Sabtu, 22 September 2018

INFO BERKAITAN IMBUHAN DALAM BAHASA MELAYU


IMBUHAN

Imbuhan dikenali sebagai penambahan juga. Imbuhan-imbuhan ini ditambah kepada kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan (kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata keterangan, dan kata bilangan).

Imbuhan dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti yang berikut:

Imbuhan Penerangan Contoh
awalan Imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar beR-, di-, ke-, meN-, peN-, pe-peR-, se-, teR-
awalan rangkap Imbuhan rangkap yang diletakkan di hadapan kata dasar dipeR-, mempeR-
akhiran Imbuhan yang diletakkan di belakang kata dasar -an, -i, -kan
apitan Imbuhan yang diletakkan serentak, iaitu di hadapan dan di belakang kata dasar beR-…-an, beR-…-kan, 
ke-…-an, meN-…-i, 
meN-…-kan, mempeR-…-i, mempeR-…-kan, peN-…-an, pe-…-an, peR-...-kan
sisipan Imbuhan yang diletakkan di tengah-tengah kata dasar -el-, -em-, -er-


Imbuhan Awalan

Awalan beR- (be-, bel-, ber-)
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja tak transitif daripada kata-kata lain.

Makna Ayat Contoh
1. Melakukan perbuatan
Contoh: berbual, bertumbuk, berjoging, berlari, berlakon 1. Setiap hari Azim berjalan kaki ke sekolah
2. Amin berbasikal ke pantai.
2. Perbuatan berlaku kepada diri sendiri
Contoh: bersikat, bersolek, berhias, berdandan, bergincu 1. Kartini sedang bersikat di dalam biliknya.
2. Puan Zakiah tidak pandai bersolek.
3. Perbuatan berbalas-balas
Contoh: bergaduh, bertengkar, bergelut 1. Anak-anak kecil itu bergaduh kerana berebut pistol mainan.
2. Kedua-dua orang pemuda itu suka bergusti.
4. Keadaan telah sedia berlaku
Contoh: berjahit, bercat, bergam, bertampal, berikat 1. Papan lantai bilik itu sudah berketam.
2. Pintu bilik bacaan itu telah berkunci.
5. Memiliki
Contoh: beranak, berumah, beristeri, berpejabat, berjanggut 1. Kucing betina itu beranak empat.
2. Wanita muda itu masih belum bersuami.
6. Memakai
Contoh: berbaju, berseluar, berkasut, berselipar, berselendang 1. Pengemis itu berseluar pendek sahaja.
2. Kamal berjam tangan baru hari ini.

INFO BAHASA
• Awalan beR- akan bertukar menjadi awalan ‘be’ apabila digabungkan dengan kata dasar yang ejaannya bermula dengan huruf ‘r’.
Contoh:
ber + rambut = berambut
ber + rakit = berakit
• Awalan beR- akan bertukar menjadi awalaan ‘bel’ apabila digabungkan dengan kata ‘ajar’.
Contoh:
ber + ajar = belajar

• Apabila awalan ber- digabungkan pada kata dasar yang suku kata pertamanya berakhir dengan huruf ‘-er-”, hurf r dalam ber- tidak digugurkan.
Contoh:
ber + derma = beederma
ber + serta = berserta
Walau bahagimanapun, bagi kata dasar ‘kerja’ yang menerima awalan ber-, huru r dalam ber- digugurkan, iaitu ber- + kerja = bekerja. Bentuk ini dianggap kecualian.

Awalan ‘di-’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja pasif.
Makna Ayat Contoh
1. Perbuatan pasif yang dilakukan oleh diri 
orang ketiga.
Contoh: diambil, diajar, dijahit, dimakan dsb 1. Anak kecil itu diasuh oleh orang gajinya.
2. Pensel itu diasah oleh Salim.

INFO BAHASA
• Dalam binaan ayat, kata kerja pasif yang berawalan ‘di-‘ digunakan hanya untuk diri orang ketiga sahaja.
Contoh:
(a) Pokok itu ditebang oleh mereka. (√)
(b) Pokok itu ditebang oleh saya. (X)
(c) Pokok itu ditebang oleh awak? (X)

• Dalam penulisan awalan ‘di-’ mesti dirangkaikan dengan kata kerja yang menyertainya.
Contoh:
di makan (X) dimakan (√)
di conteng (X) diconteng (√)

Awalan ‘ke-’
Penggunaan: Untuk membentuk kata nama terbitan.
Makna Ayat Contoh
1. Yang dijadikan
Contoh: ketua, ketagih, kehendak, kekasih 1. Ketua rombongan itu menjalankan tugasnya dengan baik.
2. “Saya menurut segala kehendak ayah saya ,” kata Aziz dan Sanusi.
2. Kata bilangan tingkat
Contoh: kedua, kelapan, kesepuluh 1. Mereka berbaris di barisan yang kesepuluh dalam perhimpunan itu.
2. Pelajar yang duduk di barisan kedua itu anak 
Encik Seman.
3. Kata bilangan himpunan
Contoh: kedua-dua, ketiga-tiga, kelapan-lapan 
1. Keempat-empat batang sungai itu telah 
tercemar.
2. Kelapan-lapan ekor lembu itu dijangkiti 
penyakit kuku dan mulut.

INFO BAHASA
• Dalam penulisan, awalan ‘ke-’ yang digabung dengan angka mesti dirangkaikan dan dibubuh tanda sempang (-).
Contoh:
ke-21 ke-60 ke-100

Awalan ‘meN-’ (me-, mem-, men-, meng-, menge-)
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif.

