Marcapada, tugas membentuk kalangan
pelajar bermoral, bersahsiah dan berdisiplin tinggi amat mencabar minda
pentadbiran sekolah akibat pelbagai kerenah dan masalah pelajar yang timbul
sekarang. Selalunya masyarakat terutama ibu bapa beranggapan tugas membentuk sikap dan altitud
moral dan sahsiah pelajar terletak di pundak pentadbir sekolah dan juga guru-guru. Seyogia, tugasan membentuk kemenjadian pelajar juga harus digalas oleh ibu bapa dan pemimpin
sekolah sebagai pembantu serta pelengkap usaha membentuk disiplin dan sahsiah
terpuji pelajar. Kebejatan isu salah
laku disiplin dalam kalangan pelajar sering menjadi buah mulut orang ramai
malah sudah menjadi isu basi yang meniti daripada mulut ke mulut jagatraya ini.
Statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 53 peratus remaja Malaysia mengalami
kebejatan moral yang kritikal dan kerap kali menyumbang kepada peratus salah
laku yang kian meningkat dari hari ke hari. Tambahan pula, dengan kehadiran gajet atau peranti moden seperti telefon pintar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan melitupi minda pelajar kerana secara langsung dunia tanpa sempadan mempengaruhi akhlak mereka dan meningkatkan lagi pidana salah laku dalam kalangan pelajar. Kesedaran tentang peranan- peranan
penting yang perlu digemblengkan oleh pihak sekolah dan guru-guru, menyebabkan peranan
pemimpin sekolah amat ditagih kerana tanpa kolaborasi mereka, objektif utama pihak sekolah untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang tidak akan
kesampaian. Tambahan pula, remaja sekolah kini masih leka dengan fantasi dunia modenisasi
mereka sehingga mengabaikan nilai
moral yang positif dan mengutamakan nilai hedonisma dan terdapat juga segelintir pelajar melakukan vandalisme dalam kehidupan
mereka. Seyogia, peranan pemimpin sekolah seperti pengawas sekolah memang
diperlukan untuk membantu pihak sekolah dalam membanteras salah laku disiplin
rakan- rakan sebaya di sekolah. Persoalannya, apakah peranan pemimpin sekolah atau pengawas di sekolah
mayapada?
Pengawas sekolah berfungsi untuk membantu pihak sekolah serta guru- guru memantau dan menguatkuasakan
peraturan dan undang-undang sekolah agar sekolah sentiasa dalam keadaan
yang terkawal sama ada dari segi disiplin mahupun keceriaan sekolah. Pengawas sekolah kebiasaanya dilantik oleh guru-guru dalam kalangan
pelajar yang berdedikasi, bertanggungjawab dan dihormati dalam kalangan pelajar
sekolah. Pada masa yang sama,
mereka perlu mengungguli setiap kecemerlangan di sekolah, sama ada dalam kurikulum,
mahupun kokurikulum dan yang paling penting pengawas sekolah perlu menjalankan tugasan mereka penuh amanah dan bertanggungjawap. Dengan cara ini, pemimpin sekolah iaitu barisan pengawas
sekolah dapat membantu pihak sekolah mengurangkan salah laku disiplin dan seterusnya melaksanakan setiap arahan sekolah agar keadaan sekolah sentiasa kondusif dan terkawal serta pembelajaran pelajar di sekolah akan sentiasa berlaku dalam keadaan ceria.
Contohnya, jika keadaan kelas tidak bersih, sampah sarap berteraburan sama ada di dalam atau luar kelas, pengawas sekolah boleh melaporkan situasi berkenaan kepada pihak pentadbir sekolah agar tindakan yang
setimpal dapat diambil kepada kelas berkenaan atau jika ada terdapat dalam kalangan pelajar yang terlibat menyebabkan situasi berkenaan berlaku. Hal ini mampu untuk memudahkan guru dan pelajar menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sempurna dan kondusif. Sekiranya, pengawas sekolah mampu memainkan peranan mereka
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah sudah pasti disiplin
pelajar terkawal dan pelajar akan dapat menumpukan tanggungjawab mereka memastikan kebersihan kelas sentiasa ceria dan paling utama tanggungjawab mereka terhadap keluarga untuk menjadi pelajar cemerlang dalam pelajaran.
