Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan semakan kertas Bahasa Melayu 1 dan Kertas 2 pada hari ini. Namun, ada seorang pelajar masih tidak menjawab soalan Peperiksaan Percubaan 2018 kerana tidak hadir pada hari peperiksaan akibat sakit. Soalan masih dikuarantin agar soalan tidak bocor dan pelajar berkenaan boleh menjawab peperiksaan Kertas Bahasa Melayu (1103) pada hari Selasa. Insya-Allah. Sebagai tambahan, keputusan peperiksaan percubaan di atas tidak rasmi menggunakan Sistem Analisa Item Menengah Atas (AIBMA)dan keputusan rasmi akan dimasukkan ke dalam Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan kemungkinan akan berlaku perubahan apabila kertas jawapan pelajar dibincang di dalam kelas semasa PdPC. Hal ini kerana pemeriksaan kertas perlu secara holistik dan mesra pelajar dan pelajar perlu tahu hak mereka terutama jika berlaku kesilapan penandaan semasa saya menyemak terutama kertas karangan.
Kesimpulannya, Kertas Soalan Bahasa Melayu 1 iaitu karangan merupakan kertas yang mampu menarik markah pelajar. Dengan kata lain, kertas karangan menjadi punca utama pelajar gagal mendapat gred A+, A atau A-. Boleh dikatakan ada segelintir pelajar menghadapi masalah semasa mengarang terutama membina ayat gramatis, mantap, dan berlaku kesalahan bahasa yang memberi impak kepada markah mereka. Pabila buka sekolah nanti saya akan menyerahkan kertas jawapan pelajar untuk membolehkan pelajar melihat kesalahan yang dilakukan dan saya juga akan menjelaskan kenapa pelajar gagal untuk mendapat markah cemerlang. Kepada yang berjaya mendapat gred A+, dan A, tahniah saya ucapkan. Sementara pelajar yang mendapat markah rendah terutamanya karangan sila muhasabah diri dan bertindak segera membetulkan kesalahan yang dilakukan.
Kenapa pelajar gagal menghasilkan karangan yang baik. Pada pandangan saya ada beberapa faktor menyebabkan pelajar tidak dapat menghasilkan karangan yang baik:-
Kenapa pelajar gagal menghasilkan karangan yang baik. Pada pandangan saya ada beberapa faktor menyebabkan pelajar tidak dapat menghasilkan karangan yang baik:-
- Pelajar kurang membaca isu yang diperkatakan terutama karangan yang berfokus dimensi negara dan antarabangsa. Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar akan memilih karangan berfokus dimensi diri dan dimensi keluarga atau masyarakat semasa memilih karangan yang akan dikarang.
- Pelajar kurang latihan mengarang dan kemungkinan karangan yang dibinanya tidak pernah ditulis. Oleh sebab itu, pelajar tidak mahir mengarang karangan berkenaan.
- Terdapat segelintir pelajar tidak menghasikan karangan bertaraf cemerlang dan menghasilkan karangan bagikan melepas batok ditangga.
- Pelajar tidak mengaplikasi kaedah mengarang sebagai acuan untuk menghasilkan karangan cemerlang. Contohnya kaedah Pengembangan Idea Perenggan Karangan atau kaedah IMBAKUP dan apa-apa sahaja kaedah yang telah didedahkan oleh guru.
- Fokus pelajar semasa mengarang tidak menyeluruh, maksudnya semasa mengarang fikiran pelajar tidak memfokus keseluruhan karangan tetapi pelajar mengarang ayat demi ayat. Impaknya, pelajar gagal mengaitkan ayat sebelum dan ayat selepas. Akibatnya, ayat yang ditulis tidak ada kaitannya dan tidak menampakkan usnur pertautan seperti tidak menggunakan penanda wacana.
- Sekiranya pelajar telah mahir mengarang dengan latihan yang cukup, aliran idea di kepalanya akan meluncur laju semasa menulis karangan berkenaan dan pelajar dapat membayangkan ayat yang dibina sebelumnya, ayat semasa dan ayat selepasnya dan dapat membayangkan apa yang perlu ditulisnya daripada perenggan pengenalan lagi, diikuti perenggan isi sehingga perenggan penutup.
- Sikap umum sesetengah pelajar mengganggap menulis karangan mudah dan senang. Tanggapan ini salah kerana mengarang sama juga dengan mata pelajaran yang lain kerana memerlukan latihan yang banyak dan berkala. Tambahan pula, kemahiran mengarang bukan dalam satu bentuk, maksud saya karangan mempunyai pelbagai dimensi seperti ada karangan dimensi diri, dimensi keluarga, dimensi masyarakat, dimensi negara, dimensi antarabangsa serta dimensi komsas dan sudah pasti cara menulisnya juga berbeza-beza.Tambahan lagi jika karangan berkenaan berformat contohnya meminta pelajar rencana, ucapan, syarahan dan sebagainya memerlukan pelajar memahami format yang perlu diutarakan semasa mengarang.