Makna Ayat Contoh
1. Melakukan perbuatan
Contoh: membunuh, mencuri, meramas, merendam 1. Anak kecil itu merangkak di bawah meja.
2. Faizal memukul adiknya dengan kayu 
pembaris.
2. Menjadi
Contoh: menguning, mengembang, mengecut, mengecil 1. Bisul pada pahanya itu telah mengecut.
2. Daun bunga itu menguncup apabila disentuh.
3. Menjadi seperti
Contoh: membatu, membisu 1. Tayar basikal yang bocor itu mulai mengempis.
2. Benjol di kepalanya itu telah membesar 
seperti telur ayam.
4. Mengeluarkan bunyi
Contoh: menyalak, mengiau, mengaum, menjerit 1. Anak kucing itu mengiau kelaparan.
2. Ibu kambing itu mengembek sepanjang 
malam.
5. Membuat
Contoh: melukis, menganyam, mengepam, mengepos 1. MInah sedang mengayak tepung di dapur.
2. Aida sedang menganyam tikar mengkuang 
yang ditempah oleh pelanggannya.
6. Menghala
Contoh: menghilir, mendarat, menghulu 1. Mereka menghadapi pelbagai rintangan ketika 
hendak menghulu sungai itu.
2. Kapal terbang itu mendarat di lapangan terbang itu.

INFO BAHASA
• Huruf awal kata dasar yang berikut akan berubah apabila digabungkan dengan awalan meN-.
k bertukar kepada ng s bertukar kepada ny
p bertukar kepada m t bertukar kepada n
• Awalan meN- menjadi awalan me- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r, w, dan y. Huruf awal pada kata dasar yang bermula dengan huruf k, p, s, dan t akan berubah.
Contoh:
meN- + lawan ® melawan meN- + wangi ® mewangi

meN- + masak ® memasak meN- + yakin ® meyakin(kan)

meN- + naik ® menaik meN- + korek ® mengorek

meN- + nganga ® menganga meN- + pukul ® memukul

meN- + nyanyi ® menyanyi meN- + sapu ® menyapu

meN- + rawat ® merawat meN- + tarik ® menarik

• Awalan meN- menjadi awalan mem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b, kata pinjaman yang bermula dengan huruf f, p, dan v, serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.
Contoh:
meN- + basuh ® membasuh meN- + fitnah ® memfitnah

meN- + beri ® memberi meN- + pamer ® mempamer(kan)

meN- + bilas ® membilas meN- + veto ® memveto

meN- + boros ® memboros meN- + brek ® memukul

meN- + buka ® membuka meN- + plaster ® memplaster

• Awalan meN- menjadi awalan men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z, kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s, serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf t dan s.
Contoh:
meN- + cari ® mencari meN- + zarah ® menzarah

meN- + dapat ® mendapat meN- + taksir ® mentaksir

meN- + jadi ® menjadi meN- + tradisi ® mentradisi

meN- + syelek ® mensyelek meN- + swasta ® menswasta(kan)

• Awalan meN- menjadi awalan meng- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf g, h, gh, kh, a, e, i, o, dan u serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf k.
Contoh:
meN- + gali ® menggali meN- + elak ® mengelak

meN- + hantar ® menghantar meN- + ikut ® mengikut

meN- + ghaib ® mengghaib(kan) meN- + olah ® mengolah

meN- + khusus ® mengkhusus meN- + ukur ® mengukur

meN- + atur ® mengatur meN- + kritik ® mengkritik

• Awalan meN- menjadi awalan menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja. 
Contoh:
meN- + bom ® mengebom meN- + lap ® mengelap

meN- + cat ® mengecat meN- + pos ® mengepos





Awalan ‘peN-‘ (pe-, pem-, pen-, pel-, peng-, penge-)
Penggunaan: Membentuk kata nama daripada kata kerja ataupun daripada kata adjektif.

Makna Ayat Contoh
1. Orang yang melakukan perbuatan
Contoh: pelakon, pencuri, penapis, pemain 1. Pemain bola sepak itu kelihatan lincah sekali 
apabila beraksi di padang.
2. Pelakon drama itu dapat membawakan watak 
yang dilakonnya itu dengan baik sekali.
2. Sifat/tabiat
Contoh: periang, pemalas, penakut, pemalu 1. Abang Moin seorang yang penakut.
2. Si pemalas itu menghabiskan masanya 
dengan tidur dan berkhayal.
3. Orang yang suka melakukan sesuatu 
perbuatan
Contoh: peminum, pemabuk, pendiam, penidur 1. Orang tua yang peminum itu jarang bertegur 
sapa dengan kami.
2. Pemuda itu seorang yang pendiam.
4. Alat/sesuatu yang digunakan untuk membuat 
sesuatu kerja
Contoh: pencakar, pengaut, penggali, pembakar 1. Pak Ali menggunakan pengaut sampah untuk 
mengaut sampah di dalam longkang itu.
2. Alat pembakar roti itu telah rosak.
5. Sesuatu yang menyebabkan jadi
Contoh: pemanis, pengeras, penyakit, perosak 1. Ubat pengeras getah itu beracun.
2. Serangga perosak digunakan untuk 
memerangkap tikus yang berkeliaran itu.