Sebaliknya, pengawas yang gagal menjalankan peranan mereka sebagai wahana dan pemangkin
untuk melahirkan pelajar cemerlang,gemilang dan terbilang, sudas pasti keadaan sekolah akan huru hara
dan objektif sekolah untuk melahirkan kemenjadian pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang tidak akan kesampaian. Tegasnya, pengawas
sekolah berfungsi untuk membantu pihak sekolah serta guru-guru menguatkuasakan
peraturan dan undang-undang sekolah agar disiplin pelajar sentiasa dalam
keadaan yang terkawal
Selain itu, pengawas sekolah berperanan sebagai ikon atau idola yang membawa pengaruh positif kepada rakan
sekolah sebaya kerana gerak geri atau perbuatan mereka sama ada cara percakapan, cara berpakaian, cara belajar
dan apa sahaja tingkah laku mereka menjadi ikutan pelajar. Hal ini demikian
kerana rakan pelajar amat teruja dengan sifat kepimpinan positif yang diperaga
oleh mereka dalam kehidupan. Menurut
kata Dr. Ary Ginanjar Agustian, seorang motivator yang berasal dari Indonesia
dalam salah satu programnya, “salah satu faktor menjadi ketua dan menghapuskan
yang bathil ialah seseorang itu haruslah berpengaruh”. Berdasarkan ungkapan
beliau berkenaan terbukti bahawa sifat keyakinan diri serta sifat terpuji
pengawas sekolah mampu membawa pengaruh positif kepada rakan pelajar terutama dalam kalangan pelajar yang
nakal atau rosak akhlaknya sekali gus mendorong mereka berubah
menjadi pelajar yang mampu menjadi benih yang baik dicampak ke angkasa menjadi
kejora, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke daratan menjadi penawar.
Walaupun begitu bukan mudah untuk melaksanakan usaha dan tugasan membentuk kemenjadian pelajar cemerlang, namun
sehari selembar benang lama- lama menjadi kain. Sekiranya sifat terpuji pengawas
sekolah menjadi ikon, dan idola pelajar sudah pasti impian pentadbir sekolah
dan guru-guru untuk melahirkan pelajar sebagai insan berguna dalam kalangan
masyarakat akan menjadi kenyataan. Sebaliknya, pengawas yang tidak mampu
menjalankan tanggungjawab yang diharapkan dan diteladani oleh para pelajar, sudah
pasti kehadiran mereka tidak memberi apa-apa kesan kepada rakan pelajar dan
menghampakan pihak pentadbir dan guru-guru. Sudah terang lagi bersuluh, pengawas
sekolah berperanan sebagai ikon atau idola yang membawa pengaruh positif kepada rakan sebaya.
Di samping itu, saya juga keberadaan pengawas sekolah mampu menurunkan bilangan
kes salah laku disiplin dalam kalangan rakan sebaya. Hal ini kerana sebagai
pengawas sekolah yang berkaliber dan bertanggungjawab serta berpengaruh, mereka
seharusnya mampu mendekatkan diri dan menasihati rakan pelajar yang bergelumang
dengan kebejatan moral marcapada seperti ponteng sekolah, merokok, membuli
rakan pelajar yang lemah, melakukan vandalisme seperti merosakkan harta benda
sekolah dan sebagainya. Menurut hadis Rasulullah S.A.W. , “nasihat- menasihati
akan menjadi kurang pada akhir zaman”. Oleh sebab itu, sebagai pengawas sekolah
yang prihatin dan bertanggungjawab mereka perlu menegakkan yang hak dan
menghapuskan yang bathil melalui peranan dan tanggunjawab mereka menasihati menasihati
rakan sebaya rosak akhlaknya. Sebagai contoh, apabila terdapat dalam kalangan pelajar
sekolah merosakkan harta benda sekolah seperti menconteng dinding bangunan sekolah,
merosakkan tandas sekolah sekolah, merosakkan paip air sekolah dan pengawas sekolah perlu menasihati mereka dengan menjelaskan
bahawa perbuatan mereka tersebut telah memburukkan imej sekolah serta merugikan
mereka sendiri dan orang lain sebagai pengguna kerana kemudahan yang disediakan
adalah untuk kemudahan mereka gunakan seharian. Pabila kemudahan awam yang disediakan rosak sudah
pasti mereka sendiri dan rakan pelajar yang lain memerlukan kemudahan berkenaan
akan menghadapi masalah sekali gus kehidupan
mereka sebagai pelajar akan terganggu dan pembelajaran kondusif tidak akan
berlaku. Sekiranya, pengawas sekolah berjaya membanteras tingkah laku negatif segelintir
rakan sebaya yang melakukan perbuatan vandalisme berkenaan, sudah pasti pelajar akan dapat belajar dengan kondusif dan
imej sekolah akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Tegasnya, keberadaan
pengawas sekolah mampu menurunkan bilangan kes salah laku disiplin dalam kalangan
rakan sebaya.
