Soalan Peperiksaan Percubaan Negeri Sarawak 2018
Pada pendapat soalan ini agak sukar kerana memerlukan
pelajar menjelaskan peranan anda untuk membantu golongan rakan sebaya kurang
upaya. Penulisan anda perlu menggunakan kata ganti nama saya.
Orang Kurang
Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan berterusan
daripada pelbagai pihak
supaya mereka turut
memberi sumbangan berkesan kepada
negara.
Sebagai seorang
pelajar, apakah peranan
yang dapat anda
mainkan untuk membantu
atau menghargai golongan Orang Kurang Upaya (OKU)?
Takrif
orang kurang upaya (OKU) ialah insan
yang kurang bernasib baik kerana mengalami kecacatan kekal sama ada dalam
bentuk kecacatan fizikal atau mental. Kecacatan fizikal seperti buta, pekak,
cacat anggota, manakala cacat mental seperti ‘sindrom down’ dan tergencat akal.
Mereka terpaksa mengharung suatu perjalanan sukar untuk hidup sempurna seperti golongan
normal dek kecacatan yang dialami. Mereka mengalami perasaan rendah diri,
tersisih daripada arus perdana masyarakat, dan sukar menghadapi kehidupan
hari-hari mendatang tanpa sokongan ahli keluarga terdekat. Pada hari ini jumlah
OKU di negara ini dalam semua kategori telah meningkat sehingga 4000 orang. Hal
yang demikian, menunjukkan golongan tersebut tidak boleh dibiarkan meneruskan
kehidupan dalam kedaifan. Mereka sepatutnya diberikan peluang untuk meneruskan
hidup atas kudrat yang ada pada mereka atau dengan perkataan lain mereka harus
berdikari.
Sebagai
seorang insan yang sempurna fizikal dan mental saya haruslah bersukur kepada
Allah kerana mengurniakan kesempurnaan anggota badan. Namun begitu, saya akan
menghargai keberadaan insan orang kurang
keupayaan yang hidup bersama-sama saya. Saya akan cuba untuk memotivasi mereka agar mereka
meneruskan usaha sehingga berjaya dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana orang kurang upaya juga
mempunyai keistimewaan mereka tersendiri. Sebagaimana kita sedia maklum, terdapat
orang kurang upaya yang berjaya di negara kita, antaranya Prof. Ismail Saleh,
pakar ekonomi negara, seorang penyarah dan beliau juga menjadi orang cacat pertama memperoleh ijazah kedoktoran, Saudara Syukur Saleh, pemilik Syarikat D
Strike Solution pemasangan karpet terkenal di Malaysia, dan pernah memenangi
anugerah OKU Kecemerlangan bahagian Keusahawanan Malaysia, dan Tuan Atan
merupakan seorang peguam dan berperanan menggubal akta OKU di Malaysia. Oleh
sebab itu, saya akan memberikan motivasi kepada rakan-rakan OKU yang berada di
sisi saya untuk meneruskan kecemerlangan yang mereka ada berdasarkan
kecemerlangan orang kurang upaya seperti saya nyatakan di atas. Sekiranya saya mampu memberikan motivasi kepada rakan-rakan OKU, saya yakin mereka mampu berjaya dalam kehidupan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Mereka juga
boleh berjaya seperti orang lain sekiranya ada usaha kerana usaha itu tangga kejayaan. Tegasnya, saya akan cuba untuk memotivasi mereka
agar meneruskan usaha mereka sehingga berjaya.
Selain
itu, saya juga akan menggalakkan golongan
sahabat OKU untuk menyertai mana-mana persatuan OKU yang terdapat di daerah,
negeri ataupun peringkat kebangsaan. Hal ini kerana melalui persatuan seperti ini, golongan
sahabat OKU akan dapat bertemu dengan rakan-rakan seperti mereka. Di tempat
sebegini juga mereka dapat bertukar-tukar pandangan dan pengalaman sebagai
orang kurang upaya terutama berkongsi pengalaman kejayaan mereka dala kehidupan. Selain itu, di tempat-tempat sebegini juga mereka sedar bahawa
mereka bukan keseorangan dan mereka mempunyai sahabat yang berusaha untuk terus
berjaya dalam suasana negara yang sedang membangun. Bahkan juga, dengan adanya
persatuan seperti ini, mereka akan mendapat banyak info berkaitan golongan orang
kurang upaya malah mereka juga akan tahu bantuan-bantuan yang boleh mereka
dapati sekarang sama ada melalui bantuan badan bukan kerajaan dan kerajaan seperti
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian
Pendidikan dan sebagainya. Sesunggunhya, dengan menyertai badan-badan atau
persatuan OKU, sahabat-sahabat OKU akan dapat memotivasikan diri mereka untuk
berjaya sebagaimana kejayaan sahabat OKU lain. Bahkan juga mereka akan berasa
diri mereka tidak dipinggir oleh masyarakat dan mereka juga boleh berjaya
seperti orang lain. Sekiranya, sahabat OKU dapat menyertai persatuan OKU,
mereka akan mampu berjaya seperti orang lain kerana mereka juga mempunyai hak
untuk berjaya. Tegasnya, sebagai rakan saya akan menggalakkan golongan sahabat
OKU untuk menyertai mana-mana persatuan OKU yang terdapat di daerah, negeri
ataupun peringkat kebangsaan.