- Pelajar kurang kemahiran tatabahasa, dan membina ayat. Perkara ini juga menjadi faktor tambahan menyebabkan karangan yang dihasilkan pelajar kurang menarik. Sebagai makluman, pemeriksa kertas merupakan orang yang pakar dalam hal ini dan impresionnya akan menurun sekiranya karangan yang diperiksa kerap melakukan kesalahan seperti kesalahan ejaan, kata sendi, kata jamak yang diulang dengan kata ganda selepasnya, kata saling yang diulang kata dengan ganda saling selepasnya, ayat panjang dan ayat tergantung yang menyebabkan ayat dibina tidak gramatis, ayat menggunakan kata ganti nama diri pertama, kata ganti diri kedua, dan kata ganti nama diri ketiga dalam ayat pasif tidak betul binaannya serta pelbagai lagi kesalahan.
- Terdapat dalam kalangan pelajar hanya memfokus kesalahan ejaan, istilah, imbuhan, tatabahasa hanya pada soalan kertas Bahasa Melayu 2 terutama soalan 3 C dan 3 D tetapi dalam karangan kemahiran itu diabaikan, juga menjadi tanda tanya.
Kesimpulannya, mengarang bukan mudah dan memerlukan acuan dan latihan yang kerap dan berkala. Hanya pelajar yang faham dan mengambil berat kemahiran mengarang sahaja yang akan berjaya menghasilkan karangan cemerlang. Sebagai contoh, guru anda mungkin mendedahkan kemahiran mengarang karangan cemerlang seperti Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan, Pengembangan Idea Perenggan Isi dan Pengembangan Idea Perenggan Penutup atau Kaedah IMBAKUP dan pelbagai kaedah yang lain. Pelajar sering mengeluh, karangan yang dihasilkan panjang, mengarang menggunakan kaedah berkenaan susah dan sebagainya. Cuma pelajar perlu berfikir sama ada mereka hendak mendapat markah cemerlang atau tidak. Jika hendak gunakalah kerana mengarang bukan senang tetapi bukan susah sekirannya mereka sudah terbudaya untuk menggunakan kaedah mengarang dengan betul. Nasihat saya, ubahlah sikap anda dengan jangan mengganggap mengarang mudah perkara mudah dan mengarang memerlukan latihan yang banyak, bukan sekadar menulis karangan yang diberikan oleh guru sahaja, malah pelajar perlu membuat latihan sendiri dengan menjawab soalan pelbagai di rumah dan karangan tersebut perlulah diserahkan kepada mereka yang pakar untuk semakam kerana hanya mutu yang mengenal manikam. Selamat Mengarang.
Namun begitu saya tidak bermaksud pelajar perlu memfokus latihan kertas 1 sahaja untuk menghadapi peperiksaan SPM 2018 kerana pelajar juga perlu faham bahawa kertas Bahasa Melayu 2 juga memerlukan pelajar membuat latihan yang pelbagai kerana soalan yang ditanya pada kertas dua juga pelbagai kerana ada soalan1 ( Rumusan ), Soalan 2(a) Pemahaman Umum, Soalan 2(b) Pemahaman Prosa Moden, Soalan2(c) Pemahaman Prosa Tradisional, Soalan 2 (d) Soalan Pemahaman Puisi , Soalan 3 (a) Binaan ayat menggunakan perkataan diberi, Soalan 3(b) kajian ayat, Soalan 3 (c) Mengesan kesalahan ejaan dan imbuhan, Soalan 3 (d) mengesan kesalahan istilah/ejaan dan tatabahasa, soalan 3 (e) Peribahasa dan Soalan 4 (a) Kajian satu novel dan soalan 4 (b) kajian dua komsas. Sebagai peringatan tambahan untuk mendapat markah cemerlang Kertas Bahasa Melayu (1103) anda perlu cemerlang kedua-dua kertas. Semoga anda mendapat keputusan cemerlang kertas Bahasa Melayu (1103) SPM 2018.
Selain itu, berdasarkan AIBMA untuk kertas Bahasa Melayu 2, soalan bahagian 3 (c) Mengesan Kesalahan Ejaan dan Imbuhan, Soalan 3(d) Mengesan Kesalahan Istilah/Kata dan Tatabahasa serta Soalan 3(e) Peribahasa juga merupakan soalan "killer" kerana purata peratusan penguasaan pelajar menjawab soalan untuk soalan ini didapati sekitar 45%, 49% dan 42%. Oleh sebab itu, tiga soalan ini perlu diberi perhatian khusus. Oleh sebab itu, karangan dan tiga soalan di atas perlu diberi penekanan sepanjang masa berbaki sebelum peperiksaan, tetapi jika saya saja yang mengambil berat perkara di atas tidak akan memberi apa-apa impak kepada pelajar . Oleh sebab itu, pelajar juga perlu bertindak sama, dengan merujuk pelbagai latihan yang terdapat di dalam blog, buat jangan tak buat selain melaksanakan kerja-kerja di kelas. Kerja bertangguh dan sambil lewa akan merugikan anda. Jangan biarkan nasi menjadi bubur kerana sudah terhantuk baru tergadah sudah tidak berguna lagi.
