Soalan Karangan Umum dimensi diri Peperiksaan Percubaan
Negeri Kelantan 2018.
Sebagai warganegara yang cinta akan negara sendiri, kita
sepatutnya bangga akan kelebihan negara sendiri.
Huraikan cara anda untuk menunjukkan rasa bangga akan
negara.
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
selamat bertakhta.
Aforisma lirik lagu "Negaraku" di atas mempunyai maksud yang
jelas bagaimana cara rakyat Malaysia perlu membuktikan mereka cinta akan negara,
begitu juga diri saya. Hal ini demikian kerana negara kita Malaysia yang
dikenali dahulu dengan nama Malaya pernah dijajah oleh kolonial Jepun dan
diikuti British tetapi oleh sebab kebijaksanaan dan semangat cinta akan negara, berbekalkan jiwa yang kental, mempunyai jati diri yang tinggi pejuang-pejuang negara hati kecil saya teruja menghargai jasa-jasa mereka. Nama-nama pejuang
negara terdahulu bermain di minda saya kerana harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama, justeru, nama-nama seperti Tok Janggut , Mat
Kilau, Mat Salleh, Rentap, Dato’
Maharaja Lela Pandak Lam, Antanom, Hj. Abdul Rahman Abdul Hamid, serta pelopor dan penjana kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul Rahman Putra,
Tun Sir Henry H.S Lee, dan Tun. V.T
Sambathan amat saya hargai. Kendatipun, pejuang-pejuang bangsa tersebut sudah tiada, jasa mereka masih segar diminda saya. Paling manisnya, pejuang-pejuang negara berkenaan memerdekakan negara tanpa petumpahan
darah seperti dilakukan oleh pejuang di Indonesia, dan Filipina. Maaf
sekiranya, ada nama-nama pejuang negara yang tidak saya senaraikan kerana kekhilafan
saya sebagai warganegara berdaulat. Mereka telah mengorbankan jiwa raga mereka
atas dasar sayang akan negara dan bersinergi untuk melihat negara Malaysia merdeka seperti
negara-negara lain dunia ketika itu. Oleh sebab itu, sebagai warganegara Malaysia,
saya perlu menunjukkan rasa bangga akan negara tercinta walaupun saya
tidak mampu berjuang seperti nama-nama pejuang tersohor di atas. Persoalannya,
apakah cara saya untuk menunjukkan rasa bangga akan negara tercinta?
Pertama, saya akan membicarakan langkah saya untuk menunjukkan perasaan
bangga saya terhadap negara menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan kata
kunci mauduk, saya akan sentiasa menuntut ilmu sebagai pelajar berminda kelas
pertama sebagai wahana untuk memacu kemajuan negara tercinta pabila saya dewasa.
Sebagai warganegara sayang akan negara, saya akan memastikan diri saya mempunyai
ilmu yang cukup untuk saya meneruskan kepimpinan negara marcapada apabila saya
dewasa kelak. Seyogia, saya perlu sedar pemimpin negara tumbuh hilang berganti oleh sebab itu saya bertekad untuk meneruskan
kepimpinan mereka sebagai usaha nirmala untuk memastikan negara saya cintai
mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi seperti negara-negara maju
dunia.Insya-Allah, saya pasrah dan berdoa kepada Tuhan agar cita-cita saya ini
akan dipermudahkan. Langkah pertama, saya akan belajar bersungguh-sungguh dan
berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk memastikan saya dapat
melanjutkan pelajara ke menara gading. Tiada yang mustahil jika saya berusaha
bersungguh-sungguh kerana berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Sekiranya
saya berjaya di universiti, saya akan berusaha untuk memastikan diri saya
berjaya sehingga melanjutkan pelajaran sehingga pengajian ijazah doktof
falsafah (PHD). Hal ini demikian kerana
dengan PHD iaitu pengajian paling tinggi dalam sistem pendidikan akademik di
Malaysia kata dan tindakan saya dapat mengubah budaya pentadbiran agensi kerajaan. Pada ketika itu, masyarakat akan memandang tinggi diri saya dan saya
akan berkolaborasi dengan kepimpinan negara untuk memacu Malaysia ke arah
negara maju berdaulat dan dipandang tinggi masyarakat dunia. tegasnya, saya
akan sentiasa menuntut ilmu sebagai pelajar berminda kelas pertama sebagai
wahana untuk memacu kemajuan negara tercinta pabila saya dewasa.
