PERBEZAAN CARA MENJAWAB SOALAN BERDASARKAN KATA KUNCI UNTUK
SOALAN SUBJEKTIF.
Setiap kali menjawab soalan
berdasarkan kata kunci seperti nyatakan, tuliskan, jelaskan, huraikan,
terangkan, dan terangkan, pelajar mengambil mudah menjawabnya dengan anggapan
ke semua kata kunci soalan berkenaan sama sahaja kehendaknya. Sebaliknya, tindakan pelajar
yang menganggap kata kunci soalan berkenaan sama sahaja adalah salah kerana
kesannya markah pelajar akan ditolak jika tidak mengikut kehendak soalan.
Saya akan cuba menjelaskan perbezaan
kata kunci soalan di atas dengan ringkas, semoga pelajar dapat menjawab dengan
tepat agar pelajar mendapat markah penuh dalam peperiksaan.
Soalan ini biasanya ditanya semasa pelajar menjawab soalan pemahaman teks 2 (a), 2 (b), 2 (c) dan 2 (d) Soalan Kertas 2. Sila berhati-hati. Kebiasaannya, soalan yang memperuntukkan 2 markah ditanya untuk soalan 2 (b) dan 2 (d) untuk soalan (i), isi cukup 2, dan paling baik pelajar perlu menulis jawapan daripada dua isi kerana isi selanjutnya dianggap sebagai "backup" sekiranya dua isi yang disenarai awal ada yang salah.
Apabila soalan yang ditanya melibatkan 3 ( markah ) dan soalan berkenaan menggunakan kata kunci seperti tuliskan, nyatakan, catatkan, dan kemukakan. Sebenarnya isi cukup untuk soalan begini dua isi tetapi pelajar digalakkan menyenaraikan isi tambahan sebagai "backup" sekiranya ada isi yang dijawab salah.
Sementara soalan yang memperuntukkan 4 markah dengan mengunakan kata kunci seperti huraikan, jelaskan, terangkan, tegaskan mengkehendaki pelajar menyenaraikan dua isi untuk menjawab soalan berkenaan. Bagaimana pemeriksa memeriksa soalan berkenaan. Apabila pelajar menulis sahaja isi, pelajar akan diberikan satu markah dan apabila pelajar menulis huraian + contoh, satu isi lagi diberi untuk jawapan soalan berkenaan. Oleh sebab itu, pelajar perlu menyenaraikan dua isi untuk soalan sebegini. Namun, pelajar yang bijak boleh , menyenaraikan lebih daripada dua isi kerana ditakuti, dua isi yang diberikan pada awalnya ada yang salah.
Bagaimana pula jika isi diberi 4 markah dan soalan berkenaan menggunakan kata kunci seperti tuliskan, nyatakan, catatkan, dan kemukakan berapakah isi yang perlu pelajar senaraikan. Sebenar untuk soalan sebegini rupa, pelajar perlu menyenaraikan tiga isi dan sebaik-baiknya tambah isi tambahan sebagai "backup."
Berdasarkan penerangan saya di atas, menunjukkan bahawa pelajar perlu berhati-hati semasa menjawab soalan yang melibatkan kata kunci saya nyatakan di bawah. Semoga pelajar faham penjelasan saya di atas. Untuk maklumat lanjut, sila tanya guru anda dan fahamkan teknik menjawab soalan subjektif di atas. Kelalaian anda berkaitan perkara di atas akan merugikan anda.
Sebagai nasihat, pelajar perlu memastikan jawapan yang ditulis mestilah menggunakan ayat yang gramatis dan ellakkan menjawab dalam soalan dalam bentuk point kerana jika berlaku demikian, markah bahasa anda akan dipotong. Selamat menjawab soalan peperiksaan dengan sehabis baik.
