” kata pengawal di sekolah itu.
5. “Kamu janganlah merokok
lagi,” kata guru disiplin kepada murid itu.
6. “Usahlah kau
dengar kata kawan kamu itu,” nasihat Pak Haris kepada anaknya.
7. “Janganlah beritahu
sesiapa tentang perkara itu,” pesan Azman kepada adiknya.
8. Janganlah dimakan
makanan yang basi, nanti sakit perut,” kata ibu Hajar kepada anak bongsunya.
PERINGATAN
Seperti
ayat suruhan, subjek ayat larangan juga boleh digugurkan.
Contoh:
1.
Awak janganlah merokok lagi.
Janganlah merokok lagi.
2.
Engkau janganlah ponteng sekolah lagi.
Janganlah ponteng sekolah lagi.
3.
Usahlah kau dengar kat kawan kamu itu.
Usahlah
dengar kata kawan kamu itu.
Terdapat
juga ayat larangan yang bersifat umum yang tidak menggunakan partikel pelembut
–lah.
Salah
|
Betul
|
1. Dilaranglah keluar
melalui pintu ini.
|
Dilarang keluar
melalui pintu ini.
|
2. Ditegahlah meludah
di sini.
|
Ditegah meludah di
sini.
|
3. Dilaranglah membuang
sampah di sini.
|
Dilarang membuang
sampah di sini.
|
PERINGATAN
Ayat
larangan dapat dilembutkan dengan menggunakan perkataan harappada
bahagian hadapannya.
Contoh:
1. Harap jangan berkecil
hati.
2. Harap jangan kotorkan
tempat ini.
3. Harap jangan bunyikan
radio kuat-kuat.
4. Harap jangan berkumpul di
kawasan ini.
5. Harap jangan salah faham
tentang perkara itu.
PERINGATAN
Dalam
ayat larangan yang menggunakan kata kerja tak transitif,
awalanme- dan ber- tidak boleh digugurkan.
Salah
|
Betul
|
Jangan
ludah
|
Jangan
meludah
|
Jangan
lompat
|
Jangan
melompat
|
Jangan
rokok
|
Jangan
merokok
|
Jangan
membuat bising
|
Jangan
berbuat bising
|
(c) Ayat silaan
Ayat
silaan bertujuan menjemput atau mempersilakan seseorang atau menyilakan
seseorang untuk melakukan sesuatu. Ayat silaan menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput.
Contoh:
1. Sila datang lagi ke
kedai kami pada bila-bila masa. (FN+FK)
2. Jemput naik ke pentas
untuk menerima hadiah. (FN+FK)
3. Jemput makan juadah
yang sedia terhidang di atas meja itu. (FN+FK)
4. “Sila masuk ke dewan
perhimpunan sekarang juga,” kata juruacara majlis (FN+FK)
NOTA:
Partikel –lah boleh digunakan bagi maksud melembutkan jemputan.
Contoh:
1. Silalah datang
lagi ke kedai kami pada bila-bila masa.
2. Jemputlah naik
ke pentas untuk menerima hadiah.
3. Jemputlah makan
juadah yang sedia terhidang di tas meja itu.
(d) Ayat permintaan
Ayat
permintaan bertujuan memohon atau meminta sesuatu. Ayat permintaan menggunakan
kata permintaan seperti minta dan tolong.
Contoh:
1. Minta jelaskan sewa
rumah untuk bulan lepas.
2. Tolong berikan perhatian
semasa guru kamu mengajar.
3. “Tolong serahkan
laporan ini kepada ketua jabatan, Ali,” kata pegawai itu.
4. Minta tuan puan berada di
lapangan terbang semasa ketibaan Duli Yang Maha Mulia Sultan.
PERINGATAN
Kata
silaan tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata larangan kerana ayat silaan
dan ayat permintaan membawa makna yang positif tetapi ayat larangan membawa
makna yang negatif.
Salah
|
Betul
|
Minta usah dikenang perkara
yang lalu.
|
Usah dikenang
perkara yang lalu.
|
Sila jangan buang sampah
di tempat ini.
|
Jangan buang sampah di
tempat ini.
|
Tolong jangan dimakan
makanan yang basi.
|
Jangan dimakan makanan
yang basi.
|
Tolong jangan berjaja di
sini.
|
Jangan berjaja di
sini.
|
Bagi
ayat larangan aktif, awalan “me-” boleh dikekalkan atau digugurkan.
Contoh:
Jangan buang sampah
di merata-rata tempat.
Jangan membuang sampah
di merata-rata tempat.
“membuang”
ialah kata kerja transitif.
Ayat
Seruan
Ayat
seruan bertujuan melahirkan perasaan seperti terkejut, hairan, geram, seronok,
sakit dan sebagainya. Tanda seru (!) digunakan di akhir ayat. Ayat seruan
menggunakan kata seru seperti wah, oh, amboi, wahai, cis, aduh,
eh dan syabas di permulaan ayat.
Contoh
dalam ayat:
1. Wah, besar sungguh
Masjid Jamek baharu ini! (FN+FA)
2. Cis, habis tanaman ubi
kayuku dimusnahkannya! (FN+FK)
3. Amboi, ke panggung wayung
pula budak-budak ini! (FN+FS)
4. Aduh, sakitnya perut aku
kerana makan buah tadi! (FN+FS)
5. Eh, di sini rupanya kamu!
(FN+FK)
6. Oh, abang kamu yang
berjaya mendaki Gunung Everest itu! (FN+FN)
7. Wahai anakku, tuntutlah
ilmu sebanyak mungkin sementara kamu masih muda! (FN+FK)
8. Syabas, andalah orang yang
terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia! (FN+FN)
PERINGATAN
Dalam
ayat seruan, tanda seru hadir di hujung ayat. Lazimnya, tanda koma (,)
diletakkan selepas kata seru. Contoh:
Salah
|
Betul
|
Wah! Besar sungguh
masjid ini.
|
Wah, besar sungguh
masjid ini!
|
Cis! Habis tanaman
aku dimusnahkannya.
|
Cis, habis tanaman
aku dimusnahkannya!
|
Amboi! Melampau
kamu diberi betis hendak paha.
|
Amboi, melampau
kamu diberi betis hendak paha!
|
Eh! Begitu fasih
pelajar asing itu berbahasa Melayu.
|
Eh, begitu fasih
pelajar asing itu berbahasa Melayu!
|
2 ulasan:
Cikgu, adakah anda seorang penyemak kertas bm spm?
Tiada komen. Minta maaf. Cukup saya katakan bahawa apa yang saya buat adalah untuk membantu pelajar saya menghadapi peperiksaan SPM.
Catat Ulasan