INFO BAHASA
• Huruf awal kata dasar yang berikut akan berubah apabila digabungkan dengan awalan peN-.
k bertukar kepada ng s bertukar kepada ny
p bertukar kepada m t bertukar kepada n
• Awalan peN- menjadi awalan pe- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r, dan w. Huruf awal pada kata dasar yang bermula dengan huruf k, p, s, dan t akan berubah.
Contoh:
peN- + lawat ® pelawat peN- + waris ® pewaris

peN- + main ® pemain peN- + kail ® pengail

peN- + nama ® penama peN- + pukul ® pemukul

peN- + nganga ® penganga peN- + sapu ® penyapu

peN- + nyanyi ® penyanyi peN- + tulis ® penulis

peN- + rawat ® perawat

• Awalan peN- menjadi awalan pem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b, kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f, dan v, serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.
Contoh:
peN- + bakar ® pembakar peN- + boikot ® pemboikot

peN- + beri ® memberi peN- + fatwa ® pemfatwah

peN- + bilas ® membilas peN- + veto ® pemveto

peN- + boros ® memboros peN- + blok ® pemblok

peN- + buka ® membuka peN- + proses ® pemproses

• Awalan peN- menjadi awalan pen- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s.
Contoh:
peN- + cadang ® pencadang peN- + ziarah ® penziarah

peN- + dapat ® pendapat peN- + tadbir ® pentadbir

peN- + jaja ® penjaja peN- + sintesis ® pensintesis

peN- + syarah ® pensyarah peN- + swasta ® penswasta

• Awalan peN- menjadi awalan peng- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf g, h, kh, a, e, i, o, dan u serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf k.
Contoh:
peN- + gali ® penggali peN- + ikut ® pengikut

peN- + hantar ® penghantar peN- + olah ® pengolah

peN- + khianat ® pengkhianat peN- + ukur ® pengukur

peN- + atur ® pengatur peN- + katalog ® pengkatalog

peN- + elak ® pengelak peN- + kritik ® pengkritik

• Awalan peN- menjadi awalan penge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja. 
Contoh:
peN- + bom ® pengebom peN- + lap ® pengelap

peN- + cat ® pengecat peN- + pam ® pengepam

• Awalan peN- bertukar kepadai awalan pel- apabila diimbuhkan pada kata dasar ‘ajar’; ini merupakan bentuk kecualian.
peN- + ajar ® pelajar

Awalan ‘pe-’
(a) Perkembangan dalam bahasa Melayu mewujudkan imbuhan awalan pe-.
(b) Awalan pe- diimbuhkan pada kata dasar tanpa melibatkan perubahan pada bunyi awal kata dasar itu.
Makna Ayat Contoh
1 Orang atau benda yang mengalami sesuatu perbuatan atau keadaan
Contoh: pesakit, pesuruh, petinju, dan sebagainya 1 Di wad kanser, terdapat lima orang pesakit.
2 Pengurus meminta pesuruh itu menyediakan minuman.
3 Muhamad Ali petinju yang terkenal.
2 Orang yang melakukan kerja
Contoh: pekedai, peniaga, pesawah, dan sebagainya 1 Dia membeli barang daripada pekedai runcit itu.
2 Bapa saya peniaga pakaian di pasar raya itu.
3 Pak Haji bekerja sebagai pesawah padi.

INFO BAHASA
• Awalan pe- berbeza daripada awalan peN- dari segi kata terbitan yang terbentuk. 
Contoh:
pe- + sakit ® pesakit (peN- + sakit ® penyakit)

pe- + suruh ® pesuruh (peN- + suruh ® penyuruh)

pe- + tinju ® petinju (peN- + tinju ® peninju)

pe- + tanda ® petanda (peN- + tanda ® penanda)



Awalan ‘peR-’
Hanya terdapat satu bentuk awalan peR-, iaitu per-. Jumlah kata terbitan dengan awalan peR- agak terhad.
Maknanya Ayat Contoh
1 Orang yang melakukan kerja
Contoh: perburu, pertapa 1 Babi hutan itu ditembak mati oleh perburu itu.
2 Mereka bertemu dengan seorang pertapa di kaki gunung itu.
2 Alat atau tempat
Contoh: perasap, perbara 1 Dia meletakkan kemenyan di dalam perasap.
2 Ragu membersihkan perbara itu selepas menggunakannya.

Awalan ‘se-’
Penggunaan: Membentuk kata sendi, kata hubung, kata bilangan dan penjodoh bilangan.
Makna Ayat Contoh
1. Satu
Contoh: sebuah, sebiji, seekor, seorang, 
sebatang 1. Ayah ke laut bebekalkan sebuku roti dan 
sebotol air.
2. Adik memakai sepasang anting-anting 
berlian.
2. Sama
Contoh: sebangsa, seagama, setaraf, sepadan 1. Pasangan mempelai itu tidak sepadan.
2. Mereka berdua seagama.
3. Sama-sama
Contoh: senegeri, seasrama, sekampung, 
serumah 1. Karim dan Abu tinggal serumah.
2. Pelajar-pelajar lelaki itu tinggal seasrama.
4. Seluruh
Contoh: sekeluarga, se-Malaysia, sedunia 1. Masyarakat sedunia menangisi kematian 
mengejut negarawan yang mashyur itu.
2. Mereka sekeluarga ke Morib untuk berkelah.
5. Sama dengan
Contoh: seberat, segemuk, secantik, sekaya 1. Latif tidak setinggi Busu.
2. Ramlah tidak segemuk Siti.
6. Masa/waktu
Contoh: setelah, sebelum, sesudah 1. Sesudah dikukur, kelapa itu perlu diperah 
untuk mendapatkan santannya.
2. Setelah selesai makan minum mereka pun 
pulang ke asrama.

