SINOPSIS
Seri Betara Majapahit berbincang dengan
Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh
bersaudara yang dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada
bercadang meminta pertolongan Kertala Sari untuk membunuh Sultan Melaka dan
Laksamana. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin
membalas dendam atas kematian ayahnya yang juga dibunuh oleh Laksamana Melaka.
Setelah itu, Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara
Maharaja lalu menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat
handal. Contohnya, kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri.
Oleh sebab kehebatan Kertala Sari, Seri Betara menitahkan penjurit itu segera
pergi ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan Laksamana Melaka. Kertala Sari
ditawarkan jawatan penggawa agung kepadanya sekiranya berjaya.
Di
Melaka, Kertala Sari menyamar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Kertala Sari
telah mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli
isteri-isteri mereka. Sultan Melaka berasa bimbang lalu menitahkan agar
Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri
Melaka dari kejadian kecurian. Namun, kecurian terus berlaku sehingga
melibatkan rumah Bendahara. Kegagalan menangkap Kertala Sari disebabkan oleh
Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian. Melihat keadaan hura-hara yang
berlaku, Laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana
mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula. Hasilnya, rancangan
Kertala Sari untuk mencuri harta raja, membakar dan mengamuk serta mengambil
isteri-isteri sultan telah menemui kegagalan kerana kebijaksanaan, kecekapan
dan ilmu yang dimiliki oleh Laksamana. Malah, Kertala Sari berjaya dibunuh oleh
Laksamana di tengah pasar. Kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti dibunuh
olehnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badannya oleh penduduk
yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah
yang telah membunuh Kertala Sari. Namun, Laksamana telah menunjukkan bukti yang
lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala
Sari. Baginda sultan telah memberikan kurnia kepada Laksamana atas kejayaan
tersebut.
Semua
hasil curi yang telah disimpan di Bukit Cina oleh Kertala Sari berjaya ditemui.
Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang
tersebut. Baginda sultan telah menitahkan supaya empunya barang-barang tersebut
memberikan dua pertiga bahagian daripada barang-barang tersebut kepada
Laksamana. Namun, Laksamana tidak bersetuju dengan perintah Sultan, Laksamana
bersetuju untuk mengambil satu bahagian. Bahagian tersebut kemudian telah
diagihkan kepada tiga bahagian; satu bahagian untuk fakir miskin, satu bahagian
untuk dan orang-orang bawahannya, dan satu bahagian untuk semua orang.
Laksamana tidak mengambil sedikitpun daripada harta tersebut. Akhirnya, berita
kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh Laksamana telah sampai ke pengetahuan
Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari
orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.
Tema
Kepahlawanan seorang Laksamana
mempertahankan negara. Keberanian dan kegagahanan Laksamana mempertahankan
negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari
Majapahit yang membuat hura-hara.
Persoalan
1. Persoalan
pemimpin mestilah seorang yang bijaksana Laksama seorang yang bijak apabila
menganalisis keadaan yang berlaku di Melaka dan menyatakan penjurit akan
menjadikan istana sebagai sasaran utama.
2. Persoalan pemimpin yang mengambil berat
kesusahan rakyat Sultan Melaka mengambil berat kebajikan rakyatnya dengan
mendengar masalah kecurian yang diadukan kepada baginda.
3. Persoalan penggunaan ilmu kesaktian
dalam kehidupan seseorang - Kertala Sari menggunakan ilmu sakti ketika membuat
huru-hara di Melaka bagi membalas dendam atas kematian ayahnya.
4. Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk - Dendam Kertala Sari terhadap Laksamana
membawa padah apabila dia turut terbunuh di tangan Laksamana seperti
ayahnya.
Watak dan Perwatakan
Laksamana
i. Seorang
yang berani - Laksamana berani bertarung dan berjaya menewaskan musuh-musuhnya
seperti Petala Bumi dan Kertala Sari.
ii. Seorang
yang pemurah - Laksamana mengagihkan harta benda yang diterimanya kerana
berjaya menemui harta yang dicuri oleh Kertala Sari kepada tiga bahagian
termasuklah kepada golongan fakir miskin dan orang bawahannya.
iii. Seorang
yang bijaksana - Laksamana memakai baju berwarna hitam ketika dia keluar
menjejaki Kertala Sari yang membuat huru-hara di Melaka pada waktu malam agar
pergerakannya sukar dilihat.
iv. Cinta
akan keamanan negara - Laksamana menjalankan tugasnya sebagai hulubalang Melaka
dengan penuh tanggungjawab dengan menangkap penjurit agar tidak berlaku
kekacauan.
v. Taat
setia kepada pemerintah - Laksamana menjunjung segala titah Sultan Melaka tanpa
sebarang bantahan.
vi. Memiliki
sifat kepahlawanan - Kertala Sari berasa gerun ketika melihat Laksamana yang
begitu gagah perkasa pada pertama kali ketika berada di Melaka untuk membalas
dendam.
Kertala
Sari
Anak kepada Petala Bumi
i.