Seterusnya saya meneruskan perbincangan menggunakan akal minda pelajar berminda kelas pertama dengan kata kunci mauduk iaitu sebagai seorang warganegara yang berdaulat saya perlu akur dan mengikuti undang-undang negara atau “common law” yang digubal pemimpin kerajaan semasa. Sebagai contoh di negara kita terdapat pelbagai undang-undang yang perlu saya akur seperti undang-undang jalan raya, undang-undang beragama, undang-undang berkait dengan tanah, undang-undang berpolitik, dan sebagainya. Sebagai seorang warganegara yang tinggal di negara yang menjalankan sistem perundangan demokrasi dan raja berpelembagaan saya perlu akur dengan sistem perundangan kerajaan semasa. Sebagai contoh jika saya memandu di jalan raya dengan melanggar kadar had laju ditetapkan saya perlu akur, saman akan dikeluarkan oleh pihak polif trafik dan saya perlu akur kesalahan saya tersebut kerana memandu laju boleh mengundang kemalangan, malang tidak berbau. Namun, sebagai warganegara berdaulat saya dan masyarakat perlu faham pabila sesuatu kerajaan memerintah selepas pilihanraya, undang-undan kerajaan semasa perlu saya akur dan saya hormati. Oleh sebab itu, saya akan cuba untuk mengikut undang yang ada untuk tidak dianggap sebagai penjenayah atau penentang kerajaan. Sekiranya saya akur dan bangga dengan kerajaan semasa, bermakna saya telah menunjukkan cinta akan negara dan begitu juga dengan masyarakat jagatraya. Seterusnya, dengan patuh kepada undang-undang negara, negara akan mampu mengorak langkah menjadi negara maju pabila saya dan masyarakat akur dengan hala tuju kepimpinan negara. Sudah terang lagi bersuluh, sebagai seorang warganegara yang berdaulat saya perlu akur dan mengikuti undang-undang negara atau “common law” yang digubal pemimpin kerajaan semasa untuk menunjukkan saya cinta dan bangga akan negara.
Sebagai warganegara yang cinta akan negara, saya perlu bangga dan membeli produk keluaran tempatan. Slogan “ Belilah barangan keluaran tempatan”, amat terkesan dijiwa saya. Hal ini kerana saya perlu merujuk jatuh bangunnya sebuah negara bangsa atas sikap dan altitude rakyatnya seperti masyarakat negara Jepun dan juga Korea Selatan. Kemajuan dua negara maju dunia berkenaan bergantung kepada rakyatnya kerana rakyat Korea Selatan dan Jepun maju kerana rakyatnya amat patriotik dengan mengutamakan keluaran atau produk negara mereka sebagai barangan yang digunakan dalam kehidupan seharian. Buktinya, pabila saya menonton drama Korea, saya dapati lensa kamera akan mengaburkan jenama kereta sekiranya kereta berkenaan bukan keluaran negara. Kenapa? Jawapannya, sudah pasti mereka hanya bangga jika kereta yang digunakan oleh masyarakat mereka hanya kereta keluaran negara mereka. Begitulah saya. Jika saya sayang akan negara saya akan membeli barangan keluaran tempatan. Apabila saya berbuat demikian saya akan dapat memacu peningkatan ekonomi negara. Malaysia tercinta. Sekiranya saya mengutamakan barangan buatan negara luar, sudah pasti pengaliran wang negara memajukan negara pengeluar barangan berkenaan. Sebagai contoh, jika saya membeli kereta Honda keluaran negara Jepun, bermakna saya telah membantu negara Jepun untuk maju, begitu juga jika saya membeli kereta jenama Hyundai bermakna saya telah memajukan ekonomi negara jepun dengan meminggirkan kereta keluaran negara, Proton atau Perodua. Jika saya membeli kereta keluaran Malaysia yang tidak hebat mutunya seperti Proton Perdana, Iswara, Mywi sudah pasti saya telah berjaya memajukan pengeluaran kereta negara. Tambahan pula kereta keluaran negara lebih murah berbanding kereta import. Saya perlu memahatkan diminda saya alah membeli menang memakai. Oleh sebab itu, saya akan mengutamakan barangan keluaran tempatan apabila membeli barangan. Tegasnya, sebagai warganegara yang cinta akan negara, saya perlu bangga dan membeli produk keluaran negara untuk kegunaan saya seharian.
Sebagaimana kita sedia maklum pada tanggal 31 Ogos setiap tahun setiap penjuru negara menyambut ketibaan tarikh berkenaan dengan mengadakan sebagai sambutan hari kemerdekaan negara, justeru, saya sebagai seorang warganegara akan turut serta memeriah dan menyambut hari berkenaan. Sekiranya diizinkan Tuhan, dan ibu bapa saya mempunyai kelapangan saya akan meminta ibu bapa membawa saya menghadiri sambutan hari kemerdekaan sama ada sambutan berkenaan diadakan di peringkat daerah, negeri atau di peringkat kebangsaan. Namun, saya akur atas faktor kesibukan bekerja dan keletihan semasa hujung minggu mungkin ibu bapa saya tidak dapat mengotakan hasrat saya berkenaan. Sebagai seorang warganegara yang cinta akan negara ada banyak cara untuk saya menyambut hari kemerdekaan negara. Contohnya, setiap tahun sekolah diwajibkan mengadakan program hari kemerdekaan negara dan saya juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan sambutan hari kemerdekaan berkenaan. Sebagai contoh saya boleh membantu kelas dengan menceriakan kelas dengan mengibarkan bendera Malaysia, melukis poster bertemakan hari kemerdekaan, terlibat dengan pertandingan mendeklamasi sajak kemerdekaan atau saya berkolaborasi dengan rakan sebaya untuk mengadakan pentomen semasa majlis rasmi penutup hari kemerdekaan peringkat sekolah. Oleh sebab itu selain saya dapat meningkatkan kemahiran tertentu sepanjang melibatkan diri dalam aktiviti sambutan kemerdekaan sekolah, saya juga dapat menyumbangkan kreativiti saya untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan negara di peringkat sekolah. Sekiranya saya mampu melibatkan diri semasa sambutan hari kemerdekaan sekolah saya sebenarnya membantu pihak menjayakan program hari kemerdekaan berkenaan dan sekurang-kurangnya saya dapat menonjolkan semangat cinta saya akan sekolah dan negara dan meningkatkan kemahiran serta bakat saya, contohnya semasa menyampaikan deklamsi sajak dan semasa memperagakan aktiviti pentomin. Oleh sebab itu, sudah terang lagi bersuluh, saya sebagai seorang warganegara akan turut serta memeriah dan menyambut hari kemerdekaan negara dengan cara dan kemampuan dan cara saya sendiri kerana ukur baju di badan sendiri.