INFO BAHASA
• Awalan se- yang digabungkan dengan kata adjektif menyatakan makna sama dengan. Oleh itu, dalam binaan ayat, kata sendi tidak boleh digunakan selepas kata adjektif yang berimbuhan se-.
Contoh:
(a) Rahman tidak sekacak dengan abangnya. (X)
(b) Rahman tidak sekacak abangnya. (√)

Awalan ‘teR-’ (ter-, te-)
Penggunaan:
1. Membentuk kata kerja tak transitif
2. Membentuk kata adjektif
3. Membentuk kata kerja pasif
4. Membentuk kata sendi

Makna Ayat Contoh
1. Tidak sengaja atau secara tiba-tiba
Contoh: terpijak, tersepak, tertikam, terpicit, 
terbunuh 1. Askar yang sedang beroperasi di dalam hutan 
itu terpijak jerangkap samar.
2. Kassim terbunuh dalam kemalangan jalan 
raya baru-baru ini.
2. Keadaan yang berterusan
Contoh: tertanya-tanya, terbayang-bayang, 
teringat-ingat, terfikir-fikir 1. Manisah tertanya-tanya akan maksud kata-
kata pemuda yang kacak itu.
2. Junaidah terfikir-fikir akan zaman silamnya.
3. Paling
Contoh: tercantik, terkecil, termasyhur, 
terindah 1. Tempayan yang terkecil itu dibelinya dengan 
harga yang agak tinggi.
2. Raja yang termasyhur itu telah mangkat.
4. Keupayaan
Contoh: terbuang, terangkat, terdaki, 
terbayar, tercapai 1. Dali tidak terdaki bukit yang tinggi itu.
2. Aminah terangkat kampit beras yang besar 
itu.

INFO BAHASA
• Awalan teR- yang digabungkan dengan kata adjektif tidak dapat berfungsi sebagai predikat ayat.
Contoh:
(a) Hasbi tergemuk di dalam kelasnya. (X)
(b) Hasbi paling gemuk di dalam kelanya. (√)

• Apabila awalan teR- digabungkan pada kata dasar yang suku kata pertamanya berakhir dengan ‘-er-’, huruf r dalam teR- tidak digugurkan. 
Contoh:
ter- + sergam = tersergam
ter- + perlus = terperlus

• Apabiala kata dasar yang bermuladengan huruf r bergabung dengan awalan teR-, satu daripada r akan digugurkan
Contoh:
ter- + rasa = terasa
ter- + rancang = terancang







Imbuhan Awalan Rangkap 

Awalan rangkap ‘dipeR-’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja pasif diri ketiga daripada kata kerja transitif yang berawalan memper-.

Makna Ayat Contoh
1. Dijadikan seperti
Contoh: diperalatkan, diperkuda, diperbudak 1. Mereka tidak suka diperhamba begitu.
2. Mahmud diperkuda oleh majikannya sendiri.
2. Dijadikan lebih atau bertambah
Contoh: diperkuat, diperkecil, diperluas, 
diperbesar 1. Jalan raya itu akan diperlebar untuk 
kemudahan orang ramai.
2. Jambatan yang besar itu akan diperbesar 
tidak lama lagi.
3. Terdaoat sesuatu
Contoh: diperoleh 1. Kejayaan yang diperoleh Aminah sangat menggembirakan ibu bapanya.

INFO BAHASA
• Dalam binaan ayat, awalan rangkap ‘dipeR-’ yang disertai kata adjektif tidak perlu diimbuhkan dengan akhiran ‘-kan’.
Contoh:
diperluaskan (X) diperluas (√)
diperbesarkan (X) diperbesar (√)


Awalan rangkap ‘mempeR-’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif aktif apabila digabungkan dengan kata 
nama, kata adjektif, kata bilangan dan kata sendi nama.

Makna Ayat Contoh
1. Menjadi seperti
Contoh: memperkudakan, memperalatkan, 
memperbudakkan 1. Saya tidak suka akan sikapnya 
memperbudakkan orang lain.
2. “Kamu jangan cuba memperalatkan saya,” 
kata Jamil kepada Yunus.
2. Menjadikan lebih
Contoh: memperkecil, mempertinggi, memperluas, memperindah 1. Pak Dollah memperluas tanaman kelapa sawit bagi meningkatkan keuntungannya.
2. Kami cuba memperkecil saiz pondok itu 
supaya kelihatan lebih molek.

3. Mendapat sesuatu
Contoh: memperoleh 1. Mary memperoleh markah yang paling tinggi 
dalam ujian itu.
2. Kami memperoleh bantuan makanan daripada 
orang asli ketika kami sesat di dalam hutan.

INFO BAHASA
• Dalam binaan ayat kata kerja transitif memperoleh tidak perlu ditambah akhiran -i.
Contoh:
memperolehi (X) memperoleh (√)

• Dalam binaan ayat, kata terbitan yang kata dasarnya terdiri daripada kata adjektif tidak boleh disertai akhiran -kan apabila menggunakan awalan rangkap ‘memper-’.
Contoh:
memperluaskan (X) memperluas (√)
memperindahkan (X) memperindah (√)
Imbuhan Akhiran
Akhiran ‘–an’
Penggunaan: Membentuk kata nama terbitan daripada kata adjektif, kata kerja dan kata nama.

Makna Ayat Contoh
1. Alat/perkakas
Contoh: kukuran, ayakan, ampangan 1. Ayakan itu telah berkarat.
2. Kukuran itu tersimpan di dalam almari.
2. Tempat
Contoh: lapangan, bangunan, hentian 1. Mereka berkumpul di Hentian Puduraya.
2. Bangunan usang itu telah pun dirobohkan.
3. Hasil perbuatan
Contoh: hidangan, masakan, minuman, larian 1. Hidangan itu istimewa sekali.
2. Minuman panas itu menjadi sejuk setelah 
lama dibiarkan.
4. Banyak/luas/besar
Contoh: lautan, daratan, himpunan, banjaran 
1. Datuk Azhar Mansor akhirnya berjaya 
meredah lautan yang luas itu.
2. Keindahan hutan di Banjaran Titiwangsa sukar digambarkan dengan kata-kata.
5. Benda tiruan
Contoh: anak-anakan, orang-orangan 1. Anak-anakan itu berbeza daripada yang lain.
2. Orang-orangan banyak terdapat di kawasan 
sawah padi.
6. Pelbagai jenis
Contoh: buah-buahan, sayur-sayuran, bunga- 
bungaan, biji-bijian 1. Tanam-tanaman itu sungguh menjadi.
2. Kawasan itu dipenuhi daun-daunan yang 
menghijau.
7. Tiap-tiap/setiap
Contoh: bulanan, mingguan, tahunan 1. Majalah bulanan itu sungguh laris jualannya.
2. Pendapatan tahunannya tidak sampai 
RM12,000.
8. Benda/bahan
Contoh: manisan, asinan 1. Manisan lebah itu bukan yang asli.
2. Asinan itu dibuat daripada campuran bahan 
yang bermutu.