Berasal
dari Majapahit
ii Seorang pencuri yang handal dan berani - handal dan berani menjalankan kegiatan mencuri
secara bersendirian tanpa sedikit pun memiliki perasaan bimbang.
iii. Seorang
yang zalim -Kertala Sari bukan sahaja mencuri harta benda, malah turut mencabul
kehormatan isteri-isteri orang kaya dan saudagar.
iv. Seorang
pendendam - Kertala Sari berdendam dengan Laksamana dan Sultan Melaka yang
telah membunuh bapanya, Petala Bumi.
v. Pandai
dalam ilmu kesaktian - Kertala Sari menggunakan ilmu saktinya bagi membolehkan
menjadi halimunan ketika mencuri di rumah mangsanya.
vi.
Taat
kepada pemerintah - Kertala Sari patuh akan perintah Seri Bertala Majapahit
yang menitahkannya ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan Laksamana.
Sultan
Melaka
i. Seorang
yang prihatin - Sultan Melaka mengambil berat kesusahan rakyat berat kebajikan
rakyatnya dengan mendengar masalah kecurian yang diadukan kepada baginda.
ii. Seorang
yang mengenang budi - Sultan Melaka telah memberikan kurnia kepada Laksamana
atas kejayaan membunuh penjurit, iaitu Kertala Sari yang telah membuatkan
negerinya dalam kekecohan.
Latar
Latar
Masyarakat
Masyarakat yang bertanggungjawab -
Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit, iaitu Kertala Sari yang
menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka.
Masyarakat yang mengenang budi -
Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh
Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan
ikhlas serta harta mereka ditemui.
Masyarakat yang taat pada pemerintah -
Laksamana menjunjung segala titah Sultan Melaka tanpa sebarang bantahan.
Latar
Tempat
Negeri Melaka - Kertala Sari membuat
huru-hara dengan mencuri harta saudagar dan orang-orang kaya di Melaka serta
mencabul kehormatan isteri-isteri orang kaya dan saudagar tersebut.
Majapahit - Patih Gajah Mada dan Seri
Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh bersaudara
di Bukit Cina.
Di tengah pasar - Tempat Kertala Sari
mati dibunuh oleh Laksamana.
Latar Masa
Malam - Kertala Sari masuk mencuri ke
rumah saudagar dan orang-orang kaya. Laksamana mengawal kawasan negeri Melaka dengan
berpakaian hitam untuk menangkap penjurit.
Siang - Bendahara melaporkan kepada
Sultan Melaka bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis segala
harta-hartanya dicuri.
Nilai
i. Keberanian
- Laksamana berani bertarung dan berjaya menewaskan musuh-musuhnya seperti
Petala Bumi dan Kertala Sari.
ii. Tolong-menolong
- Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka yang
huru-hara angkara penjurit.
iii. Kebijaksanaan
- Laksamana menggunakan tipu helah, iaitu berpura-pura tidur di tengah-tengah
pasar pada waktu malam untuk mengalahkan Kertala Sari.
iv. Pemurah
- Laksamana mengagihkan harta benda yang diterimanya kerana berjaya menemui
harta yang dicuri oleh Kertala Sari kepada tiga bahagian termasuklah kepada
golongan fakir miskin dan orang bawahannya.
Pengajaran
i. Kita
hendaklah berani menghadapi musuh agar keselamatan negara terjamin - Laksamana
berani bertarung dengan Kertala Sari yang telah membuat negeri Melaka
huru-hara.
ii. Kita
hendaklah bijak dalam menangani sesuatu masalah - Laksamana menggunakan tipu
helah, iaitu berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam untuk
mengalahkan Kertala Sari.
iii. Kita
hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan sentiasa dirahmati -
Laksamana mengagihkan harta benda yang diterimanya kerana berjaya menemui harta
yang dicuri oleh Kertala Sari kepada tiga bahagian termasuklah kepada golongan
fakir miskin dan orang bawahannya.
iv. Kita
mestilah tolong-menolong dalam hidup - Laksamana menawarkan diri untuk mengawal
keselamatan negeri Melaka yang huru-hara angkara penjurit.
14 ulasan:
padat terima kasih cg tahu tahu saya memerlukan nota prosa tradisional hehe
Terima kasih...maklumat lengkap
Maklumat lengkap.
Thank u ..baru senang hafal
Terima kasihhh . bagusnya ada nota macam ni . senang sikit nak faham ♡
terima kasihh huhu
Gunakan bahan berkenaan untuk memantapkan penguasaan anda untuk menjawab soalan Prosa Tradisional kerana hanya satu sahaja soalan prosa berkenaan yang dikaji di tingkatan empat. Satu lagi prosa tradisional terdapat dalam kajian di tingkatan 5 iaitu Burung Terbang di Pipiskan lada. Buatlah kajian prosa berkenaan kerana dalam SPM hanya satu kajian prosa tradisional yang akan ditanya, bermakna dalam format SPM terakhir 2020, hanya salah satu prosa tradisonal akan ditanya. Pelajar yang bijak sudah pasti menggunakan kesempatan mengkaji kedua-dua nota berkenaan.
Terima Kasih
Terima kasih kerana cara ini telah membantu dalam pdpc saya..
Terima kasih nota ini sangat membantu
Terima kasih kerana memberi banyak manfaat
Hama itu apee??
terima kasih
Asalammualaikum dan salam sejahtera. Saya memohon kepada saudara dan saudari menggunakan nama sendiri apabila memberi pandangan, pertanyaan dan ulasan dalam blog ini. Sekian terima kasih.
Catat Ulasan