Saya ingin menegaskan bahawa dapatan di atas merujuk kepada situasi penguasaan pelajar terhadap kertas bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 semasa menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2018 dan mungkin tidak sama dengan situasi di sekolah-sekolah lain. Diharapkan guru-guru dapat menyatakan penguasaan item pelajar di sekolah masing-masing sementara pelajar boleh merujuk guru anda untuk mengetahui analisa item di sekolah masing-masing kerana dengan cara ini pelajar akan tahu penguasaan item mereka untuk membuat penambahbaikan dan juga membantu guru menentukan program intervensi ke arah kecemerlangan.
Selain itu, berdasarkan AIBMA untuk kertas Bahasa Melayu 2, soalan bahagian 3 (c) Mengesan Kesalahan Ejaan dan Imbuhan, Soalan 3(d) Mengesan Kesalahan Istilah/Kata dan Tatabahasa serta Soalan 3(e) Peribahasa juga merupakan soalan "killer" kerana purata peratusan penguasaan pelajar menjawab soalan untuk soalan ini didapati sekitar 45%, 49% dan 42%. Oleh sebab itu, tiga soalan ini perlu diberi perhatian khusus. Oleh sebab itu, karangan dan tiga soalan di atas perlu diberi penekanan sepanjang masa berbaki sebelum peperiksaan, tetapi jika saya saja yang mengambil berat perkara di atas tidak akan memberi apa-apa impak kepada pelajar . Oleh sebab itu, pelajar juga perlu bertindak sama, dengan merujuk pelbagai latihan yang terdapat di dalam blog, buat jangan tak buat selain melaksanakan kerja-kerja di kelas. Kerja bertangguh dan sambil lewa akan merugikan anda. Jangan biarkan nasi menjadi bubur kerana sudah terhantuk baru tergadah sudah tidak berguna lagi.
Saya ingin menegaskan bahawa dapatan di atas merujuk kepada situasi penguasaan pelajar terhadap kertas bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 semasa menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2018 dan mungkin tidak sama dengan situasi di sekolah-sekolah lain. Diharapkan guru-guru dapat menyatakan penguasaan item pelajar di sekolah masing-masing sementara pelajar boleh merujuk guru anda untuk mengetahui analisa item di sekolah masing-masing kerana dengan cara ini pelajar akan tahu penguasaan item mereka untuk membuat penambahbaikan dan juga membantu guru menentukan program intervensi ke arah kecemerlangan.
4 ulasan:
Assalamualaikum cikgu..saye nak tanye untuk subjek yang lain..kalau mase trial exam xhadir sebab sakit adakah nanti markah ujian yang diambil kemudian itu akan disertakan sekali?
Waalaikumsalam. Pertama sekali saya ingin tahu adik ni siapa? Saya perlu tahu supaya saya dapat membuat keputusan yang tepat kerana suasana setiap sekolah berbeza mengikut keputusan pentadbiran. Pertama jika adik sakit dan jika ada surat doktor contohnya, adik boleh berjumpa guru untuk mengambil peperiksaan percubaan semula kerana bagi saya rugi jika adik tidak mengambil peperiksaan percubaan. Kedua, setiap sekolah berbeza cara pengurusan peperiksaannya, contoh kalau di sekolah saya jika pelajar tidak hadir jika sakit dan mempunyai surat pengesanan doktor yang mengesah adik sakit, adik boleh mengambil semula peperiksaan kertas yang adik tidak hadiri tetapi jangan lambat memaklum perkara berkenaan dengan guru kerana jika lama sangat, kemungkinan kertas berkenaan sudah dibincangkan oleh guru semasa di dalam kelas. Jika adik mengambil kertas berkenaan tidaklah catatan dalam SAPS ( Sistem Peperiksaan Sekolah ditulis TH. Namun dalam peperiksaan sebenar adik akan dicatatkan sebagai calon tidak hadir. Sekiranya kertas adik tidak hadir berkenaan kertas BM atau Sejarah....adik tidak layak mendapat sijil SPM dan dianggap calon gagal. Ingat kedua-dua kertas berkenaan wajib lulus, dan tidak boleh gagal. Ok. Itu sahaja pandangan saya untuk masalah adik berkenaan.
saye mira...saye x ambik exam sains ikut jadual periksa sebab sebelum hari exam tersebut saye kurang sihat dan ditahan wad
Maaf Mira lambat respon, saya cadangkan jika Mira belum mengambil atau menjawab soalan peperiksaan berkenaan sila berjumpa guru mata pelajaran buat soalan berkenaan dan minta guru berkenaan menyemak kertas jawapan Mira. Tentang markah peperiksaan tidak dimasukkan ke dalam sistem tak apa tetapi Mira kena jawap juga soalan peperiksaan mata pelajaran berkenaan kerana peperiksaan percubaan amat penting untuk mengambarkan prestasi Mira dan pada masa yang sama Mira akan tahu kelemahan jawapan dan minta cikgu jelas kenapa dan bagaimana jawapan yang sebenarnya. Sekadar nasihat. Semoga berjaya dalam peperiksaan SPM 2018.
Catat Ulasan