INFO BAHASA
• Akhiran -an yang membentuk kata bilangan himpunan membawa makna beberapa. Oleh itu, dalam binaan ayat, kata bilangan himpunan ini tidak boleh disertai kata bilangan yang lain.
Contoh:
(a) Pembentukan padang pasir itu mengambil masa beberapa ribuan tahun. (X)
(b) Pembentukan padang pasir itu mengambil masa ribuan tahun. (√)

• Dalam penulisan, akhiran -an yang digabungkan dengan angka mesti dijarakkan dan dibubuh tanda sempang (-).
Contoh:
Tahun 60-an Tahun 90-an

Akhiran ‘-i’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif.

Makna Ayat Contoh
1. Menjadikan/menyebabkan jadi
Contoh: akhiri, sakiti, baiki 1. “Jangan sakiti hati ibumu itu, Zaki,” kata 
Lebai Dollah.
2. “Cuba baiki tulisan kamu ini, Liza,” kata 
Cikgu Zainab.
2. Menerangkan unsur tempat/sesuatu
Contoh: dekati, masuki, naiki 1. “Jangan dekati orang yang kurang siuman itu, 
Ramli,” kata Dol.
2. “Sudah kamu masuki rumah kosong itu, 
Salim?” tanya Aida.
Akhiran ‘-kan’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif.

Makna Ayat Contoh
1. Menjadikan/menyebabkan jadi
Contoh: kecilkan, matikan, padamkan, 
gosokkan, balutkan 1. “Kecilkan api itu, Swee Lan,” kata Puan 
Anita.
2. “Matikan enjin kereta itu,” kata Daniel 
kepada Rosdi.
2. Melakukan perbuatan
Contoh: buangkan, ubahkan, alihkan, 
pamerkan, catkan, kilatkan 1. “Lapkan meja ini, Sonia,” kata Munir.
2. “Tuangkan air minuman itu ke dalam gelas, 
Ani,” kata Kamala.



Imbuhan Apitan
Imbuhan apitan ‘beR-…-an’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja tak transitif.

Makna Ayat Contoh
1. Perbuatan berbalas-balas
Contoh: bercakar-cakaran, bergelut-gelutan, 
bertarik-tarikan 1. Mereka bercakar-cakaran sesama sendiri.
2. Mereka berdakap-dakapan di khalayak ramai.
2. Perbuatan berterusan
Contoh: berkibaran, berguguran, berdebaran 
1. Bendera itu tidak kelihatan berkibaran lagi.
2. Air matanya bercucuran.
3. Menunjukkan banyak yang berbuat
Contoh: beterbangan, berlarian, berciciran, 
bergayutan 1. Orang pelarian itu berlarian untuk 
mendapatkan bekalan makanan.
2. Kertas-kertas itu berterbangan di atas jalan 
raya.
4. Masa yang panjang
Contoh: berlarutan 1. Perbincangan mereka berlarutan hingga pagi.
2. Perlawanan tinju itu berlarutan hingga 
pusingan kedua belas.
5. Menunjukkan keadaan/kedudukan
Contoh: berasingan, berdekatan, 
berhampiran, berjauhan 1. Mereka tinggal berjauhan.
2. Rumahnya berhampiran dengan padang 
sekolah.


Imbuhan apitan beR-…-kan’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap.

Makna Ayat Contoh
1. Menggunakan sebagai
Contoh: berpandukan, berdasarkan, 
beralaskan, berbajukan 1. Dia tidur beralaskan lengan.
2. Mereka menjelajah hutan berpandukan 
kompas dan peta.
2. Dengan/kepada
Contoh: bersuamikan, beristerikan, 
bermenantukan 1. Haji Awang berbesankan orang kaya.
2. Karim beristerikan seorang ustazah.

INFO BAHASA
• Imbuhan ‘kan’ pada kata yang berapitan ‘ber-…-kan’ dapat mewakili kata sendi seperti akan, dengan, pada, dan tentang. Oleh itu, kata sendi nama tidak boleh digunakan selepas kata yang berapitan ‘ber-…-kan’.
Contoh:
1. (a) Mereka mencari gua batu itu berdasarkan pada peta. (X)
(b) Mereka mencari gua batu itu berdasarkan peta. (√)
2. (a) Abu bertanyakan tentang jawapan kepada soalan itu. (X)
(b) Abu bertanyakan jawapan kepada soalan itu. (√)


Imbuhan apitan ‘ke-…-an’
Penggunaan: Untuk membentuk kata terbitan.

Makna Ayat Contoh
1. Tempat
Contoh: kementerian, kedutaan, kediaman 1. Menteri Besar itu tidak tinggal di kediaman 
rasmi beliau.
2. Abangnya bekerja di Kedutaan Jepun.
2. Keadaan/hal
Contoh: kemajuan, kemunduran, keputusan 1. Kepandaiannya bermain piano sukar untuk 
ditandingi.
2. Keputusan peperiksaan itu amat mengecewa- 
kan.
3. Bersifat/menyerupai sesuatu
Contoh: kemelayuan, keinggerisan, keanak-
anakan 1. Sifat kemelayuannya jelas kelihatan.
2. Perangainya masih keanak-anakan.
4. Hasil perbuatan
Contoh: kemiskinan, kekayaan, kemusnahan, 
kehancuran 1. Kemusnahan akibat peperangan itu amat 
teruk.
2. Mereka hidup dalam kemiskinan.