Soalan ini biasanya ditanya semasa pelajar menjawab soalan pemahaman teks 2 (a), 2 (b), 2 (c) dan 2 (d) Soalan Kertas 2. Sila berhati-hati. Kebiasaannya, soalan yang memperuntukkan 2 markah ditanya untuk soalan 2 (b) dan 2 (d) untuk soalan (i), isi cukup 2, dan paling baik pelajar perlu menulis jawapan daripada dua isi kerana isi selanjutnya dianggap sebagai "backup" sekiranya dua isi yang disenarai awal ada yang salah.
Apabila soalan yang ditanya melibatkan 3 ( markah ) dan soalan berkenaan menggunakan kata kunci seperti tuliskan, nyatakan, catatkan, dan kemukakan. Sebenarnya isi cukup untuk soalan begini dua isi tetapi pelajar digalakkan menyenaraikan isi tambahan sebagai "backup" sekiranya ada isi yang dijawab salah.
Sementara soalan yang memperuntukkan 4 markah dengan mengunakan kata kunci seperti huraikan, jelaskan, terangkan, tegaskan mengkehendaki pelajar menyenaraikan dua isi untuk menjawab soalan berkenaan. Bagaimana pemeriksa memeriksa soalan berkenaan. Apabila pelajar menulis sahaja isi, pelajar akan diberikan satu markah dan apabila pelajar menulis huraian + contoh, satu isi lagi diberi untuk jawapan soalan berkenaan. Oleh sebab itu, pelajar perlu menyenaraikan dua isi untuk soalan sebegini. Namun, pelajar yang bijak boleh , menyenaraikan lebih daripada dua isi kerana ditakuti, dua isi yang diberikan pada awalnya ada yang salah.
Bagaimana pula jika isi diberi 4 markah dan soalan berkenaan menggunakan kata kunci seperti tuliskan, nyatakan, catatkan, dan kemukakan berapakah isi yang perlu pelajar senaraikan. Sebenar untuk soalan sebegini rupa, pelajar perlu menyenaraikan tiga isi dan sebaik-baiknya tambah isi tambahan sebagai "backup."
Sebagai nasihat, pelajar perlu memastikan jawapan yang ditulis mestilah menggunakan ayat yang gramatis dan ellakkan menjawab dalam soalan dalam bentuk point kerana jika berlaku demikian, markah bahasa anda akan dipotong. Selamat menjawab soalan peperiksaan dengan sehabis baik.
BIL
|
SOALAN
|
CARA MENJAWAB
|
1
|
Tuliskan
|
Sekadar menulis kehendak soalan dan tidak perlu huraian.
|
2
|
Nyatakan
|
Sekadar menulis kehendak soalan dan tidak perlu huraian.
|
3
|
Catatkan
|
Sekadar menulis kehendak soalan dan tidak perlu huraian.
|
4
|
Kemukakan
|
Sekadar menulis kehendak soalan dan tidak perlu huraian.
|
5
|
Bincangkan
|
Senarai dan huraikan isi atau kehendak soalan.
( Isi + Huraian + Contoh )
|
6
|
Ulaskan
|
Senarai dan huraikan isi atau kehendak soalan.
( Isi + Huraian + Contoh )
|
7
|
Huraikan
|
Senarai dan huraikan isi atau kehendak soalan.
( Isi + Huraian + Contoh )
|
8
|
Terangkan
|
Senarai dan huraikan isi atau kehendak soalan.
( Isi + Huraian + Contoh )
|
9
|
Jelaskan
|
Senarai dan huraikan isi atau kehendak soalan.
( Isi + Huraian + Contoh )
|
10
|
Tegaskan
|
Senarai dan huraikan isi atau kehendak soalan.
( Isi + Huraian + Contoh )
|
3 ulasan:
Terima kasih
Terima kasih sebab buat secara percuma boleh baca kalau yg lain kene bayar (macam mana nak bayar acc bank takdak)
Terima kasih sebab buat free2
+ Berikan
Catat Ulasan