Sebagai
seorang sahabat OKU, saya juga akan menggalakkan mereka untuk mendaftar diri ke
Kementerian Pendidikan untuk mengikuti pendidikan khas yang menempatkan pelajar
OKU. Selain itu, saya akan cuba menyedarkan rakan-rakan OKU betapa pentingnya
mereka mengikuti pembelajaran di sekolah pendidikan khas ini. Sebagaimana kita
sedia maklum Kementerian Pendidikan Malasyia telah mewujudkan sekolah pendidikan
khas untuk mengelakkan pelajar OKU tercicir dari aliran pendidikan perdana. Di
sekolah pendidikan khas, pelajar OKU akan mendapat pendidikan sejajar dengan
kebolehan mereka, di samping mereka akan didedahkan kepada kemahiran sama ada teknik
atau vokasional untuk mereka dapat meneruskan kehidupan. Oleh sebab itu, objektif
sekolah pendidikan khas adalah untuk mendedahkan mereka kepada pembelajaran mengikut
kebolehan agar pendidikan yang mereka terima dapat mendedahkan mereka untuk
berdikari apabila dewasa nanti tanpa memerlukan bantuan daripada ibu bapa.
Sekiranya, sahabat-sahabat OKU saya dapat mengikuti pendidikan di sekolah
pendidikan khas ini, mereka akan dapat meneruskan kehidupan mereka seperti rakan-rakan
mereka yang lain. Tegasnya, Sebagai seorang sahabat OKU, saya juga akan cuba menggalakkan
mereka untuk mendaftar diri ke Kementerian Pendidikan untuk mengikuti pendidikan
khas yang menempatkan pelajar OKU.
Selain
itu, sebagai seorang rakan OKU, saya akan cuba untuk memberi penerangan yang
jelas kepada ibu bapa rakan OKU supaya
mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah pendidikan khas. Hal ini kerana
ada sebilangan ibu bapa tidak mahu anak-anak mereka digelar sebagai OKU kerana
mereka beranggapan bahawa anak-anak mereka perlu menerima pembelajaran seperti
pelajar-pelajar yang lain. Oleh sebab itu, saya akan cuba untuk menjelaskan betapa
ruginya ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk menerima pendidikan aliran
perdana. Namun, saya bukan bertujuan untuk memperlekeh sahabat OKU atas kekurangan yang mereka alami tetapi saya cuma perlu meyakinkan ibu bapa OKU bahawa kerajaan amat prihtain dan cuba sedaya upaya membantu golongan OKU. Sekiranya ibu bapa terus menghantar anak-anak mereka mengikuti pendidikan aliran perdana, sudah pasti anak-anak mereka akan tercicir
berbanding pelajar-pelajar lain bukan OKU. Tambahan pula, sekiranya anak-anak mereka dapat menerima
pembelajaran di sekolah berpendidikan khas banyak agensi kerajaan akan
memberikan bantuan kepada mereka setelah mereka menamatkan pengajian di sekolah
aliran pendidikan khas. Bahkan juga, anak-anak mereka akan dapat bersaing
dengan rakan-rakan OKU yang lain untuk mendapat tempat dalam peperiksaan antara
pelajar OKU. Tegasnya, sebagai seorang rakan pelajar OKU, saya saya akan cuba
untuk memberi penerangan yang jelas kepada ibu bapa rakan OKU supaya mereka menghantar anak-anak mereka ke
sekolah pendidikan khas.
Akhirnya,
sebagai rakan OKU, saya akan memotivasikan mereka untuk meneruskan pelajaran di
Sekolah Menengah Vokasional untuk murid bekerperluan khas terutama apabila
program pemerkasaan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) dijalankan oleh
pihak kerajaan. Sebanyak 23 program khusus boleh disertai rakan-rakan pelajar
OKU seperti kemahiran yang
ditawarkan antaranya penyediaan dan pembuatan makanan, operator pengeluaran
pemprosesan makanan dan proses kimpalan arka kepingan logam dan sebagainya.
Dengan ada pendidikan khas seperti di atas, murid berkeperluan khas akan dapat
menimba ilmu untuk mereka gunakan apabila mereka dewasa nanti. Sekiranya,
rakan-rakan OKU, dapat meneruskan pelajaran di Sekolah Vokasional mereka akan
dapat menimba ilmu dan menggunakan ilmu tersebut untuk kepentingan mereka
apabila dewasa nanti. Perlu diingat, sebagaimana saya nyatakan di atas banyak golongan
OKU berjaya d Malaysia seperti antaranya Prof. Ismail Saleh, pakar
ekonomi negara, seorang penyarah dan beliau juga menjadi orang cacat pertama
menerima memperoleh ijazah kedoktoan, Saudara Syukur Saleh, pemilik Syarikat D
Strike Solution pemasangan karpet terkenal di Malasyia, dan pernah memenangi
anugerah OKU Kecemerlangan bahagian Keusahawanan Malaysia, dan Tuan Atan
merupakan seorang peguam dan berperanan menggubal akta OKU di Malaysia.
Tegasnya, sebagai rakan OKU, saya akan memotivasikan mereka untuk meneruskan
pelajaran di Sekolah Menengah Vokasional untuk murid berkerperluan khas.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa sebagai rakan pelajar OKU saya perlu
memainkan peranan untuk membantu mereka untuk berjaya seperti orang lain.
Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa Melayu berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing, bagi membela
nasib dan masa depan golongan OKU. Mereka juga berhak untuk berjaya
seperti rakan-rakan mereka di aliran perdana tetapi perlu betul caranya.
Diharapkkan dengan usaha-usaha yang saya lakukan di atas saya akan dapat membantu
rakan OKU untuk berjaya. Semoga mereka akan berjaya seperti rakan-rakan seangkatan dengan mereka.
2 ulasan:
assalamualaikum..mohon izin kongsikan nota ini dengan murid - murid ...terima kasih
assalamualaikum..mohon izin kongsikan nota ini dengan murid - murid ...terima kasih
Catat Ulasan