Imbuhan meN-…-i (me-…-i, mem-…-i, men-…-i, meng-…-i, menge-…-i)
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif.

Makna Ayat Contoh
1. Menunjukkan makna menjadi
Contoh: menghitami, membanjiri, 
menghakimi, mengetuai 1. Mereka menghitami dinding itu dengan cat.
2. Orang ramai membanjiri stadium itu untuk 
menyaksikan perlawanan tenis.
2. Memberikan sesuatu
Contoh: menghadiahi, mengirimi, 
menganugerahi 1. Salman mengirimi kakaknya sekeping 
poskad.
2. Kamsani menghadiahi ibunya seutas rantai 
emas.
3. Melalui/mengalami
Contoh: menembusi, menghargai, 
mencemburui, mencintai 1. Suami tua itu mencemburui isterinya yang 
muda jelita itu.
2. Dia tidak tahu menghargai pemberian orang.
4. Melakukan sesuatu perbuatan
Contoh: menzalimi, mengasari, mengerasi, 
membengisi 1. Pemuda itu cuba mengasari Ahmad.
2. Kamal suka menzalimi binatang.
5. Menjadikan sesuatu keadaan
Contoh: mengubati, mengotori, membaiki, 
menghiasi 1. Kakak gemar menghiasi bilik tidurnya.
2. Doktor itu cuba mengubati penyakit ayah.
6. Meniadakan sesuatu
Contoh: membului, menguliti, merumputi 1. Suhaimi menebasi rumput di halaman 
rumahnya itu.
2. Orang-orang kampung bergotong-royong 
menguliti lembu korban itu.



INFO BAHASA
• Akhiran -i pada kata yang berapitan ‘men-…-i’ berfungsi untuk menggantikan kata sendi seperti akan, atas, dengan, di, ke, kepada, tentang, dan terhadap. Oleh itu, kata sendi nama tidak perlu diletakkan selepas kata kerja tak transitif yang berapitan ‘meN-…-i’.
Contoh:
1. (a) Aminah enggan mengakui akan kesilapannya itu. (X)
(b) Aminah enggan mengakui kesilapannya itu. (√)
2 (a) Farouk suka menzalimi akan kucingnya itu. (X)
(b) Farouk suka menzalimi kucingnya itu. (√)


Imbuhan apitan ‘meN-…-kan’ (me-…-kan, mem-…-kan, men-…-kan, meng-…-kan, menge-…-kan)
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif.

Makna Ayat Contoh
1. Melakukan sesuatu
Contoh: membersihkan, mengemaskan, 
menyelenggarakan 1. Kerja-kerja menyelenggarakan bangunan itu 
dilakukannya sendiri.
2. Hanif mengaturkan pasu-pasu ibunya itu 
mengikut saiznya.
2. Melakukan sesuatu untuk orang lain.
Contoh: membelikan, mencarikan, 
membuatkan 1. Nasir membelikan tunangnya sepasang kasut 
baru.
2. Joned membuatkan ibu sebuah rumah yang 
cantik dan selesa.
3. Menganggap sesuatu sebagaimana kata dasar
Contoh: mengagungkan, membenarkan, 
merelakan 1. Kadir membenarkan kami menyertai 
rombongan itu.
2. Puan Saodah merelakan pemergian anak 
kesayangannya itu.
4. Menjadikan objek sebagai
Contoh: mencalonkan, merajakan, 
mengusulkan, mengorbankan 1. Para pelajar telah mencalonkan Azman 
sebagai ketua pengawas sekolah.
2. Mereka telah mengusulkan cadangan itu 
berkali-kali.
5. Memasukkan sesuatu benda ke dalam sesuatu 
tempat
Contoh: menguburkan, membenamkan, 
memenjarakan, merebankan 1. Nenek Halimah sedang merebankan anak-
anak ayamnya itu.
2. Orang-orang kampung menguburkan mangsa-
mangsa kemalangan itu dalam satu liang 
lahad sahaja.
6. Membawa objek ke tempat
Contoh: mendaratkan, mengetepikan, 
menyeberangkan 1. Nelayan itu berjaya mendaratkan seekor anak 
ikan paus.
2. Abang mengetepikan keretanya supaya tidak 
menghalang kenderaan lain untuk lalu di jalan 
itu.

INFO BAHASA
• Akhiran -kan pada kata yang berapitan ‘meN-…-kan’ dapat berfungsi sebagai ganti kata sendi akan yang menyertai kata adjektif. Oleh itu, kata sendi tidak boleh diletakkan selepas kata yang berapitan ‘meN-…-kan’.
Contoh:
1. (a) Liza membelikan akan ibunya sepasang subang. (X)
(b) Liza membelikan ibunya sepasang subang. (√)
2. (a) Pengawal itu tidak membenarkan akan kami masuk. (X)
(b) Pengawal itu tidak membenarkan kami masuk. (√)



Imbuhan apitan ‘peN-…-an’ (pe-…-an, pem-…-an, pen-…-an, peng-…-an, penge-…-an, pel-…-an)
Penggunaan: Untuk membentuk kata nama terbitan
Maknanya Ayat Contoh
1 Proses mengerjakan perbuatan yang terkandung dalam kata dasar
Contoh: pembesaran, pemeriksaan, pembersihan, penyatuan, penukaran, dan sebagainya 1 Kerja-kerja pembesaran balai raya itu akan bermula esok.
2 Jabatan Pengangkutan Jalan melakukan pemeriksaan terhadap bas persiaran.
2 Tempat melakukan sesuatu
Contoh: penginapan, penggantungan, pelabuhan, dan sebagainya 1 Dia mengurus penginapan rombongan pelancong itu.
2 Kayu balak itu dihantar ke pelabuhan untuk dieksport. 