Selanjutnya,
sebagai seorang warganegara yang cinta dan bangga akan negara, saya akan
sentiasa menghormati simbol dan imej negara iaitu bendera Malaysia . Seyogia,
saya sebagai warganegara saya akan memastikan keberadaan imej dan simbol negara
berkenaan berada di tempat yang sesuai kerana di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Oleh sebab itu, antara langkah yang boleh saya
ambil untuk menunjukkan cinta dan bangga saya menjadi rakyat Malaysia yang
tinggal di negara berdaulat ini , saya akan mengibarkan bendera Malaysia di
halaman rumah saya dan membantu pihak sekolah menaikkan bendera Malaysia di
kelas dan di sekitar kawasan sekolah. Selain itu, saya juga akan meminta kebenaran ibu bapa saya untuk memasang bendera Malaysia di kereta mereka. Bahkan juga sebagai menghormati bendera Malaysia,
saya akan berdiri tegak setiap kali bendera Malaysia dinaikkan di mana-mana
sahaja terutama apabila upacara majlis rasmi diadakan seperti perhimpunan mingguan
sekolah dan pada masa yang sama saya akan menyanyikan “Negaraku” mengambarkan saya bangga menjadi
warganegara Malaysia. Bahkan juga, jika saya dapati ada bendera Malaysia yang
terjatuh atau saya terjumpa di jalan raya, saya akan berhenti dan menaikkan
bendera berkenaan kerana bendera Malaysia merupakan imej negara dan perlu saya
jaga keberadaanya sentiasa di tempat yang tinggi sejajar dengan imejnya sebagai
imej negara tercinta. Sekiranya, saya tidak menghormati imej negara, bermakna
saya gagal menjadi seorang warganegara Malaysia sejati. Sebaliknya, jika saya
menghormati bendera Malaysia sudah pasti saya dipandang tinggi sebagai seorang
warganegara yang cinta akan negara. Tegasnya sebagai seorang warganegara yang
cinta dan bangga akan negara, saya akan sentiasa menghormati simbol dan imej
negara iaitu bendera Malaysia sebagai bendera negara kita.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk saya menunjukkan bangga dan cinta saya terhadap negara. Sebagaimana perbincangan di atas saya mampu menunjukkan cinta dan bangga saya terhadap negara sekiranya saya sentiasa menuntut ilmu sebagai pelajar berminda kelas pertama sebagai wahana untuk memacu kemajuan negara tercinta pabila saya dewasa, saya juga perlu akur dan mengikuti undang-undang negara atau “common law” yang digubal pemimpin kerajaan semasa, saya perlu bangga dan membeli produk keluaran tempatan, saya sebagai seorang warganegara akan turut serta memeriah dan menyambut hari kemerdekaan negara, dan saya akan sentiasa menghormati simbol dan imej negara iaitu bendera Malaysia. Sekiranya saya mampu melaksanakan perkara seperti di atas saya merupakan rakyat yang cinta dan bangga menjadi rakyat Malasyia. Sebaliknya, jika saya memandang enteng perkara di atas sudah pasti saya tidak sedar bahawa saya ialah warganegara tetapi tidak sedar akan kewujudan saya di negara Malaysia. Saya berbangga menjadi warganegara Malaysia semoga Malaysia akan terus maju dan rakyatnya aman bahagia.
Insya-Allah saya kan cuba mengeditkan karangan di atas dari semasa ke semasa.

11 ulasan:
Karangan ini amat membantu kepada pelajar .
Terbaik.
Terbaik la
👍😁
Terima kasih😄😄😄
Karangan ini terbaik sekali....
Memang terbaik nii karangan kerana ia memberi banyak manfaat terhadap pelajaran sy...
Best
Sangat gramatis
Noice
wahh sangat membantu��
Catat Ulasan