Soalan 2(c) – Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja,
"Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana
datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening
sudah bertemu?"
Maka kata Seri Nara Diraja, "Di mana kamu
sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh
bapaku sekati emas di benua Keling itu."
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja
pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi
muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja,
menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi.
Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar
Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan
bendahara, kerana ia sedia anak bendahara."
Maka
titah baginda, "Baiklah."
Maka
Paduka Raja pun dijadikan bendahara.
Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan
orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga
buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit;
kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga
buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di
Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya
Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan
Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.
Dipetik daripada 'Burung Terbang
Dipipiskan Lada' dalam antologi Sejadah Rindu,
KementerianPendidikan Malaysia
1. Berikan maksud menjadi berkasihan-kasihan . [2
markah]
Cadangan jawapan:-
Berkasih-kasihan bermaksud
menimbulkan/menerbitkan kasih sayang
2. Nyatakan hubungan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja selepas
pernikahan Seri Nara
Diraja dengan Tun Kudu.
[3 markah]
Cadangan jawapan:-
Hubungan antara Paduka Raja
dengan Seri Nara Diraja selepas pernikahan Seri Nara Diraja
dengan Tun
Kudu menyebabkan hubungan mereka semakin erat, semakin timbul kasih sayang
dan Paduka Diraja
dijadikan sebagai Bendahara.
3. Kebijaksanaan merupakan antara ciri yang perlu ada pada seseorang
yang dilantik sebagai
pembesar.
Pada pendapat anda,
mengapakah bendahara perlu dilantik dalam kalangan mereka yang
Bijaksana. [3
markah]
Cadangan jawapan:-
Pada pendapat saya bendahara
perlu dilantik dalam kalangan mereka yang bijaksana kerana:-
i) untuk membantu Sultan Muzaffar Syah memerintah
negara, baginda perlu bendahara yang bijak pandai untuk mentadbir negaranya.
ii) untuk memastikan negara selamat daripada
serangan Siam.
iii) untuk memastikan ekonomi negara Melaka sentiasa
maju.
iv) untuk memastikan bendahara raja iaitu Tun Perak
dapat dapat mengatasi kebijaksanaan Patih
Aria Gajah Mada, Majapahit, dan di Pasai Orang Kaya Kenayan.
v) untuk berjaya mengatasi sebarang gerakan Siam yang
cuba menakluki Melaka.
1 ulasan:
Faktor menyebabkan Seri Nara Diraja mencadangkan paduka Raja sebagai bendahara
Catat Ulasan