Imbuhan apitan ‘pe-...-an’
(a) Perkembangan dalam bahasa Melayu mewujudkan imbuhan awalan pe-...-an.
(b) Apitan pe-...-an diimbuhkan pada kata dasar tanpa melibatkan perubahan huruf awal kata dasar itu.
(c) Jumlah kata terbitan dengan apitan pe-...-an agak terhad.

Maknanya Ayat Contoh
1 Tempat sesuatu kerja dilakukan atau tempat yang khusus
Contoh: petempatan, pekarangan, pedalaman dan sebagainya 1 Kawasan hutan itu diterangkan untuk membina petempatan.
2 Majlis kenduri itu diadakan di pekarangan rumahnya.
2 Hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar
Contoh: peperiksaan, peperangan 1 Rebutan kawasan minyak mengakibatkan peperangan antara kedua-dua buah negara itu.
2 Gopal membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan PMR.
INFO BAHASA
• Awalan pe-...-an berbeza daripada awalan peN-...-an dari segi kata terbitan yang terbentuk. 
Contoh:
pe- + periksa + -an ® peperiksaan

*(peN- + periksa + -an) ® pemeriksaan 

pe- + dalam + -an ® pedalaman

*(peN- + dalam + -an) ® pendalaman

pe- + tempat + -an ® petempatan 

*(peN- + tempat + -an) ® penempatan


Imbuhan apitan ‘peR-...-an’
Penggunaan: Untuk membentuk kata nama terbitan

Maknanya Ayat Contoh
1 Tempat 
Contoh: perkampungan, perkuburan, perumahan, dan sebagainya 1 Pengembara itu bermalam di sebuah perkampungan di hulu sungai. 
2 Kegiatan gotong-royong akan dijalankan oleh penduduk kawasan perumahan itu.
2 Hal yang berkaitan dengan kata dasar
Contoh: perbarisan, persamaan, pertubuhan, dan sebagainya 1 Murid-murid yang menyertai perbarisan Hari Sukan berlatih setiap hari.
2 Penjaja-penjaja membentuk pertubuhan untuk memperjuangkan hak mereka.
INFO BAHASA
• Apabila apitan peR-...-an bergabungan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, satu daripada huruf r itu digugurkan.
Contoh:
peR- + rumah + -an ® perumahan 

peR- + rusuh + -an ® perusuhan



Imbuhan apitan ‘mempeR-...-i’
(a) Apitan mempeR-...-i tidak produktif dan kata dasar yang dapat bergabung dengan apitan ini amat terhad.
(b) Setakat ini, hanya ada empat bentuk yang wajar dianggap sebagai kata kerja yang terbentuk oleh apitan mempeR-...-i, iaitu memperisteri, mempersuami, memperkawani, dan memperingati.

Maknanya Ayat Contoh
1 Menjadikan
1 Datuk Kassim memperisteri biduanita yang terkenal itu.
2 Kita tidak harus memperkawani orang-orang yang tidak berakhlak baik.
3 Tugu Negara dibina untuk memperingati jasa pahlawan yang berkorban demi negara.

INFO BAHASA
• Bentuk “memperisteri” dan “mempersuami” sebenarnya berbentuk memperisterii dan mempersuamii setelah menerima apitan mempeR-...-i. Salah satu huruf i telah digugurkan.

Imbuhan apitan ‘mempeR-...-kan’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif

Maknanya Ayat Contoh
1 Menjadikan atau menyebabkan
Contoh: mempertemukan, memperhambakan, mempersuami-kan, dan sebagainya 1 Pihak polis mempertemukan gadis itu dengan ibu bapanya.
2 Encik Goh mempersuamikan anak perempuannya dengan jejaka itu.
2 menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam kata dasar
Contoh: memperdengarkan, mempersembahkan, dan sebagainya 1 Siti Nurhaliza memperdengarkan lagu terbarunya dalam konsert itu.
2 Para peserta mempersembahkan tarian tradisional.

INFO BAHASA
• Kata adjektif hanya bergabung dengan awalan mempeR- dan tidak bergabung dengan apitan mempeR-...-kan. Oleh itu, pastikan kamu menggunakan imbuhan yang betul untuk kata adjektif.
Contoh:
memperlebar ( √ ) memperbesar ( √ )
memperlebarkan ( X ) memperbesarkan ( X )





Imbuhan Sisipan

Imbuhan sisipan -el-, -em-, -er-
Penggunaan: Untuk membentuk kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Maknanya: Sesuatu yang mempunyai ciri yang sama dengan kata dasar.
Contoh:

Imbuhan sisipan
-el- Imbuhan sisipan
-em- Imbuhan sisipan
-er-
gelanggang
kelangkang
selenggara
telapak
telunjuk gemilang
gemuruh
kemuning
semerbak
temali ceracak
gerigi
kerontang
serabut
seruling


Imbuhan Pinjaman
Imbuhan pinjaman atau imbuhan asing ialah imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris. Imbuhan ini diguna dan diterima pakai dalam bahasa Melayu baku.
Yang berikut ialah imbuhan pinjaman yang digunakan dalam bahasa Melayu baku:-

Bentuk Imbuhan Sanskrit Imbuhan Inggeris Imbuhan Arab
Awalan dasa-
dwi-
eka-
juru-
maha-
panca-
pra-
tata-
tri- anti-
auto-
mano-
poli-
pro-
sub- bi-
Akhiran -ita
-man
-wan
-wati -ah
-at
-iah
-in
-wi/-i