Bukan itu sahaja, pengawas sekolah yang bertanggungjawab juga berperanan
membantu program sekolah yang dianjurkan oleh guru kaunselor untuk membentuk
tingkah laku terpuji dalam kalangan rakan sebaya. Segelintir pelajar melakukan
kesalahan disiplin berpunca daripada
permasalahan keluarga, permasalahan hubungan dengan rakan-rakan dan ada juga
akibat masalah peribadi. Hal- hal sedemikian telah memberi tekanan kepada
mereka dan akhirnya mereka melakukan kesalahan disiplin dan melanggar peraturan
sekolah kerana budaya hendonisme dan vandalisme yang melingkari kehidupan mereka. Seyogia, pengawas
sekolah yang prihatin dan bertanggungjawab perlu menawar diri untuk membantu guru
kaunselor berbekalkan simpati yang mengusik sanubari. Kolaborasi pengawas dan
guru kaunseling membanteras dan menasihati rakan sebaya merupakan contoh yang
terbaik untuk membantu rakan sebaya untuk tidak terus bergelumang dengan budaya
hedonisme dan vandalisme yang akhirnya menyebabkan kes salah laku dan disiplin meningkat. Contohnya, rakan sebaya yang
melakukan vandalisme seperti menconteng sekolah, merosakkan kemudahan sekolah, dan
merosakkan paip air sekolah. Perbuatan yang mereka lakukan hanya untuk
keseronokkan yang tidak bertempat akibat budaya hendonisme dan vandalisme mencemari akhlak dan budi kehidupan mereka tanpa memikirkan natijah yang akan berlaku selepas perbuatan
tersebut dilakukan, dan impaknya kepada pengguna yang lain yang akan menghadapi
masalah. Pabila pengawas dengan bantuan guru kaunselor menasihati golongan
pelajar yang melakukan perbuatan tidak senonoh ini diharapkan mereka tidak
mengulanginya lagi demi kesejanteraan pelajar-pelajar yang lain. Tegasnya, pengawas
sekolah yang bertanggungjawab juga berperanan membantu guru kaunselor membentuk
tingkah laku terpuji dalam kalangan rakan sebaya
Akhir sekali, pengawas sekolah perlu sentiasa berbincang dengan pentadbir sekolah agar undang- undang sekolah boleh diperketat dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Undang- undang yang luwes dan tidak dikuatkuasakan
sepenuhnya tidak akan dapat mengurangkan kesalahan disiplin pelajar, malah penguatkuasaan
yang tidak dijalankan secara berterusan atau dalam erti kata lain tidak
dikuatkuasakan hanya akan menyumbang kepada peratusan salah laku pelajar yang
meningkat naik saban tahun. Sekolah yang terbilang diukur pada undang-
undangnya yang ketat dan sentiasa dikuatkuasakan. Tamsilannya, pelajar yang
melakukan kesalahan berat seperti membuli, dan merokok di kawasan sekolah dan
kesalahan berat yang lain, haruslah dikenakan tindakan buang sekolah. Seyogia, kaedah perdana ini mampu mengurangkan salah
laku pelajar kerana dengan tindakan seperti demikian akan menyebabkan pelajar
akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan-kesalahan berkenaan.
