Selasa, 11 September 2018

SOALAN 2(D) SOALAN PEPERIKSAAN PECUBAAN NEGERI PULAU PINANG 2018


Soalan 2(d) – Sajak
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sejadah Rindu
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi

nafas sebak kian mengikuti.
Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.
Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.
Kalam Pertama, 2013
Dewan Bahasa dan Pustaka


(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan cara-cara penyajak menzahirkan keinsafan atas
    dosa-dosa yang lalu kepada Tuhannya.
[2 markah]
(ii) Dalam 2 baris terakhir sajak , penyajak menyatakan harapan agar dirinya tidak lupa
     bahawa dunia ini bersifat sementara.

     Pada pandangan anda, apakah kesan-kesannya jika seseorang manusia itu sedar
     bahawa dunia ini bersifat sementara ?
[3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak ini.

[4 markah]
       

Soalan 2 (d): Sajak
(i) Cara-cara penyajak menzahirkan keinsafan
     - diam dan mengenang dosa lalu
     - mengalir air mata/menangis sambil bersujud kepada Tuhan
     - melafazkan ungkapan taubat kepada Tuhan (dengan sebak)
     - berdoa/memohon ampun kepada Tuhan
[ Maksimum : 2 markah ]
[ Isi cukup : 2 isi ]
(ii) Kesan jika manusia sedar dunia bersifat sementara
      - berusaha mendekatkan dirinya dengan Tuhan
      - tidak melakukan perkara yang ditegah oleh agama/Tuhan
      - melakukan amalan yang baik/sembahyang/bersedekah/dsb
      - tidak terlalu bersifat kebendaan/materialistik
     ( Kesan lain yang sesuai boleh diterima )
[Maksimum : 3 markah ]
[Isi cukup : 2 isi ]
 (iii) Nilai murni
  1. Keinsafan [ 1 + 1 ]
      Penyajak mengalirkan air mata kerana menginsafi dosa-dosa lalu
  2. Kegigihan [ 1 + 1 ]
      Penyajak memohon doa pada waktu yang hening, bersungguh-sungguh    
      memohon maaf, dan melafazkan taubat dengan nada sebak
  3. Keikhlasan [ 1 + 1 ]
      Penyajak melafazkan taubat/berdoa secara ikhlas dan dan memohon ampun  
      atas dosa-dosa lalu
 4. Kesedaran [ 1 + 1 ]
     Penyajak sedar bahawa dunia ini bersifat sementara dan berharap dirinya tidak
     melupakan hal tersebut
 5. Ketaatan [ 1 + 1 ]
     Penyajak memohon/berdoa supaya dia menjadi manusia yang taat kepada-Nya.
     (Nilai murni yang lain boleh diterima sekiranya sesuai )
[Maksimum : 4 markah ]
[Isi cukup : 2 isi ( 1 + 1 ) ]

2 ulasan:

Unknown berkata...

berdasarkan rangkap yang terakhir apakah janji penyajak kepada tuhan

Unknown berkata...

Terima kasih content ini membantu saya untuk menjawab soalan dalam peperiksaan spm