Soalan 2(c) -
Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Syahadan, pada suatu hari, maka
Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka, kata
bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala
orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan.
Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang
Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah
maka demikian fiil tuan.”
Maka tiada disahut oleh Tun
Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh
Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh
Tun Perak, katanya, |‘Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba
sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi
berkarat, jangan kemakanan
matanya. Akan pekerjaan kami orang
bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan
di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka
benarkah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan
begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami
sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa anak
isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya;
kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak
isterinya bersungguh-sungguh.”
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke
bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar
seperti kata Tun Perak itu.”
Dipetik
daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian
Pendidikan Malaysia
(i) Berikan
maksud demikian fiil tuan. [2
markah]
Demikian
fiil bermaksud begini/begitu/ seperti ini/seperti itu sikap /tingkah laku
tuan/kamu/anda/
engkau
(ii) Berdasarkan petikan di atas, apakah pesanan
Tun Perak kepada Seri Amerta? [3
markah]
1
|
sentiasa membawa pedangnya bersama-sama /tuan
hamba dengan pedang tuan hamba
|
2
|
menjaga pedangnya
dengan baik / hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan
|
3
|
jangan biarkan
pedangnya berkarat / jangan diberi berkarat
|
4
|
jangan kemakanan
matanya
|
(iii) Dalam sesuatu
peperangan, setiap individu memainkan peranan dalam usaha
mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
Pada
pendapat anda, bagaimanakah kaum wanita boleh memainkan peranan sekiranya
berlaku peperangan? [3 markah]
Pada pendapat saya, kaum wanita boleh
memainkan peranan sekiranya berlaku peperiangan seperti:-
1
|
Menjaga dan
memastikan anak-anak sentiasa selamat
|
2
|
Menjaga rumah dan
harta benda dengan baik
|
3
|
Membantu menyediakan makanan dan minuman untuk
kaum lelaki yang
Berperang
|
4
|
Membantu merawat
askar yang tercedera
|
5
|
Memberikan sokongan moral kepada suami dan ahli
keluarga yang terlibat
dengan peperangan
|
4 ulasan:
Maksud jangan kemakanan matanya
Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Maksud kemakanan matanya ialah elakkan mata pedangnya berkarat
Maksud jangan diberi berkarat kemanakan?
Soalan, sebelumnya lebih kurang sama iaitu pelajar perlu tahu maksud kemakanan bukan kemanakan, jika dirujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kemakanan bermaksud habis dimakan, dan apabila dikaitkan dengan frasa berkarat kemakanan, karat pada mata pedang akan memakan mata pedang berkenaan.
Catat Ulasan