Sekiranya pihak pentadbir sekolah tidak ambil pusing permasalahan pelajar dan
tidak menguatkuasakan undang-undang atau peraturan sekolah, sudah pasti para
pelajar yang rosak akhlaknya akan terus bermahajarela dan akan mengulangi
perbuatan terkutuk mereka tanpa menghiraukan kesan akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab bagai duri dalam daging yang akhirnya menimbulkan beban kepada pentadbir sekolah dan kepada pelajar-pelajar lain. Sebaliknya, dengan adanya penguatkuasaan
undang-undang secara berterusan sudah pasti keadaan disiplin pelajar akan
terkawal dan peratusan salah laku di sekolah akan dapat dikurangkan. Sudah
terang lagi bersuluh, pengawas sekolah perlu sentiasa berbincang dengan pentadbir sekolah agar undang- undang sekolah
diperketat dan dikuatkuasakan sepenuhnya.
Deduksinya, kesemua peranan pengawas sekolah seperti pengawas sekolah berfungsi
untuk membantu pihak sekolah serta guru-guru menguatkuasakan peraturan dan
undang-undang yang dilaksanakan di sekolah,
pengawas sekolah berperanan sebagai ikon atau idola yang membawa pengaruh positif kepada rakan
sekolah sebaya, pengawas sekolah yang bertanggungjawab juga berperanan membantu
program sekolah yang dianjurkan oleh guru kaunselor, pengawas sekolah perlu
sentiasa berbincang dengan pentadbir
sekolah agar undang- undang sekolah diperketat dan dikuatkuasakan sepenuhnya antara
prakarsa yang perlu diambil kira dan diaplikasikan agar disiplin pelajar sentiasa
dalam keadaan yang terkawal dan mampu membantu pihak sekolah dalam menangani
kes salah laku disiplin pelajar sekolah dan seterusnya mampu menjadikan sekolah- sekolah di Malaysia
menjadi cemerlang, gemilang terbilang. Semua pihak hendaklah bahu-membahu agar
masalah ini dapat kita bendung bersama supaya aspirasi negara dan harapan
pemimpin untuk mengejar kemajuan dan ketamadunan negara tidaklah sekadar angan-
angan Mat Jenin.
Insya-Allah saya akan cuba mengedit karangan di atas agar lebih mantap dari semasa ke semasa . Namun, pelajar digalakkan untuk membuat penambahbaikan tentang penulisan karangan di atas seperti menambah atau mengubah istilah menarik, memasukkan frasa menarik, dan mengubah atau membina ayat yang lebih kreatif. Sebagai makluman, karangan di atas hanya sekadar contoh......diharapkan dapat membantu pelajar dalam menghasilkan karangan yang bermutu.
Insya-Allah saya akan cuba mengedit karangan di atas agar lebih mantap dari semasa ke semasa . Namun, pelajar digalakkan untuk membuat penambahbaikan tentang penulisan karangan di atas seperti menambah atau mengubah istilah menarik, memasukkan frasa menarik, dan mengubah atau membina ayat yang lebih kreatif. Sebagai makluman, karangan di atas hanya sekadar contoh......diharapkan dapat membantu pelajar dalam menghasilkan karangan yang bermutu.
10 ulasan:
Berapa patah perkataan ni?
Karangan ni berapa patah perkataan yang ditulis?
Terima kasih kerana bertanya. Untuk makluman, karangan ini merupakan karangan berpandu dan sudah semestinya pelajar bertanya kenapa karangan ini mengandungi sehingga enam isi keseluruhannya. Sebagai makluman pelajar, pelajar cuma perlu menulis paling minimum tiga isi, dan terbaik empat isi. Oleh sebab itu, pilih tiga atau empat isi sahaja daripada enam isi daripada karangan berkenaan. Kesimpulannya, pelajar boleh memilih tiga atau empat isi daripada karangan berkenaan. Harap maklum.
Baik
terima kasih tuan atas rujukan yang sangat hebat ini. Saya sangat menghargainya. Izinkan saya menjadikannya sebagai rujuka😊
👍
Terima kasih 👍
Terima kasih 👍
Terima kasih
Thanks
Catat Ulasan