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Imbuhan Inggeris

Imbuhan Makna Contoh
anti- menentang/benci antisosial, antikerajaan, antidadah, antisorok, antirokok, antibodi, antirasuah, antikomunis, antiperang, antipenjajah, antikeganasan 
auto- dengan sendirinya automobil, autogear, automatik, autograf, autonomi 
poli- banyak poligami, poligon, poliklinik, politeknik, poligram, poliglot 
pro- menyokong/menyebelahi prokomunis, prokerajaan, prososialis, proaktif, prodemokratik 
sub- sebahagian/bahagian-bahagian yang kecil atau di bawah subtajuk, subbidang, subkelas, substandard, subsistem, subgolongan, subtopik 

Contoh penggunaan dalam ayat:
1 Kempen antidadah itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan.
2 Negara itu mengamalkan dasar antikomunis.
3 Tibet mendapat kuasa autonomi daripada negara China.
4 Proses pemasangan kereta dilakukan secara automatik oleh robot. 
5 Dasar poligami itu ditentang oleh kaum wanita.
6 Perarakan itu dianjurkan oleh pihak yang prokerajaan.
7 Jambatan yang runtuh itu didapati menggunakan bahan yang substandard. 
8 Dalam bab kelima, terdapat lapan subtopik yang berlainan.

Imbuhan Sanskrit

Imbuhan Makna Contoh
dasa- sepuluh dasawarsa, dasalumba
dwi- dua dwibahasa, dwihala, dwibulanan, dwicembung, dwijantina, dwicekung, dwitahunan, dwisuku, dwiwarna, dwikata, dwimusim
eka- satu ekahala, ekabahasa, ekawarna, ekafungsi, ekasuku, ekatujuan, ekapaksi
juru- orang yang mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan jurubahasa, juruhebah, jururawat, jurucakap, jurumudi, juruulas, jurujual, jurusolek, juruterbang, jurutera, juruteknik, juruselam
maha- agung/besar mahasiswa, mahasiswi, maharaja, maharani, mahaguru, maharesi, maha Esa, maha mulia
panca- lima pancaragam, pancasila, panca delima, pancaroda, pancalogam, pancawarna, pancapersada, pancaindera, pancalumba
pra- sebelum prakata, prasangka, prasejarah, prasekolah, praujian, prauniversiti, prasarana
tata- sesudah/peraturan tatabahasa, tatacara, tatatertib, tatanegara, tatarakyat, tatausaha, tatasusila
tri- tiga tricabang, triwarna, tricara, trisuku, triwulan, tribahasa, trijudul, tripenggal, trimakna, trihala
-ita wanita/perempuan biduanita, posnita, pranita
-man orang yang memilik sifat/orang yang mahir dalam sesuatu bidang seniman, budiman
-wan 1. Pemilik sesuatu benda
2. Pemilik sesuatu sifat 
3. Orang yang mahir dalam 
sesuatu bidang
4. Orang yang melakukan 
sesuatu perbuatan karyawan, jutawan, wartawan, negarawan, sasterawan, sukarelawan, olahragawan, biarawan, cendekiawan, dermawan, bangsawan, angkasawan
-wati Perempuan yang mahir/pakar 
dalam sesuatu bidang seniwati, peragawati, olahragawati, sukarelawati

Contoh penggunaan dalam ayat:
1. Jalan dwihala itu akan ditukar menjadi jalan ekahala sahaja.
2. Tatatertib di jalan raya mestilah dipatuhi agar kemalangan dapat dielakkan.
3. Sudah hampir triwulan ibunya menghidapi penyakit barah perut itu.
4. Anak jutawan itu telah diculik pada awal pagi kelmarin.
5. Peragawati itu sedang memperagakan pakaian fesyen baru keluaran Butik Faizal.
6. Seniman terkenal Jins Shamsuddin dilahirkan di Perak.
7. Jurujual itu pandai memperdayakan pelanggannya.
8. Prakata buku sejarah itu ditulis oleh pengarangnya sendiri.
Imbuhan Arab

Imbuhan Makna Contoh
bi- tidak biadab, bilazim
-ah wanita/perempuan qariah, ustazah
-at orang perempuan/wanita hadirat, muslimat
-iah perkara/hal yang berkaitan 
dengan sifat jahiliah, hurufiah, ilmiah, jasmaniah, rohaniah, alamiah, batiniah
-in orang lelaki hadirin, muslimin, musyrikin

Contoh penggunaan dalam ayat:
1. Murid yang biadab itu telah diberi kaunseling.
2. Ustazah Zubaidah mengajar kami cara-cara melakukan ibadah solat.
3. Pada zaman jahiliah, kaum wanita sering ditindas oleh kaum lelaki.
4. Hadirin berdiri sewaktu tetamu kehormat itu masuk ke dalam dewan.
5. Kaum muslimat diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat.

INFO BAHASA
• Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing maha- mesti ditulis serangkai dengan kata dasar sekiranya kata dasar tersebut terdiri daripada kata nama.
Contoh:
1. maha + guru = mahaguru
2. maha + siswa = mahasiswa
3. maha + rani = maharani

• Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing maha- mestilah ditjarakkan daripada kata dasar sekiranya kata dasar tersebut terdiri daripada kata adjektif.
Contoh:
1. Maha + Esa = Maha Esa
2. Maha + Mulia = Maha Mulia
3. Maha + Besar = Maha Besar

• Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing anti- dan pro- yang diikuti oleh kata nama khas mestilah dijarakkan daripada kata itu dan diletakkan tanda sempang (-) di antaranya.
Contoh:
1. anti + Amerika = anti-Amerika
2. anti + Jepun = anti-Jepun
3. pro + Malaysia = pro-Malaysia
4. pro + Korea = pro-Korea
  

SUMBER INFO DARIPADA http://spfbahasamelayu.blogspot.com/p/kalenderku.html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cikgu atas perkongsiannya ,, menari-nari saya baca blog ni hahahah i follow himmmmmmmmm