Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di
bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah bersukan dan cabaran yang
dihadapi untuk memajukan sukan negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.
Sukan ialah segala kegiatan yang
memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada
sebagai acara pertandingan, hiburan ataupun untuk mengisi masa lapang dan
beriadah. Contoh aktiviti sukan yang
agak popular pada masa ini ialah olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton
dan squasy.
Inisiatif
untuk memupuk minat masyarakat terhadap kegiatan bersukan ini harus bermula dari
bangku sekolah lagi. Khususnya dari peringkat remaja. Ibu bapa turut
bertanggungjawab dalam usaha membentuk peribadi anak yang bersukan sejak dari
peringkat awal lagi. Ibu bapa juga
perlu mendorong dan menggalakkan anak mereka dengan cara membeli peralatan sukan yang diminati anak,
memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan
dan membelikan anak-anak majalah sukan.
Banyak faedah yang diperoleh remaja
sekiranya mereka aktif bersukan. Faedah
bersukan yang utama ialah dapat
mendisiplinkan diri. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin
berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat
mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sukan juga penting bagi
melahirkan remaja yang sihat,
sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Dengan kegiatan bersukan, remaja boleh membina tubuh badan
yang sihat, cergas dan menarik.
Kegiatan bersukan bukan sahaja baik untuk
kesihatan malah sesuai
dijadikan hobi dan boleh dilakukan dengan kawan atau keluarga pada setiap pagi,
petang atau hujung minggu. Dengan mengisi masa lapang, kegiatan sukan dapat meningkatkan tahap
kesihatan diri, malah mengelakkan diri daripada membuang masa dengan perkara
yang tidak berfaedah. Bukan itu sahaja,
remaja juga dapat
menghindari masalah sosial yang kian meruncing belakangan ini. Seterusnya,
kegiatan bersukan penting
untuk menyemai semangat permuafakatan dan kesukanan dalam kalangan remaja yang
berbeza latar belakang.
Dewasa ini kita dapat menyaksikan banyak
orang yang telah menceburi bidang sukan pilihan mereka untuk dijadikan platform membina kerjaya.
Sukan bukan sekadar riadah semata-mata kerana sukan juga merupakan bidang yang
mampu menjana pulangan yang lumayan. Hal ini dapat dicapai sekiranya sukan
diceburi secara serius. Sebenarnya sukan merupakan saluran paling berkesan bagi menyatupadukan rakyat
pelbagai kaum di negara ini. Dalam acara sukan, atlet yang terdiri
daripada pelbagai kaum bekerjasama untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan
kepada pasukan, negeri atau negara yang diwakilinya.
Walaupun terdapat segelintir remaja yang
tidak meminati sukan dan tidak melibatkan diri dengan kegiatan
kokurikulum, usaha untuk
menarik minat golongan
ini haruslah kekal berterusan, bak kata pepatah, “genggam
bara api biar sampai jadi arang”.
Jadikanlah kegiatan bersukan itu sebahagian daripada kehidupan kita.
(Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Remaja Aktif
Bersukan,
Norsuhaila
Ibrahim,Majalah Dewan Siswa, April 2017)
Cadangan jawapan:-
Pengenalan:-
i. Petikan membincangkan kebaikan/ kemaslahatan/keistimewaan/kelebihan/manfaat
bersukan dalam kalangan murid di Malaysia.
ii. Petikan membincangkan kebaikan/ kemaslahatan/keistimewaan/kelebihan/manfaat
bersukan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
atau
iii. Rumusan membincangkan kebaikan/ kemaslahatan/keistimewaan/kelebihan/manfaat
bersukan dan cabaran yang dihadapi untuk memajukan sukan negara.
Isi tersurat:-
i.
dapat mendisiplinkan diri.
ii.
bagi melahirkan remaja yang sihat, sama ada dari
segi fizikal ataupun mental.
iii.
remaja boleh membina tubuh badan yang sihat,
cergas dan menarik.
iv.
sesuai dijadikan hobi dan boleh dilakukan dengan
kawan atau keluarga pada setiap pagi, petang atau hujung minggu
v.
dapat meningkatkan tahap kesihatan diri, malah mengelakkan
diri daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
vi.
remaja juga dapat menghindari masalah sosial
yang kian meruncing belakangan ini
vii.
penting untuk menyemai semangat permuafakatan
dan kesukanan dalam kalangan remaja yang berbeza latar belakang.
viii.
untuk dijadikan platform membina kerjaya
ix.
saluran paling berkesan bagi menyatupadukan
rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Isi tersirat:-
1.
Ketandusan atlet terutama barisan pelapis
beberapa acara acara sukan tertentu.
2.
Kerap berlakunya pertukaran kepimpinan sukan.
3.
Tidak konsistennya usaha untuk melahirkan atlet
sukan yang berjaya di peringkat
antarabangsa.
4.
Wujudnya karenah birokrasi dalam persatuan sukan
sehingga menghancurkan masa dapat
atlet sukan negara.
5.
Pemimpin kelab sukan menjawat jawatan hanya muntuk
kepentingan peribadi.
6.
Berlakunya campurtangan politik dalam
pentadbiran kelab dan persatuan.
Penutup:-
Kesimpulan, semua pihak perlu memanfaat faedah bersukan
agar dapat melahirkan
masyarakat yang sihat.
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a)
: Petikan Umum
Berdasarkan petikan
soalan 1, jawab
soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata peringkat awal berdasarkan
petikan . [2 markah]
Cadangan jawapan:-
Rangkai kata peringkat awal bermaksud
batas/bahagian/tahap permulaan.
(ii)
Pengarang
menyatakan beberapa usaha
ibu bapa dalam
menggalakkan anak-anak menyertai
aktiviti sukan.
Nyatakan
usaha-usaha tersebut. [
3 markah]
Cadangan
jawapan:-
Ibu bapa perlu berusaha
untuk menggalakkan anak-anak bersukan seperti membeli peralatan sukan yang
diminati anak, memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat
latihan dan membelikan anak-anak majalah sukan.
(iii) Andaikan anda sebagai atlet sukan sekolah dan
bergiat aktif dalam sukan bola sepak, bagaimanakah caranya untuk anda
meningkatkan lagi kebolehan anda dalam bidang sukan tersebut.
Kemukakan pendapat anda. [4
markah]
Sekiranya saya atlet sukan sekolah
saya akan cuba meningkatkan kebolehan saya dalam acara sukan tersebut dengan
berlatih pada waktu senggang, membuat latihan bersama-sama dengan pelajar yang
mempunyai kebolehan dalam acara yang saya sertai, melibatkan diri dalam pertandingan
persahabatan sama ada yang dianjurkan oleh sekolah atau badan-badan sukan
daerah. Selain itu, saya akan sentiasa akur dan patuh kepada jurulatih saya,
sentiasa mengekalkan stamina dan kemahiran saya dalam acara yang saya serta-
serta mengkaji Teknik dan kaedah untuk saya meningkatkan kemahiran dalam acara sukan yang saya sertai.
2 ulasan:
Masalah-masalah yang melanda bidang sukan
Ulasan tentang kebaikan bersukan
Catat Ulasan